Tuesday, January 26, 2010

Jelmaan...kat Temerloh???

Salam...
sudah lama aku x update blog...
ni pun nak sentuh sekejap...
just nak forward something yg menarik perhatian aku...

ni time aku surf kat satu forum ni...tajuknyer JELMAAN HANTU PONTIANAK DI TEMERLOH...
oleh kerana aku duduk di Temerloh..so tertarik aku nak tau ape benda yg nak distorykan kat entry tu...

so aku just copy n paste jer...sory ek..nk update pasal2 aktiviti diri ni tak sempat..agak buzy kebelakangan ni...huhuhu


Beliau menyertakan teks ini: Assalamualaikum... Sy Idan berasal dr Mentakab, Pahang nak kongsi satu gambar aneh ditangkap secara tak sengaja kat satu taman rekreasi di Temerloh. Gambar ni diambik oleh member sy yg g dating kat taman ni dlm pkl 10 lbh pd bln Jun br2 ni. Kalau skali imbas, memang xnmpk apa2 pn dlm gambar ni. Tp cuba zoom dkt2 kt pinggang sebelah kanan lelaki ini. Apa yg anda lihat? Taman ni pn br je dibina dan sblm ni adalah kawasan hutan. Jalan ke taman ni mmg popular utk mat rempit menjalankan aktiviti sukan permotoran haram. Dan ada cerita dari penduduk di sekitar ini mengatakan selalu terjadinya kemalangan ngeri akibat ketidaktereran mat rempit ni beraksi. So, gambar ni jgk dikaitkan dgn kemalangan yg selalu berlaku. Tp sejauh mana kebenarannya..i don no..Pengawal keselamatan taman ni sendiri ada pengalaman pondok pengawalnya yg selalu digegar mcm nk roboh bila malam tiba. Sekarang taman ni dh tak dibenarkan masuk utk umum lps pkl 8 mlm sejak gambar ni tersebar. Harap dapat dikongsi bersama... Gambar kali ini kelihatan sungguh real . Juga sangat menyeramkan. Gambar diambil menggunakan kamerafon Nokia. Cakap banyak tak guna, korang tengok sendiri.

Moral Dari Gambar Ini :
-Jangan dating malam-malam di tempat yang sunyi. Bukan sahaja berpotensi diganggu hantu, malah memang sah-sah ada pihak ke-3 iaitu syaitan yang menghasut kita untuk membuat perkara mungkar.
-Bila ambik gambar pakai kamerafon, pastikan lighting yang sempurna (menghadap cahaya) baru la jadi gambar.
-merempit itu berbahaya dan merugikan semua pihak.


p/s: tu la dia citernya...tak tau sejauh mane kebenarannyer....ape2 pun percaya yang dalam dunia ni bukan kita saja yg ada dimuka bumi ni...byk lagi benda2 lain yg kita tak dpt terokai lagi...

p/s satu lagi : kat mane taman yg bdk laki tu gi yek??...besar semcm je...ada ke kat Temerloh?? setahu aku Taman Tasik je yg besar pun...hurmmm....I wonder....

Wednesday, January 20, 2010

Karangan Terbaik UPSR 2007 (Karangan budak darjah 4)

ni aku jumpa satu karangan yg 'terbaik' sekali untuk di'share' dengan anda sume
sila lah baca....

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

so konklusi citer ni adalah.......SUME MATI....hahahaha...

Tuesday, January 19, 2010

Semester 3..

Salam....
semalam bermulalah dunia baru tuk Sem 3 ni...
kelas pun dah bermula...nampak gayanya bertambah sukar la kali ni...
huh~~
semalam,result tuk SEM 2 telah pun keluar secara rasminya....
ape yg boleh dikata bila tgk result ialah...alhamdulilah....
ada peningkatan...keyakinan tu bertambah sikit....tapi nak dapat tu mmg sakit jgk la strugglenya...apa2 pun bersyukur la seadanya....
bagi yg kat luar sana pencapaian anda tak memberangsangkan pasti anda akan down utk 2-3 minggu ni..tapi amek masa....cari mana silap...dan pasang la strategi sendiri bagi ada peningkatan tuk akan datang...Insya Allah...mmg lumrah turun naik kehidupan seseorang...
dan bagi result dah OK,
masih banyak lagi nak dikejar....teruskan berlari...

buat masa ni baru satu subjek yg dah di'expose' kepada aku....Machine arhitecture....memang ambil masa nak faham....sume pasal proses hardware komputer...ni baru basic...macam mane la yg chapter belakang2 tu yek....hurmm...

masih ada 4 lagi subjek tuk di'expose'...harap2 sem ni lebih gigih n kosisten r....nak cuba kurangkan mane yg tak penting[tapi last2 yg tak penting tu lak yg lebih2]....adoi...
kena pandai bahagi masa tuk sem ni[tapi last2 kena jugak stay up wat tu wat ni]..adoi...
ni la azam tiap2 awal sem...benda sama je...tapi mmg susah nk lari dari benda2 ni...mesti jadi jgk...
tapi kekadang bagus jugak...dapat push minda kita sikit..tapi jangan lebih2 lak..tak pasal2 dapat penyakit sebab utamanya STRESS...huhuhu

takde ape nak cakap...moga2 yang lain bahagia walaupun dimana anda berada....fuiii...ayat....
TILL THEN,SEE YAA


p/s: pada yg nk test JPJ tu...buat memolek...ingat ape yg dah diajar...hahaha...semlm smpi tgh malam ajar driving...kira bernasib baik r org tu..ada org nak ajar tanpa bayaran..aku dulu nk kena tambah duit baru r dpt belajar lebih...hahahah...

Sunday, January 17, 2010

Hurm.....

Salam...

sudah sekian lama agaknya aku x update blog ni...
hari ni tergerak hati aku nk update dek kerana 1 peristiwa...
peristiwa yg menarik perhatian aku....

sebelum tu...sudah 3 hari aku berada di melaka...
balik awal? kenapa?
bosan duk umah....xde kerja lain...TV je memanjang....
dan 1 benda paling aku x suka kalu balik umah....
satu penyakit yg membuatkan aku x selesa duk umah...
penyakit yg menyebabkan satu badan rasa xsedap...RESDUNG...
asal balik je...dtg penyakit ni...menyebabkan satu muka aku sakit...
sakit teramat sgt...semua kerja tak menjadi...x selesa...sgt tak selesa...
sekarang dah sampai terbawak2 ke Melaka dah...makin menjadi-jadi.....
dulu tak de la pulak jd mcm ni...setakat datang bila balik Temerloh jer...bila duk asrama or datang Melaka...Resdung tu hilang...

ahhhh...biarkan benda tu berlalu...tahan je la...
yg nak diceritakan disini...tadi..kawan aku ada ajak aku makan...
n dia nak memperkenalkan aku satu bisness internet ni....
rupanya ramai geng2 diorg kat situ...duk kenalkan bisness ni kat kawan...
sume budak sekitar 18 - 19 tahun..rajin diorg mempromote.
sume berpakaian kemas....siap pakai baju formal lagi...
mula2 kawan aku ni yg terangkan sistem dia...hurmmm aku just dgr jer...
pastu geng2 dia yg lain lak try yakinkan aku bahawa sistem ni bukanlah seperti MLM...
bila aku dengar, mmg sistem dia lain sikit dari MLM...bagi aku...kali pertama aku dgr sistem baru cam ni....agak menguntungkan bagi yg minat bisness....bagi yg ada minat...boleh la try...mcm aku, aku x suka lak bab2 bisness ni...so cuba la cakap macam mane pun...aku tetap tak berapa minat lagi wat mase ni...pintu hati tak terbuka lagi kot...tak mustahil satu hari nnt aku pun turut join....mcm2 diaorang cakap...ayatnyer mmg power...susah nak bidas balik...padahal muda lagi...siap masuk unsur2 rohani....tengah2 diorang terang tu...aku terpikir..."kalau lah budak2 muda ni pendakwah...insya allah...aku boleh gerenti...berkembang Islam..." Diorang ni kebykan nya bukan dari latar belakang yang baik...aku dapat lihat dari style diorg punya dress up...ngn rambutnya macam2 style...tapi bila cakap bab2 nak tolong bangsa dan agama..cair maaa...mcm mengayat girlfriend...tapi aku tgk mmg diorg nak tolong...ada yg cerita sampai nk terkeluar air mata...dia cerita ...yg susahnya nak cari duit bekerja tuk sara diri...dengan adanya bisness ni baru terbuka mata dia mcm mane mak bapak dia susah cari duit...sbb bisness ni kalu kita tak usaha takkan dapat incomenye...tak mcm MLM...tu kata dia r...dan skang..sume fees U dia bayar sendiri...tu la hasilnya...skang dia turun padang tuk bantu kawan2 dia...mmg nampak team work diorg kat situ...saling bantu membantu tuk cari rakan baru dalam bidang bisness ni....

tapi citer macam mane pun...hati aku tak bergerak sedikit pun...tak tau kenapa...bila aku imagine balik tadi...seorang seorang otai bisness ni try aku...tak berkesan jugak lor...maybe bukan hari ni...sedar2 4 jam aku di terangkan macam2 pasal menda ni...hahahahaha...aku rasa buang air liur diorang jer...tengok la macam mane...terlalu banyak orang cerita aku pasal bisness2 ni...so aku x tau mane satu nak pilih...for sure paling berat tuk setiap org adalah MODAL nyer...tapi sampai sekarang aku pikir...kalaulah budak ni ada ilmu agama yg mantap dan sebar2kan dengan gaya macam ni...fuhh tak leh bayangkan...diorg selalu bagi example yg senang kita nampak...n nampak sgt diorg banyak membaca tentang bisness2 ni....aku kagum dgn diorg...umur lebih muda dari aku....soft skill diorg....perghhh...mantap....

TILL THEN, SEE YAA....

Saturday, January 09, 2010

Case Closed : Detective Conan The Movie...

Salam....lama tak menjenguk blog....internet agak slow la...nak surf pun makan masa....ni yg tak berapa minat ni...bila internet kat umah ni nak upgrade?...huhuhu...akhirnya abis jugak aku tengok kesemua citer Movie Detective Conan....Best giler!! setiap kes susah nak diselesaikan...aku tgk setiap movie kebanyakannya watak utama Shinichi Kudo a.k.a Edogawa Conan sentiasa dalam keadaan buntu time akhir2 cerita...kasi suspenkan...tapi kekadang tu mmg suspen pun...dan semua persoalan terjawab...

sebenarnya dah lama dah aku minat anime ni..sume start time form 3...kawan aku since form 1 - skang,Syafiq Joe(Mr Pres Mrsm Mzms..huhuhu) introduce kat aku n kwn2 yg lain...sama mcm aku....kalu aku kumpul komik Naruto sampai skang...mcm tu jgk ngn dia...kumpul komik Detective Conan dari episode 1 sampai skang....dari situ aku pun try kumpul jgk komik tu..tapi separuh jalan je....sebab ong kos maaa...mane tak nyer...dalam 1 bulan sampai 3 4 komik aku beli...nak follow up & minat nyer pasal....last2 pilih satu je ...ye r...waktu tu mane la ada budget besar sangat(sama je ngn skang pun)...

balik pada citer tadi...huhu..secara amnya main karakter dia Shinichi Kudo a.k.a Edogawa Conan. Dia seorang detektif muda di sekolah dia & byk selesaikan masalah yg susah...rasanya baka la kot...pasal ayah dia seorang penulis novel detektif yg terkenal & mak dia bekas pelakon(lawa beb..hehe)...ada satu kejadian dimana dia dipukul & dipaksa makan racun drpd Organisasi Hitam sebabnya Kudo ni ternampak urus niaga haram oraganisasi tu...selepas makan tu..badan dia jadi kecik....bila jadi kecik tu yg nama dia bertukar kpd Conan sbb nak rahsiakan identiti sebenar dia sementara dia nk siasat perihal Organisasi tu....sambil2 dia mencari maklumat tu..dia membantu Kogoro Maori,seorang detektif tu selesaikan masalah2 sekitarnya secara tak langsung menaikkan nama beliau.

Ran Maori - Kawan kepada Shinichi sejak dari kecil....boleh kata diorang ni ada perasaan tapi segan2 gitu...agak sweet.....juara Karate peringkat antarabangsa...anak kepada Kogoro Maori,seorang detektif yg terkenal(dek kerana jasa conan jgk)....Conan dijaga olehnya sebab ibubapa Conan berada di oversea(kononnyer).

Prof. Agasa,Ayumi,Genta,Mitsuhiko - Prof Agasa merupakan jiran Shinichi..Beliau salah seorang yg tau identiti sebenar Conan & menolong Conan dgn mencipta alatan2 canggih....manakala 3 lagi org tu merupakan classmate Conan...mereka mempunyai minat utk menyelesaikan kes2 ni..so diorg tubuhkan pasukan detective & Conan ,of course la dia kena masuk jgk...

Haibara Ai - Nasib dia sama mcm Shinichi..Badannya jadi kecil sebab makan racun tu demi tuk larikan diri dari Organisasi Hitam sebab mereka telah membunuh kakak Haibara walaupun sebelum ni Haibara a.k.a Shiho Miyano(nama waktu dia besar) berkerja bawah oraganisasi tu
sebagai scientist & utk pengetahuan sume dia yg cipta racun tu...dan masih mencari formula penawar tu(racun tu masih dlm percubaan so takde antidote)...


Tu la serba sedikit pasal Watak2 Utama dalam citer ni...seterusnya Movie2 anime ni....nak follow anime series punyer rasanya dh byk ketinggalan...so follow up movie je r..huhuhu..


Detective Conan The Movie 1 : The Timed Bombed Skyscraper

Detective Conan The Movie 2 : The 14 target

Detective Conan The Movie 3 : The Last Wizard of the Century

Detective Conan The Movie 4 : Captured in Her Eyes

Detective Conan The Movie 5 :Count Down to Heaven

Detective Conan The Movie 6 :The Phantom of Baker Street

Detective Conan The Movie 7 : Crossroad in the Ancient Capital

Detective Conan The Movie 8 : Magician of the Silver Sky
Detective Conan The Movie 9 : Strategy Above the Depths

Detective Conan The Movie 10 : The Private Eyes' Requiem
Detective Conan The Movie 11 : Jolly Roger in the Deep Azure

Detective Conan The Movie 12 : Full Score of Fear

Detective Conan The Movie 13 : The Raven Chaser


p/s : sedar2 aku dah addict ngn anime ni lak...tak sangka lak.. dulu biasa2 jer huhuhu....gara2 tertengok satu movie jer..terus semua 13 aku sebat tgk jgk...dari dulu lagi aku tertarik dengan info2 dia kasi tuk setiap kes yg dia selesaikan....macam cara2 pembunuhan...bukan main bunuh cikai2 je..suka tgk flow dia expose pembunuhnya....mula2 observe tpt,cari method pembunuhan,bukti & last sekali motif serta conclusion .

Sunday, January 03, 2010

Ronda2 Temerloh

Salam...

huhuhu...hari ini aku luangkan masa tuk gi jalan2 keliling bandar Temerloh-Mentakab...
maklum la...sudah lama tak bersiar-siar kat bandar....dah banyak yg berubah...sudah semakin byk kedai2...nampak la yg Temerloh ni sedang nak berevolusi sikit2....

kali ni berjalan-jalan ngn kawan aku yg sejak dari tadika lagi...tak dapat dipisahkan huhuhu...tiap2 kali cuti mesti la kan...jumpa2...lepak2 sikit...borak2..gelak2 besar...kalu dengar bunyi org gelak2 kuat kat taman aku tu...haaaa...mmg kami r tu.....melawak je memanjang....banyak yg diceritakan sepanjang gi jalan2...mmg dah lama tak jumpa....mcm aku, cuti sem je r baru balik...diorg pun cuti tak sama ngn MMU...nasib baik kali ni sama....boleh r luangkan masa bersama walaupun esok diorg dah start kuliah...hurmmm....malang tul...sume kwn2 time MRSM pun dah start kuliah...nak wat reunion? mmg hampeh r....susah tul nak berjumpa...harap2 dapat jumpa satu hari nnt...

gi jejalan tempat2 selalu gi waktu kecik2 dulu....macam tempat tuition,tempat makan waktu rehat tuition..hahah....gi kat Bandar lama n juga bandar baru....mengingatkan aku nostalgia2 dulu....waktu mude2...hahaha....

sikit je update kali ni....harap2 leh r jejalan lagi...selamat menjalani Sem baru kepada kawan2 aku (^_^)....

Friday, January 01, 2010

Welcome 2010...Gerhana Bulan Separa...

Salam...

waaa....sudah masuk ke tahun baru....
azam tahun baru kena ada ke? hurmmm
azam tahun lepas tercapai ker?....

tak kisah lah....target perlu ada dalam hidup tuk jadi lebih baik drpd sebelumnya....

nak dijadikan cerita
pagi tadi....telah berlaku gerhana bulan separa....
aku pun x ketinggalan ingin tgk fenomena tu...
asalnya adik2 aku yg nak tengok....so utk memenuhi kehendak diorg ni
aku search la dalam internet bila waktu sesuai tuk tgk fenomena tu...
bila diselidik....kejadian tu berlaku sekitar 2.53 pagi kalu tak silap hingga pukul 4 lebey...dan waktu kemuncak dia sekitar 3.24 pagi gitu....terpikir gak aku bila tgk tu...boleh ke bebdk ni stay up tuk tgk benda alah ni....so aku cakap la kat diorg ni waktunya....
tengok2 diorg betul2 nak tgk...almaklum la fenomena ni jarang berlaku...
so,aku ngn adik2 aku stay up la...semangat aku tgk diorg ni berjaga....cara nk kasi diorg ni tak tido...senang jer....kasi diorg main game...hahahaha...tak terlelap la diorg....
dalam pukul 1 pagi gitu...kami kuar tuk tgk dulu....waktu tu bulan mengambang dengan terang sekali...seperti tak de ape2 yang berlaku....so kami masuk dulu rumah...dan sambung ape2 yg nak dibuat.....so tunggu punya tunggu punya tunggu....aku lak yg terlelap.....dalam kul 3.00 pagi...adik2 aku kejut aku tuk tgk kejadian tu....so kami pun kuar la tgk dengan mata kasar je...takde teropong2 nyer....first sekali ape yg kami nampak banyak sangat awan....adui...
tapi still nampak lagi bulan tu...alhamdulilah...kami dapat tengok fenomena tu dengan jelas waktu walaupun fasa pertama ....nampak la perbezaan dari bulan yg terang bederang tadi dengan bulan yg pada pukul 3 pagi ni....mmg ada sikit dah yg jadi gelap....so bila agak2 kami berpuas hati...masuk la umah...hehehe...

tapi aku still nk tgk waktu kemuncak dia iaitu kul 3.30 pagi...so aku tunggu la sekejap yang lain sudah masuk tido...lebam mata masing2 menunggu tuk tgk...hahaha...bila dah tiba masanya aku kuar n tengok balik...malangnya....sume dikaburi ngn awan2...dah tak nampak dah...takpe r...dapat tengok tuk fasa permulaan pun dah cukup....hurmmm...alhamdulilah.....

haa....bulan yg kami nampak serupa ngn yg pukul 3.16 pagi dalam gambar ni..



ni gambar yg kami tangkap....mmg susah nk snap sbb jauh n kualiti gmbr kureng....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...