Pages

Wednesday, May 29, 2013

Hampir penutup Mei...

Salam....

hurm...agak lama tak update blog kan...
hahaha....masa utk aku luangkan ke dunia blog dah pun makin jadi terhad dan terhad..
sekarang baru aku faham kenapa abg2 senior dulu yg aktif berblogging berhenti selepas
masing2 dah mula berkerjaya...

serius susah nak cari masa KALAU dah umah pun xde ternet...haha
kalu time ada ternet,taknk pulak hapdate...
so tu sume masalah diri sendiri...

Hurm...dah bulan 5 dh rupanya...
sedar tak sedar dh genap setahun aku meninggalkan dunia kampus...
masih lagi rindu akan lifestyle kampus...(nk bajet muda lagi)
masih lagi ulang alik ke Melaka bila ada masa free,mengenangkan nasib geng yg xhabis2
suruh lepak Melaka...

Bulan ni gak dah genap umur aku 23....haiiihh..
xleh nk bangga2 dh ngn umur 22...hahaha...
sbb bila ckp je umur 22 kat staff TM,sume muka masing2 nk terkejut beruk...
mcm xpenah jumpe je...Allah dah panjangkan umur kita setahun dan pendekkan masa kematian
yg kita sendiri xtau bila...yg pasti makin dekat drpd sebelum ni...

Bulan ni gak macam2 aku kena hadap...
boleh kata dah start stress ngn keje...
almaklum la ko dh keje dkt nk setahun tp xreti ape nk kena lekuk ke ape...(statement sndiri ni)
banyak ilmu yg aku belajar dalam perihal keje n dalam perihal kehidupan seharian...
makin lama pemikiran ko dah bertukar sikit demi sikit..
drpd tak penah nk fikir psl perkara ni,ko akan terfikir perkara tersebut atas sebab persekitaran
ko yg selalu sebut perihal tu....
drpd benci nk dengar,mula rasa cuba nk dgr & tahu sikit2...

Sedar tak sedar gak,dah 1 bulan lebih kot asyik balik dkt2 tgh malam...
hahaha...almaklum la keje kena ulang alik KL-Putrajaya/Cyberjaya...
jarak dh 30 min kalu x jem...kalu habis sini kul 9 mlm,smpi umah kul 10 atau 10.30...
xtermasuk gi lepak ngn malaun2 yg intern kat area2 situ...hahaha...
tp aku leh kata enjoy sbb hari2 belajar benda baru...
*boleh la kata mcm tu sbb ko bujang lg,cer dh ada anak bini nnt,merungut mcm geng2 lain la*

Bulan ni gak bertimbun jemputan kahwin...
xsempat wo nk gi sume...aku gi mana yg sempat je la..
tahniah kepada mempelai pengantin...
Semoga diberkati Allah sentiasa...
Org keep tanya aku bila,aku bila...soklan tipikal..
dan aku sokmo jawab jawapan yg merapu...& paling hebat kena,ayah aku sendiri..
hahaha...terus xnk tanya dah...tp kena gak sindir ckit2...buat dunno je..

ape lagi aku nk merepek....
hurm...
xde la kot..
sementara menunggu testing settle...
hapdate blog kejap...
hahaha...

Sunday, May 26, 2013

Cara Suami Melayan Isteri

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW.

1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!



Wednesday, May 22, 2013

Sedikit perihal Bertunang.

Terbaca dalam satu page di fb  : syahirul.com

Simple & mudah faham.

kongsi la sikit.Nak baca kat page dia terus pun tak pe.

Salah faham ketika bertunang

Dalam adat Melayu, apabila lelaki meminang perempuan yang sudah menjadi pilihannya, maka akan diadakan majlis pertunangan iaitu seperti kedua-dua belah pihak keluarga akan bertemu antara satu sama lain dan majlis pertukaran cincin sebagai tanda pertunangan. Ia tidak digalakkan di dalam Islam kerana ia banyak membawa kepada pembaziran, walau bagaimanapun adat tersebut masih boleh dipakai, tetapi lebih afdhal jika kita meletakkan agama di atas berbanding adat.

Di dalam Islam tidak perlu begitu, cukup sahaja lelaki menyatakan hasrat kepada perempuan yang menjadi pilihannya iaitu ‘aku ingin mengahwini kamu’, dan perempuan tersebut sedia menerima pinangan si lelaki.

Peminangan boleh berlaku sama ada persetujuan daripada pihak perempuan dengan berhubung si perempuan secara langsung atau pun berhubung dengan keluarga perempuan melalui orang tengah. Sekiranya ingin berhubung dengan si perempuan secara terus, maka ia dibolehkan dengan syarat si perempuan tersebut bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri (18 tahun ke atas mengikut uruf umum sekarang).

Tetapi sekiranya si perempuan itu dungu atau masih belum habis sekolah lagi, maka dia hendaklah mendapat persetujuan daripada ibu bapanya terlebih dahulu. Takut-takut tersilap dalam membuat pemilihan.


Minta putus jika pasangan tunang tidak elok budi pekertinya.

Perkara ini sangat penting dalam fatrah pertunangan. Berapa ramai orang yang tahu mengenai budi pekerti tunangnya yang buruk, tetapi mereka membiarkan sahaja tanpa membuat apa-apa keputusan.

Sepatutnya mereka boleh minta putus agar tidak menyesal di kemudian hari. Contohnya seperti tunang yang panas baran yang tahunya hendak memukul, tunang yang selalu tinggal solat, tunang yang tidak mahu memahami agama walaupun sudah dinasihati berkali-kali, tunang yang suka dengan maksiat, mengajak kita keluar berdua-duaan serta mengambil kesempatan, dan banyak lagi. Maka di sini kita perlu ambil perhatian yang sangat serius.


Mencari tunang yang soleh/solehah sudah menjadi kemestian kepada pasangan calon yang ingin berkahwin, Kerana perkara ini akan membawa kesan yang sangat besar selepas bergelar isteri atau suami kelak seperti hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekira kamu tidak melakukannya, nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi” (Riwayat Tirmidzi)

“Dunia adalah bahan keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah” (Riwayat Muslim)

Kebenaran hadis ini kita telah lihat keadaan dunia pada zaman kini, berapa ramai manusia yang memilih calon suami atau isteri berdasarkan nafsu dan tidak meletakkan agama serta akhlak sebagai yang utama. Maka kita sudah lihat kerosakan di sana-sini akibat dari kesilapan yang telah dilakukan. Keluarga yang di bina menjadi porak peranda.

Contohnya, tiada kebahagiaan dalam rumah tangga kerana hilang keberkatan, anak-anak yang bakal dilahirkan menjadi jahat, masing-masing suka bergaduh, keluarga yang suka kan maksiat dan pelbagai lagi masalah keluarga jika hendak disenaraikan akibat kita tidak menjaganya dari awal.

Maka di sini, Islam sangat menjaga kemaslahatan ummah iaitu dengan menjaga keharmonian rumah tangga semenjak dari pemilihan calon dari awal. Kita sudah sedia maklum bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia. Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga seperti firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan di antara-antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, kasih sayang dan belas kasihan”. Arrum ayat 21.

Lagi firman Allah swt yang bermaksud:

“Mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka”. Al-Baqarah ayat 117.

Ayat di atas mengibaratkan suami isteri sebagai pakaian bagi pasangannya, kerana masing-masing saling melindungi pasangannya. Sekiranya kita memilih pasangan yang buruk akhlaknya, sudah pasti dia bukan pelindung yang baik, malah menjadikan kita sebagai mangsa kezalimannya.
 



p/s: saje je post menda gini kebetulan dah musim kawan2 kawin sekarang ni...haha...jgn pelik lak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...