sudah lama aku x update blog...
ni pun nak sentuh sekejap...
just nak forward something yg menarik perhatian aku...
ni time aku surf kat satu forum ni...tajuknyer JELMAAN HANTU PONTIANAK DI TEMERLOH...
oleh kerana aku duduk di Temerloh..so tertarik aku nak tau ape benda yg nak distorykan kat entry tu...
so aku just copy n paste jer...sory ek..nk update pasal2 aktiviti diri ni tak sempat..agak buzy kebelakangan ni...huhuhu
Beliau menyertakan teks ini: Assalamualaikum... Sy Idan berasal dr Mentakab, Pahang nak kongsi satu gambar aneh ditangkap secara tak sengaja kat satu taman rekreasi di Temerloh. Gambar ni diambik oleh member sy yg g dating kat taman ni dlm pkl 10 lbh pd bln Jun br2 ni. Kalau skali imbas, memang xnmpk apa2 pn dlm gambar ni. Tp cuba zoom dkt2 kt pinggang sebelah kanan lelaki ini. Apa yg anda lihat? Taman ni pn br je dibina dan sblm ni adalah kawasan hutan. Jalan ke taman ni mmg popular utk mat rempit menjalankan aktiviti sukan permotoran haram. Dan ada cerita dari penduduk di sekitar ini mengatakan selalu terjadinya kemalangan ngeri akibat ketidaktereran mat rempit ni beraksi. So, gambar ni jgk dikaitkan dgn kemalangan yg selalu berlaku. Tp sejauh mana kebenarannya..i don no..Pengawal keselamatan taman ni sendiri ada pengalaman pondok pengawalnya yg selalu digegar mcm nk roboh bila malam tiba. Sekarang taman ni dh tak dibenarkan masuk utk umum lps pkl 8 mlm sejak gambar ni tersebar. Harap dapat dikongsi bersama... Gambar kali ini kelihatan sungguh real . Juga sangat menyeramkan. Gambar diambil menggunakan kamerafon Nokia. Cakap banyak tak guna, korang tengok sendiri.


-Jangan dating malam-malam di tempat yang sunyi. Bukan sahaja berpotensi diganggu hantu, malah memang sah-sah ada pihak ke-3 iaitu syaitan yang menghasut kita untuk membuat perkara mungkar.
-Bila ambik gambar pakai kamerafon, pastikan lighting yang sempurna (menghadap cahaya) baru la jadi gambar.
-merempit itu berbahaya dan merugikan semua pihak.
p/s: tu la dia citernya...tak tau sejauh mane kebenarannyer....ape2 pun percaya yang dalam dunia ni bukan kita saja yg ada dimuka bumi ni...byk lagi benda2 lain yg kita tak dpt terokai lagi...
p/s satu lagi : kat mane taman yg bdk laki tu gi yek??...besar semcm je...ada ke kat Temerloh?? setahu aku Taman Tasik je yg besar pun...hurmmm....I wonder....