Pages

Wednesday, February 17, 2010

Projek SEM(School Enrichment Project)..

Pelajar MRSM Kuantan hasilkan bata daripada tandan sawit

17/02/2010 6:18pm **Utusan

KUANTAN 17 Feb. – Tandan kelapa sawit yang biasanya dibuang didapati mampu dijadikan bahan penting dalam sektor pembinaan.

Itulah yang dibuktikan oleh dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di sini, Nur Azimah Najihah Mohamad Afandi dan Fatimah Zahrah Mohd. Sobri, yang berjaya menghasilkan batu-bata daripada tandan kelapa sawit yang banyak terdapat di negara ini.

Kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu mengambil masa setahun bagi membangunkan projek dikenali “high silica brick”, yang pada mulanya hanya merupakan sebahagian daripada satu program pengajian bagi mendapatkan sijil graduasi MRSM.

Melihat potensi kajian berkenaan, mereka bersama guru penasihat, Siti Faridah Jusoh, berulang alik ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi untuk menjalankan kajian lebih terperinci kerana peralatan makmal di sekolah mereka adalah terhad.

Hasilnya, penemuan mereka itu telah memenangi pingat emas bagi kategori fizik pada pertandingan Tunas Saintis MRSM Ogos tahun lepas serta pingat gangsa di Ekspo Teknologi Malaysia baru-baru ini yang turut disertai mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Kajian berkenaan juga akan menyertai International Sustainable World (Energy, Engineering & Environment) Project Olympiad (I-SWEEEP) di Houston, Amerika Syarikat, dari 14 hingga 19 April ini. – Bernama


Bila aku baca berita ni teringatlak zaman kat MRSM dulu...Projek ni namanya Projek SEM(School Enrichment Project) kalu kat peringkat Universiti ni senang citer orang panggil Final Year Project la....dalam byk2 task utk grad kat MRSM ni benda alah ni r.....WAJIB tuk setiap pelajar buat projek ni...kalu x ,xleh nak grad...so mean anda takkan dpt sijil graduasi MRSM...kalu xde sijil tu mcm xde la bukti yg anda pernah belajar kat situ..sama r mcm Universiti...x buat Final Year Project xleh grad...

Mmg sakit kepala memikirkan ape yang nk dibuat tuk projek ni...ada byk bhgn...FIZIK,BIOLOGI,KIMIA,KOMPUTER & UMUM(xsilap aku...mcm wat journal pasal someting gak r)...so aku pilih KOMPUTER...dah mmg favourite aku....mcm2 procedure kena wat...tiap2 minggu kena jumpa Guru Penasihat...aku igt lagi..cikgu aku nama dia Cikgu Suriati..tapi malangnya dia selalu sibuk..dengan program robotik dengan budak2 form 1...so group aku jarang dapat discuss ngn dia...nak tak nak kena berdikari sendiri...tapi mmg kena berdikari sendiri pun....lupa lak...projek aku ialah system E-Kokurikulum....kan kita nk masuk IPT ni ada 10% markah dikira drpd pencapaian KO-Q so aku wat system mcm mane pengiraan 10 % tu....aku guna MS Access...mmg susah giler nak wat database tuk satu Maktab....aku nak kena gi jumpa Cikgu PJ tuk dptkan file berkenaan cara pengiraan Ko-Q tu...nak kena jumpa Juruteknik di Perpustakaan tuk dptkan database pelajar...byk keje r...akhirnya sume tu aku dpt...lagi2 database pelajar2 maktab tu group aku je yg dapat...aku la yg pegang..hahaha...benda sulit tu...mcm2 r kena wat senang citer...kena habiskan duit beli buku komputer semata-mata nk belajar mcm mane nak guna MS Access secara advance...kena jumpa tu jumpa ni...huhu...Trial MARA lg...SPM lagi...haih..mcm2...

apa2 pun aku nak berterima kasih kat technician library,KAK AISYAH...dia r yg banyak ajar aku pasal MS Access ni...walaupun Guru Penasihat aku Cikgu Sains Komputer..tp dia sibuk,n suruh kami cari usaha sendiri...aku igt lagi...sehari sebelum nk cuti seminggu...aku jumpa dia dlm kelam kabut kat libry tuk belajar ngn AKAK ni...ayah aku dtg kul 3...tp abis waktu sekolah kul 1 lebey,mmg kelam kabut r...duk dgr je r ape yg diajar...AKAK tu siap tyer lagi"kamu faham x?muka mcm blur je,risau akak" aku angguk2 jer...haha...

dan aku pun igt lagi dia sanggup buka lab komputer kat libry waktu malam sebelum hari kami kena bentang projek kami semata-mata nak tengok progress aku n ape2 yg nak dibetulkan...huhu...tp malangnya ada formula pengiraan tu aku tak dpt completekan..mmg sakit kepala la nk pikir tuk linkkan sume data2 tu...last2 aku redha je r...guna taktik hardcode [time tu mane tau term ni...huhu]pd part2 yg tak dpt...esoknya present la..tgk2 Akak tu judge part Projek Komputer...haha..mmg xleh bla r...n result Projek kami.....biar aku je la yg tau...huhuhu...Sijil kejayaan projek tu masih lagi aku simpan...haha...tp tak dpt nk pergi utk mewakili maktab dalam Program Tunas Saintis MRSM...group lain yg pergi...rezeki mereka...aku pun xkisah...asalkan siap suda.....waktu tu mmg mcm2 idea2 pelajar MRSM yg keluar...mcm2 ciptaan yg direka...tahniah r kpd yg berjaya....


tu je r kot nk kongsi....tp mmg duk di MRSM byk dilatih hidup berdikari utk ke peringkat Universiti nnt tp still disuap jgk oleh cikgu...sistemnya mmg sebijik sama ngn U...saling tak tumpah...tapi masih lagi ada yg mengalami kejutan budaya....nak wat cam ne kan...tu atas diri sendiri...TILL THEN..SEE YAA...

2 celoteh:

elin cute said...

xcus me,
we are from mrsmtgb and we're wondering bout u nyer projets..can we know about it in much detail??
comment me back..thanxs
we're 16 BTW

Deen said...

hurm......
aku buat projek SEM
tajuk 'e-Kokurikulum'

system yang mengirakan 10% markah utk masuk IPTA tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...