Friday, May 27, 2011

Ciri-ciri jejaka idaman...(i guess)

Salam...
hurm....
kita update sikit...
sesaje nk share,walaupun dh tau ramai yg sedia maklum menda ni...
terbaca kat Metro Harian,bahagian Dang Setia...
tertarik ngn jawapan Dang Setia mengenai isu pompuan nk cari jodoh...
kes nya,si pompuan ni suka ngn Mak Nyah...si nyah ni nak berubah jd laki semula...
tp bila dh kapel...berubah lak perangai nyah ni,makin ganas...mcm2....

bleh baca jwpn dang setia :

Pada zaman di mana wanita melebihi lelaki, Dang Setia akui bukan mudah untuk mencari suami berkualiti. Namun, jika berpeluang membuat pilihan, berikut adalah ciri-ciri suami berkualiti yang mampu membahagiakan saudari dunia dan akhirat:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian sopan. Sifat ini boleh dilihat, terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberi dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira ketika bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Bagaimanapun, hakikatnya ciri-ciri berkenaan pasti sukar dicari dalam dunia akhir zaman. Namun, sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan panduan bagi saudari mencari calon suami.

Nasihat Dang Setia, buat ‘check list’ (semakan) berdasarkan 10 ciri berkenaan, berapakah ciri yang ada pada teman lelaki saudari?

Persoalan yg ditinggalkan oleh DS ni membuatkan aku terfikir...berapa rating kita??
bukan ape...bukan teringin nk jd idaman wanita...bkn,jgn salah faham....
'checklist' kat atas tu ada betul gak...xsalah kita cuba memenuhi check list kat atas tuk jd individu yg lebih baik...bkn tuk wanita sahaja,tetapi tuk masyarakat sekeliling...kan??
sama2 lah kita fikirkan....



p/s : rating utk aku?? hahaha...for sure r sikit...haha
kalu jmpe yg pompuan nyer,nk post gak nnt...huhu

0 celoteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...