Pages

Tuesday, July 28, 2009

Disebalik hari yg hujan lebat...

Salam...
huuuuu~~~~
aku baru balik dari training silat ni....
hari ni satu sejarah pada aku...
x penah lagi la aku berada dlm situasi mcm ni...
pada pagi dlm kul 9.45 aku ke kelas tgk langit mula hitam seolah-olah ingin memberi amaran sesuatu akan berlaku.....
aku x endahkannya....just teruskan perjalanan aku tuk ke kelas bagi meneruskan perjuangan sebagai seorg mahasiswa....semasa dlm kelas baru bermula awan menangis(hujan)....awan tidak menangis teresak-esak tp menangis seolah-olah meratapi kematian seseorg yg dikasihinya....ditambah dengan dentuman kilat yg seperti suara para2 tentera memberi arahan kepada anak-anak buahnya.....aku yang dalam kelas asyik tersenguk-senguk dek melayan perasaaan aku yg mengantuk mungkin kerana letih....sesudah habis kelas aku ke Plaza Siswa tuk makan sebentar...disitu aku banyak berfikir,merancang apa yang aku hendak lakukan selepas ini,remind balik task-task yang aku perlu buat nnt...susun dengan teratur di Plaza Siswa jgk la aku dapat khabar yang rumah rakan aku naik air aku just dengar je, ingatkan kawan aku bergurau je....sesudah makan aku balik ke rumah...semasa aku berjalan untuk pulang ke MELAWIS 6 tu...aku lihat ramai orang di luar rumah masing-masing....banyak boat-boat, kereta-kereta JPA, aku mula resah...dalam benak hatiku berkata "betul ke si ecah ni cakap??"...aku cuba melajukan lagi langkah kakiku...tu kepastian diri sendiri...sampai-sampai kat rumah, fuh..lega aku...rumah aku x naik air..!!! tp yang mengejutkan aku lihat dihadapan aku air paras betis kowt...aku ke tempat tersebut,dan aku lihat rumah kawan aku dah pun di tenggelam dengan air...aku pergi ke rumah dia utk melawat sahaja...redah air banjir tersebut..tgk keadaan dalam rumahnya....alhamdulilah tiada kerosakan kerana ketika kejadian terdapat penghuni di rumah yang sempat menyelamatkan barang...tp ini la kali pertama banjir berlaku berdekatan dengan rumah aku...kalau kat Temerloh tu mmg pernah jadi banjir besar sampai rumah aku terkepung x boleh nak keluar..tapi still tak rasa dalam bahaya lagi...kalau situasi ni rasa macam dah dekat je air tu dengan rumah...haissshh..aku panjat kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih pelihara lagi rumah kami dari bencana atau malapetaka lagi...syukur alhamdulilah...

p/s: apasal aku mengarang blog ni semcm je kali ni yek?? hmmmm xtau r knp....

2 celoteh:

Exo Des said...

Oit din. Over sangat kot. Ak taw la kat temerloh gitu. Isk3~

Deen said...

hahaha...
ni post merapu je kot...
aku xtau knp aku merapu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...