Pages

Monday, September 22, 2014

Cara Khusyuk dalam Solat

Assalamualaikum,

Ehem2....
lamanya la tak update blog,
ntah ada followers lagi ke tak,
Dah setahun kot tak update blog,
betapa penuh blog ni dengan sarang labah-labah.
Tiba masa untuk aku buat housekeeping kat blog ni,kasi cerah lagi berseri semula.

Sekadar nak share something yang pada aku sangat berbaloi untuk kita semua.
Something yang pada kita hamba yang selalu alpa ni,susah nak kecapi..
iaitulah KHUSYUK dalam solat.

Tak boleh dinafikan setiap daripada kita tambah-tambah umat akhir zaman ni
susah sangat nak dapat khusyuk dalam solat,fizikalnya di atas tikar sembahyang tapi mindanya ke tempat lain,
So,aku mencari satu cara macam mana kita ni nak khusyuk dalam solat,
sebab apa?

Di sana nanti, Solat antara soalan awal akan ditanya,bermakna solat bukan benda yang boleh dibuat main.
Takkan kita nak tunjukkan pada Sang Pencipta kualiti solat kita yang teruk kan?

So,dari masa ke semasa aku tengah berusaha untuk perbaiki solat aku,tolong doakan aku istiqamah dalam jalan ni.Banyak cara yang kita ada bagi memantapkan solat kita untuk mencapai tahap khuysuk tu dan CARA itu perlu kita cari dan belajar. Seterusnya biarlah ALLAH yang mengurniakan rasa khusyuk tu sebab kita kena ingat setiap apa yang berlaku ini adalah izin daripadaNya.Jikalau Dia izinkan,dapatlah kita kecapi nikmat tersebut.

Salah satu cara yang aku jumpa melalui satu ebook ni,dan aku dapati memang bagus isi-isi yang pengarang buku ini, Ustaz Hasnan Kasan, karangkan. Aku pun dah pergi ke Seminar Penghayatan Solat yang disampaikan oleh beliau sendiri. Memang best dan banyak yang aku belajar.

So just want to share with other about the ebook dan video pun turut disertakan. Apakah cara Ustaz Hasnan cuba ketengahkan? Sila-sila la baca ebook tu nanti dan tonton video dia untuk praktikal sebab beliau cuba ketengahkan cara Solat yang sempurna dan ikut cara Nabi kita,Nabi Muhammad SAW.

Klik Link di bawah.Moga bermanfaat untuk kalian :)

0 celoteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...