Thursday, February 14, 2013

Kesalahan-Kesalahan Yang Dilakukan Dalam Solat

Salam..

sedikit pekongsian untuk semua..
artikel ini aku jumpa kat salah satu Surau di RnR semasa on the way ke Cherating.
Sangat2 bagus artikel ni sebab kita (tp lebih kepada aku sendiri) tak lepas daripada
melakukan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan.Jom kita tengok apa kesalahan-kesalahan tu.

  • Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat.
  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz "ALLAH" di mulut, dan "AKBAR" di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah rukun QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah "ALLAHUAKBAR".
  • Terdapat kesalahan dalam Al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan rukun QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca Al-Fatihah dalam hati, atau menggunakan suara angin, maka ia boleh membatalkan solat.
  • Tidak thoma'ninah (berhenti seketika) dalam rukuk, sujud atau i'tidal. Kadar minimum untuk rukuk, sujud atau i'tidal adalah dengan kadar lafaz "subhanallah".
  • Sujud yang tidak sempurna. Anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah : 
      1. muka (termasuk muka & dahi)
      2. kedua tapak tangan 
      3. kedua lutut
      4. penghujung 2 tapak kaki(ibu jari)
  • Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh menbatalkan solat.
  • Tidak berhenti seketika yakni tiada i'tidal selepas rukuk.
  • Melakukan beberapa rukun solat serentak seperti bacaan belum habis tetapi telah bergerak ke rukun seterusnya.
Haaa tu la dia...beberapa kesalahan yang bagi aku selalu kita buat dan kekdg tu terlepas pandang terus pasal menda gini... so ini sekadar peringatan untuk aku terutamanya dan kepada yang membaca. Sama-sama kita perbaiki solat kita.Insya Allah.

Tuesday, February 12, 2013

Last Gathering ?? I guess

Salam...


hurm...lama sungguh aku tak hapdate belog ni...
dah start berkarat kot blog ni...

sedar tak sedar dah 6 bulan aku bergelar pekerja untuk syarikat telekomunikasi ni..
dipendekkan ayat Staff TM(kan senang tulis camtu..nk berpuitis la kononnya)
Alhamdulilah sudah pun permanent...Hanya Allah je yang tau macam mana rasa bila 'tergantung' ni..
kepada kawan2 yang masih kontrak...banyak2 bersabar k...ckp sabar kat org mmg senang...
tapi bila kita rasa sendiri...Allah je yang tau...bkn senang sebenarnya...

Tapi aku juga mohon kepada kawan2 aku dan pembaca blog tuk doakan aku...supaya boleh hadapi
cabaran yg mendtg dgn tenang & boleh galas tanggungjawab ni dgn cemerlang...sbb aku insan yg lemah sbb tu perlukan doa2 kalian,moga2 berkat doa kalian, dpt perkuatkan jati diri ni...Amin

Haaaa...
ni baru masuk main topik...haha
Jumaat lepas batch aku buat gathering sekejap...
makan2...
sempena semua dah habis Final Exam kan...
aku???
aku dah xde final dh waktu ni...muahahaha...
boleh kata ni majlis perpisahan sebenarnya...
nak jumpa balik tu xtau la bila kan....
ada yang akan berpraktikal and then terus habis belajar...
ada yang mmg dah habis belajar...
ada yang tinggal 1 sem je lagi...
 so senang citer dah tinggal saki baki la diorg punyer uni life...

Nasihat aku buat yang akan berpraktikal...
Kalian buat la yang terbaik...
ni masanya anda tunjukkan pada pihak syarikat yang anda boleh buat kerja...
untung2 lepas praktikal boleh sambung kat situ terus...
bukan senang nak dapat keje skrg ni...grab that...

Buat yang dah habis...
bersiap sedialah anda untuk tempuhi 'dunia' sebenar....
bagi yang hatinya mmg nak berkerja,Insya Allah aku rasa takde masalah..
just jangan malu bertanya....belajar la ilmu yang ada selagi ia adalah ilmu..
jangan terlalu memilih kerja kerana tak sesuai dgn ijazah anda...
terima je dulu...ramai yang bercita-cita utk dapatkan kerja yg diimpikan...
kalu tak,buat ape belajar sampai nk pecah kepala 3 atau 4 tahun kan...
tapi kena terima kenyataan,sekarang ni persaingan sgt hebat....jangan terlampau memilih...
sikit2 tu boleh la,cuma jangan terlampau memilih...




Tak tau la boleh gather lagi kan...tapi Insya Allah time convo nanti gather lagi...kalu diizinNya...
Lepas ni korang akan rasa la pulak dunia lonely sekejap sebab dah takde member rapat utk masa yang lama...tapi sekejap je tu...haha....TILL THEN,SEE YAA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...