Pages

Thursday, February 14, 2013

Kesalahan-Kesalahan Yang Dilakukan Dalam Solat

Salam..

sedikit pekongsian untuk semua..
artikel ini aku jumpa kat salah satu Surau di RnR semasa on the way ke Cherating.
Sangat2 bagus artikel ni sebab kita (tp lebih kepada aku sendiri) tak lepas daripada
melakukan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan.Jom kita tengok apa kesalahan-kesalahan tu.

  • Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat.
  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz "ALLAH" di mulut, dan "AKBAR" di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah rukun QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah "ALLAHUAKBAR".
  • Terdapat kesalahan dalam Al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan rukun QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca Al-Fatihah dalam hati, atau menggunakan suara angin, maka ia boleh membatalkan solat.
  • Tidak thoma'ninah (berhenti seketika) dalam rukuk, sujud atau i'tidal. Kadar minimum untuk rukuk, sujud atau i'tidal adalah dengan kadar lafaz "subhanallah".
  • Sujud yang tidak sempurna. Anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah : 
      1. muka (termasuk muka & dahi)
      2. kedua tapak tangan 
      3. kedua lutut
      4. penghujung 2 tapak kaki(ibu jari)
  • Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh menbatalkan solat.
  • Tidak berhenti seketika yakni tiada i'tidal selepas rukuk.
  • Melakukan beberapa rukun solat serentak seperti bacaan belum habis tetapi telah bergerak ke rukun seterusnya.
Haaa tu la dia...beberapa kesalahan yang bagi aku selalu kita buat dan kekdg tu terlepas pandang terus pasal menda gini... so ini sekadar peringatan untuk aku terutamanya dan kepada yang membaca. Sama-sama kita perbaiki solat kita.Insya Allah.

0 celoteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...