Friday, July 27, 2012

Sujud Sahwi

Salam...

terpanggil untuk berkongsi sedikit ape yg dapat...
semlm sebelum tido ada la buka buku Asas-asas Fardu Ain hasil tulisan
Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid...
so,sesaje nk belek2 terbaca pada topik Sujud Sahwi...

biasalah kita ni manusia biasa,dalam solat jarang kita dpt solat yg khusyuk,
banyak gangguan drpd syaitan,walaupun dalam puasa syaitan dibanteras,still ada
penolong kanan dia(nafsu),so tidak dapat tidak kekdg tu kita dlm solat berlakulah lupa nak buat rukun solat yg wajib mahupun yang sunat.

Aku pun salah seorg yg juga selalu 'hilang arah' dlm solat,so,mula2 tu kita ni dh anggap tahu la pasal sujud sahwi,tp bila baca2,owh...ada lagi ilmu kita tak tau...tu la,bodo sombong lg~ hahaha...
takpe,atleast dapat ilham nk belajar.Jadinya,nak share la ape yg di baca dalam buku ni,aku percaya ramai yg beli buku terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd ni,buku yg bagus.Pada yang dah ada,baca pada mukasurat 110.Apa yg nak dikongsikan ni sama je dalam buku tu...huhu...

Makna Sahwi
Bahasa : lupa sesuatu
Syarak : Sujud yang dilakukan sebanyak 2x setelah selesai tahiyat akhir sebelum salam. Hukumnya sunat.

Masalah yg berhubung dengan Sujud Sahwi

  • Tertinggal Perkara Fardu/Rukun
Sekiranya tertinggal salah satu drpd fardu atau rukun, solat tidak boleh ditutup dengan sujud sahwi semata-mata. Ia hendaklah terlebih dahulu melakukan rukun yg tertinggal itu sekiranya jarak tidak jauh dan ia teringat pada waktu sebelum memberi salam.

cth: Terus sujud dan meninggalkan rukuk(terlupa). Maka hendaklah ia bangun semula utk melakukan rukuk dan barulah dilakukan sujud sahwi selepas tahiyat akhir sebelum salam.

Ataupun ia teringat selepas salam, umpamanya, ia terlupa membaca al-Fatihah pada mana-mana rakaat,walaupun ia telah bercakap sedikit,maka bolehlah ia menyambung semula solatnya dgn menambah kekurangannya tadi dan disunatkan ia sujud sahwi.

Apabila seseorg itu terlupa melakukan salah satu antara sunat ab'adh, ia tidak boleh kembali melakukannya setelah masuk ke rukun seterusnya dengan sempurna.

cth: Terlupa membaca doa qunut kemudian ia sujud. Dalam sujud itu baru teringat, maka tidak boleh ia bangun semula untuk membaca doa qunut itu. Tetapi kalu belum sempurna sujudnya, maka bolehlah ia bangun semula utk berqunut. 

Sekiranya ia sudah turun drpd iktidal(berdiri stlh rukuk) dan belum sampai had rukuk, maka ia bangun membaca qunut, ia tidak sunat sujud sahwi.Tetapi kalau sudah melampaui had rukuk, belum sampai sempurna sujud dia boleh kembali membaca doa qunut, tetapi sunat mengerjakan sujud sahwi.

Begitu juga jika tertinggal bacaan tahiyat awal. Sekiranya ia teringat sebelum naik ke batas rukuk, maka bolehlah ia membaca tahiyat dan tidak sunat sujud sahwi.

Sekiranya ia teringat setelah naik ke batas ke batas rukuk, tetapi belum sempurna berdiri,maka sunat ia sujud sahwi. Sekiranya telah berdiri, maka tidak boleh turun semula. Bahkan kalau dilakukan juga, batal solatnya.

  • Terlupa Sujud Sahwi
Sekiranya seseorg itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam, maka bolehlah ia sujud sahwi dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yg tidak terlalu lama. Walau bagaimanapun, kalau tertinggal sujud sahwi itu, tidaklah menjejaskan solat kerana ia sunat sahaja.

  • Imam terlupa Sujud Sahwi
Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.


Bacaan dalam sujud
Sebagian ulama menganjurkan do’a ini ketika sujud sahwi,

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُو
Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa)

tetapi bukan mesti baca bacaan ini, boleh juga membaca bacaan sebagaimana doa dalam sujud biasa.

boleh rujuk video ini utk gambaran bacaan sujud sahwi yg simple & jelas.



*Sunat Ab'adh itu adalah seperti berikut:
  1. Membaca tahiyat awal.
  2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat awal
  4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
  5. Selawat di dalam qunut
  6. Berdiri semasa qunut
  7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
Untuk rujukan bacaan berkenaan sujud sahwi yang bagi aku complete & jelas. Siap dengan hadis-hadis sahih diselitkan.
Sujud Sahwi bhg 1
Sujud Sahwi bhg 2



Haaa...
setakat tu la yang mampu aku kongsi. Mungkin ada tak sama sana sini,itu semua perselisihan atau perbezaan pandangan ulama' berkenaan sujud sahwi,bak kata Ust Azhar Idrus, kita kena bersikap liberal(terbuka) dalam pandangan2 ulama. Bagi yang masih lagi tak faham atau susah nak dapat gambaran,boleh la berguru dengan sapa2 yg alim atau berpengetahuan. Aku ni just share ape yg dapat, nak terang lebih2 pun tak berapa mampu rasanya.huhu...

BTW, saje nak share dengan korang satu ebook ni...bagi aku bagus.Membantu kita dalam usaha untuk khusyuk dalam solat.Aku sendiri dah praktik sikit2,daripada dulu tak faham apa yg kita kerjakan,sekarang makin faham sikit demi sikit...dan still keep improving.

2 celoteh:

Anonymous said...

ada ulama mengatakan bacaan sujud sahwi yg saudara postkan di atas tidak ada asal usulnya...
bacaan sebenar sujud sahwi adalah bacaan semasa sujud biasa....tq.

Kakakumo Uddin said...

Benar,ada khilaf berkenaan bacaan ketika sujud sahwi.
Ada yang tidak membaca apa,ada sekadar membaca doa di atas,
ada yang membaca sama seperti sujud biasa.
Terpulang kepada kita untuk ambil yang mana satu.

Terima kasih kerana berkongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...