Pages

Wednesday, June 29, 2011

Kronologi Israk & Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan)
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

iix. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Sunday, June 26, 2011

Baitul Muslim mereka.


Salam...

hurm...
lama tak update kan??

hari ni sekadar update sedikit pasal hari ni...

nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU kepada ABG AIZAM & KAK NAWWAR....

mereka nampak sweet...nampak lain pun ada...*credit pd yg tgkp gambr*

senior aku di MMU...mereka yang membimbing kami masa mula2 kami masuk dulu...

terutama sekali abg aizam...salah seorg insan yg saya respect dari segi kreadibiliti beliau....

dan juga sebagai senior...hurm...

byk pengkongsian ilmu & pengalaman beliau yg diturunkan kepada aku & rakan2 yg lain...

terasa nk belajar mcm2 lg ngn dia...sbb ape yg dicerita kpd aku...xla byk sgt nk dibandingkan ngn pengalaman beliau 8 tahun di MMU....rasanya dah lebih 9 tahun kot...

aku sengaja meluangkan masa hujung minggu ni semata-mata nk hadir majlis mereka...

byk pelawaan tuk beraktiviti...tp aku bg alasan sibuk tuk meluangkan masa ni...huhu...

ngn kem YTM pun aku xgi...huhu...

ape pun...Tahniah...korang nampak sepadan...

drpd tahun lepas lg duk menyakat abg aizam pasal kawin2 ni...ari ni la baru ape yg kami sakat tu menjadi kenyataan...hehe


lama gak kami di majlis tu...nak tunggu semua reda...nak jumpa pengantin la katakan....
yang paling best sekali majlis perkahwinan senior aku ni ibarat 1 reunion kepada MMU...
semua batch MMU ada...ada la yg aku cam...dari batch atas2 kami...cth cam (X-Pres SRC - Batch Aizuddin Jayyidin,Batch Abg Shah,Batch Maun, Semua Staff2 MMU, sampai la intake yg baru ni...terutamanya bdk2 YUM.)...

mmg meriah...best tgk sekeliling mcm tu...almaklum la,org lama kat MMU....

selepas majlis,kami lepak2 jap...terus ke Klebang...nak minum coconut shake katanya...so follow la batch2 Mong ni....berborak r pasal2 keja...almaklum la masing2 dah kerja kan...dan tak sangka lak kat situ ada akak2 senior gak,mrk makan sekali,mmg bond diorg ni kuat r...btw,sory akak2 sekalian...kami 3 org ni(aku,apis & fain) pendtg asing....menyibuk kat batch korg...haha....



ok r...malas la nk ckp byk2...nk update peristiwa2 lepas pun malas...byk sgt...sampaikan hal2 pejabat time intern pun aku tau...haha...mcm2..

Wednesday, June 22, 2011

Penjagaan Baby
















p/s: part main chess tu xleh bla...

i really3 like this picture..!! baby irdina dah besar !! huhu..ni anak senior silat kat MMU...comel sgt3...dia punyer senyuman tuu...arghhh...geram siot...btw,credit to : Adawiyah Ahmad a.k.a Kak Ada sbb tag sy...huhu

Friday, June 17, 2011

Club Registration Week 2011

Salam...

hurmmm..
akhirnya...boleh pun berehat...
sepjg ari isnin ke ari khamis...kami buzy dgn program yang di 'mention' kat atas...
tuk pengetahuan semua,di MMU ada byk kelab & persatuan...
so disini,kami berpeluang tuk mengasah bakat/soft skill masing2 dgn adanya kelab ni...
bg aku,kat MMU ada sedikit perbezaan berbanding IPT lain...
sbb ni berdasarkan observation aku,tp kalu salah tolg betulkan...
di sini,kami diberi 100% handle kelab tersebut...means dari segi program,pengambilan ahli,budjet kelab & cara nk menguruskan kelab....

ni la suasana booth2 kelab kat MMU...time ni x ramai org lg..wkt tgh kelas lg..tp time pertukaran kelas,fuh,mcm bazar ramadhan la gaya nyer...

so,tuk sesi pembelajaran 2011/2012 ni dah menjd kebiasaan pd minggu ke-2 or ke-3 akan di adakan hari pendaftaran kelab2....untuk pengetahuan semua,kat MMU skrg ada dlm 66 kelab berdaftar(ada 70 lebih sbnrnya,tp ni b'dsrkn yg buka booth minggu ni)...so antara kelab2 ni kena r tarik bdk2 baru ni masuk kelab masing2...kira cam bersaing jgk la...tp nk kata bersaing x jgk...sbb kami mmg galakkan siapa2 tuk involve mane2 kelab kegemaran...so,terpulang pd masing2...walaupun skrg ni event ni dah abis,tp kelab2 masih mengalu-alukan kedtg ahli2 baru...ajak la kwn2....

ni kelab Outrec & kelab MMU Rover(Pengakap)..ada khemah,pastu menara ape ntah tu..haha

ok,tuk aku,aku selalu terlibat ngn kelab Silat Gayong...drpd foundation lg...kelab ni xde r besar sgt...kecik je...pernah menjadi High Committee kat dlm kelab..byk jgk belajar gak cam ne nk manage satu2 organisasi...tp tak r sehebat kelab2 besar...sikit2 je...tuk pengambilan tahun ni...dari segi bilangan tu naik la...tp ape yg membimbangkan aku,sejauh mane masing2 bleh bertahan...sbb tuk kelab ni memerlukan komitmen tuk turun training tiap2 isnin & khamis...beraktiviti...& tuk Hicom kena berorganisasi demi nk naikkan kelab..so 3 in 1 (mcm milo je)...bg aku ,bukan senang...lagi2 kalu kita pun turut aktif dgn kelab2 lain....situ la cabaran besarnya..dengan belajar nyer lagi...

ni lg satu side....booth silat gayong kat belakang Taekwan Do

Semalam dah diadakan training silat tuk buat kali pertama..ramai la jgk...tp tu jd mcm biasa dh bg aku(mula2 je...lepas ni kurang r tu)....ada sesetgh yg xtahan ngn fitness yg diberikan...kekdg warm up je pn...dah mengah mcm berlari kat padang...tuk bdk baru...5 baru org yg dtg,4 laki 1 perempuan...ada yg ada hal & yg lain ada yg masuk tuk diserapkan ke management...sbb maybe dia x mahir dlm bab2 silat..takpe...atleast korg nk timba ilmu jgk kan...nak dijadikan citer,aku lak yg nk kena handle bab2 training...3 bulan aku tak turun beb pasal praktikal..tup2 nk kena ajar bebdk..nasib baik aku ajar yg bebdk baru je...hahaha...tuk pengetahuan semua,aku xpenah pn mangajar2 ni(dlm kelompok besar)...selalu dtg training je...takpe la...Cikgu ada hal,so aku amek alih tuk ari smlm...mcm biasa r,bila ckp kat dpn2 org ni...aku akan mengelabah sikit...ayat2 berterabur...lg2 bila pompuan ada...lg terabur ayat aku...tp ape yg menariknya smlm...konsep 1 Malaysia ada..haha...ada bdk india,cina n melayu...diorg ni mmg minat nk belajar silat...so kami alu-alukan...tuk skrg,aku ajar yg paling basic,cara tumbuk dulu...paling3 basic...so basically,drpd 5, 4 org dh ada basic martial art...2 bdk gayong(melayu),1 bdk karate-do(india),1 bdk silat kampung(melayu)...so mereka senang sikit nk ajar...takpe..slow2...

Ni time persembahan Silat...so-so r...btw,sory Sir Asrul,saya xleh nk concentrate ape yg sir ajar pasal lepas je kelas sir,terus persembahan...hurm...tetbe lak time sblm kelas sir,ada masalah sikit,smpi terbawa-bawa dlm kelas...hurm...sory sir...btw,Applied Crypto mcm best...part break code tu yg best...

nampak muka masing2 semangat...haha..kalu time ajar tu,diorg pandang aku tgh bg example,agak segan r...nak je suruh org lain ajar...tuk permulan selain basic,kami ceritakan la ape masalah2 yg diorg akan hadapi nnt...so nnt diorg akan prepare...cerita ape yg istimewanya silat ni...rahsia2 pergerakan silat tu nnt kami bg...wat masa ni cukup pendedahan secara kasar...nmpk mrk excited...Insya Allah,jdkan la kami sebahagian dlm keluarga anda...Overall latihan abis ngn flow lawa...cuma ada jgk r benda yg aku xsuka jd...takpe aku wat tak kisah dulu...

Settle menda tu,skrg ni aku kena fikir pasal FYP ni...aduh...Isnin ni kena tunjuk progress ni...tp aku xwat mane sgt....dah r sabtu ni ada Ice breaking tuk 1 program ni (bkn silat) kat MMu ni...aku takut x sempat je...pada masa yg sama,aku kena fikir gak ape perancangan sepjg tahun tuk Silat Gayong ni...sepatutnya aku xpayah dah r...tp disebabkan Presiden Baru ni pun fresh lg...mean xpenah join aktiviti2 ni..so dia zero bab2 manage kelab...aku kena ajar r balik mane yg aku tau...dan tolg dia rancang program tuk setahun ni...bila tgk dia,aku terigt kat aku jgk masa tahun Beta dulu...sebijik cam aku means dr segi perangai...so aku xnk dia rasa ape yg aku rasa...drpd kosong tetbe dpt jawatan ni,mcm2 kena buat menyebabkan dia tertekan lg2 bila masalah lain drpd management tercampur aduk....

Aku pun xyakin sebnarnya nk bwk oraganisasi baru ni...memandangkan aku gagal tuk sesi lepas...aku gagal tuk produce seorg yg sentiasa igt akan tanggungjawab nyer...aku penah ditanya oleh Penasihat dulu 1 soalan yg menyebabkan aku terdiam...mmg tertusuk gak..tp aku amek tu sbg cabaran...dan aku sendiri pun masih belajar lg bab2 ni..so utk jd kan sesi kali ni jd extraordinary tu ssh sbb korg bljr drpd org yg biasa...tiada kaliber sbg sorg pemimpin....tp aku cuba mane yg mampu...walaupun hakikatnya aku xtau aku leh cope tak ngn sume ni...

wat masa pelajaran aku......arghh...serabut lak aku pikir pasal tu...hahaha...ye r...mane taknya dalam kelas asyik duk fikir pasal strategi je...abis ape yg Lecturer ajar aku lupa...faham sekejap je...rasa nya semua kelas minggu ni aku xdpt catch up lg...hurm...xtau r aku nk ckp ape...aku xleh wat keje multitasking kot...kekdg bila dtg 2 or 3 benda serentak, otak aku mula r berdenyut...walaupun menda tu simple je...

Kepada Riz, Mai, Nurus, Yati, Nik, Najiah, Sham & Najib....aku nk ucapkan ribuan terima kasih...kerana penat bertungkus lumus tuk hari registration week ni...nampak kesungguhan masing2...aku tau konpem letihkan,siang jaga booth,mlm training tuk persembahan,& kelas lg...hurm...tp alhamdulilah korg tak mengeluh mane pun...haha...mantap2....teruskan usaha anda...

ok la...panjang lak aku membebel....hurm...ari ni xde kelas...bleh tumpu kat FYP kejap...huhu..TILL THEN, SEE YAA

Sunday, June 12, 2011

4 Bulan suda...

Hurmm....
Salam...

Sekarang selamat kembali Melaka...

hurmm...alhamdulilah berpeluang pulang ke Temerloh...
biasa r...minggu pertama ni tak pack sgt kelas...
tutorial pun xde lg...so ni la peluang aku balik...huhuhu...
tambah2 skang ni Jumaat xde kelas...Khamis la abis smpi tgh hari je...
wah...heaven la kejap....

hampir 4 Bulan aku tak bersua muka ngn family....cuti sem seblum praktikal tu pn 3 hari je sempat duk umah...
tipu r kata tak rindu...atleast mesti ada keinginan nk tgk muka ahli2 keluarga kan...
on the way drive balik ke Temerloh,ada something happen membuatkan aku...erghhh...menyesal sungguh...hurmmm...

ape pun balik kali ni...alhamdulilah dpt jumpa semua...adik2 aku sume dh tinggi2...paras bahu kot...padahal baru nk masuk darjah 6...hurm...masing2 dah besar pjg...dulu kalu pukul x balas kat kita balik...setakat ckp "sakit" je...tp skang...pukul sikit je...amik ko kaki dia balas...!! haha...i like...^_^...

duk rumah kali ni terisi masa lapang ngn menjadi Tukang paip separuh masa,haha...kebetulan sume anak2 dh ada...terus kerah wat tu wat ni....bila pikir2 balik...ada bgs jgk dpt sume 'pendekar'...senang nk wat keje2 keras....tp xde 'srikandi' dlm keluarga pn cam xbes gak...itu rezki masing2...tak payah nk dipersoal....

tu utk separuh masa pertama...separuh masa kedua,aku berjinak2 ngn dunia mobil lak..hurm...actually aku paling xsuka dunia automobil ni...tp apekan daya...nak tak nk...kena involve gak...pergi service,pergi check alignment tayar n pergi basuh....hurm...mcm2...
setiap tu sume ada kos yg tersendiri...fuh...mmg berpeluh gak nk kuarkan duit tuk sume ni...serius...kekdg terasa cam duit kita kuar ngn barang kita nk beli tak sepadan lgsg....kecik tp mahal...huhu...tak pe la...bak kata ayah aku,tuk keselamatan kita n nk pakai tuk long term...so ok r tu...dalam masa 2 hari....cecah RM400 gak r...ish3....

Service jgn tak service...proses penukaran minyak hitam...hurmm

penambahan span kat hub...kasi bunyi hilang,serap haba...aku igt lg si Azu terkejut tgk wayar grounding keta aku...ada byk...hahaha...itu sudah dimodified bang...sume ayah aku punyer keje...dia pakar bab2 modified2 ni...tp tuk enjin keta lama r...

Penambahan span(bkn span nama nyer..haha,aku tibai je)...just nk mengelakkan spring tayar belakang terlalu rapat bila ada penumpang kat belakang,lg2 yg jenis2 berat kan haha...so nnt xde la tayar belakang terlalu rapat ngn body...

Haaa...ni part kritikal....part alignment tayar keta....bila di check,keta ni lari sebyk -1.17 darjah...sepatutnya kena 0 darjah...tp dh lari sikit...ni sbb langgar lubang terlalu kuat...so effect dia kita leh rasa bila bwk keta..bila amek selekoh,keta rasa cam tak stabil(tu pengalaman aku la..mybe ada side effect lain)...kena r tambah chamber lak tuk kebaikan masa dpn...hurmm...1 chamber RM45..hurm...tertelan air liur jap...mak ai...benda kecik je..cam nat skru je pun...haha...harga cam tu sekali...tibai 2 dulu..tuk tayar dpn...lain kali tayar blkg lak..huhu...
so kpd sesape yg mybe nk keselesaan dlm memandu keta sendiri...rajin2 r check alignment tayar keta anda...huhu....haa lg satu...utk sape2 xtau...setiap 10000 milage,kena cross tayar..sbb faham2 kan...kekdg bunga tyr belakang ok lg...tyr depan dh haus..elak r cross...itu r seeloknyer...

hurmm...aku pun ada r usha2 sound system tuk keta kat kedai2 accessories keta...perghh....paling murah pun RM1000 kebwh r...tu full set,kalu yg lebih ummhhp lg,moh cecah RM2000 or lebih....tangguh r dulu menda tu...huhu...walaupun menda tu best,tp tu bukan keperluan asas pun....so ketepikan dulu...
dah keje nnt boleh r pasang...hurmm....


Syukur alhamdulilah...dpt timba ilmu2 baru....byk lg kena belajar pasal keta ni....syukur gak berpeluang bersama ngn family 3 hari ni...mybe sbb dh lama xjumpa sume makanan favorite aku ada sepjg 3 hari ni....huhu...terima kasih umi...berpeluang gak bermain badminton ngn adik2 aku...haha..wat masa ni aku puas main badminton ngn adik aku no 2 ni sorg je....ko pukul cam ne pun dia konpem leh sambut...so puas hati r main ngn dia...x sangka...dulu dia xterer pun main badminton ni,tp leh develop dlm masa 1 tahun je..dh jd terer....terima kasih la pd couch dia yg ajar kt sekolah dulu...huhu...xsia-sia...

esok pagi dah bermula la minggu yg sibuk tuk semua kelab2...dan bermula la jgk kelas + tutor secara rasmi...hurm...harap2 leh bhgikan masa ngn baik la nnt...ok la..TILL THEN,SEE YAA

Tuesday, June 07, 2011

Delta

Salam...

hurm...
sekarang officially aku dah masuk Delta (Tahun ke-3)..
senang citer tahun terakhir tuk aku[i guess]...
dlm masa setahun lebih drpd sekrg,aku akan grad...
aku xnk citer lg pasal dunia akan aku tempuhi akan dtg...
sbb aku still mahu duduk dlm dunia belajar...
tekanan belajar tak sebesar tekanan di tempat kerja....
cukup r sekali aku ter wat hal kat tpt keje dulu...malas dh aku nk cari pasal...
haha...
tak pasal2 guard kt tpt aku yg aku dgr dia tu abg long tpt leh kenal aku...
walaupun xpenah tegur pn dia...mmg ada org ngadu r tu...
lupakan la tu...gua xkisah pun sbnrnya...cuma kalu leh elakan,kita elakan...


ok,setelah 2 hari masuk semula ke kampus...ape yg aku rasa??
hahaha...pegang pen pun aku dh lupa mcm mane bai....hahaha...
ape pun aku tgk...cam serabut pun ada kampus tu...penuh ngn bdk2 baru...
takpe2...lama2 beransur hilang r sume tu...awal2 je...
betul la kata Fain n 2 3 member aku...huhu...junior2 tahun ni ramai yg lawa2...
ni bkn statement aku...tp statement diorg...hahhaa..
tak usha abis lg ni...sbb kelas ptg lg wat masa ni....xdan nk usha lebey sikit...hahaha...!!


hurmm...tu sume leh ketepikan dan leh pandang sebelah mata je....yg perlu aku pandang serius skrg pasal FYP aku....isnin lepas tepat kul 9 pg kami dh mula agenda kami ngn Dr.Lau...dia dah suruh wat research n start buat documentation...dia nk tgk dlm 2 minggu lg...huhuhu...masalahnyer skang,dia ada byk klu or nasihat tuk project kwn aku,multitouch...tp aku?? xde lalu !! hadoi...terpaksa la aku berdikari sendiri...alhamdulilah...berkat Allah beri aku kesungguhan mencari maklumat 3 minggu sebelum ni...aku dh jumpa sumber2 yg Insya Allah bleh direfer....ada juga rupanya bdk MMU course Artificial Intelligent yg penah wat project ni...tp aku xtau dia still aktif berblog ke x...pasal aku jumpa info pasal dia pun kat blog je...harap2 dia masih aktif lg...


Sabtu ahad lalu,ada festival silat kat Melaka Mall...aku tak ketinggalan join sekali tgk pertandingan tu...mane taknyer....cikgu yg ajar aku kat MMU jadi juri beb !! huhu...
abis je pertandingan,dia akan ajak lepak2....best dgr Cikgu mengarut ngn member2 dia...sama je mcm kita...cuma mybe kita tak sangka dia akan berubah sikap drpd sikap yg ditonjolkan dpn murid2 semasa mengajar...totally different...hahaha, apepun..aku nk ucapkan tahniah kepada pihak penganjur...festival tu mmg best...mcm2 jenis silat dtg join competition tersebut....
sayang nyer aku xdpt layan dari mula smpi abis sbb busy sikit ngn program ngn freshie2....hurm...tahun depan buat la lagi ek...huhu...

ok r...ni ke kot nk update...insya allah, nnt update lg...huuhu

Saturday, June 04, 2011

Intern Presentation..

my slide ^_^

Salam...
first thing i want to say,alhamdulilah...because of what??
for sure coz of my Industrial training presentation !!
huhu

finish already...what can i said for my presentation, it was so-so...
I'm not present very well...many things that i want to explain to my sv,unfortunately maybe because of nervous,many good point i didn't explain to sv....

for my slide,I think very detail...
for me,the major problem is we have 4 people need to be present for the same company...so the we just repeat all the same point for each of us because 4 of us experienced all same thing...
lucky for presenter no 3 & 4...not much they present...just tell them what u experienced or tell stories what u had faced during internship....all of because I and Alex already present all about our job scope generally(Alex) and specifically(me)....next time,i suggest to combine all of trainee that same company...or give them freedom on how they want to present...huhuhu...but maybe good to present alone...train us to be more independent in front of people...which is good for me..

so far, it ok for me...and most important.....IT ALL OVER !!! hahaha....i like i like i like(village language...hahaha!)...


After 4 of us done with this presentation we all go to AEON Malacca...watching movie...wahahaha....


overall this movie izzzz awesome !! huhuhu...from this movie we know how X-Men got their name...how magneto and Prof X was best friend and how they split to different path in the resolution plot of the story...huhu....I and Shahrul amaze with one of character in this movie....Azazil( the red one in the poster....his name take from Satan's real name...me personally a little bit surprise with that name...hurmmm...but his power truly cool !!!)

This was the last movie for 4 of us....Weiqi,Alex,Shahrul & me...because for Weiqi and Alex,this sem was their last sem...so they already prepared to return to their hometown maaaa....huhu...
I really lucky met with them...really enjoy hang out with them...even though we from different race...even sometimes we always discuss sensitive issue with open minded.


Alex showed us one of his friend's shop....what can i said is.....wow !! all antic stuff !! very rare to find in Malacca....you see the second picture? that vacuum tube..if u know history of computer made...haaa...that one used to build a computer ...i think first generation of computer...This shop still use vacuum tube for sound amplifier purposes or something like sound system stuff...quality sound produce by this thing is superb !!




p/s: i think u find something weird with this entry......obviously !!! haha
BI aku teruk !!!

Wednesday, June 01, 2011

Officially say bye bye to IPCORE

Salam...

hurm..baru kesempatan update blog...
ikutkan nak update r pasal last day kat ofis kan...
tapi tak sempat la pulak...duk busy buat final report...
tadi baru siap, mmg menguji kemalasan aku tul..haha...bab2 report ni aku malas sikit...buat sikit,berenti jap,sambung buat balik...cam tu la rutin membuat final report ni...mmg amek masa yg lama r nak siapkan...

ok r cukup pasal final report...nak citer pasal last day intern...
actually last day aku hari sabtu...
huhu...
punyer la excited ari tu...nak abis la katakan...
lepas ni xyah la kena bangun pagi sgt tuk gi keje...
xde r rasa cam takut2 kena tembak ngn pihak lain...
takde la kena pakai smart2 lagi...huhu...
tp bila dh 3 bulan ni,pakai baju kemeja dh jadi cam biasa...dulu,bukan main kepayah nak pakai kemeja nyer....

First sekali,ape yang aku nk ckp tuk company ni,terima kasih atas tawaran kerja kat situ...aku ambek byk subjek lak sem depan,tuk amek part time L1 tu susah...bebrp kali sebenarnya diberi tawaran ni,sama ada secara terus terang atau kiasan. aku rasa tak berapa layak lagi r,bandingkan aku ngn trainee lain,diorg lagi hebat...mcm2 diorg tau..even walaupun lepas aku abis pun,aku xleh keje ngn company tu...kena berkhidmat ngn penaja aku dulu...huhu...

"Ko nnt kalu ada masa free,dtg2 r ofis...bleh kita gi minum2","nnt datang la umah" kata2 abg Yazeed untuk hari terakhir..huhu...best berkenalan ngn dia....senyap mula2...tp rupanya...kuat bercerita & know what...kuat berimiginasi jgk rupanya...mmg kena...bila wat lawak merapu je, dia leh sambung lg...mmg best keje satu shif ngn dia...haha...terima kasih sbb sudi layan saya...td baru dpt msg dia haha..."xde korg,rasa lain je ofis ni"...haha..ye r,kami yg bising kat dlm ofis tu...gpun staff kat sana dh kurg..tinggal 2 org je Level 1...mmg sunyi r..

Ini dia abg Yazeed kita...hehe..sori amek gambar kat FB..

Terima kasih jugak pada Supervisor aku....En.Aidid...huhu...boleh kata rapat r gak ngn dia spjg intern ni, selalu kuar minum time2 malam....dia r yg tunjuk kat aku tempat2 makan yg menarik kat Melaka ni...byk sbnrnya, kita je xtau...huhu...dia pun suka bercerita...pun mcm2 story duk habaq kat aku...aku layan je la....pengalaman dia jd salesman keta,pengalaman sepjg duk kat IP Core,mcm2 lagi r...Insya Allah ada masa berjumpa lg...rumah dia pun dh 2 kali aku gi...mmg xde alasan r xleh jmpe dia...huhu...Terima kasih atas tunjuk ajar semasa aku di IPCore..sempoi r ngn dia...



En.Aidid ....hurm...tahniah baru2 ni dpt anak ke-3..baru masuk 2 minggu rasanya...aku sempat gi hospital time org rumah dia baru bersalin...fresh lg babynyer...huhu..

Terima kasih jgk kat Network Engineer kat situ....Nicholas and Azu....Mereka byk ajar kami trainee ni pasal networking ni....aku lebih kpd Azu,sama gak ngn bebdk ni...Nicholas selalu sibuk...kalu ada pun borak2 benda lain je byk...bab2 ajar ni sume Azu je...sbb kami follow dia ke site kalu ada rosak ke ape....tp aku sempat jgk tgk Nicholas configure router...seriusly nmpk kehebatan dia disitu...sekejap je dia wat...kalu ikut telpon pun dia leh kasi solution step by step...ni kan physically....time dia terang drpd basic pasal networking pun hebat gak...detail dia terang...kalu jd lecturer...sure jd lecturer favorite aku...Azu pun ok gak...ye r, dia ni aku kenal drpd MMU lg...time silat,dia bwh aku...time keje skang,aku lak bwh dia... haha..itu la dunia,jgn kita buat jahat kat org...mane tau 1 hari dia jd ketua kita or worst lg jd bakal family kita...abis kita nnt...hehe

L2 : Nicholas & Azu..thanks for everything !!

Aku rasa dah macam acknowledgement Final report aku lak duk main thanks2 ni...hahaha..udah2..
skang citer time Isnin ari tu...ape yg berlaku...
kami kena dtg balik ke ofis tuk settlekan sume hal2 report...nak sain ke ape ke...
so kami ber-4 gather la kat situ...minta sain En.Aidid and sume bagai tu....tp betul la...terasa lenggang ofis tu time kami dtg...
yang paling best adalah time kami sume bersua dengan salah seorg bos kami...En.Amran...nak jumpa Mr.Eric ? hurm..sampai ke sudah tak jumpa...mcm sekali sebulan je masuk ofis...
tp ape yg nak highlight kat sini ucapan last En.Amran la....cam biasa la...ckp terima kasih sume...tyer ape yg aku dpt kat sini....n ape yg dia ckp,collect as many certificate as possible....mcm CCNA,FCNA,CEH or ape2 la...menda ni yg penting dlm keje....dia tak pandang pun degree tu...dia nk org yg tau ape yg dia kena buat...semangat nk belajar yg dia nk...even spm pun dia sanggup amek...asalkan nk belajar...
ni statement dia yg paling aku suka..."I hate scorer, i just want people who responsible, know what to do,know own mistake, mengaku kesalahan sendiri and perbetulkan balik" ni la ayat dia...dia ada pengalaman, amek bdk hebat,tinggi pointer tp bila suruh buat benda, sume xtau...dh kena ajar dia drpd mula...dah rugi masa kat situ...that why En. Amran benci org yg pointer tinggi2 ni...dia nk org yg belajar dan faham ape yg dibelajar...bkn belajr semata-mata nk tinggi pointer....lgsatu, cuba mahirkan pada 1 part je...cari mane kelebihan dlm bhgn teknikal ni,mahirkan menda tu...cth firewall fortigate ni,rasa cam boleh bwk,mahirkan menda tu...konpem org akan cari nnt...

En.Amran ni bekas bos kat TM gak satu ketika dulu...segan lak aku nk tyer dia pasal keje2 dia kat TM dulu...takpe,dia ckp dia nk belanja kami mkn nnt...time tu kot aku tyer...huhuh....apepun aku respek dia sbb dia humble n sempoi gak...cuma dia tak tunjuk kt kami trainee ni...tp dpn2 staff lain mmg nmpk dia punyer kesempoian tu...haha

besar ni je ofis kami...so sume 1 meja...tp ok r

habis je sesi ceramah ke bagai tu,kami pun balik r...tp tak berenti cam tu je...enjoy r...ni last kuar ber-4 kan...aku,Alex,Weiqi & Shahrul tgk Kung Fu Panda 2...bleh tahan r citer nyer...tgk 3D lak tu...huaaaa...amaze aku kat situ...xpenah tgk 3D nyer...haha...best2...

Sambil tunggu KungFu Panda tu,kami minum2 dulu...ni r kali pertama aku gi kedai mewah2 cam ni....Coffea Bean....nmpk sgt aku ni kampungkan....hahaha...Seoul Garden yg selalu bdk2 MMU gi pun aku xpenah jejak lg, ni kan tpt2 mcm Starbuck,Big Apple,Dunkin Donut, dan mcm2 lg r...bak kata kwn aku,aku kena belajar gak gi tpt2 ni...sebulan sekali ke 2bulan sekali ke...haha..tgk r cam ne...

haaa....spec 3D...rosak ni...melayang RM 300 aku nnt...jgn...abis elaun aku nnt...haha

haaa,kan aku ckp aku ni cam kampung ckit kan? xpenah gi tpt2 mewah kan...sini r tpt aku selalu gi tuk kenyangkan perut aku sepjg aku praktikal ni...satu gerai kat sungai putat...murah beb....amek je lauk byk mane...sekali ngn air..jamin tak lebih RM 5...selalunya range dlm RM 3- 4.50 je...ikan,ayam telur,daging,sayur + air...fuuhhh...berbaloi-baloi.....makan kat situ pun rasa cam kat kg...keliling hijau je kan...best...cuma ye r,bergaul ngn org2 tua..sbb situ port2 diorg...yg kerja2 pemandu lori, kerja2 kg...sume amek port kat sini...tp ada je yg kaya mkn sini...murah la kata kan...kul 12 tgh hari konpem lauk dh nak abes...huhu....xtau r lepas ni dpt gi lg ke x...

hurm....panjang r pulak aku membebel ni...xkisah r...kenangan terakhir...so panjang la sikit kan...huhu....lepas ni prepare tuk presentaion lak...takut2...kena speaking..aku sgt la lemah menda2 cam ni...ok r,tido dulu....TILL THEN,SEE YAA....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...