Pages

Sunday, October 17, 2010

10 Tabiat Rosakkan Otak

Salam,sedikit info ingin dikongsi,

1.Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah
akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi
pada
otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan
boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer' atau 'Nyanyuk!'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein
dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran
udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan
otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang
boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak
karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada
otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang
sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak
kita.

0 celoteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...