Pages

Tuesday, March 03, 2009

Diganggu Syaitan

Baca la kalu rajin (^_^)....maybe ada moral value ckit walaupn x byk

"Hati Ali mula rungsing. Mayat yang sedang Ali mandikan menyebabkan bulu roma Ali tegak, seram, seluruh badannya berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan Ali rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang Ali rasakan ada bersama-sama mereka, yang mengganggu mereka. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang Ali dan kawan-kawan Ali uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan Ali. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah Ali uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma Ali terus tegak. Tapi Ali uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus Ali baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang Ali alami, maknanya jenazah yang Ali uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, mereka hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan. "Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga Ali datang ke sini semula," pesan Ali kepada penggali kubur. Ali tidak dapat turut serta kerana Ali perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Ali tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi Ali ini perkara aib, tak perlulah Ali jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, Ali balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, Ali tengok ia sudah dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Ali dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, Ali balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, Ali rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut Ali pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang Ali tahu, Ali cuba halau ‘benda’ itu. Namun Ali tahu Ali gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu Ali berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika mereka sekeluarga hendak tidur, Ali mula rasa lain macam. Isteri dan anak Ali juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma Ali meremang.

Satu demi satu ayat Ali baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan Ali. Biasanya Ali gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah Ali berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi Ali bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan Ali.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila Ali mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh Ali. Ali tersentak dan tidak jadi tidur. Ali lihat sekeliling, tapi tiada apa yang Ali nampak kecuali gelap. Ali baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, Ali cuba melelapkan mata. Namun apabila Ali hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat Ali. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan Ali dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Ali tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali Ali diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan Ali bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang Ali uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian Ali mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita Ali ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada Ali.

Dari segi syarak, gangguan yang mereka alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Ali yakin gangguan yang mereka lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang Ali dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat Ali, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.

0 celoteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...