Monday, July 30, 2012

New stage

Salam...


Alhamdulilah,diberikan kesihatan setelah berhempas pulas ngn
ketidak sihatan baru2 ni...
haiih...nk cakap food poisoning pun boleh kira gak r..
lebih2 kurg sama...
berulang lg...cuma kali ni di rumah...
senang sikit,ada ubat sapu,ubat mkn...
kalu 4 tahun lepas dihostel MMU...
terlantar sorg2 dlm bilik...xde ubat,xde ape just baring je atas katil
muntah2...merangkak kehulu kehilir mcm hantu juon dah...hahaha...
kenangan2....
mcm sukan komenwel pulak berlaku 4 tahun sekali dlm bulan puasa jgk pulak tu...hahaha...
nice timing...

Ape pun...thx to my beloved Umi...
risau dia...tanya setiap masa...
jwpan aku hanyalah "xde ape la,biasa2 je" *sambil buat muka cool ala2 sakit*
Love umi so much...beliau je la sorg yg boleh fhm aku tanpa
aku ckp ape2 pn...tgk aku je dh tau ape jd....sbb dia tau anak dia ni x bercerita sgt...haha

Hurm....ni aku rasa mcm last post aku je...
hahaha....
maybe yea...maybe not...
last post as penanam anggur...
There will be next level waiting for me out there...
dan aku sgt2 tak sedap hati...
sepjg 2 minggu duk tak senang duduk je memanjang..
biasa la menda baru kan...dlm sejarah hidup pulak tu...
mana tak gelabah...tunggu je ape yg jadi nanti...

persekitaran baru,dunia baru,suasana baru,tanggungjawab yg baru dan di tempat yang totally baru bagi aku...
Doakan aku boleh hadapi stage baru ni...Insya Allah...


p/s: terasa nk shut down dh blog ni...ntah bila pulak boleh hap-date....ape kata survey??*suara chef wan*


Friday, July 27, 2012

Sujud Sahwi

Salam...

terpanggil untuk berkongsi sedikit ape yg dapat...
semlm sebelum tido ada la buka buku Asas-asas Fardu Ain hasil tulisan
Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid...
so,sesaje nk belek2 terbaca pada topik Sujud Sahwi...

biasalah kita ni manusia biasa,dalam solat jarang kita dpt solat yg khusyuk,
banyak gangguan drpd syaitan,walaupun dalam puasa syaitan dibanteras,still ada
penolong kanan dia(nafsu),so tidak dapat tidak kekdg tu kita dlm solat berlakulah lupa nak buat rukun solat yg wajib mahupun yang sunat.

Aku pun salah seorg yg juga selalu 'hilang arah' dlm solat,so,mula2 tu kita ni dh anggap tahu la pasal sujud sahwi,tp bila baca2,owh...ada lagi ilmu kita tak tau...tu la,bodo sombong lg~ hahaha...
takpe,atleast dapat ilham nk belajar.Jadinya,nak share la ape yg di baca dalam buku ni,aku percaya ramai yg beli buku terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd ni,buku yg bagus.Pada yang dah ada,baca pada mukasurat 110.Apa yg nak dikongsikan ni sama je dalam buku tu...huhu...

Makna Sahwi
Bahasa : lupa sesuatu
Syarak : Sujud yang dilakukan sebanyak 2x setelah selesai tahiyat akhir sebelum salam. Hukumnya sunat.

Masalah yg berhubung dengan Sujud Sahwi

  • Tertinggal Perkara Fardu/Rukun
Sekiranya tertinggal salah satu drpd fardu atau rukun, solat tidak boleh ditutup dengan sujud sahwi semata-mata. Ia hendaklah terlebih dahulu melakukan rukun yg tertinggal itu sekiranya jarak tidak jauh dan ia teringat pada waktu sebelum memberi salam.

cth: Terus sujud dan meninggalkan rukuk(terlupa). Maka hendaklah ia bangun semula utk melakukan rukuk dan barulah dilakukan sujud sahwi selepas tahiyat akhir sebelum salam.

Ataupun ia teringat selepas salam, umpamanya, ia terlupa membaca al-Fatihah pada mana-mana rakaat,walaupun ia telah bercakap sedikit,maka bolehlah ia menyambung semula solatnya dgn menambah kekurangannya tadi dan disunatkan ia sujud sahwi.

Apabila seseorg itu terlupa melakukan salah satu antara sunat ab'adh, ia tidak boleh kembali melakukannya setelah masuk ke rukun seterusnya dengan sempurna.

cth: Terlupa membaca doa qunut kemudian ia sujud. Dalam sujud itu baru teringat, maka tidak boleh ia bangun semula untuk membaca doa qunut itu. Tetapi kalu belum sempurna sujudnya, maka bolehlah ia bangun semula utk berqunut. 

Sekiranya ia sudah turun drpd iktidal(berdiri stlh rukuk) dan belum sampai had rukuk, maka ia bangun membaca qunut, ia tidak sunat sujud sahwi.Tetapi kalau sudah melampaui had rukuk, belum sampai sempurna sujud dia boleh kembali membaca doa qunut, tetapi sunat mengerjakan sujud sahwi.

Begitu juga jika tertinggal bacaan tahiyat awal. Sekiranya ia teringat sebelum naik ke batas rukuk, maka bolehlah ia membaca tahiyat dan tidak sunat sujud sahwi.

Sekiranya ia teringat setelah naik ke batas ke batas rukuk, tetapi belum sempurna berdiri,maka sunat ia sujud sahwi. Sekiranya telah berdiri, maka tidak boleh turun semula. Bahkan kalau dilakukan juga, batal solatnya.

  • Terlupa Sujud Sahwi
Sekiranya seseorg itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam, maka bolehlah ia sujud sahwi dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yg tidak terlalu lama. Walau bagaimanapun, kalau tertinggal sujud sahwi itu, tidaklah menjejaskan solat kerana ia sunat sahaja.

  • Imam terlupa Sujud Sahwi
Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.


Bacaan dalam sujud
Sebagian ulama menganjurkan do’a ini ketika sujud sahwi,

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa)

tetapi bukan mesti baca bacaan ini, boleh juga membaca bacaan sebagaimana doa dalam sujud biasa.

boleh rujuk video ini utk gambaran bacaan sujud sahwi yg simple & jelas.



*Sunat Ab'adh itu adalah seperti berikut:
  1. Membaca tahiyat awal.
  2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat awal
  4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
  5. Selawat di dalam qunut
  6. Berdiri semasa qunut
  7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
Untuk rujukan bacaan berkenaan sujud sahwi yang bagi aku complete & jelas. Siap dengan hadis-hadis sahih diselitkan.
Sujud Sahwi bhg 1
Sujud Sahwi bhg 2



Haaa...
setakat tu la yang mampu aku kongsi. Mungkin ada tak sama sana sini,itu semua perselisihan atau perbezaan pandangan ulama' berkenaan sujud sahwi,bak kata Ust Azhar Idrus, kita kena bersikap liberal(terbuka) dalam pandangan2 ulama. Bagi yang masih lagi tak faham atau susah nak dapat gambaran,boleh la berguru dengan sapa2 yg alim atau berpengetahuan. Aku ni just share ape yg dapat, nak terang lebih2 pun tak berapa mampu rasanya.huhu...

BTW, saje nak share dengan korang satu ebook ni...bagi aku bagus.Membantu kita dalam usaha untuk khusyuk dalam solat.Aku sendiri dah praktik sikit2,daripada dulu tak faham apa yg kita kerjakan,sekarang makin faham sikit demi sikit...dan still keep improving.

Tuesday, July 24, 2012

Contengan Jalanan

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th" ayat pemangkin segala-galanya..

Salam...

haaaa....kali ni nk review or update r sikit pasal novel karya si penulis misteri ni,Hlovate ni...
percaya atau tidak ni novel ke-4 aku baca....
hahaha...aku sendiri tak percaya...dulu aku yg jenis bapak benci ngn novel n buku2 ayat2 yg panjang lebar ni,skrg dh ke-4 dh...
ape kisah pasal buku ni?? best ke?? tgk cover mcm biasa2 je...huhuhu...
ni personal opinion aku,mmg best !!! 

menceritakan perihal individu mencari ape erti hidup di dunia ini...perjalanan mencari Tuhan...
2 individu berbeza iaitu Fend & K² (K-square), bawah ni sipnopsis watak2 tu:

I - Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

II -  
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.


So, sape2 yg berminat,aku amat galakkan anda melayan buku ni,tambah2 lagi sekarang ni bulan ramadhan,sebab plot masa dlm novel ni berlaku sekitar bulan puasa. Banyak msg yang disampaikan terutamanya perihal tipikal malaysian...atau budaya2 yg org malaysia selalu buat....kekdg tu bila baca tu,terasa mcm kayu balak jatuh atas kepala,keleeepaakk!!...dia punya sinis...mmg terasa r sbb kita dlm situasi mcm tu...

Aku amat tertarik dgn watak Chad(sepupu kpd Fend),usaha dia untuk berubah,mencari ape yg dia nak dgn bermusafir ke tempat org...berguru dgn org2 alim...tp ada something happen kat dia dlm perjalanan hidup dia...menyebabkan aku rasa,Ya Allah bertuahnya kau....


Untuk sape2 yg nak baca or baru baca,kalau mula2 tu anda tak paham ape ke benda yg dia tulis,jangan berhenti !!! sebab aku pun mula2 tak paham gak,rasa mcm malas nk baca pun ada,dh la aku ni beginner dpt lak gaya bahasa yg mcm ni...heh !...siap kali ke berapa kali ntah aku tidur lepas baca....sbb citer ni berkisar tentang budak yg minat dgn dunia seni/music...so sape2 yg minat lagu2 metal,rock.,bdk2 gig or underground band..mmg boleh masuk ngn dialog2 dia...tak semua faham,tetbe 1 tajuk lagu bleh jadi perbualan diorg,1 pemain band leh jadi topik pjg lebar...sama je mcm kita yg biasa2 ni kalu berbual berkenaan topik yg kita minat cth mcm bola,leh citer berjam2 pasal 1 pemain bola je...mcm tu gak diorg...dunia masing2 berbeza...Jadi,walaupun anda tak paham mula2,teruskan baca..lama ke lamaan corak perbualan diorg dh jd normal bila watak2 kembali ke kampung..jgn risau...btw,sape2 nak baca,sila baca part Fend dulu...baru faham flow yg K² nyer,


Novel ni mmg menyedarkan kita r...dengan kata2 hikmah lg yg dia selitkan diakhir tiap chapter,mmg best...seriusly best !!  


Ape2 pun,aku nk ucapkan sangat100x terima kasih kepada hamba Allah yg suggest kat aku buku ni....kalu dia tak suggest,aku x dpt baca buku yg best mcm ni...Ko pun buat mcm ape yg Fend & K² buat lepas temui ape yg dicari...haha..sebarkan 'Sketchbook' diorg....cuma ko punya just suggest kat aku...bkn bg sketchbook...really appreciate that suggestion...mula2 rasa mcm buang duit beli buku ni,tp lps abis baca,rasa berbaloi..mujur aku tak tuntut drpd bdk ni...haha




"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

Monday, July 23, 2012

Apo nk dibuat sebelum Convo ?

Atas permintaan kan...hahaha..
update la sikit berkenaan ape nak kena buat lepas grad...

Apa yg aku dah buat skrg...
  •  buat online graduation application (ni ada kat online application)
  • Completion of study & mohon transcript (ni boleh buat di SOSC, amek borang kat tpt berkenaan isi2 macam soklan fill in the blank and sediakan 1 salinan result online [tuk completion of study], minta cop, sain bagai dekat finance & library n then hantar ke SOSC semula...dlm tempoh 5-8 hari siap la pemohonan tu..untuk transcript kena sediakan RM10 kos print..)
  • Amek surat Award of Degree di ERU..(dah pun amek, pastikan anda tak di barred mcm aku..huhu...walaupun dlm sistem kiosk dh dibayar sume tp sistem x update,kena ke Finance tuk mintak update n then baru bleh amek surat tu....surat ni penting bagi sesiapa nk mohon kerja sebelum grad official...company nk tgk surat ni menandakan anda dh grad. )
  • Login ke Convo Website...(isi form tuk survey rasanya, kena letak gak ucapan n gmbr tuk di project kan di skrin waktu amek skrol nnt..aku pn xtau nk letak gmbr mana n ucapan ape..haha)
Ape yg aku xbuat lagi
  • buat verification student card...(yg ni aku xpasti lg nk buat mcm mana..tp yg penting kena pastikan student ID tu still berfungsi lg...jgn kata dh guna tuk buat sudu makan nasi la..) 
  • Tempah atau buat bayaran utk Jubah dsb.(ni kena bayar online,transaction byrn simpan...poket ngh kosong lg...haha..aku pakai jubah gi masjid xleh?? putih berseri je nnt...hahaha)
  • Amek Jubah (size kena betul...jgn badan saiz XS,gi amek jubah saiz XXL, x ke jalan terpijak saki baki kain nnt...tersebam depan Chancellor baru nnt cam ne?? x ke malu first time jumpe tu..jgn ckp dpn dia sesaje nk testing kekuatan kain jubah tu la nnt...elok2 dpt skrol kang x psl2 kena pelangkung dek Chancellor guna skrol tu nnt...dah buruk gmbr time amek skrol...hahaha )
  • Pulang Jubah pada tempat2 yg ditetapkan and amek Barang2 konvo..(barang2 konvo la yg kita nk sgt dptkan setelah 4-5 tahun belajar di MMU.)

Ni yg Penerangan Completenya...huhu
1. Online graduation application(http://mars.mmu.edu.my/graduation/gradlogin.jsp)
-Make sure you clear all the payment with MMU before apply for online graduation
-make sure you completed all the subjects credit hours/Bahasa Malaysia credit transfer from SPM/fullfilled the requirement for MUET.
-Upload the passport size photo & convo msg (Please choice the most pretty or handsome photo & check the resolution<---It will display on the big screen at the stage when you collect your scroll from MMU chancellor)
-Convo robe booking(you may make the payment by credit card,maybank2u,cimb click or any accepted online banking)<--remember to print out the transcration receipt.
-After MMU's senate approve your graduation application, your name will appear in convo website.(http://convocation.mmu.edu.my/2012/)

2. Receive the 1st letter from MMU ERU
-In the letter will stated that you are officially graduated from MMU with what degree & what class
(eg. 1st class/2nd class upper division /2nd lower division/3rd class)<----Keep this letter nicely some company will ask for it during interview ^.^

3. Receive the 2nd letter from MMU ERU
-In the letter stated the venue/date/time/attire for convocation.
-Date/time/venue for smart card verification/robe collection/convo item collection also mention in this letter.

4. Smart Card Verification
-Normally student able to start their smart card verification 1week before the convocation.(Please refer to the 2nd letter from ERU)
-Functional test for smart card, if the smart card is malfunction student need to pay RM20 to buy a blank plastic card for convocation purpose.
-Student also can choice to use their Mykad as the convo smart card(subject to Mykad with Touch&Go function only)
-Verify the convo msg(as uploaded in convo website during online graduation application)
-Checking the convo photo(as uploaded in convo website during online graduation application)
-Student is advised to bring a pendrive with your passport size softcopy & save your convo msg in .txt file as the backup.^.^
*after verification, staff will paste a sticker with seat no. on the smart card.

5. Convo robe booking status verification
-checking the robe booking status
-Student is advised to print out the online transaction payment receipt for verification purpose.
-Settle the payment in cash (together with deposit, cash deposit will be refund after you return the robe in good condition.)
*after verification staff will paste a sticker with your robe size on the smart card, then student can proceed to another counter to collect their robe.

6. Collect robe
-test the size of robe(different faculty diff colour)<---in another counter
-Student is advise to checking the robe size, and ensure it is in good condition.

7. checking the finace/libary/security/STAD/SOSC payment status
-If student owed with rm0 payment with all the MMU department then only can proceed to convo item counter to collect their convo items.
-if any pending payment, student must clear the payment 1st.

8. Collect convo items
-different faculty different counter, collect your convo item according your faculty.
-convo item included:
1) A true copy for academic transcript
2) A true copy for degree certificate<-----We study so hard because of this ^.^
3) A CD inside contains your e-scroll & e-transcript in encrypted .pdf file
4) A congratulation card from MMU president.
5) A letter from ERU
6) Envelope
-student is advised to checking carefully with all the GPA/CGPA/Subject code/Subject grade and to ensure all your convo item in good condition.

Monday, July 16, 2012

Layan ni kejap

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
.
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????
.
Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………
.
Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
.
Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
.
Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????
.
Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
.
Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
.
Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.
.
Citer 10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…
.
Citer 11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ke bangang sangat kawan atok ni
duduk dalam tong merah tu?”
.
Citer 12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

p/s: ada citer yg penah post...tp layan je la...tuk take 5 ke ape ke...
.

Lusuh

Salam...

hurm...
saje je nak merapek kat sini...
dpt panggilan pagi tadi,terus susah hati..

hurmm..
pagi2 dah ke KWSP n LHDN tuk sedikit urusan...
haaa...
medical checkup je malas nk wat lagi...haha...

duk lepak2 nk mkn,tertgk pada satu barang kepunyaan aku ni..
lusuhnya ko...
lama dah berkhidmat dgn aku...
dah koyak moyak dah ko...
tp still dgn aku lagi...
hahahah...terima kasih dompetku...


p/s: ntah ape2 yg aku merapek ni...xsedap duduk punya pasal...
pp/s:

tgk tu Si Putih tido...aku terpikir,awak x lemas ke tido kepala mengadap kebwh mcm tu?? hahah

Friday, July 13, 2012

Begitulah...

Salam...

haaaa...lama dh aku xupdate blog ni...
berabuk dh....
macam2 berlaku sepjg 2 minggu ni...
alhamdulilah,semua pengalaman baru buat aku...
ape yg terjadi...?

rasanya kalau kwn2 aku tu ramai dh yg tau...
minggu lepas adalah minggu aku bermusafir ke tempat org...
sejurus abis je OJT ari jumaat bulan lepas...
terus dpt panggilan untuk interview pada hari isninnya...
so bersama 'elegen la viva' aku,kami berhijrah ke belah pantai barat kejap..
hahaha...sedia maklum la aku ni buta KL...
so 1 ape pun aku xtau...dpt pulak tempat interview kat TM Annexe..
mmg gelabah r aku nk gi sana mcm mana...hahaha

Alhamdulilah,terima kasih kepada kwn aku sorg ni,Fain sbb tolg aku...
bermalam sehari di Bandar Seri Putra,Bangi n then keesokkan baru ke TM...
terima kasih atas segalanya...keesokannya ke pejabat tempat Fain berpraktikal..
terima kasih kepada Boss Fain kerana sudi hantar saya ke TM....Boss mmg terbaik !!!
mcm2 dibincangkan spjg dlm keta dia tu...aku rasa mcm dh cukup dewasa pulak bila
berbicara dgn dia...ape yg dibincangkan isu real life dan dibincangkan secara matang...
hahaha...aku muda lg kot...hahaha...lupakan2...
tapi ape2pun sangat(100x) berterima kasih dgn Boss...sbb hantar saya...hurmm..kalu x,sesat barak la saya...

Ni merupakan interview aku yg pertama dalam hidup aku bab melibatkan kerja...
sebelum ni setakat simulasi etc....
ni kira interview kecil,so pada scholars,kalau anda dapat temuduga kecil ni anda kira bertuah jgk la..
sebab ape?? sebab persaingannya tak besar...
kena jelas tuk student ytm,ada 1 temuduga lepas kita hantar borang abis belajar,tu panggil temuduga besar..
yg ni hanya unit yg panggil anda...so ni temuduga kecil...ni ape yg aku faham la...
untuk temuduga aku ni xramai pun...kalu dlm bahasa arab tu bilangannya org panggil 'jamak'...bukan 'musanna'....yg belajar bahasa arab,faham la kot...hahaha...ntah ape2...
dlm golongan candidates tu,aku la yg paling muda...agak xyakin disitu...
for sure r diorg ni lebih konfiden...sbb aku x...huuuuh~

giliran aku last sekali...so menunggu sorg2 temuduga...haiiiihhhh..lama kot..
bajet start kul 10, pukul 11 dah abis...rupanya lama gak r...
boleh kata candidates sebelum aku 30 min gak setiap org...
selesai sorg,aku tyer r ape2 yg diorg tyer...
1st soklan aku tyer.."dia tanya dalam bahasa inggeris ke??"
bdk tu angguk...hammmmbiikk ko !!!!!
panas dah buntut aku....xleh duduk senang2 dh even sofa dia empuk...
cuak dia jgn citer r...dpn diorg aku tnjk aku gelabah,tp bila staff lalu dpn kami,aku tunjuk cool je...
hahahah...bila turn aku je....fuuuhh...ngucap panjang jugak la...
guess what? aku paling lama dlm tu...hahaha...lebih kurg 40-45 minit gak rasanya...
siap gelak2 dalam tu lagi...aku dh rasa mcm bukan sesi temuduga dh...dh jd mcm sesi sharing moment ngn bdk2 baru je...hahaha....byk benda yg kelakar gk bagi aku dlm tu...
mcm mana aku leh turn suasana tu jd sesi sharing moment tu...rahsia r..kena tyer aku sndiri..kat sini xleh nk reveal la...hahaha...gpun tu hanyalah nasib aku jer...

selesai tu,balik ler ke Bangi...dah kebetulan sehala ke Melaka...
aku decide tuk turun Melaka,nak ambek dokumen habis study aku...
dah minta tolg member aku settlekan...dia dh penah wat time diploma dulu,so sng sikit bila mntk tolg dia..
dh tau selok belok...sepanjang lepak kat Melaka,mati kutu gak aku nk wat ape..
tp menyusun atur plan...hahaha...byk benda aku nk wat terlaksana...
antaranya turun training silat tuk tgk bdk2 baru tuk sesi ni...
Alhamdulilah,peningkatan mendadak buat masa ni...
senang hati aku bila tgk komitmen masing2...nasihatkan aku,bagi yg baru mantapkan seni anda..
tumbuk n tendang tu sumbang lagi...mintak perbaiki sgt2...penting tu...
yang keduanya,aku dpt beli buku yg aku nk sgt2...mencari 1 Temerloh & Mentakab xjumpa2...(padahal kedai buku 2 je kat sini,ckp mcm dh cari 1 negara lak...ckp lebat je lebey)...
buku Kuasa Kepimpinan Al Fateh by Dr.Syaari...tinggal 1 je kat MPH Mydin time tu..mmg nasib baik...heh heh,kalu x, ke Mahkota Parade dh aku time tu..
perkara ke-3,Swimming la!! ape lg....gila meroyan dh aku nk berenang...
plan baik ngn kwn sepengutuk aku...ngn dia je aku kuat mengutuk,ngn org lain salah kutuk je sume touching2...menyampah aku...hahaha..dia kutuk aku,aku kutuk dia...hahaha
dpt berenang di pusat Akuatik tu cukup2 puas hati kowt! skrg dasar kolam dh bersih..! no lumut2 dh...
biru je...berenang ke dasar je keje...hahaha...
lepas berenang, perkara ke-4 , pergi pekena cendol ! kat kubur cina...
ini la tempat yg aku teringin sgt nk pergi sejak aku foundation lg...tp xtau mana tptnya..
last aku kt MMU baru aku dpt singgah sini...sbb ramai senior dulu ckp cendol kat situ paling terbaik sekali...
agak jauh gak tempatnya...xpe la...sanggup...haha...nmpk yg special kat situ cendol pulut...test la,boleh tahan..hurmm...
Perkara ke-5 ni benda biasa je la...just tunaikan janji & demand2 sesetgh org...hahahaha....

Alhamdulilah,result temuduga sudah pun diketahui,surat lapor diri pun dh dpt...
mmg jadi warga KL la lps ni..
so masih mencari rumah sewa berdekatan dgn area2 Menara TM...
sesiapa tahu mana2 bilik kosong tuk disewa,minta tolg roger2 aku...

Dikesempatan ini nak promote sikit....Cool Blog akan dibuka di MMU Melaka...sebar2kan kpd member2...(bagi pelajar MMU MELAKA)
setelah lebih 3 bulan fight tuk dpt tender ni....dpt gak buka di MMU...
Semoga berjaya kepada kwn silat aku tuk uruskan Cool Blog di MMU...
moga2 bisness kalian maju...dah maju,target kat MMU Cyber pulak ek....
maju lagi,kita buka branch kat TM lak! hahahaha....tp ape2pun aku ucapkan tahniah dengan kesungguhan mereka2...mula dia kemukakan idea ni kat aku,aku mcm...ishh biar betul bdk ni...
boleh menjadi ke?? tgk2 berkat usaha dia,kesungguhan dia...dia dh mula mengorak langkah ke 1 dunia baru...anda dh berubah jauh sekali drpd org yg aku kenal 4 tahun lepas..TAHNIAH..


p/s:aku patut bersyukur kehadrat Ilahi dgn kemudahan yg Dia berikan kepada aku utk lalui semua ini...Terima Kasih Ya Allah...terima kasih....aku patut bersyukur bkn merungut dgn ape yg dtg..1 nikmat bkn semua org dpt dgn mudah...kita patut bersyukur...

Tuesday, July 10, 2012

Photo of the Day !!

Photo of the day !!! sgt tertarik dgn scene ni...haha..xsangka dlm persekitaran aku boleh jumpa scene mcm ni...adik aku bwk si putih ni masuk bilik tido sekali...haha...smlm lain lak ragamnyer..ari ni lain...siap selimut lagi tu...terkejut aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...