Sunday, February 28, 2010

La...dah setahun rupanyer...

Salam...
Hari ni 28hb Feb...
sedar tak sedar dah setahun aku berkecimpung dalam dunia blog ni...
laa.....tak perasan lak...
huhuhu...

sepjg join jadi blogger ni..hurmm...
best gak...mcm2 bleh dpt dlm blog(walaupun kebykannyer mengarut jer)
tapi ada jgk ilmu pengetahuan...
aku lak? tulis ape dlm blog?
hahaha...
byk mengarut je drpd ilmu pengetahuan...
tak pe lah...kalu ada pun ckit je tak byk mane pun...
tp takpe la...kasi ckit2 suda...aku x mampu nk kasi byk2..huhu...
diri sendiri pun still byk kena perbaiki lagi...

ape pun...enjoy gak dalam dunia blog ni...boleh simpan jgk kenangan2 manis dlm blog ni...
boleh mengimbau balik bila baca post2 lepas...

ok r...saje je nk tulis lepas berhempas pulas buat math....buat2..jwpn sipi2 nk sama or tak sama langsung...haih...layan je r...asalkan konsep tu faham...harap2 xde careless mistakes r time test esok....TILL THEN...SEE YA

Saturday, February 27, 2010

Rehat sekejap bersama blog


Salam...

hurmmm...
tgh rehat2 jap selepas buat soklan Math Technique..
isnin ni ada test..kena wat latihan sikit...
maklum la....aku bkn hebat sgt bab2 ni...xde latihan alamatnyer dpt telur je la nnt...
sambil2 tunggu makanan yg dikirim smpi ke umah...tekan2 la jap keyboard..


hurmmm...
ape jd hari ni?
LAB TEST..!!! haha...adoi...nk ckp frust pun ada...nk cakap ok pun ada...
yang ok nyer sebab buat ngn gigih r...duk tgk skrin ape yg silapnyer...
yang pentingnyer kali ni tak rujuk buku..hahaha...
biasanya lab test dibenarkan bawak buku masuk tuk rujukan..
tp aku tak de buku yang sesuai..kalu ada pun mau kena saman nnt kalau bawak....
aku masuk2 td duduk di PC 18....bila duduk je...lec ckp bleh bawak masuk lecture note, tp jgn kasi ketua nmpk[sebab syarat betulnya hanya bleh bawak buku ke dlm lab,xbleh kertas]...adoi...muka aku redha je...kalu tau ,aku bwk masuk awal2 la...
terpaksa la berdikari dalam tu...tgk ada 4 soklan...
soklan pertama ...hurm boleh ...tau r sikit konsep...
soklan ke-2...hurm aaaa...oooo...eeee.....try je r..
soklan ke-3...haaaaa!! ada dlm tutorial !! igt ckit2...
soklan ke-4...punnnnnggggaaahhhh.....totally blank...

aku try jwb 3 drpdnya....ke 3-3 soklan dpt run...tp outputnya salah...hayooo..
lagi2 soklan 1 tu...apa yg buatkan outputnya tu salah...padahal benda ni dah belajar sem lepas..
basiclly soklan tu mintak kita switch kan nilai yg kita masukkan...kalu masuk 2 3 nnt akan tukar jd 3 2.....tp akunyer still 2 3 jer....haih...sambil2 menekan kepala otak ni....ada la mamat arab ni try tiru...aku x kisah..pasal aku nyer pun salah lagi....pastu di minta tolg kwn dia kat blkg...perghhh..siap kasi pendrive lagi passing jwpn...mmg berani mati la...
tapi bila dia buka n run boleh la jd 1 soklan yg lain still error lg....pastu dia punyer konfiden r kasi aku tiru...huhuhu..
aku pun tgk la code dia...haaiii....code dia ni kira mcm hardcode atau senang citer lari drpd konsep soklan tu nak ...aku pun buat2 copy dia nyer code pasal dia beria sgt kasi tiru..[padahal tak tukar benda2 pun..aku layan je]..hahaha...nak cerita kat dia yg code dia tu salah xleh,nnt dgr di pemeriksa....mcm tu la gelagat2 ketika lab test...hurm...macam2..

last2 masa abis...dapat jwb ckit je...alahai...soklan yg tukar nombor tu salah sikit je...pemeriksa tu padamkan 2 perkataan....terus boleh tukar dari 2 3 ke 3 2....adoi....frust menonggeng aku...kalu bleh nk menonggeng 180 drjh...punyer la frust....sikit je lagi...kalu tak bleh la dpt 2 mrkh lagi...lab test ni bukan leh main2...takde markah tengah2 walaupun jalan kira betul tp kalu output x betul kira salah jgk...hanya ada markah penuh atau 0 jer.....kalu markah tu 5....mmg xkan dpt 3 r...tu la cabaran dlm lab test ni....

hurmmm...
ape lagi nk bercerita ni....
ooooooooooopps.....makanan dah sampai....
chow lu.....lapor dong...!! haha..TILL THEN, SEE YAA

p/s: gud luck pada member2 ku utk test2 akan datang...

Lab test..

Salam...
huhu..
selingan kejap lepas tgk coding2 yg aku pun susah nak paham...
esok Lab test Data Structure...
tapi aku bleh wat selamba jer....
tp study r gak...
tp x nampak ape yg bleh diapply dlm coding ni?
mcm mane nak guna...time bila nak letak..
yg penting sekali nk tulis cam ne....cam ne nk mula tulis coding nie???
haih...mcm2...mmg agak sukar r bila dlm notes ada teori semata-mata...
yg cth2 codingnyer sikit je...nak harapkan tutorial..
satu tutorial lak dah mcm buat satu system...macam mane la nk faham...
bleh..tp kena amek masa lama r...
adoi...mcm2...takpe...cuba la jgk hadapi...tu la hakikat seorang student...
mane bleh nak lari...

Ape2 pun..hari Jumaat,tanggal 12 Rabiaulawal....Merupakan Hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w...banyak2lah berselawat pada baginda...moga2 kita tergolong dalam umat yang mendapat syafaat drpd Baginda...

p/s: Welcome to MELAWIS 6 ...ucapan ini khas ditujukan kepada ADIB ISHAK...housemate baru yang berpindah ke sini mengantikan Iskandar yg sudah meninggalkan MMU...moga2 dapat dieratkan lagi silaturrahim antara kita...insya allah...

ni ada satu lagu utk sume....salah satu lagu feveret...huhu...



We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
O Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
O Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
O Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Tuesday, February 23, 2010

Anak-anak sekarang semakin melampau!

Sana sini kita mendengar kisah anak-anak yang mengabaikan ibu bapa. Sama ada mereka menjaganya dengan separuh hati atau tidak langsung mengambil berat keadaan tetap sama. Bukan setakat mengabaikan tanggungjawab sikap biadab juga makin ketara.

Mana tidak, bercakap dengan ibu bapa menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sedap di dengar. Namun kerana sayang dan takut kehilangan anak ibu bapa mengambil sikap berdiam diri.

Begitu mukadimah saya minggu ini, mengupas permasalahan yang dikirim oleh Kak Ani(bukan nama sebenar ) berusia awal 50-an.

Kak Ani ingin berkongsi kisah sedihnya yang menjadi mangsa anak yang hanya pentingkan wang ringgit dan isteri kesayangan tetapi mengabaikan dirinya.

Begini kisah Kak Ani.

"Saya mempunyai dua orang anak seorang lelaki berusia 28 tahun telah berkahwin dan seorang perempuan berumur 22 tahun.

"Kedua-duanya telah bekerja dan mempunyai jawatan tinggi di sebuah bank dan jabatan kerajaan. Alhamdulillah anak perempuan saya menjadi, sederhana orangnya dan amat menyayangi saya.

"Sedihnya abang pula yang buat hal..hidup mewah dan menjadi 'hamba' isteri.

"Anak lelaki saya sangat boros dan mengamalkan gaya hidup mewah dan terlalu mengikut kata isteri. Anak perempuan saya setiap bulan memberi saya sejumlah wang untuk disimpan sedangkan anak lelaki tidak pernah memberi wang belanja. Tapi saya faham dia ada keluarga.

"Separuh wang yang diberikan anak perempuan saya simpan untuk sakit demam atau masa susah. Ingat sebelum kena berjimat sebelum habis itulah amalan saya.

"Malangnya anak lelaki saya selalu meminjam wang daripada saya. Setiap bulan mesti dia akan datang meminjam. Mereka suami isteri bekerja. Anak baru seorang, masakan tidak cukup dengan gaji yang boleh dikatakan lumayan.

"Semasa susah saya menjadi tempat menyelesai masalah tapi apabila senang saya dilupakan. Datang menjenguk pun jarang walaupun jarak rumah tidak sampai 20 kilometer.

"Satu hari dia datang ke rumah untuk meminjam. Saya memberi pelbagai alasan tidak mahu bagi tetapi gagal apabila dia merayu-rayu di hadapan saya.

"Ya la hati seorang ibu, mana boleh tahan jika melihat anak bersedih kerana ada masalah kewangan. Mahu tidak mahu saya bagi juga. Anak perempuan saya marah-marah sebab saya selalu mengalah dengan pujuk rayu abangnya.

"Katanya saya tidak boleh berterusan begitu sebab lama-kelamaan abangnya tidak akan berubah, asyik datang meminjam sahaja. Saya faham niat dia baik tetapi dia tidak faham hati seorang ibu sebab dia belum berkahwin.

"Saya tidak ada pilihan lalu memberi anak lelaki saya pinjam wang tetapi dengan syarat dia mesti pulangkan dalam masa sebulan. Dia setuju. Sayangnya sudah enam bulan berlalu, belum nampak tanda dia akan membayarnya semula.

"Satu hari saya memanggilnya ke rumah. Apabila dia datang saya beritahu dia yang saya hendak guna duit yang dia pinjam untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah.

"Dia marah-marah dan menengking saya. Katanya, kalau ibu tidak ada duit, ibu gadai sahaja barang-barang kemas yang banyak itu. Simpan pun bukan boleh di bawa mati.

"Bayangkan anak sulung yang saya tatang dan tolong setiap kali menghadapi masalah kewangan berkata demikian kepada saya. Sedih hati saya hanya Tuhan yang tahu, tetapi walaupun pahit kena telan juga.

"Dia mengungkit-ngungkit duit yang dia pernah bagi saya sebelum ini. Sedangkan saya sebagai ibu langsung tidak pernah mengungkit tentang penat dan letih menjaga dan membesar dia sehingga berjaya dan menjadi manusia.

"Itulah anak-anak sekarang. Saya amat sedih dengan perbuatannya itu. Sudahlah dia tidak mengambil berat dan menjaga saya dan asyik dengan isterinya yang cantik itu saja, kita pula disalahkan kerana tidak menolongnya.

"Nak tolong macam mana lagi? Semuanya saya sudah lakukan untuk dia. Sehinggakan anak perempuan saya merajuk dan menangis melihat abangnya berkelakuan begitu kepada saya.

"Apa hendak saya lakukan lagi? Saya tahu hidupnya jadi begitu kerana terlalu mengikut kehendak isterinya yang mata duitan dan mahu hidup mewah.

"Saya amat sedih dengan tingkah lakunya terhadap saya. Tapi saya tetap berdoa semoga satu hari nanti dia akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Biarlah apa pun yang dia hendak buat saya reda. Saya tahu ramai ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah seperti saya tetapi terpaksa kunci mulut kerana sayangkan anak.

"Duit ringgit boleh dicari tetapi anak..... Sesiapa pun yang mengalami keadaan seperti saya akan berkata demikian. Lainlah jika seorang ibu itu sudah tidak ada kasih dan sayang lagi kepada zuriat yang dikandugnya selama sembilan bulan sembilan hari itu.

"Buruk baik dia tetap anak, saya tidak akan berhenti berdoa dengan harapan satu hari nanti dia akan kembali menjadi anak yang baik dan soleh. Insya-Allah," Kak Ani menutup ceritanya.

Cerita Kak Ani menjadikan saya terkedu seketika. Mungkin ini hari kak Ani, hari kita belum tentu macam mana. Apa pun saya harap Kak Ani dapat terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Tidak ada seorang ibu juga yang mahu melihat anaknya menjadi anak yang tidak menghargai ibu bapa.

Namun kita perlu menerima hakikat, dalam setandan pisang tidak semua elok dan boleh dimakan, ada juga yang tidak elok. Itu semua kerja Allah.

Saya percaya doa seorang ibu sangat mujarab. Terus berdoa dan jangan putus asa. Buat anak-anak yang dilahirkan untuk melihat nikmat didunia ini, insaflah, hargailah ibu bapa dan laksanakan tanggungjawab anda kepada mereka selagi anda bernafas.

Dalam keghairahan mengejar kerjaya dan kemewahan jangan bahawa sesungguhnya terdapat seorang insan yang tidak dapat menandingi apa juga di alam maya ini, iaitu ibu bapa anda. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu!

Sumber : Utusan(Keluarga)


p/s: begitu murninya hati seorang ibu...ini jd peringatan buatku jua...kenangkan jasa ibubapa mu selalu....

Monday, February 22, 2010

I-Smart Gathering

Salam...
baru je abis game tadi..
alhamdulilah...sume dah selamat menghabiskan main Bowling di MIBC...
mcm2 telatah...biasa r...
yg paling memberangsangkan Abg Abu...
game pertama takde menda sgt....Apis yg menguasai game...mentang2 la spec baru...so sharp la sikit sight dia....huhu...
Abg Abu lak game ke 2 baru menonjol..baru dapat sentuhan la katakan...
5 strike....Triple strike -1 double strike -1 yg selebihnya spare....
huhu...naik tinggi la markah...

tgk je la gambar2 ni...

haha..design aku time mengelamun...duk termenung ..dapat ilham...so memain la ngn photoshop kejap....jadi la benda alah ni...hurmmm

kami berkumpul


muko-muko x sabor nok main doh...

Khusuk Abg Azmi kita membaca..yg Abg Nik tu senyum ko sapo tu?? haaa
Aleep lagi khusuk baca...menghayati ke ape tu..
Hazri ngn balingannyer...
Fain...
Cemerlang ko apih arini yek....
haaa...ni la namanaya jodoh dari kecik...hahaha...bapa2 yg kenalkan nih..haha
Abg Khair dgn balingan nyer...
Otai...
Abg Abu dgn Bola Gedeboom nyer...kuat giler bunyi..maklum la bola paling berat sekali dia tibai...
Yes..!! Alhamdulilah Strike...
Yeahh..!!! Strike lagi(yg ni ke-3 rasanyer)....dan2 je ada bendera Melaka kat situ...
susun strategi nih....mcm mane nak kalahkan abg Abu..hurmmm
__________________________________________________________

Gelagat2 budak comel lak...^_^

___________________________________________________________

Muka bersungguh tul...bukan strike pun....

Sume ahli Muslimin...


p/s: balik dari MIBC...on YM..tetbe dpt offline msg drpd family...something yg buruk dah berlaku...aku dah xleh duk diam...ape yg berlaku? nk telpon dah tgh malam ni...tunggu saje la....

Sunday, February 21, 2010

Pengiring pengantin??

Salam...
huhu..
hari sabtu ari tu...
tetbe dapat call dari Abg Zack...
diminta tolong tuk jadi pengiring kpd pengantin...
pengantin tu anak kepada YB Datuk Hj. Naim Bin Abu Bakar,Pegawai Kewangan Negeri Melaka..
dari2 mamai bangun tido...terus terbeliak mata aku...
hah!! kena wat persembahan ke? mane praktis pun..!!
tp ditenangkan ngn abg Zack..hahaha...pengiring je...xde persembahan...
lega bila dengar mcm tu....last2 minute mcm ni..mmg x dapet la...

so dalam kul 11 pergi la....duk lepak2 kat situ....sampai la Dato' Ismail datang,YDP Silat Gayong Melaka.....hurm...dapat r makan free kat situ...mmg org2 kaya je yang ada kat situ...Dato Ali Rustam pun ada jgk....huuuu.....

Ni first time aku tgk pengantin naik eskelater a.k.a tangga bergerak..unik...hahaha...kalu aku jd pengiring pengantin,mcm mane aku leh dpt tgkp gmbr kat tepi ni...haaa tu aku n org2 kat situ je tau..hahaha...

Dalam Grand Hall MITC...

Beratur nak amek makanan...tak pasal2 dapat makan free..


Yang uniknya adalah door gift yg dikasi oleh kami...unik gak bunga telur dia...xpernah2 aku tgk style mcm ni....budget besar la katakan....ngn kek sekali...ish3...adakah majlis aku nnt se'grand' gini...hahahaha...biasa2 suda...


p/s: Pada ari sabtu tu sepatutnya reunion bdk2 silat Mrsm Muadzam Shah....kat Wangsa Maju...tak dapat jumpa cikgu Mad n geng2 lama lagi...takpe2 lain kali kita manage kasi timing baik punyer...

Wednesday, February 17, 2010

Projek SEM(School Enrichment Project)..

Pelajar MRSM Kuantan hasilkan bata daripada tandan sawit

17/02/2010 6:18pm **Utusan

KUANTAN 17 Feb. – Tandan kelapa sawit yang biasanya dibuang didapati mampu dijadikan bahan penting dalam sektor pembinaan.

Itulah yang dibuktikan oleh dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di sini, Nur Azimah Najihah Mohamad Afandi dan Fatimah Zahrah Mohd. Sobri, yang berjaya menghasilkan batu-bata daripada tandan kelapa sawit yang banyak terdapat di negara ini.

Kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu mengambil masa setahun bagi membangunkan projek dikenali “high silica brick”, yang pada mulanya hanya merupakan sebahagian daripada satu program pengajian bagi mendapatkan sijil graduasi MRSM.

Melihat potensi kajian berkenaan, mereka bersama guru penasihat, Siti Faridah Jusoh, berulang alik ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi untuk menjalankan kajian lebih terperinci kerana peralatan makmal di sekolah mereka adalah terhad.

Hasilnya, penemuan mereka itu telah memenangi pingat emas bagi kategori fizik pada pertandingan Tunas Saintis MRSM Ogos tahun lepas serta pingat gangsa di Ekspo Teknologi Malaysia baru-baru ini yang turut disertai mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Kajian berkenaan juga akan menyertai International Sustainable World (Energy, Engineering & Environment) Project Olympiad (I-SWEEEP) di Houston, Amerika Syarikat, dari 14 hingga 19 April ini. – Bernama


Bila aku baca berita ni teringatlak zaman kat MRSM dulu...Projek ni namanya Projek SEM(School Enrichment Project) kalu kat peringkat Universiti ni senang citer orang panggil Final Year Project la....dalam byk2 task utk grad kat MRSM ni benda alah ni r.....WAJIB tuk setiap pelajar buat projek ni...kalu x ,xleh nak grad...so mean anda takkan dpt sijil graduasi MRSM...kalu xde sijil tu mcm xde la bukti yg anda pernah belajar kat situ..sama r mcm Universiti...x buat Final Year Project xleh grad...

Mmg sakit kepala memikirkan ape yang nk dibuat tuk projek ni...ada byk bhgn...FIZIK,BIOLOGI,KIMIA,KOMPUTER & UMUM(xsilap aku...mcm wat journal pasal someting gak r)...so aku pilih KOMPUTER...dah mmg favourite aku....mcm2 procedure kena wat...tiap2 minggu kena jumpa Guru Penasihat...aku igt lagi..cikgu aku nama dia Cikgu Suriati..tapi malangnya dia selalu sibuk..dengan program robotik dengan budak2 form 1...so group aku jarang dapat discuss ngn dia...nak tak nak kena berdikari sendiri...tapi mmg kena berdikari sendiri pun....lupa lak...projek aku ialah system E-Kokurikulum....kan kita nk masuk IPT ni ada 10% markah dikira drpd pencapaian KO-Q so aku wat system mcm mane pengiraan 10 % tu....aku guna MS Access...mmg susah giler nak wat database tuk satu Maktab....aku nak kena gi jumpa Cikgu PJ tuk dptkan file berkenaan cara pengiraan Ko-Q tu...nak kena jumpa Juruteknik di Perpustakaan tuk dptkan database pelajar...byk keje r...akhirnya sume tu aku dpt...lagi2 database pelajar2 maktab tu group aku je yg dapat...aku la yg pegang..hahaha...benda sulit tu...mcm2 r kena wat senang citer...kena habiskan duit beli buku komputer semata-mata nk belajar mcm mane nak guna MS Access secara advance...kena jumpa tu jumpa ni...huhu...Trial MARA lg...SPM lagi...haih..mcm2...

apa2 pun aku nak berterima kasih kat technician library,KAK AISYAH...dia r yg banyak ajar aku pasal MS Access ni...walaupun Guru Penasihat aku Cikgu Sains Komputer..tp dia sibuk,n suruh kami cari usaha sendiri...aku igt lagi...sehari sebelum nk cuti seminggu...aku jumpa dia dlm kelam kabut kat libry tuk belajar ngn AKAK ni...ayah aku dtg kul 3...tp abis waktu sekolah kul 1 lebey,mmg kelam kabut r...duk dgr je r ape yg diajar...AKAK tu siap tyer lagi"kamu faham x?muka mcm blur je,risau akak" aku angguk2 jer...haha...

dan aku pun igt lagi dia sanggup buka lab komputer kat libry waktu malam sebelum hari kami kena bentang projek kami semata-mata nak tengok progress aku n ape2 yg nak dibetulkan...huhu...tp malangnya ada formula pengiraan tu aku tak dpt completekan..mmg sakit kepala la nk pikir tuk linkkan sume data2 tu...last2 aku redha je r...guna taktik hardcode [time tu mane tau term ni...huhu]pd part2 yg tak dpt...esoknya present la..tgk2 Akak tu judge part Projek Komputer...haha..mmg xleh bla r...n result Projek kami.....biar aku je la yg tau...huhuhu...Sijil kejayaan projek tu masih lagi aku simpan...haha...tp tak dpt nk pergi utk mewakili maktab dalam Program Tunas Saintis MRSM...group lain yg pergi...rezeki mereka...aku pun xkisah...asalkan siap suda.....waktu tu mmg mcm2 idea2 pelajar MRSM yg keluar...mcm2 ciptaan yg direka...tahniah r kpd yg berjaya....


tu je r kot nk kongsi....tp mmg duk di MRSM byk dilatih hidup berdikari utk ke peringkat Universiti nnt tp still disuap jgk oleh cikgu...sistemnya mmg sebijik sama ngn U...saling tak tumpah...tapi masih lagi ada yg mengalami kejutan budaya....nak wat cam ne kan...tu atas diri sendiri...TILL THEN..SEE YAA...

Monday, February 15, 2010

Solat Dalam Kenderaan..

Salam..
hurm terbuka hati saya tuk cari pasal solat dalam kenderaan...
sbb ari tu,time pergi ke Jamuan 1Malaysia....
kami[aku,fain,apis,aleep,aidil & fahmi] menaiki bas yg ke-2 last...semua sekali ada 7 bas...maknanya 7 trip la ke Pantai Klebang...
bas kami start bertolak pada pukul 7...
so dek kerana jalan terlalu jam...maklum la...Perdana Menteri dtg melaka...tambah2 makan free...
lagi2 ada peluang nk dpt VIVA..hahaha..so kami tersekat didalam perjalanan...waktu maghrib dah nak abis dah....dah nak pukul 8.30 malam dah...so kami terpinga-pinga...mcm mane nak solat ni...
so teringat la aku time kat MRSM dulu...ada slot tazkirah antara maghrib-isyak pasal solat dalam Kenderaan...jika dalam keadaan darurat..so kitaorg berdiskusi jap...ye r..ilmu ni mane la byk sgt..so share2 dulu..mane tau ada yg lebih tau..alhamdulilah...kami berkongsi ilmu sikit..so kami pun tunaikan solat maghrib kat dalam Bas...tapi ada jgk perkara yg melucukan berlaku disitu....tak leh tahan gelak...dan utk lebih pastikan saya dah wat sedikit pembacaan selepas kejadian tu..alhamdulilah segala kemusykilan time dalam bas tu dah terjawab..kali ni bertambah yakin la...huhuhu...
harap2 dapat bermanfaat tuk sume...

Solat dalam kenderaan

SOALAN:

Saya kerap tersekat di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya pada sebelah petang iaitu ketika pulang dari pejabat. Saya difahamkan bahawa kita boleh melaksanakan solat di dalam kenderaan.

Bagaimanakah kaedah atau caranya, tolong ustaz jelaskan kemusykilan di atas ini.

JAWAPAN

Solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam dan pelaksanaannya adalah mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan (ditauqitkan).

Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa': 103).

Perintah menunaikan solat adalah bersifat tetap dan tidak berubah. Maksudnya, meskipun seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan ibadah solatnya dengan mengikut setiap hukum, rukun dan tatacaranya, dia tetap diwajibkan mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya dengan beberapa kelonggaran.

Dalam erti kata lain, syariat Islam memberikan beberapa kelonggaran hukum kepada orang yang dibebani dengan keuzuran atau hambatan akan tetapi syariat Islam tidak mengangkat kewajipan solat dari setiap umatnya sama ada lelaki atau wanita.

Baginda SAW pernah menunaikan solat dari atas unta, kuda dan keldai. Dari Jabir r.a. katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengutusku untuk suatu keperluan, lalu aku pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada baginda SAW. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi baginda tidak menjawab. Justeru timbul dugaan di hatiku, Allah sahajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diriku, "Barangkali baginda SAW marah kepadaku kerana aku datang agak lewat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun baginda tidak juga menjawab. Praduga di hatiku semakin bertambah. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu baginda menjawab salamku". Lantas baginda menjawab: "Aku tidak mampu (terhalang) untuk menjawab salammu kerana aku sedang solat". Ketika itu baginda sedang menunaikan solat di atas kenderaan; tidak menghadap kiblat. (riwayat al-Bukhari, hadis 639, jil. II]

l Dari Amir r.a. katanya: Aku melihat baginda SAW menunaikan solat di atas kenderaan; baginda menghadap ke mana sahaja arah kenderaan (tunggangannya) itu menghadap. (riwayat al-Bukhari, hadis 567, Jil. II)

l Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah). (riwayat al-Bukhari, hadis 569, jil.2)

Tatacara solat

Terdapat pelbagai tatacara atau kaedah yang telah digariskan oleh Islam termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan.

Ia sama ada kenderaan tersebut bersifat terbang di udara seperti pesawat kapal terbang atau jet mahupun kenderaan daratan seperti kereta, lori atau kenderaan lautan seperti kapal, bot dan perahu.

Baginda SAW dan juga para sahabatnya pernah menunaikan solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat.

Dalam satu riwayat Ya'la ibn Murrah menerangkan bahawa para sahabat pernah bersama-sama baginda SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang baginda berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.

Tatkala masuknya waktu solat baginda memanggil muazinnya lalu muazinnya melaungkan azan dan iqamat. Baginda lantas maju dengan kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para sahabat). Baginda memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah dari rukuknya.

Hadis di atas jelas membolehkan solat-solat fardu dilaksanakan di atas kenderaan jika seseorang itu menghadapi suasana kesukaran. Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi.

Dalil lain yang membolehkan solat di atas kenderaan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: "Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam".

Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.

Kaedah menunaikan solat fardu atau sunat adalah sama alam apa jua situasi sama ada di darat, di udara atau di lautan melainkan apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.

Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain.

Perintah menghadap kiblat tetap hadir dalam ibadah solat fardu tanpa terkecuali berbeza keadaannya jika melakukan solat sunat berdasarkan hadis Jabir r.a yang disebutkan tadi.

Berdasarkan pernyataan saudara, dalam situasi yang terdesak adalah lebih baik jika saudara menunaikan solat sebelum keluar dari pejabat. Ini kerana masuknya waktu solat asar sekarang pada jam 4.27 petang. Kebanyakan waktu kerja tamat adalah pada jam 5 petang.

Sememangnya tidak menjadi halangan kepada saudara/saudari untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum balik.

Tambahan pula keadaan jalan raya ketika itu agak sibuk, sesak dan barangkali ditambah pula dengan kemalangan-kemalangan yang tidak diduga berlaku di jalan raya.

Pendek kata, sebelum membuat keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta, saudara/saudari seharusnya berikhtiar mencari tempat atau lokasi yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Solat haruslah ditunaikan di tempat yang bersih dan menghadap kiblat serta didahului dengan wuduk. Jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri (atas tunggangan atau dalam kenderaan) dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk.

Namun, jika tidak dapat menunaikan solat dengan menghadap ke arah kiblat pada ketika itu saudara perlu bertaharri dan meyakini bahawa saudara telah menghadap ke arah kiblat lantas berserah diri kepada Allah swt.

Wallahu a'laam

petikan diambil dari Utusan Malaysia online - Bicara Agama bertarikh 04/12/2009

tapi kepada yg tau tu...jgn la nk fikir solat dalam kenderaan jer...usaha dulu utk solat di surau2 or tpt2 yg boleh kita solat...bila takde betul2 baru la guna ikhtiar ni....

Thursday, February 11, 2010

Selamat Hari Lahir buat Apis....

Salam...

tanggal 12 tgh malam...
cukuplah umur apis ase yg ke 20....
tapi kami awalkan sikit majlis nyer kepada pukul 11.30 mlm...
rancang lagi awal dari tu..
tapi nk mencari port yg bagus...nak menunggu birthday boy lagi....
kami lak nak setup sume benda....
so last2 kul 11.30 jgk yg masa optimum tuk start majlis ni...

aku? hahaha bab2 prank ni serah kat aku la...
dah mcm2 pengalaman prank aku dapat time duk MRSM dulu.....
daripada yang paling cikai hingga yang paling advance....
yang paling cikai ape? paling cikai kami humban besday boy ke dalam kolam yg airnya sudah pun xde rupa air....warna hijau dah air tu..kalu lumut tu aku dah tak tau berapa generasi dah tumbuh kat situ...ada jgk berudu2 yg mati kat situ...sbbnyer ape? sbb ada antara bebdk ni gi letak clorox dalam tu..smpi mati hidupan2 dlm kolam tu...kolam tu terletak betul2 kat depan dorm aku...so sape2 besday dia jatuh hari tu..aku x terlepas peluang tgk n kalu bleh join,aku join bersama...tu paling cikai r...kalu yg advance tu mcm2...ada yg smpi kena ikat kat pokok...kena rejam ngn telur....telur lak byk..bkn sikit...ada yg kena ngn sulfur pemadam api...drpd hitam kulit dia terus jadi putih.....ni tak cukup advance lagi...ada lagi advance...tp tu rahsia r....

so yg apis ni aku just wat biasa2 jer....baling tepung n manggi!!! hahaha...aku yg prepare maggi tu...maggi slurp kari berapi lagi tu.....tp tak byk mane pun sikit jer...maggi tu ditambah ngn tepung..tu jer...hahaha...mmg melekit r ko apis....

ape2 pun Happy Birthday to my fren.....

ini dia birthday boy kita...walaupun dia dah tau sume ni akan berlaku...so kita jadikan dia kenyataan....

diminta bagi ucapan dahulu sebelum kena...

BAnG !!!!!!

ini dia lak penangan dari aku...kalu org dulu2 mandi bunga tuk penyeri.....ko mandi maggi tuk penyeri wajah...hahaha

haaaaa...kan tgk...berserikan???

dan tak terlupa jgk kepada fain n aleep...diorg pun kena gak...kena ngn sapa? ngn aku lor...hahaha....malang sungguh korg....aku igt bila aku baling kat fain ...ko balas balik kat aku..pastu jadi r tepung war....tapi secara spontan nyer ko baling kat aleep dulu...so ada chance la aku nak lari...hahahaha


p/s: konklusinya...aku x kena pada malam tu....dan terima kasih gak kat bdk2 bunga raya..kerana sudi memasak juadah2 utk majlis ini...dari jauh aku tgk korg makan2....aku doakan semoga 10 tahun akan dtg aku akan nampak pemandangan yg sama mcm semalam....pemandangan semalam tu pun dah cukup kenyang bagi aku...tak yah makan pun xper....semoga persahabatan kita berkekalan...wsalam...

Tuesday, February 09, 2010

Tahniah wat semua ahli Silat Gayong...

Salam...sekadar update sekejap...

semalam merupakan training first buat yang sudah naik bengkung...hahahaha
Majlis Kenaikan Bengkung telahpun diadakan di Kompleks Belia dan Sukan...
Hari Sabtu hari tu....waktu tu aku n kawan2 aku kena handle explore race...so aku tak leh nak datang tengok kawan2 aku naik bengkung...aku tak naik pun...xde rezeki...

so semalam bila tgk masing2 dah naik...sedap mata tgk bengkung masing2....
dah ada yang Hijau...!! dah ada yang Putih..!! even dah ada yang Merah Calik 3,2 & 1.....
so tu kira tinggi sgt.....haha...

Tahniah kepada orang2 berikut....

Putih
-Chu
-Riz
-Rijal
-Azu
-Paan

Hijau
-Kak Ain
-Kak Jiah
-Kak Ada
-Leen
-Shy

Merah Calik 1,2,3
-Nik Zarizi(1)
-Abg Zack(2)
-Sham(3)[dgr kata paling tinggi kat Melaka...betul ke?huhu]

Tahniah kepada SUME....pada yang tak naik lagi tu...insya Allah bulan 5 ni ada lagi grading....so boleh start training dari skrg....time training..cuba training betul2...cuba absorb ape yang cikgu ajar....pada yang Hijau & Putih...silibus lagi byk...stamina pun kena lagi kuat...so kena prepare dari skrg....

Dengan rendah diri saya ingin mintak maaf dari semua aspek....kalau2 atau mmg ada terkasar bahasa...terlanjur kata sepanjang training sama2....Ampun Maaf dipinta.....Tahniah sekali lagi kepada semua....

Monday, February 08, 2010

Explore Race(Checkpoint)


Salam...
kali ni nak update pasal aku jaga checkpoint lak...

dalam explore race ni ketua utk setiap tempat adalah...EKIN,NIK AMIN & WAN HAFIZ..
so EKIN bawah dia adalah warga rumah Bunga Raya...thankz to u all...sbb bantu kami utk aktiviti ni...bawah WAN HAFIZ adalah Aqib(artis,haha),JJ,Iszyani & Zawani....thankz to korang jugak...
& bawah NIK AMIN adalah..aku,Fain,Kak Iqa & Kak Aini....terima kasih jugak kepada korang sume....Terima Kasih jugak kepada Kak Zinnie yg tolong wat klu tuk setiap CP...walaupun pantun2nyer boleh kira susah...hehe...buktinya ada group yg salah teka ..patutnyer tpt mereka di Taman Tasik...tapi diorg pergi Taman Botanikal..terpaksa patah balik...mmg jauh giler...mcm mane la bleh salah teka padahal aku dah suruh Kak Zinnie letak code kat situ...terang2 jawapan dia kat dlm code tu...code pun bukan susah sgt....tak pelah...benda nak jadi....tu la cabaran explore race..apepun...thankz to all crew member n participants....!!(^_^)

ok kali ni nak citer pasal tempat yg aku n Fain jaga..iaitu CP Belut...
tugasnyer(refer kat post sebelum post ni)
so mula2 ada berlaku kesulitan sikit waktu peserta2 berlepas...iaitu kami kekurangan security kat Taman Botanikal(penunjuk arah)...so Fain uruskan sume tu...dia terpaksa lead tuk area tu jap..so aku jaga kat CP jer...tunggu punye tunggu...lama gak r..baru la bebdk ni sampai...

mcm2 gelagat bleh jumpa time buat task ni...mula2 kami tutup dulu besen tu..pastu bila peserta sampai...time buka...sume terkejut....lagi2 pak arab...tak berhenti2 sebut Masya Allah,Ya Allah....maybe diorg tak biasa kot tgk benda2 cam ni...nak sentuh pun takut2...bila turn pak Arab je...mesti air mercik kat baju nyer...mane taknyer bila msuk je tangan kat dalam baldi,belut tu gerak sikit je..dia kuar tangan laju2..habis basah org keliling....dalam 6 org pak arab...1 org je yg berani..tahniah2...huhu...pada yang peserta pompuan...jangan cakap la..sume takut....geli la...takut kena gigit r...dan soklan yang paling selalu dgr adalah "Belut ni ada letrik tak" jwpnnya..takde r..yang korg tgk ada letrik tu belut yang spesis kat dasar laut tu..yg tu mmg ada letrik(aku pernah tgk dlm discovery channel)....ada yang sampai ketar2 tangan nak ambil belut...
yang tak sampai hati nk tgk ialah bila diorg pegang n belut tu jatuh kat tanah..kesian tgk belut tu...ada yang gi baling pastu belut tu terkena kat baldi...adoi...mmg kesian r tgk...kalu belut yang lama sgt kat darat...kami ambil n letak dalam air...n kump tu kena penalti...dalam 8 kumpulan,hampir sume kena penalty...kad merah(kad penalty) kami sampai nak abis dah..haha...ada jugak yg time nak ambik tu tangan tak ketar, tapi badan dia yang ketar...ketawa aku bila tgk mcm tu...mcm2 gelagat r aku dpt tgk...kekadang aku psiko jgk diorg...time diorg nak ambil tu,aku sergah diorang..haha terkejut diorg....itulah bestnya jaga CP Belut ni...akan ku ingat sampai bila2 kenangan ni....

tuk tempat2 lain aku tak tau mcm mane keadaannya...tapi aku menanti gambar2 dari setiap tempat...ni antara gambar2 yg sempat aku snap...

testing pegang dulu...nak amek feel dulu..

dah garu kepala dah tu...hahaha...boleh ke tak boleh ke tak...

try jangan tak try....

opss....terlepas....aizat !!! amek cepat..!!! mati kang...

Anom...cuba nak sentuh...kami sengaja letak air dalam baldi byk..nak kasi belut tu bebas berenang dan peserta perlu selup tangan dalam sikit..

cuba jangan tak cuba

haaa...yg ni seorg lagi...dila...puas nak tangkap belut ni kat atas tanah...sampai keluar air mata ko yek...kesian tgk belut la katakan...

ni seorg lagi...belum pegang lagi dah kembang kecut hidung dah...hahaha...jgn mare...

lari2....

yang ni lak..tangan sampai ketar2...kesian aku tgk...last2 tak lepas nak pegang....

sehari sebelum Explore Race...bertungkus lumus tul....haha


p/s:kami jelez dgn CP taman Buaya..diorg dpt pegang buaya!! aku punya la teringin nak pegang buaya...takpe2 lain kali....satu hari nnt...

Sunday, February 07, 2010

Explore Race(Cari Tempat)

Salam...
sudah lama nak update blog pasal ni...
tapi just tahan sampai la Explore Race ni habis baru update...
sbb nnt tak surprise la kan ape yang nak dibuat....

2 minggu lepas...kami(apis,fain & aku) di'approce' utk handle bahagian aktiviti explore race bagi IU Sport Fiesta...so fikir2..ok la..kami terima...hari tu jgk kami gi tgk tempat...sbb kami try bincang..tp blur...tak nmpk gambaran...kena gi kat tpt dulu..baru bleh fikir nak wat ape...so kami pun pergi la ke tempat2 yg ada....sebelum tu kami diberi limit tempat...dari tasik sampai la keatas r...so kami decide dari Tasik sampai ke Taman Mini Malaysia...kami pun pergi la tpt2 berkenaan..tuk dapatkan gambaran...antara tempat2nya...

Taman Mini Malaysia...
kat sini mula2 kami jadikan tempat core yg mane paling banyak checkpoint...
sebab bayaran kat situ...masuk saje dah RM 10..so kami nk manfaatkan duit peserta..
so kat situ kami nak buat menganyam tikar mengkuang,tarian buluh(sarawak),kukut kelapa,meniti jambatan gantung dgn sudu dan bola ping pong di mulut & last sekali cari 7 barang yg diberi oleh penjaga checkpoint.tapi sayangnyer dek kerana budget kami kalau boleh nak yang paling minimum...terpaksa tolak tempat ni kerana kos yg diperlukan utk tpt ni saje dah makan byk kos.....
kami dtg sbg pelawat...huhu..dapat masuk free...best3...
ni la nenek Siti...dia bekerja membuat kraftangan kat sini...sgt best berborak ngn nenek ni...baik orgnya...mmg syg r tak dpt wat task menganyam tikar...aku nk sgt bagi pengalaman baru kat peserta2.....
ni tempat kukut kelapa kat Rumah Melaka tak silap aku..terigt aku kat kampung...selalu kena paksa kukut kelapa...sampai 2 3 biji ...lenguh tangan aku...duduk lak bkn duduk atas kerusi..duduk ala2 mencangkung gitu...lenguh kaki..so bila aku terigt kesusahan2 wat menda ni..terpikir aku tuk wat task ni utk peserta2 Explore Race....
ni la jambatan gantungnyer...yang ni luas sikit...kami bercadang nak wat aktiviti kat sini..sbb bila lalu kat situ dalam kuantiti yg ramai...jambatan tu bergoyang..so susah kalu kita letak sudu di mulut sambil letak bola ping pong utk lintasi jambatan ni....task ni la yg kami nak buat...sayangnyer laaa...
yg ni lagi sempit jambatannyer....
antara rumah2 negeri di Malaysia...macam2 design rumah boleh dilihatkan sini...so kalu berminat..singgahlah diiiiiii.....
Taman Mini Malaysia...

Pastu tempat seterusnya lak...

Taman Tasik....
sini senang jer...pasal sume kelengkapan dah ada..tinggal just cakap ape yg kami nk buat n setup hari n pembayaran...so sume settle....di sini kami buat 3 aktiviti...
-rock climbing -berkayak -shooting range
setiap aktiviti kosnya lebih kurang RM3 sekepala...kalu nk sume group buat ketiga-tiga game...makan masa lama...tu belum kira bertembung group lagi...jadi kelam kabut lak...
so kami wat solution mcm ni...dlm 1 kump ada 6 orang...so diorg akan dibhgikan sama rata tuk kesemua aktiviti...jadi 2 org akan ke rock climbing,2 org akan ke kayak & 2 org akan ke shooting range..diorg kena completekan task2 masing utk dapatkan puzzle..dan puzzle tu hendaklah ditunjukkan ke ketua CP tuk dpt Klu seterusnya....
kat sini best gak...aku punyer la teringin nk panjat wall tu..mcm best jer...ngn menembak...jelez ngn peserta....
ni wall climbing tu..tinggikan..mmg best...

Taman Botanikal Garden
haaa....asalnya tak nk letak pun CP kat sini...tapi bila kami tolak tempat Taman Mini Malaysia...
so sini tempat baru kami....task kat sini ada 2 jer...tak banyak pun....peserta hendaklah menyelesaikan kedua-dua task..tapi diberi pilihan utk memilih tuk buat task yg mane dulu....tasknyer adalah.. -aktiviti berair -aktiviti memerah otak

ape aktivitinya tu? general sgt la...ok specifickan....aktiviti berair tu adalah aktiviti mengalihkan belut dari besen ke baldi(diberikan certain2 jarak) manakala aktiviti memerah otak lak...membina piramid mengunakan kad terup..
senang je 2 task ni....sekejap je bleh siap..cuma yg letihnya nk pergi ke taman Botanikal ni jer...jauh sgt...nama pun explore race kan...kena explore r...
ni la tempat CP Taman Botanikal Garden
kami pergi pasar tuk mencari belut..
Fain tgh mengacarakan program JOm cari Belut...hahaha
ini dia....berpuluh-puluh ekor kat dalam ni...mula2 kami survey...takut2 jgk nak sentuh...tapi lama2 rasa best lak sentuh diorg...belut paling besar la yg rasa takut2 sikit nk pegang...sebab kepala dia tu besar n mmg serupa ular dah gayanya..tapi kami suda xde dah rasa gerun tu...hahahah..siap belai2 lagi..huhuhu


Taman Buaya
Taman Buaya la yang paling senang nak deal...pasal akak tu sporting habis....di Taman Buaya ni...pihak diorg yang sediakan aktiviti..sbb diorg selalu handle Family Day or apa2 yg sewkt dgnnyer r....so senang r keje kami....
di Taman Buaya ni beberapa kami ulang alik untuk corfirmationkan aktiviti dek kerana ada tpt yg terpaksa d'cancelkan...sampai 4 kali meeting ngn pihak Taman Buaya....walaupun aktiviti yg kami request ada bertukar last minute..tapi diorg still ok jer...xde la kuar reaksi yang pelik2.....
aktiviti peserta senang jer...
-Treasure Hunt -Fear Factor
Treasure Hunt ni sume tau dah rasanya...masing2 pernah main game ni...utk Fear Factor...peserta hendaklah memegang & mengangkat anak buaya utk bergambar dan barulah dapat Klu ke tpt seterusnya..anak buaya tersebut telah pun diikat mulutnya dan dipantau oleh trainer kat situ....

kat sini pun aku dapat masuk free...ngeee....dapat tengok free2 jer...waktu tu aku terpaksa pergi meeting ke 3 seorang diri kekwn lain suma ada kelas...dah la aku tak biasa deal2 ngn orang ni...belajar r time ni...so bila dah abis meeting tu dia bawak la aku keliling tempat tu..meeting sebelum ni dia tak bwk pun kami jejalan...meeting ke 3 tu dia bwk tu kasi aku clear lagi aktiviti yg nak dibuat...meeting last tu aku lak bwk fain,apis n aleep jejln keliling..memandang akak tu kasi....
Buaya besar tu buaya tembaga....nama dia BLACK...waktu kecik dulu aku penah gi sini dgn rombongan sekolah...buaya ni jgk la aku tgk...tak ubah...masih bertahan sampai sekarang... utk pengetahuan sume...setiap buaya kat situ ada nama2 tersendiri...salah satu yg akak tu suka namanya RABUN...buaya yg aktif sekali kat tpt tu...bila akak tu panggil je nama dia...terus buaya tu bergerak...fuih..hebat akak...
ni la anak buaya yg peserta kena pegang waktu task fear factor
haaaa...ni waktu aku kat pentas show taman buaya...aku berada betul2 kat dlm tpt show tu...n didepan aku ada buaya...tanpa penghadang/pagar depan aku !!...gerun kowt...besar buaya ni..namanya ALIA...buaya show walaupun utk show,dia tak jinak..bak kata akak tu "dik,kalu buaya tu buaya jgk,bila time dia lapar dia bahan je sesape..nama pun binatang"...time aku masuk tu kat dlm pentas tu..Alia ni terus bergerak ke aku n akak tu...kecut perut kami..mmg gerun silap2 boleh kena baham...uiisshh..paling dekat r aku penah tgk dgn tanpa penghadang...bila dia bergerak tu terus kami kuar kunci n tutup pagar balik...
haaa..ni la Alia....dpt tangkap gambar badan dia jer...wkt ni dia mengeluarkan bau something tau...menandakan dia mcm sedia nk mengawan...
ni tpt Fear Factor...tuk pengetahuan sume,peserta MMU explore race ni la perasmi tempat tu..pasal tpt tu baru dibuat dan tak dirasmikan secara official lagi...tp peserta explore race dah merasa dah tpt tu...kata akak tu r...
reptile yg ada kat sini...ular sawa ni(coklat) besar giler....mmg mampu belit aku...tu aku konfirm...dia punya kepala saje dah lebih besar dari tangan aku mean dari ujung jari -> lebey pergelangan tangan aku...besar punyer!!
buaya kontot..xde ekor
ni la kami...hahaha..kat tpt burung-burung

Tu la semua tpt2 explore race kami(tolak taman mini)....agak jauh jgk r....tapi alhamdulilah..sume dapat selesaikan dengan jayanya...nnt aku update apa yg berlaku kat checkpoint aku jaga...checkpoint BELUT...hahaha...byk benda lawak berlaku kat situ....


p/s: gambar ni jadi kenangan time kami wat tugas-tugas ni...

ada something berlaku waktu ni..hahaha....wkt ni time sume ketua tiap2 tpt CP pergi observe tpt masing2 utk lebih fahamkan lagi situasinya mcm mane....utk dapat gambaran...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...