Sunday, May 26, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Sedikit perihal Bertunang.
Terbaca dalam satu page di fb : syahirul.com
Simple & mudah faham.
kongsi la sikit.Nak baca kat page dia terus pun tak pe.
Salah faham ketika bertunang
Dalam adat Melayu, apabila lelaki meminang perempuan yang sudah menjadi pilihannya, maka akan diadakan majlis pertunangan iaitu seperti kedua-dua belah pihak keluarga akan bertemu antara satu sama lain dan majlis pertukaran cincin sebagai tanda pertunangan. Ia tidak digalakkan di dalam Islam kerana ia banyak membawa kepada pembaziran, walau bagaimanapun adat tersebut masih boleh dipakai, tetapi lebih afdhal jika kita meletakkan agama di atas berbanding adat.
Di dalam Islam tidak perlu begitu, cukup sahaja lelaki menyatakan hasrat kepada perempuan yang menjadi pilihannya iaitu ‘aku ingin mengahwini kamu’, dan perempuan tersebut sedia menerima pinangan si lelaki.
Peminangan boleh berlaku sama ada persetujuan daripada pihak perempuan dengan berhubung si perempuan secara langsung atau pun berhubung dengan keluarga perempuan melalui orang tengah. Sekiranya ingin berhubung dengan si perempuan secara terus, maka ia dibolehkan dengan syarat si perempuan tersebut bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri (18 tahun ke atas mengikut uruf umum sekarang).
Tetapi sekiranya si perempuan itu dungu atau masih belum habis sekolah lagi, maka dia hendaklah mendapat persetujuan daripada ibu bapanya terlebih dahulu. Takut-takut tersilap dalam membuat pemilihan.
Minta putus jika pasangan tunang tidak elok budi pekertinya.
Perkara ini sangat penting dalam fatrah pertunangan. Berapa ramai orang yang tahu mengenai budi pekerti tunangnya yang buruk, tetapi mereka membiarkan sahaja tanpa membuat apa-apa keputusan.
Sepatutnya mereka boleh minta putus agar tidak menyesal di kemudian hari. Contohnya seperti tunang yang panas baran yang tahunya hendak memukul, tunang yang selalu tinggal solat, tunang yang tidak mahu memahami agama walaupun sudah dinasihati berkali-kali, tunang yang suka dengan maksiat, mengajak kita keluar berdua-duaan serta mengambil kesempatan, dan banyak lagi. Maka di sini kita perlu ambil perhatian yang sangat serius.
Mencari tunang yang soleh/solehah sudah menjadi kemestian kepada pasangan calon yang ingin berkahwin, Kerana perkara ini akan membawa kesan yang sangat besar selepas bergelar isteri atau suami kelak seperti hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekira kamu tidak melakukannya, nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi” (Riwayat Tirmidzi)
“Dunia adalah bahan keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah” (Riwayat Muslim)
Kebenaran hadis ini kita telah lihat keadaan dunia pada zaman kini, berapa ramai manusia yang memilih calon suami atau isteri berdasarkan nafsu dan tidak meletakkan agama serta akhlak sebagai yang utama. Maka kita sudah lihat kerosakan di sana-sini akibat dari kesilapan yang telah dilakukan. Keluarga yang di bina menjadi porak peranda.
Contohnya, tiada kebahagiaan dalam rumah tangga kerana hilang keberkatan, anak-anak yang bakal dilahirkan menjadi jahat, masing-masing suka bergaduh, keluarga yang suka kan maksiat dan pelbagai lagi masalah keluarga jika hendak disenaraikan akibat kita tidak menjaganya dari awal.
Maka di sini, Islam sangat menjaga kemaslahatan ummah iaitu dengan menjaga keharmonian rumah tangga semenjak dari pemilihan calon dari awal. Kita sudah sedia maklum bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia. Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga seperti firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan di antara-antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, kasih sayang dan belas kasihan”. Arrum ayat 21.
Lagi firman Allah swt yang bermaksud:
“Mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka”. Al-Baqarah ayat 117.
Ayat di atas mengibaratkan suami isteri sebagai pakaian bagi pasangannya, kerana masing-masing saling melindungi pasangannya. Sekiranya kita memilih pasangan yang buruk akhlaknya, sudah pasti dia bukan pelindung yang baik, malah menjadikan kita sebagai mangsa kezalimannya.
p/s: saje je post menda gini kebetulan dah musim kawan2 kawin sekarang ni...haha...jgn pelik lak.

Monday, April 22, 2013
Allah sembunyikan 3 perkara.
Salam,
Terbuka hati untuk update sikit,sebab tengok blog dah berhabuk sangat,bkn berhabuk je..siap berkarat lagi.
Peringatan ini terngiang-ngiang dalam fikiran,nak2 tengah musim 'panas' ni.Dapat quote dari seorg ustaz ketika beliau mengajar ilmu tasawuf di surau.
Allah sembunyikan 3 perkara kepada hamba-hambaNya :
1. Keredhaan Allah didalam ibadah - jadi kita jangan memperkecilkan walau sekecil-kecil ibadah,takut2 yg kecil itu diredhai oleh Allah.
2. Kemurkaan Allah didalam maksiat - jadi jangan meremehkan walau sekecil-kecil maksiat.
3. Para Kekasih dalam makhluk-makhlukNya - jadi jangan kita menghina seseorang,takut2 dia kekasih(wali) Allah.
Tu je la...heee...curi masa time rehat keje ckit.
p/s: Tahniah buat2 kawan2 di MMU yang dapat award, walaupun lama meninggalkan MMU,tp hati tu masih berada disana...suka dengan program2 yg dijalankan.Tahniah sekali lagi.

Thursday, February 14, 2013
Kesalahan-Kesalahan Yang Dilakukan Dalam Solat
Salam..
sedikit pekongsian untuk semua..
artikel ini aku jumpa kat salah satu Surau di RnR semasa on the way ke Cherating.
Sangat2 bagus artikel ni sebab kita (tp lebih kepada aku sendiri) tak lepas daripada
melakukan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan.Jom kita tengok apa kesalahan-kesalahan tu.

- Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat.
- Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz "ALLAH" di mulut, dan "AKBAR" di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah rukun QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah "ALLAHUAKBAR".
- Terdapat kesalahan dalam Al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan rukun QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca Al-Fatihah dalam hati, atau menggunakan suara angin, maka ia boleh membatalkan solat.
- Tidak thoma'ninah (berhenti seketika) dalam rukuk, sujud atau i'tidal. Kadar minimum untuk rukuk, sujud atau i'tidal adalah dengan kadar lafaz "subhanallah".
- Sujud yang tidak sempurna. Anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah :
- muka (termasuk muka & dahi)
- kedua tapak tangan
- kedua lutut
- penghujung 2 tapak kaki(ibu jari)
- Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh menbatalkan solat.
- Tidak berhenti seketika yakni tiada i'tidal selepas rukuk.
- Melakukan beberapa rukun solat serentak seperti bacaan belum habis tetapi telah bergerak ke rukun seterusnya.
Tuesday, February 12, 2013
Last Gathering ?? I guess
Salam...
hurm...lama sungguh aku tak hapdate belog ni...
dah start berkarat kot blog ni...
sedar tak sedar dah 6 bulan aku bergelar pekerja untuk syarikat telekomunikasi ni..
dipendekkan ayat Staff TM(kan senang tulis camtu..nk berpuitis la kononnya)
Alhamdulilah sudah pun permanent...Hanya Allah je yang tau macam mana rasa bila 'tergantung' ni..
kepada kawan2 yang masih kontrak...banyak2 bersabar k...ckp sabar kat org mmg senang...
tapi bila kita rasa sendiri...Allah je yang tau...bkn senang sebenarnya...
Tapi aku juga mohon kepada kawan2 aku dan pembaca blog tuk doakan aku...supaya boleh hadapi
cabaran yg mendtg dgn tenang & boleh galas tanggungjawab ni dgn cemerlang...sbb aku insan yg lemah sbb tu perlukan doa2 kalian,moga2 berkat doa kalian, dpt perkuatkan jati diri ni...Amin
Haaaa...
ni baru masuk main topik...haha
Jumaat lepas batch aku buat gathering sekejap...
makan2...
sempena semua dah habis Final Exam kan...
aku???
aku dah xde final dh waktu ni...muahahaha...
boleh kata ni majlis perpisahan sebenarnya...
nak jumpa balik tu xtau la bila kan....
ada yang akan berpraktikal and then terus habis belajar...
ada yang mmg dah habis belajar...
ada yang tinggal 1 sem je lagi...
so senang citer dah tinggal saki baki la diorg punyer uni life...
Nasihat aku buat yang akan berpraktikal...
Kalian buat la yang terbaik...
ni masanya anda tunjukkan pada pihak syarikat yang anda boleh buat kerja...
untung2 lepas praktikal boleh sambung kat situ terus...
bukan senang nak dapat keje skrg ni...grab that...
Buat yang dah habis...
bersiap sedialah anda untuk tempuhi 'dunia' sebenar....
bagi yang hatinya mmg nak berkerja,Insya Allah aku rasa takde masalah..
just jangan malu bertanya....belajar la ilmu yang ada selagi ia adalah ilmu..
jangan terlalu memilih kerja kerana tak sesuai dgn ijazah anda...
terima je dulu...ramai yang bercita-cita utk dapatkan kerja yg diimpikan...
kalu tak,buat ape belajar sampai nk pecah kepala 3 atau 4 tahun kan...
tapi kena terima kenyataan,sekarang ni persaingan sgt hebat....jangan terlampau memilih...
sikit2 tu boleh la,cuma jangan terlampau memilih...
Tak tau la boleh gather lagi kan...tapi Insya Allah time convo nanti gather lagi...kalu diizinNya...
Lepas ni korang akan rasa la pulak dunia lonely sekejap sebab dah takde member rapat utk masa yang lama...tapi sekejap je tu...haha....TILL THEN,SEE YAA.

Monday, December 31, 2012
Setelah sekian lama.Bye2
Salam...!!
Waaa lama dah aku tak membebel dalam blog ni...
agak2 dah berapa lama ek??
sape dapat teka ngn exact brp hari blog ni berabuk,aku belanja!!
*tertakluk pada terma dan syarat*
hahaha....
Sedar x sedar hari ni dah pengakhir kepada 2012...
tahun yang memberi 1001 makna buat aku...
tahun transition alam dari alam student kpd alam pekerja...
macam2 yg aku belajar step by step...
sikit2 ape yg org kata tu aku nmpk sendiri dgn mata aku...
xpe la...redah je la...jenis malas nk fikir...
Esok, secara kiasan umur dah meningkat +1 lg....
hurm....tanggungjwb mgkn akan bertambah....
masalah dan konflik mungkin lebih merumitkan...
x sesimple zaman belajar....yup,tak seSIMPLE zmn belajar...
Sori ler...xde pengisian entry kali ni...haha..
sesaje melayan bosan sbb ofis xde org...
sume cuti rasanya...sama ada menghabiskan saki baki cuti atau
cuti atas urusan...
harap tahun 2013 ni aku dpt hadapi dengan tabah...
masih x dpt gmbran ape yg aku akan kena nnt...
jujurnya aku masih rindukan zaman belajar...
rasa student tu berbekas lagi dalam diri ni...
susahnya la nak kikis....
mungkin ada member kat sana..tak bosan...
hoho...
takpe2...slow2...
p/s: boleh la senaraikan ape target2 nak dibuat utk 2013...hoho
Saturday, October 20, 2012
Belajar drpd pengalaman
Salam...
Hehe...sesaje nk update blog sambil layan bola atm vs kelate,
Tgh seri 2-2 skrg ni...
Hurm....minggu ni minggu byk yg aku bljr serba sedikit
Dgn perihal kerja aku....
Yes,betul aku dh 2 bulan keje...
Tp dlm jgka masa tu aku masih blur lg....byk benda yg aku xnmpk....
Minggu ni baru aku nmpk ckit...
Mana taknyer,baru je abis grad...
Dtg keje...ada meeting menunggu n ada 'task sampingan'
Juga menunggu...task sampingan ni la mslhnya...
Dtg kat aku last minit,dr segi dokumennyer...dr segi maklumannya awal lg dh diinform kpd aku...
So bila bg kat aku yg serba xtau ni...byk benda la aku kena wat..
Wkt ni dh xde guide sgt mcm bdk2 praktikal dh...hhhuuu..
Tu yg seksa tu...aku kena monitor vendor buat installation di site....tu la tugas aku wkt tu...
Dgn aku xtau sgt procedure, redah je la...*ada dh pendedahan sikit pasal step2 kalu nk gi site ni...cuma x detail*
Ari pertama ke cyberjaya...main gamble je cari mana tm cyberjaya....of course ngn adanya gps..aku smpi hahaha...(kalu x haram la aku nk smpi sana)....
Di situ la bljr guane nk wat work permit tuk masuk ke site ngn complete!! Yg aku wat x complete...mana la aku tau kena dpt sain 2 pihak lg...adoi....mmg x lepas nk masuk r...security x kasi...nk settle tu punyer r ssh psl melibatkan tpt2 lain...
Siap sempat menuntut jap ilmu ngn org incharge kat situ *sng citer kena dgr org tu bersyarah la ckit....
Alhamdulilah....Allah permudahkan urusan aku...seriusly...tanpa pertolongan Dia...aku mgkn terpaksa kena gi merantau tpt lain tuk dptkn sain...fuhhh..syukur sgt2...
Dalam proses installation pun aku bljr byk menda...ada menda yg aku pakai redah je buat..mean atas decision aku....padahal menda tu salah...mcm alih barang unit lain...huhu....segan rasanya...
Hari seterusnya ke jalan semarak...kat tpt tu pun aku bljr gak la ckit...huhuhu...kelam kelibut sikit time nk bwk masuk vendor tu...dan malu gak aku kt situ...hahahaha..malu ngn vendor...kalu aku tau method masuk kat site mcm tu..xde r diorg tunggu lama...
Hadoiii...Sini gak bljr step baru ape kena wat lps installation...alhamdulilah..
Seterusnya ke cyberjaya lg sekali...kali ni lancar...siap settle install awal lg tu...heh heh heh...
Last sekali kat kelana jaya...duh...disbbkan kena follow schedule...kena siapkan ari tu gak...ari jumaat...nk masuk site ni punyer r ketat...byk songeh tul...padahal surat aku dh wat complete dh beb...*bljr dr peristiwa kat cyber..haha*
Still ssh nk lepas...kali ni lg mencbr...sbb installation melibatkan 5 tingkat...so secara xlgsg melibatkan ofis2 org lain...ooo..seriud leceh...nk kena deal ngn byk org...dan aku xtau sgt benda tu perlu buat...so menjd mslh bila kami nk wat kerja lps working hour n melibatkan ofis org...
Alhamdulilah,Allah permudahkan lagi setiap masalah yg timbul kat site tu...sgt2 bersyukur...bila dtg je mslh...rasa mcm xde solution dh(org baru,biasa r pikir mcm tu..xtau mana nk refer)
Bila kita mohon ngn Dia...Insya Allah,Allah aku turunkan pertolongan utk kita...ada je solution yg dtg tanpa kita expect..
Selesai la tugas aku minggu ni...penat tp byk yg aku belajar based on pengalaman sndiri...masih byk benda yg aku kena bljr lg..ni baru 1 benda....kawan2 doakan lah aku semoga tabah harungi dunia baru ni...aku xkuat mana nk face menda2 gini...(mybe mood student tu ada lg kot...hahaha)
P/s: berborak ngn housemate...dia ceritakan pasal seorg ust yg penah menyewa disini....bg khutbah dsbnya...tp kat umah,solat ntah kemana....membuatkn aku terpikir....nauzibilah...Sshnya nk cari laki yg jaga solatnya...ssh pd zmn skrg...peringatan tuk aku...lindungi aku drpd fitnah dunia Ya Allah...
Pp/s: choooow dulu..mau layan detective conan the movie ke 16...huuuwoo

Subscribe to:
Posts (Atom)