Pages

Sunday, April 04, 2010

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, terbakar??!!

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, Pahang sekolah aku masa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tahun 2003-2005, terbakar semalam disyaki perbuatan khianat. Polis pada hari Sabtu menahan seorang pengawal keselamatan sekolah yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kebakaran sebuah bangunan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah di sini yang menempatkan dewan dan bilik darjah, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata ada saksi yang ternampak suspek melarikan diri ke arah pintu masuk di hadapan pondok pengawal keselamatan ketika kejadian.

"Kami sudah ambil keterangan daripada pengawal keselamatan itu," katanya dan menambah pengawal itu kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Sementara itu Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Syed Jamaludin Syed Abdul Rahman ketika dihubungi berkata kebakaran pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam itu dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

"Ketika pihak kami sampai selepas menerima laporan pada pukul 4.34 petang, dewan itu hampir separuh terbakar kerana bahagian dalamnya dipenuhi dengan kerusi bankuet dan pentas yang dibuat daripada kayu yang mudah terbakar," katanya. Katanya punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan RM300,000

____________________________________________________________________

tak sangka la sekolah lama aku terbakar wat kebrp kali ntah..blogger-emoticon.blogspot.com tp kali ni nmpk paling serius...dulu setakat bilik KH jer....tp kali ni dewan utama....hurmmm...ape motif sebenar kebakaran masih tak tau....byk kenangan kat situ....kat situ la tpt aku periksa PMR....di dewan tu la aku kena duk depan sekali ...dpt berpeluang buka plastik kertas periksa n sign kat plastik hitam tu...ngee~~
kat situ la mula kenal..ape itu hadis,tafsir,feqah,akidah,nahu & bahasa arab ngn lebih mendalam..
tp part nak menghafal la yg paling seksanya...kat tpt tu jgk la jumpa org2 bawa 'toyol' dlm exam blogger-emoticon.blogspot.com...bukan 1 hadis or 1 ayat di tulis...smpi 5 6 tajuk gak dibawa masuk...hehe..time budak2...meniru je keje...mmg tak berkat r ilmu yg dihafal n diajar tu..kat sini gak titik tolak tuk jadi rajin dlm pelajaran akademik blogger-emoticon.blogspot.com....almaklum la...sekolah agama rakyat takde kemudahan mcm sekolah2 menengah yg lain....yg lain start bljr bahasa inggeris..kitaorg still bahasa melayu...igt lagi ...setiap buku teks ada diprovide cd...boleh tgk ke ape ke...kami just guna buku je r...tak dpt tgk ape kandungan dlm cd tu...ada satu masa tu..stor pinjaman buku2 teks masuk air...musim tengkujuh...nak tak nak ...pinjam la buku yg basah tu...bau busuknyer....sakit hidung smpi letak dlm beg,dgn beg2 busuk...tp guna je la..nk belajar nyer pasal...sanggup sterika selai2 buku teks tu...tu la kepayahan sekolah agama dulu2....kini tak lagi...alhamdulilah dah meningkat maju...tp musibah ni lak yg menimpa...harap bersabar kepada warga kerja di SMA AL-KHAIRIAH....

kalu nak baca sumber dari Utusan Malaysia ni linknyer blogger-emoticon.blogspot.com

credit to :
http://kadikluang.blogspot.com for the information *ada edit sikit..

0 celoteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...