Pages

Sunday, June 02, 2013

Walimah ber'pakej'kan Reunion

Salam...

Alhamdulilah dipanjatkan kepada Allah kerana membenarkan hambaMU ini bernafas..
sesungguhnya NikmatMu yg dipinjamkan kepada ku ini tiada dapat utk ku balas walau sebesar zarah pun..

Entry ringkas kali ni khas utk kawan sekolah aku sejak dari Ting. 1 lagi..
Syafiq Johari & Pasangan hidupnya Baisyatul...
Majlis Kawen kali ni agak special sikit daripada yang lain sebab 2-2 drpd
MRSM MZMS...so dengan kata lain,boleh reunion sekali la...
Agak excited utk berjumpa dengan kawan2 lama yg rasanya dh 6 tahun tak berjumpa..
of kos la nk tgk mcm mana masing2 dh "membesar" kan...haha

secara overall masing2 dah makin hensem & cantik...
masih ada yg belajar,ada yg dh kerja....ada yg menunggu untuk kerja...
Aku doakan semoga semua berjaya dalam kerjaya masing2...

Tahniah buat Syafiq,xsangka dah kahwin dah ko...dia antara jenis yg sempoi je dlm byk hal...
one of my personal competitor...aku jadikan dia sebagai penanda aras aku dlm bersaing
dalam pelajaran,tapi sepjg dari Ting.1 aku mmg sentiasa kalah la dgn dia...
dari segi hafalan waktu kat Sek Agama Al-Khairiah,kalu ada dpt hafal 3 hadis,dia dapat hafal 5...haha
nostalgic pulak bila igt benda2 tu dulu...Masuk Ting.4 ke MRSM,dia jadi org yg lebih hebat...huhu...jadi ketua pelajar waktu batch kami...pastu berpisah la ke dunia masing2...aku ke MMU, dia ke UTP..
dengar kata hebat gak duk sana...kalu Dragon Ball ni, Dia Goku, aku Bezita...hahaha
Semoga jadi Suami yg dapat mendidik isteri ke jalanNya..Barakallah..

Kami bersama Pengantin Baru
Kami Student MRSM MZMS bagi pihak lelaki
Wakil drpd pihak perempuan.
Bergabung !! Meletop !!
Kalu dulu,nk huha huha xmalu,skrg nk sebut "Heeeiii" pun malu2..

Hari ni(Ahad),menghantar adik ke UTM KL,dah jadi budak Key ELL dah adik aku sorg ni...
riso aku dibuatnya camne la dia kat situ nnt...(padahal aku dekat je ngn dia kat sana nnt,boleh je ulang alik ke sana tgk dia)...moga2 boleh la sesuaikan diri dengan persekitaran baru tu..
skrg bukan sekolah dh...skrg dh masuk Uni,persekitaran paling tak pun dh berlainan...

Selepas hantar adik ke Kolej Kediaman dia,berkesempatan berjumpa seorg individu yang sgt berjaya dalam dunia bisness...sambil2 bersembang hal2 keluarga,Beliau menceritakan ape yg beliau dah hadapi sampai la beliau berdiri skrg ni...sgt2 exclusive sharing moment yg dia kongsi bersama kami sekeluarga...nk cerita kat sini xleh la...kata exclusive kan...haha...
ape yg boleh aku katakan,setiap orang diuji oleh Allah mengikut taraf hambaNya ketika itu,dan kita sebagai hambaNya patut menganggap ujian itu satu nikmat dan take it positive sebab natijah drpd ujian itu kita akan jd seorg insan yg matang dan hebat. Insya Allah. 

p/s:

Jgn terkejut dgn novel ni...aku xbaca novel2 gini,just hadiah utk org yg aku syg...riak wajahnya ternyata melegakan aku ketika aku nk beli novel ni..."baca ke x...baca ke x nnt ni",nmpk gaya lepas dpt terus baca! hahaha..nmpk ke'eksited'tan tu...baca cepat2 la umi,ayoh start jelez dh tu umi asyik tumpu ke novel tu je...
 moga dia pun gembira..^_^





7 celoteh:

Anonymous said...

kawan dah,tuan empunya blog bila lagi, calon dlm gmbr ramai,pilih mana yang berkenan.

Deen said...

Ni yg aku malas ni main anon2 ni...
macam main kawin2 lak main pilih je ikut suka hati

Hainur Eisha said...

congrats utk kwn yg mendirikan rumah tangga tu..
btul2.. slalu nye.. time majlis2 mcm ni la.. kita akan jumpa balik mmbe2 sekolah..
kadang2 tak sangka.. cpat sgt masa berlalu kn..
btw.. bez of luck =)

Deen said...

Yup,
nk buat reunion officially sgt susah memandangkan masing2 ada komitmen sendiri...
tp antara wkt terbaik,waktu walimah la..huhu..

rasa mcm budak2 lg pun ada..haha..
thx,same goes to u

aishah said...

ko beli semua novel yg cite tgh siar kat tv skrg. kompem mak ko hepi. makin jeles la ayh ko..hahaha

Deen said...

kang tak pasal2 ayah aku buat pengumuman:

DILARANG MEMBAWA NOVEL DIDALAM RUMAH INI.

hahaha..masak nnt..

aishah said...

Xpe..asal mak ko hepi..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...