Pages

Sunday, August 15, 2010

Kesilapan Kerap Muslim Di Bulan Ramadhan



1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya :
"sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya :
"dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu"
( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya
"Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam".
(Fath al-Bari, no 936).
Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka,
"Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat".
(Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya.
( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi"
( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"
( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Sumber : www.zaharuddin.net

Friday, August 13, 2010

Darah = Terganggu aku

Salam...
huu...dah abis midterm Data Comm td...

bertungkus lumus gak aku nak memahami topik nyer...part2 last ni byk kena faham...
alhamdulilah...Allah berikan aku keupayaan utk memahami topik2 tersebut...

tapi Allah uji lagi ketika menjawab midterm tersebut...
Telinga aku berdarah !!

adoi...sume konsentrasi aku terganggu,ape aku tembak pun aku dah xtau,telinga aku tak dpt dengar sebelah kerana dipenuhi darah,terpaksa control ngn pegang telinga sepanjang masa...ia sebenarnya bisul dalam telinga...boleh pecah time nak jwb exam...maybe suhu badan panas. kot...terlalu kuat berfikir....hahaha...

ape2 pun pada yg tak kena lagi...jaga kesihatan betul2...bulan pose2 ni...mudah je penyakit datang...lagi2 food poisoning...jaga2 yek kawan2...makan tu berpada-pada...

Wednesday, August 11, 2010

Kisah Pontianak,DraKula Dan Toyol

Salam...
alang2 tgh tgk citer hantu ngn bdk2 umah di tv2....huhu...
ini ada satu citer...tapi lawak la...huhu...semoga terhibur..

*****************************

pontianak,pocong dan toyol da x tertahan lg nk pegi kat restoran tomyam pak usup..

pontianak: weh.. aku dgr restoran tomyam yg baru bukak tu kn.. ummphh!!!!
drakula: ye la.. aku pun terliur.. aku rasa da x nk isap darah lg.. aku nk tomyam lak..
toyol:cakap pun x guna la cik pon.. kte tetap x ley gi sana..
pontianak: aku ade idea laa.. kte kn bley tuka rupe.. smlm aku try da de rupe angelina jolie ckit..
drakula: geliga gak otak ko.. ms aku idop rupe aku mmg cam tom cruise..
toyol: prasan” tp.. aku mane boley.. erm.. cik pon tulun balutkn sy eh..
pontianak: okie.. nk ajak si pocong x?
drakula: xyh la.. yg dier tau lompat2.. x lompat lari bogel.. tu jela(review hantuooo ep lepas2)..
pontianak: tol gak.. okie.. lepas maghrib kte tros tolak..

lepas maghrib.. kat restoran tomyam pak usup.. tom krus(drakula) dtg ngan angelina jolie(pontianak) sambil mendukung bayi(toyol).

pelanggan: wah.. artis datang restoran ni r..
angelina: order please. erm.. i nk tomyam yg plg sedap kat cni..
waiter: okie..(tau ckp mlayu rpenyer)..

50 saat kemudian.

waiter:siap cik..
tom: wah.. cam sedap neh.. biar aku mencekik dlu..

sorg pelanggan nmpk sesuatu…

pelanggan: wah!!! tom cruise ade taring panjang!!!
suasana senyap sunyi… drakula pun panic.. dengan spontannyer dier patahkan kedua2 taringnyer..
tom: ii.. ini..cu..cuma.. taring palsu.. sy baru balik dari penggambaran cite jaws tu.. sy r yg jd jaws tu..
pelanggan: (jaws ade taring???!!!).. oooOOoOOoo..

keadaan kembali sedia kala..

angelina: tu r ko.. mkn x reti nk cover.. biar aku lak mkn..
pontianak habiskn satu mangkok besa tomyam skali hirup.. akibat x tahan pedas.. air mata pontianak kuar..
air mata darah!! sorg pelanggan nmpk…
pelanggan: wah!! angelina kuar air mata darah!!!
sume pelanggan tkezut.. suasana jd riuh.. pontianak pun mule menggelabah..
angelina: sa..saya.. rindukan mak sy!! da lame x jumpe dia di england..
pelanggan:ooOOoo..(tp nape air mata darah???!!)..

keadaan jd tenang semula.. toyol yg da x tahan kelaparan trus melompat atas meja utk mencekik tomyam..
sorg lg pelanggan nmpk..

pelanggan:wahh!! anak dier kaler ijau!!
sume menjadi panic.. ade separuh yg bangun utk melarikan diri..
angelina: er..anak sy ni baru je balik penggambaran cite incredible hulk ni.. kami juz nk wat surprise kat cni..
pelanggan:oooOOoo.. hebat la lakonan kamu.. kami sume panic td.. haha..

keadaan jd ok balik.. tanpa disedari oleh para hantu-hantuoo, azan isyak pun berkumandang..
pontianak, drakula & toyol: warRRrrgGGghhHH!!!!!!!!!!!!(te rbakar).
semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tgn dan bersorak sbb ingatkn tu lakonan dari mreka lg..

Ramadhan Menjelma





Sunday, August 08, 2010

Uplink

Salam...
sekadar sedikit update...
hari ni daripada pagi menunggu berita drpd Sir Muslim...
sama ada aku sempat join i-Hack or tak...
ikut plan aku n dia nk gi lmbt ckit...pasal dia ada hal...
huhuhu...last2 x dpt...kempunan aku nk tgk Pertandingan Hacking tu...
dah la pagi aku tunggu dekat sejam utk meeting assignment group,seorg je dtg...yg lain xdtg..nak bincang pasal Java...xpe la aku wat dek je....so balik la ke umah...
ngn terfikir-fikir ...jadi ke gi i-Hack 2010 ni...huhu...
malam ada bengkel ...nak join menda alah tu...dah r free....

takpe la...balik, nak layan kartun kat tv,satu pun xde...pelik lak aku...sekala ada je kartun tiap2 sabtu pagi...
xpe la...siapkan la plan "vacation 31 ogos",Madam Susan suruh wat...amek ko dpt 2 muka surat penuh...lantak r dia nak kata ape...aku pakai wat je...padahal benda tuk saje2 je...nak tgk kita cam ne organize something sbb kami ada belajar bab management...aku gi ngarut ape ntah kat atas kertas tu...haha...biar la...bukan dia pandang sgt pun...sesaje je tu.....

abis tu,duk pikir lagi pasal tu....xpe la sedapkan hati ngn baca komik Naruto no.65 yg baru aku beli semalam....huhu,korg mesti jemu dak ...asyik pasal kartun je...dah,tu je yg aku minat drpd kecik...aku igt lagi ayah aku ckp time midterm break ari tu.."awok ni dari kecik pah ke besar duk ngadap kartun je...xde menda lain doh.." haha..berimiginasi tu seronok...ngeh2...kartun salah satu medium nyer...balik kpd pasal komik td....
dalam byk2 volume komik naruto yg aku kumpul....volume 65 ni la paling touching sekali...menusuk kalbu...kalu menjiwai tul2 ape yg dibaca leh menangis...waaaa...hahaha...
volume kali ni menceritakan cam mane ibu bapa naruto korbankan nyawa tuk anak mereka yg tercinta...tak sempat mereka berkasih sayang ngn Naruto,baru je dilahirkan terus ada ancaman drpd anasir luar...mereka korbankan nyawa mereka utk anak mereka jgk...kata2 akhir ibunya sebelum mereka mati tu...pergh...dah menunjukkan kasih sayang seorg ibu terhadap anak...penghargaan suami terhadap isteri pun ada....mmg terharu r baca...hahaha...lebih2 lak...

Ptg berjalan-jalan cari makan di pasar malam....tertarik ngn seorg budak kecik seorg ni...comel lagi...dah menolong ayah wat keje...mata ke lain,tp tgn berkerja memasukkan makanan dlm plastik...ayah ckp ada baki 3 ringgit,dia bagi rm 3 kat customer...rajin budak ni,cute pun cute...aku amek wat bini muda kang...hahahaha...just joking...xde la...just tertarik ngn kerajinan dia menolong ayahnya berniaga...

huuu...bila smpi malam ni...konpem la x gi....maybe sir sibuk menguruskan majlis pertunangan adik dia kot...takpe la...aku lepak2 kat umah je la...terpikir lak aku tuk main game Uplink...
aku rasa aku dah start minat nak explore lagi game ni....basically ni bukan game mcm Dota or ape2 la yg ada interface or grapic yg gempak2...ni game simulasi hacking....senang citer game hacking la....mula2 susah gak nak faham,skang dah ok...kita diibarat berkerja bawah satu company dan dapat task drpd mane2 company tu hack something...setiap task ada habuan dia la...menarik gak r...sape2 nak try,bleh la cuba...game simple2 je...wat mase ni aku just tahap newbie...baru setahun jagung...tak dpt gi i-Hack pun xpe la...layan je la game ni....hahaha...lebih kurang gak kan...ada hacking2 gak....

ni sikit screenshot utk game ni....

ni proses nak crack password company(Cyberlink Corp)

Gateway map...kita kena pandai r connect network...supaya susah di'trace' oleh pihak company tu..

antara senarai2 ip address yg dah masuk....ada gak maklumat2 utk selesaikan mission tu...


ok la...sudah larut malam ni,ada yg berminat nak main,try la....TILL THEN ,SEE YAA


p/s: ada lagi satu game simulation in hacking...tp still xdpt nk install...haih...

Friday, August 06, 2010

Hikaru no Go & The Last Airbender

Salam...
kali ni....2 lagi kartun or anime yg aku khatam...
hahaha...
utk citer yg pertama

Hikaru no go....cerita pasal game board mcm dam jugak namanya Go .Watak utama Shindou Hikaru yg mula berkecimpung dalam dunia Go ni sejak 'disatukan' dgn satu roh yg ada dlm salah satu papan Go atuknya .Nama Roh tersebut Fujiwara-no-Sai,atau Sai...dia merupakan salah satu pemain pro Go dalam istana time dulu2,kira cam tutor kepada Maharaja r,tp bunuh diri disebabkan perbuatan dengki org lain dgn kemahiran dia dan dikalahkan di depan Maharaja sendiri dgn main tipu...tp keinginan dia nak main go masih kuat,dan rohnya mcm kira tak tenteram la selagi tak kuasai Divine Move....so dia kira menumpang la pada jasad Hikaru...sejak drpd tu ramai tertarik ngn kebolehan Hikaru yg masih baru tp pergerakan dia dah lebih drpd pro...yg paling ketat musuhnya adalah Touya Akira,seorg pemain muda yg mempunyai kebolehan dalam Go yg sgt hebat...ayah dia pun kira pemegang Title terhebat dlm Go,so no wonder la....dlm citer ni aku tgk...ada konflik diri berlaku dlm diri Shindou,sbb selalunya dia kasi Sai main,so dia mula sedar ramai org nak lawan dgn dia atas sbb Sai...so dia rasa tiba masa tuk dia tunjukkan kebolehan sendiri..sejak drpd tu dia selalu berlatih ngn Sai dan masuk pelbagai rintangan tuk bergelar Pemain PRO...(dah mcm sipnopsis cerpen BM lak)...

ni cara main dia :
  1. The board is empty at the outset of the game.
  2. Black makes the first move, after which he and White alternate.
  3. A move consists of placing one stone of one's own color on an empty intersection on the board.
  4. A player may pass his turn at any time.
  5. A stone or solidly connected group of stones of one color is captured and removed from the board when all the intersections directly adjacent to it are occupied by the enemy. (Capture of the enemy takes precedence over self-capture.)
  6. No stone may be played so as to recreate a former board position.
  7. Two consecutive passes end the game.
  8. A player's territory consists of all the points he has either occupied or surrounded.
  9. The player with more territory wins.


bila aku tgk,pandai Jepun wat cerita ni utk memperkenalkan budaya mereka disana....kalu kat sana, Go ni merupakan kerjaya...ada peringkat2 dia(1 - 9 Dan)...dan kat sana siap ada institut Go lagi tuk melatih budak2 tuk jadi Pro...kalu kat sini...aku rasa sekadar main dam kat kedai kopi je takpun time tunggu result UPSR or PMR kuar,main dalam kelas...tak jd something yg besar mcm kat sana....so no wonder la Jepun terkenal dgn mcm2...dalam kartun dia dah tunjuk budaya2 mereka...cara duduk,cakap & mcm2 lagi lar...aku smbil tgk tu meneliti jgk cara dia olah cerita tu...bkn senang nak jadi pelukis komik & animation ni...apepun 75 episode habis!! haha


Shindou(tengah),Akira(kiri gmbr) n Sai(kanan) -> Hikaru No Go

ni la rupa Go board games....kalu zaman sekolah dulu2,bdk selalu main 'titik'... apply berdasarkan game ni..atas satu kertas kotak2(koyak buku latihan math) pastu seorg buat dot kat intersect tu seorg lagi pangkah...sape dapat kepong paling besar dia menang...


Antara group2 Insei(satu tahap dimana budak2 ni dah terer diletakkan di Institut GO n dalam proses nak amek ujian Pro yg hanya sekali setahun dan hanya 3 je yg terpilih setiap tahun)

Antara watak2 utama dalam Anime ni...


Yaaa kita masuk yg ke-2 lak....Avatar : The Last Airbender

haaa...citer kartun ni kalu korg tak tau pelik la...agak popular la kat Nickelodeon....citer ni mmg best !! aku dah tgk 2 kali citer ni....saje2 je revise balik...Book 1 -Water,Book 2-Earth & Book 3 - Fire....
marvelus la....aku suka tgk style dia bending....tertarik dgn lukisan2 dia yg smart time buat fighting style diorg....anime ni dibuat oleh american...nmpk diorg mengkaji bab2 martial art chinese ni...pandai diorg buat...

citer ni just menceritakan pasal Aang merupakan puak terakhir dlm kaum diorg(puak Angin)...Aang ni merupakan Avatar(seorg insan yg boleh menguasai semua elemen bending...Avatar ni akan sentiasa dilahirkan semula selepas satu mati...dan dia bertukar2 tpt lahirnya ikut putaran element,Angin-Air-Tanah-Api)...So tentara drpd Puak Api ada rancangan tuk kuasai dunia dan Avatar last pada negara diorg,setelah Avatar Roku(Api) mati,diorg terus ke tempat Angin tuk hapuskan semua kaun tuk halang drpd Avatar seterusnya lahir....sbbnya Avatar sahaja yg boleh kalahkan FireLord ni...sbb kuasa dia sgt kuat...sbb tu la Aang merupakan org terakhir dlm kaumnya..kebetulan dia sempat lari pada hari penyerangan Puak Api ke atas Angin....malangnya Aang ni terlalu muda tuk mendapat terima pangkat tu..normally kalu pervious Avatar,mereka hanya tau diorg ni Avatar pd umur 16 tahun..tp dia just 12 tahun....so susah tuk dia bersedia ....secara kasarnya dia mengembara keseluruh dunia tuk mencari Guru tuk mengajar dia Water,Earth & Fire bending....dengan tujuan mengalahkan Firelord dan mengembalikan keamanan setelah 100 tahun dunia terseksa dgn peperangan....huhu...cam tu la...



Avatar : The Last Airbender anime mmg best!!!


Sokka -> pandai dalam bab2 strategi peperangan...tapi dia takde kebolehan bending...sgt kelakar orgnya...aku duk gelak je tgk gelagat2 dia...pandai creator wat lawak...

Katara -> Master Waterbending tuk Aang...dia dan Sokka merupakan org yg jumpa Aang ni...dan mengembara dgn Aang drpd mula...dia merupakan yg paling memahami sikap Aang...mcm seorg ibu la kiranya...Katara smpi satu tahap dah kuasai Blood bending...sbb darah pun asal drpd air...so dia smpi leh kontrol org..!! cool beb
Teknik2 waterbending ni asalnya di ambil oleh Tai Chi

Toph -> Mater Earthbending Aang....sgt hebat....walaupun dia bdk pompuan buta,tp dia boleh melihat melalu getaran kat kaki...mcm kelawar la konsep dia...style fighting tuk Earth element mmg kasar & kuat..ada kekuda lagi....sampai satu tahap dia bleh wat Metal bending...sbb logam ni pun berasal drpd Tanah jgk...bkn calang2 bender yg dpt kuasai sampai tahap tu..
Teknik2 Earthbending lak di ambil oleh salah satu martial art cina Hung Ga

Zuko -> Master Firebending Aang....Dia ni asalnya musuh ketat Aang tp setelah bergolak dgn pelbagai konflik diri,dia sedar tugas sbnrnya tuk join Aang tuk musnahkan ayahnya sendiri(Firelord)...utk Firebending fighting style lak asalnya di ambil oleh Nothern Shaolin

Aang bila dah dpt kuasai kesemua element...btw,Airbending fighting style lak asalnya drpd Ba Gua
smart...!!

Tuesday, August 03, 2010

Perbandingan MV

Salam...
huhu...sesaje nk post menda xpaedah...
sejak akhir2 ni aku sedar something in common between ipt...
ape dia ek??
haha..
mereka2 ni suka buat MV(Music Video-student version) sendiri...
bila tgk kelakar pun ada...so kat sini aku tunjukkan
2 IPT yg aku jumpa buat perkara yg sama...
so kita leh wat perbandingan mane yg mantop...huhuhu



Video ni drpd MMU melaka...huhu...




Video ni lak drpd member aku di UTP...*credit to Izzul n AlepLop(bdk Mzms) krna upload vid ni..


so setelah tgk ke2-2nyer...apekah pendapat anda...manekah yg lebih sengal?? haha...
bagi aku UTP yg menang!! haha..mmg best r aku tgk...walaupun 2 org je...ada formation!! MArvelussss


p/s :jgn mare ye Aleplop...hahaha..just for suka-suki...btw,pause r dulu lagu blog ni tuk dgr n layan video ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...