Pages

Wednesday, October 23, 2013

Kenal-kenal dahulu sahabat anda.

Siapa mampu meneka karakter seseorang individu dengan tepat. Lain orang sudah tentu berlainan personaliti dan perwatakan diri. Justeru, sejauh mana kita kenal seseorang itu termasuk keluarga sendiri, ada juga terselit sekelumit jiwanya yang tidak mampu kita fahami dengan sempurna.
Kalau dilihat daripada prospek kawan dan sahabat, aspek keserasian dan persefahaman adalah kunci utama yang mengakrabkan lagi antara dua pihak. Kerana persamaan karakter dan minat, dua individu itu menjadi baik.
Tapi serapat mana sekalipun dua kawan itu, sudah tentu ada juga perbezaan baik dari sudut pendapat mahupun personaliti yang mungkin mengundang rasa kurang selesa kepada pihak satu lagi.

Namun sebagai sahabat, sudah tentu kita berpegang pada prinsip menerima seadanya baik dan buruk seseorang itu.

Bagaimanapun jika kerap berlaku perselisihan faham dan pendapat, itu bermakna keserasian sudah mula pudar dan ia petanda negatif untuk sesebuah hubungan persahabatan.

Apa kata kita faham dengan sebaiknya sikap dan karakter sahabat kita agar perselisihan faham atau perbezaan pendapat itu dapat dikurangkan. Pertama sekali kita harus kenal siapa diri kawan kita.

Hippocrates, seorang pakar ilmu dari Yunani membahagikan peribadi manusia kepada empat jenis iaitu Sanguine, Phlegmatic, Choleric, dan Melancholic. Setiap keperibadian ini mempunyai unsur-unsur perwatakan yang berbeza baik dari segi positif mahupun negatif.

Gen Y melihat empat karakter asas manusia ini mampu memberi idea terbaik dalam kita mengenali siapa sebenarnya kawan baik kita itu.


1. Sanguine

Ini adalah jenis manusia pertama yang dijelaskan menerusi teori bijak pandai Yunani ini. Individu jenis ini mempunyai ciri-ciri dan perwatakan diri seperti senang diajak berbual, ekspresif, bersemangat, emosional, mudah berkawan, periang, suka jadi pusat perhatian, yakin diri dan suka membantu.

Individu jenis Sanguine adalah serasi dengan Choleric dan kebiasaannya berbeza pendapat dengan Melancholic.

Kalau melihat pada karakter diri individu jenis ini, sudah tentu orangnya begitu bagus dan komited terhadap kerjanya selain punya perancangan besar dalam merencanakan masa depannya.

Namun ada kalanya individu jenis ini lebih mudah terkesan jika diberi tekanan. Justeru, jika sahabat anda tergolong dalam perwatakan ini, apa yang patut anda lakukan adalah dengan memberi sokongan berterusan agar dia lebih bersemangat mengerjakan tugas yang di berikan sehingga siap.

Individu ini mudah tertekan jika terlalu lama melakukan sesuatu. Jadi sekiranya kamu nampak dia seakan tertekan sewaktu sedang membuat tugasan atau sesuatu kerja, apa kata ajak dia berehat sebentar untuk mengembalikan semangat itu.

Bila individu ini meminta pendapat atau pandangan, berikan yang terbaik padanya dan biarkan dia membuat keputusan sendiri kerana kebiasaannya individu jenis ini dia sudah punya jawapan dan penyelesaian namun menguji untuk melihat dirinya dihargai atau pun tidak.

Sanguine suka dipuji, jadi cuba sesekali kamu memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dia miliki.


2. Melancholic

Jenis individu kedua ini pula lebih menarik dengan memiliki ciri-ciri seperti tekun, serius, teratur, menyukai kesempurnaan, mudah terharu, tidak suka menjadi pusat perhatian, pemalu dan pasif.

Individu jenis ini sangat sepadan dengan Phlegmatic dan selalunya berbeza pendapat dengan Sanguine.

Harus diingat, individu ini sebenarnya sangat sensitif dan mudah tersinggung dengan sebarang reaksi yang kurang berpihak kepadanya. Jadi hati-hati sewaktu berkata-kata dan bergurau dengan individu ini.

Individu ini sering memandang sifat negatifnya berbanding positif. Jadi apa salahnya jika kamu sentiasa ingatkan mengenai kelebihan dirinya agar semangatnya tidak terus tenggelam. Malah sebagai sahabat, tindakan kamu dengan membantunya meyakinkan diri adalah sangat baik.

Kalau dia cuba meluahkan apa terbuku di hatinya, cuba kamu dengar dengan penuh fokus dan fahami perasaannya. Apa yang diluahkan adalah sesuatu yang penting memandangkan individu jenis ini begitu pendiam dan sukar mempercayai orang dengan mudah.

Jangan sesekali bermain dengan ‘moodnya’ kerana dia pasti akan ‘moody’ seharian.


3. Choleric

Individu jenis ketiga ini pula mempunyai karakter hebat khususnya jika dia adalah lelaki. Individu ini adalah mempunyai ciri-ciri pemimpin, aktif, bercita-cita tinggi, tegas, berdikari, berani, emosional dan berkeyakinan tinggi.

Individu ini jenis yang sangat sepadan dengan Sanguine dan selalu berbeza pendapat dengan Phlegmatic.

Jika individu jenis ini adalah gadis, sifatnya seperti ibu-ibu yang ada kalanya kuat membebel. Sekiranya dia menegur kamu, pekakkan telinga saja, niatnya sebenarnya baik kerana dia mahukan yang terbaik untuk kamu.

Bila sedang berdebat dengan individu ini pastikan kamu bijak mengawal emosi kerana pandangan dan pendapatnya sangat tajam selari dengan pendiriannya yang ingin ideanya itu diterima semua pihak.

Bila dia meminta pandangan kamu, terus terang saja. Jangan cuba putar-putarkan kata-kata atau berlapis-lapis kerana individu jenis ini mahukan pandangan yang tepat dan telus bukannya penuh teka-teki.


4. Phlegmatic

Mungkin jenis yang paling mudah dibawa berkawan, individu yang tergolong pada perwatakan ini adalah mereka yang ‘cool’ dan tenang. Mereka begitu rendah diri dan tidak banyak bercakap.

Paling menariknya, individu ini juga jenis yang penyabar dan sukar dijangka. Tapi yang mungkin kurang ‘best’, individu ini jenis yang senang mengatakan ‘YA’ walaupun terpaksa memaksa diri.

Phlegmatic sangat sepadan dengan Melancholic dan selalunya berbeza pendapat dengan Choleric.

Kalau anda ingin memahami sahabat anda yang tergolong dalam jenis perwatakan ini, jangan terlalu tegas bila menasihatinya kerana mungkin sikapnya yang penyabar dan ‘cool’, dia hanya menelan saja walaupun nasihat itu menyinggung perasaannya.

Sentiasa bantu dirinya untuk membuat keputusan dan mencapai cita-cita. Sekiranya kamu memerlukan pendapat dan pandangan, individu Phegmatic sedia membantu kamu kerana mereka jenis yang ingin melihat orang lain tidak berada dalam kemelut atau masalah.

Sentiasa mengajak sahabat kamu yang kebetulan tergolong dalam jenis Phlegmatic untuk dirinya melakukan aktiviti di dalam dan luar sekolah atau kerja. Jangan biarkan individu ini keseorangan.


MyMetro, Oleh Murshid Eunos ,Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/23


Apakah Kod CINTA Anda?

Ketahui Sikap Sebenar Pasangan Anda!

Monday, August 26, 2013

Ajaibnya Doa

Salam,

sedikit penkongsian yg sangat2 bermanfaat,terjadi juga pada diriku.

Berdoalah kepada Allah,Nescaya Allah akan perkenankan.

Thursday, August 01, 2013

1st Anniversary of working

Salam...

haaa...kali ni baru dapat gigihkan diri menaip tuk update blog..
sekala sekadar bukak blogger,taip2...pastu delete balik...haha

so rasanya dah terlambat utk ucapankan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak !!!!
hahaha...
ucapan yang sesuai sekarang adalah Selamat Memburu Al-Qadr...
kalau boleh jangan la target malam ganjil je ek, try la sapu semua 10 malam terakhir tu..
kalu tak mampu,baru la buat backup plan tu..cuma takut tembak tak kena je la...
baik ko tembak semua sekali...(xfaham abaikan)..

Hari ni 1/8/2013,genap 1 tahun aku bergelar staff TM...
Alhamdulilah,syukur tak terhingga kerana masih lagi disini dan dalam kalangan yang beruntung...
kenapa beruntung?? cuba anda tanya2 kepada kawan2 serumah yg mempunyai perkerjaan yg lain drpd anda..anda akan rasa anda bertuah dengan keadaan sekarang...

Dalam 1 tahun,utk skop kerja aku,aku rasa tak banyak lagi yg aku dpt belajar...
bidang teknikal luas dan setiap bulan ada je benda baru yg perlu kita ambil tahu,
benda yg sedia ada pun belum master lagi,ni kan pula nk belajar benda baru...
tak ke tunggang terbalik jadinya....tp hadap je la...buat bodo pun ada kekadang tu..
tp bila dah keje ni,xleh dh buat mcm belajar dulu, belajar satu2 topik tu, xfhm terus ckp "ni xkuar final ni,SKIP !!!"...skrg even ko xfhm,ko kena fahamkan jgk...

Part yg paling susahnya adalah belajar daripada pengalaman,dpt sakit dulu baru belajar...haha...
kalu org lain mungkin diajar step by step...xpe,masing2 ada style masing2....kita yg nk belajar ni,buat cara belajar...nak kata macam2 dah kena,xde la..tp merasa la jgk sume tu...tp xpe,tu part of dunia kerja...kita kena terima,jangan cepat melatah...tu je...

Paling best adalah melihat rakan2 dah start melangkah dunia kerja sepertimana aku sekarang...
yang masih mencari,takpe,rezki tu akan ada....mungkin lambat ckit dtg menjenguk anda...
aku mampu senyum bila dengar rungutan2 rakan atau lebih kpd pengalaman yg tak berapa nk best dirasai...
seronok mendengar cerita masing2...biarpun menda tu xbest...atleast dh ada geng utk bercerita pengalaman...aku dulu terpaksa kena hadap sorg2...nk bercerita ngn member,member tgh sibuk ngn final year kan....karier konflik org panggil...

Tu je kot...hahaha...makin buntu aku nk conteng ape kat blog ni..padahal byk je aktiviti yg boleh dikongsi...
TILL THEN,SEE YAA


p/s: Bulan Ramadhan kali ni sgt3 memberi 1001 makna buat aku...Benarlah Ramadhan itu bulan mulia...bak kata ustaz dlm 1 ceramah dlm Youtube,kalu kamu imbas balik,ape yg kamu pohon pada bulan ramadhan tahun lepas,mesti dah tertunai sebelum dtg ramadhan kali ni...Insya Allah...(benda ni depand pada keadaan anda waktu berdoa tu jgk).



Monday, July 08, 2013

Tik tok tik tok..dup dap dup dap..

Salam,

tergerak hati untuk update blog..
sedar tak sedar dah seminggu rupanya...
macam tu je masa berlalu,
ape yg aku mampu buat,sedekahkan Al-Fatihah buat beliau...
Aku bersyukur sebab beliau pergi dalam keadaan yg baik...
Aturan Allah adalah terbaik,
bila di review peristiwa yg ditimpa satu-satu...
Allah nk pengakhiran beliau dalam keadaan yg baik serupa itu..

Sebab tu dalam setiap ape yg menimpa kita,
jangan kita melatah dengan begitu cepat,ambil masa utk kita muhasabah dahulu,
kenapa Allah berikan kepada kita serupa itu cabarannya...
Insya Allah,hadapi dengan sabar,diakhirnya Allah akan tunjukkan kenapa Dia aturkan seperti itu.

Kata seorg Ustaz ni,salah satu anugerah yg Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya yg terpilih
adalah terbuka mata hatinya.Aku pun berharap,aku pun salah seorang hamba-hamba yg terpilih itu supaya aku tidak mempertikaikan apa yang Allah tentukan.Nauzubillah min Zalik.

Hurm...cucu mu ini akan mendoakan kesejahteraan Mu di sana...^_^..

Khadijah Bt.Yusuf.Al-Fatihah.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,aku x sabar utk ketemu kamu semula.
Target ku untuk lebih baik daripada yang lepas,sebab aku tak tau bilakah masa ku nnt,
mungkin tidak berpeluang utk seterusnya atau mungkin tak sempat pun utk bertemu dengan 10 malam terakhir.Aku rindukan 10 malam terakhir itu.Yup,aku rindukan yg itu.Rindu sgt2...

p/s: masih rasa tak sedap hati.Wahai hati,bertenang la dikau.


Wednesday, June 12, 2013

Majlis Tunang...

Salam...


saje2 nak update sementara testing tgh berjalan di lab...

*xcuri tulang ek,masa skrg dh pun 5.30 ptg*

tajuk dah mcm gempak...hakikatnya bukanlah aku yg "main character"
dalam majlis tersebut...hahaha...
hanyalah sepupu aku yg bertunang...
rasanya dalam family besar kami,dia la yg pertama ada majlis bertunang yg follow
trend skrg ni...Aku panggil dia kak long sebab mmg nama gelaran family dia...
daripada KL turun ke Melaka, tgk betapa gigihnya aku turun semata nk gi majlis
tunang ko ni k.long...baca ni mesti ko terharu nyer...hahaha...ngadap jem teruk
dari Nilai smpi la ke atas ckit drpd Seremban...igtkan sume pakat nk gi majlis tunang ko..
rupanya tak....haha...

Sampai sana berjumpa ngn family aku dtg drpd Temerloh...berlaku peristiwa yg
aku xpenah bygkan pun akan jadi,waktu nak masuk jenguk mak aku kat dlm rumah...
haha...aku layankan je la...berjumpa gak ngn sepupu sepapat cenenik aku...
layan je la mereka2 ni...tetbe manja semacam...dulu aku puas ngorat xnk la dkt..duk tersipu-sipu
malu...phuuii...skrg baru la dtg dkt duk manja2...heh...yg laki jgn ckp la...kita dh lama geng..haha

Ape pun selamat bertunang kpd K.Long...moga ke jinjang pelamin akhirnya...
kalu dah majlis2 macam ni boleh expect la soklan2 cepu emas kan....
prepare la kena fire bagai....redha je la...

Selamat Bertunang....mana lagi 2 org ni...duk main game ipad diorg la tu...ni "virus" yg aku xbrp suka menular dlm kalangan bdk kecik skrg...ngadap tu lebih...


Sunday, June 02, 2013

Walimah ber'pakej'kan Reunion

Salam...

Alhamdulilah dipanjatkan kepada Allah kerana membenarkan hambaMU ini bernafas..
sesungguhnya NikmatMu yg dipinjamkan kepada ku ini tiada dapat utk ku balas walau sebesar zarah pun..

Entry ringkas kali ni khas utk kawan sekolah aku sejak dari Ting. 1 lagi..
Syafiq Johari & Pasangan hidupnya Baisyatul...
Majlis Kawen kali ni agak special sikit daripada yang lain sebab 2-2 drpd
MRSM MZMS...so dengan kata lain,boleh reunion sekali la...
Agak excited utk berjumpa dengan kawan2 lama yg rasanya dh 6 tahun tak berjumpa..
of kos la nk tgk mcm mana masing2 dh "membesar" kan...haha

secara overall masing2 dah makin hensem & cantik...
masih ada yg belajar,ada yg dh kerja....ada yg menunggu untuk kerja...
Aku doakan semoga semua berjaya dalam kerjaya masing2...

Tahniah buat Syafiq,xsangka dah kahwin dah ko...dia antara jenis yg sempoi je dlm byk hal...
one of my personal competitor...aku jadikan dia sebagai penanda aras aku dlm bersaing
dalam pelajaran,tapi sepjg dari Ting.1 aku mmg sentiasa kalah la dgn dia...
dari segi hafalan waktu kat Sek Agama Al-Khairiah,kalu ada dpt hafal 3 hadis,dia dapat hafal 5...haha
nostalgic pulak bila igt benda2 tu dulu...Masuk Ting.4 ke MRSM,dia jadi org yg lebih hebat...huhu...jadi ketua pelajar waktu batch kami...pastu berpisah la ke dunia masing2...aku ke MMU, dia ke UTP..
dengar kata hebat gak duk sana...kalu Dragon Ball ni, Dia Goku, aku Bezita...hahaha
Semoga jadi Suami yg dapat mendidik isteri ke jalanNya..Barakallah..

Kami bersama Pengantin Baru
Kami Student MRSM MZMS bagi pihak lelaki
Wakil drpd pihak perempuan.
Bergabung !! Meletop !!
Kalu dulu,nk huha huha xmalu,skrg nk sebut "Heeeiii" pun malu2..

Hari ni(Ahad),menghantar adik ke UTM KL,dah jadi budak Key ELL dah adik aku sorg ni...
riso aku dibuatnya camne la dia kat situ nnt...(padahal aku dekat je ngn dia kat sana nnt,boleh je ulang alik ke sana tgk dia)...moga2 boleh la sesuaikan diri dengan persekitaran baru tu..
skrg bukan sekolah dh...skrg dh masuk Uni,persekitaran paling tak pun dh berlainan...

Selepas hantar adik ke Kolej Kediaman dia,berkesempatan berjumpa seorg individu yang sgt berjaya dalam dunia bisness...sambil2 bersembang hal2 keluarga,Beliau menceritakan ape yg beliau dah hadapi sampai la beliau berdiri skrg ni...sgt2 exclusive sharing moment yg dia kongsi bersama kami sekeluarga...nk cerita kat sini xleh la...kata exclusive kan...haha...
ape yg boleh aku katakan,setiap orang diuji oleh Allah mengikut taraf hambaNya ketika itu,dan kita sebagai hambaNya patut menganggap ujian itu satu nikmat dan take it positive sebab natijah drpd ujian itu kita akan jd seorg insan yg matang dan hebat. Insya Allah. 

p/s:

Jgn terkejut dgn novel ni...aku xbaca novel2 gini,just hadiah utk org yg aku syg...riak wajahnya ternyata melegakan aku ketika aku nk beli novel ni..."baca ke x...baca ke x nnt ni",nmpk gaya lepas dpt terus baca! hahaha..nmpk ke'eksited'tan tu...baca cepat2 la umi,ayoh start jelez dh tu umi asyik tumpu ke novel tu je...
 moga dia pun gembira..^_^





Wednesday, May 29, 2013

Hampir penutup Mei...

Salam....

hurm...agak lama tak update blog kan...
hahaha....masa utk aku luangkan ke dunia blog dah pun makin jadi terhad dan terhad..
sekarang baru aku faham kenapa abg2 senior dulu yg aktif berblogging berhenti selepas
masing2 dah mula berkerjaya...

serius susah nak cari masa KALAU dah umah pun xde ternet...haha
kalu time ada ternet,taknk pulak hapdate...
so tu sume masalah diri sendiri...

Hurm...dah bulan 5 dh rupanya...
sedar tak sedar dh genap setahun aku meninggalkan dunia kampus...
masih lagi rindu akan lifestyle kampus...(nk bajet muda lagi)
masih lagi ulang alik ke Melaka bila ada masa free,mengenangkan nasib geng yg xhabis2
suruh lepak Melaka...

Bulan ni gak dah genap umur aku 23....haiiihh..
xleh nk bangga2 dh ngn umur 22...hahaha...
sbb bila ckp je umur 22 kat staff TM,sume muka masing2 nk terkejut beruk...
mcm xpenah jumpe je...Allah dah panjangkan umur kita setahun dan pendekkan masa kematian
yg kita sendiri xtau bila...yg pasti makin dekat drpd sebelum ni...

Bulan ni gak macam2 aku kena hadap...
boleh kata dah start stress ngn keje...
almaklum la ko dh keje dkt nk setahun tp xreti ape nk kena lekuk ke ape...(statement sndiri ni)
banyak ilmu yg aku belajar dalam perihal keje n dalam perihal kehidupan seharian...
makin lama pemikiran ko dah bertukar sikit demi sikit..
drpd tak penah nk fikir psl perkara ni,ko akan terfikir perkara tersebut atas sebab persekitaran
ko yg selalu sebut perihal tu....
drpd benci nk dengar,mula rasa cuba nk dgr & tahu sikit2...

Sedar tak sedar gak,dah 1 bulan lebih kot asyik balik dkt2 tgh malam...
hahaha...almaklum la keje kena ulang alik KL-Putrajaya/Cyberjaya...
jarak dh 30 min kalu x jem...kalu habis sini kul 9 mlm,smpi umah kul 10 atau 10.30...
xtermasuk gi lepak ngn malaun2 yg intern kat area2 situ...hahaha...
tp aku leh kata enjoy sbb hari2 belajar benda baru...
*boleh la kata mcm tu sbb ko bujang lg,cer dh ada anak bini nnt,merungut mcm geng2 lain la*

Bulan ni gak bertimbun jemputan kahwin...
xsempat wo nk gi sume...aku gi mana yg sempat je la..
tahniah kepada mempelai pengantin...
Semoga diberkati Allah sentiasa...
Org keep tanya aku bila,aku bila...soklan tipikal..
dan aku sokmo jawab jawapan yg merapu...& paling hebat kena,ayah aku sendiri..
hahaha...terus xnk tanya dah...tp kena gak sindir ckit2...buat dunno je..

ape lagi aku nk merepek....
hurm...
xde la kot..
sementara menunggu testing settle...
hapdate blog kejap...
hahaha...

Sunday, May 26, 2013

Cara Suami Melayan Isteri

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW.

1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!



Wednesday, May 22, 2013

Sedikit perihal Bertunang.

Terbaca dalam satu page di fb  : syahirul.com

Simple & mudah faham.

kongsi la sikit.Nak baca kat page dia terus pun tak pe.

Salah faham ketika bertunang

Dalam adat Melayu, apabila lelaki meminang perempuan yang sudah menjadi pilihannya, maka akan diadakan majlis pertunangan iaitu seperti kedua-dua belah pihak keluarga akan bertemu antara satu sama lain dan majlis pertukaran cincin sebagai tanda pertunangan. Ia tidak digalakkan di dalam Islam kerana ia banyak membawa kepada pembaziran, walau bagaimanapun adat tersebut masih boleh dipakai, tetapi lebih afdhal jika kita meletakkan agama di atas berbanding adat.

Di dalam Islam tidak perlu begitu, cukup sahaja lelaki menyatakan hasrat kepada perempuan yang menjadi pilihannya iaitu ‘aku ingin mengahwini kamu’, dan perempuan tersebut sedia menerima pinangan si lelaki.

Peminangan boleh berlaku sama ada persetujuan daripada pihak perempuan dengan berhubung si perempuan secara langsung atau pun berhubung dengan keluarga perempuan melalui orang tengah. Sekiranya ingin berhubung dengan si perempuan secara terus, maka ia dibolehkan dengan syarat si perempuan tersebut bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri (18 tahun ke atas mengikut uruf umum sekarang).

Tetapi sekiranya si perempuan itu dungu atau masih belum habis sekolah lagi, maka dia hendaklah mendapat persetujuan daripada ibu bapanya terlebih dahulu. Takut-takut tersilap dalam membuat pemilihan.


Minta putus jika pasangan tunang tidak elok budi pekertinya.

Perkara ini sangat penting dalam fatrah pertunangan. Berapa ramai orang yang tahu mengenai budi pekerti tunangnya yang buruk, tetapi mereka membiarkan sahaja tanpa membuat apa-apa keputusan.

Sepatutnya mereka boleh minta putus agar tidak menyesal di kemudian hari. Contohnya seperti tunang yang panas baran yang tahunya hendak memukul, tunang yang selalu tinggal solat, tunang yang tidak mahu memahami agama walaupun sudah dinasihati berkali-kali, tunang yang suka dengan maksiat, mengajak kita keluar berdua-duaan serta mengambil kesempatan, dan banyak lagi. Maka di sini kita perlu ambil perhatian yang sangat serius.


Mencari tunang yang soleh/solehah sudah menjadi kemestian kepada pasangan calon yang ingin berkahwin, Kerana perkara ini akan membawa kesan yang sangat besar selepas bergelar isteri atau suami kelak seperti hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekira kamu tidak melakukannya, nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi” (Riwayat Tirmidzi)

“Dunia adalah bahan keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah” (Riwayat Muslim)

Kebenaran hadis ini kita telah lihat keadaan dunia pada zaman kini, berapa ramai manusia yang memilih calon suami atau isteri berdasarkan nafsu dan tidak meletakkan agama serta akhlak sebagai yang utama. Maka kita sudah lihat kerosakan di sana-sini akibat dari kesilapan yang telah dilakukan. Keluarga yang di bina menjadi porak peranda.

Contohnya, tiada kebahagiaan dalam rumah tangga kerana hilang keberkatan, anak-anak yang bakal dilahirkan menjadi jahat, masing-masing suka bergaduh, keluarga yang suka kan maksiat dan pelbagai lagi masalah keluarga jika hendak disenaraikan akibat kita tidak menjaganya dari awal.

Maka di sini, Islam sangat menjaga kemaslahatan ummah iaitu dengan menjaga keharmonian rumah tangga semenjak dari pemilihan calon dari awal. Kita sudah sedia maklum bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia. Setiap manusia inginkan kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga seperti firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan di antara-antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, kasih sayang dan belas kasihan”. Arrum ayat 21.

Lagi firman Allah swt yang bermaksud:

“Mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka”. Al-Baqarah ayat 117.

Ayat di atas mengibaratkan suami isteri sebagai pakaian bagi pasangannya, kerana masing-masing saling melindungi pasangannya. Sekiranya kita memilih pasangan yang buruk akhlaknya, sudah pasti dia bukan pelindung yang baik, malah menjadikan kita sebagai mangsa kezalimannya.
 



p/s: saje je post menda gini kebetulan dah musim kawan2 kawin sekarang ni...haha...jgn pelik lak.




Monday, April 22, 2013

Allah sembunyikan 3 perkara.

Salam,

Terbuka hati untuk update sikit,sebab tengok blog dah berhabuk sangat,bkn berhabuk je..siap berkarat lagi.

Peringatan ini terngiang-ngiang dalam fikiran,nak2 tengah musim 'panas' ni.Dapat quote dari seorg ustaz ketika beliau mengajar ilmu tasawuf di surau.

Allah sembunyikan 3 perkara kepada hamba-hambaNya :

1. Keredhaan Allah didalam ibadah - jadi kita jangan memperkecilkan walau sekecil-kecil ibadah,takut2 yg kecil itu diredhai oleh Allah.
2. Kemurkaan Allah didalam maksiat - jadi jangan meremehkan walau sekecil-kecil maksiat.
3. Para Kekasih dalam makhluk-makhlukNya - jadi jangan kita menghina seseorang,takut2 dia kekasih(wali) Allah.


 Tu je la...heee...curi masa time rehat keje ckit.

p/s:  Tahniah buat2 kawan2 di MMU yang dapat award, walaupun lama meninggalkan MMU,tp hati tu masih berada disana...suka dengan program2 yg dijalankan.Tahniah sekali lagi.

Thursday, February 14, 2013

Kesalahan-Kesalahan Yang Dilakukan Dalam Solat

Salam..

sedikit pekongsian untuk semua..
artikel ini aku jumpa kat salah satu Surau di RnR semasa on the way ke Cherating.
Sangat2 bagus artikel ni sebab kita (tp lebih kepada aku sendiri) tak lepas daripada
melakukan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan.Jom kita tengok apa kesalahan-kesalahan tu.

  • Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat.
  • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz "ALLAH" di mulut, dan "AKBAR" di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah rukun QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah "ALLAHUAKBAR".
  • Terdapat kesalahan dalam Al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan rukun QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca Al-Fatihah dalam hati, atau menggunakan suara angin, maka ia boleh membatalkan solat.
  • Tidak thoma'ninah (berhenti seketika) dalam rukuk, sujud atau i'tidal. Kadar minimum untuk rukuk, sujud atau i'tidal adalah dengan kadar lafaz "subhanallah".
  • Sujud yang tidak sempurna. Anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah : 
      1. muka (termasuk muka & dahi)
      2. kedua tapak tangan 
      3. kedua lutut
      4. penghujung 2 tapak kaki(ibu jari)
  • Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh menbatalkan solat.
  • Tidak berhenti seketika yakni tiada i'tidal selepas rukuk.
  • Melakukan beberapa rukun solat serentak seperti bacaan belum habis tetapi telah bergerak ke rukun seterusnya.
Haaa tu la dia...beberapa kesalahan yang bagi aku selalu kita buat dan kekdg tu terlepas pandang terus pasal menda gini... so ini sekadar peringatan untuk aku terutamanya dan kepada yang membaca. Sama-sama kita perbaiki solat kita.Insya Allah.

Tuesday, February 12, 2013

Last Gathering ?? I guess

Salam...


hurm...lama sungguh aku tak hapdate belog ni...
dah start berkarat kot blog ni...

sedar tak sedar dah 6 bulan aku bergelar pekerja untuk syarikat telekomunikasi ni..
dipendekkan ayat Staff TM(kan senang tulis camtu..nk berpuitis la kononnya)
Alhamdulilah sudah pun permanent...Hanya Allah je yang tau macam mana rasa bila 'tergantung' ni..
kepada kawan2 yang masih kontrak...banyak2 bersabar k...ckp sabar kat org mmg senang...
tapi bila kita rasa sendiri...Allah je yang tau...bkn senang sebenarnya...

Tapi aku juga mohon kepada kawan2 aku dan pembaca blog tuk doakan aku...supaya boleh hadapi
cabaran yg mendtg dgn tenang & boleh galas tanggungjawab ni dgn cemerlang...sbb aku insan yg lemah sbb tu perlukan doa2 kalian,moga2 berkat doa kalian, dpt perkuatkan jati diri ni...Amin

Haaaa...
ni baru masuk main topik...haha
Jumaat lepas batch aku buat gathering sekejap...
makan2...
sempena semua dah habis Final Exam kan...
aku???
aku dah xde final dh waktu ni...muahahaha...
boleh kata ni majlis perpisahan sebenarnya...
nak jumpa balik tu xtau la bila kan....
ada yang akan berpraktikal and then terus habis belajar...
ada yang mmg dah habis belajar...
ada yang tinggal 1 sem je lagi...
 so senang citer dah tinggal saki baki la diorg punyer uni life...

Nasihat aku buat yang akan berpraktikal...
Kalian buat la yang terbaik...
ni masanya anda tunjukkan pada pihak syarikat yang anda boleh buat kerja...
untung2 lepas praktikal boleh sambung kat situ terus...
bukan senang nak dapat keje skrg ni...grab that...

Buat yang dah habis...
bersiap sedialah anda untuk tempuhi 'dunia' sebenar....
bagi yang hatinya mmg nak berkerja,Insya Allah aku rasa takde masalah..
just jangan malu bertanya....belajar la ilmu yang ada selagi ia adalah ilmu..
jangan terlalu memilih kerja kerana tak sesuai dgn ijazah anda...
terima je dulu...ramai yang bercita-cita utk dapatkan kerja yg diimpikan...
kalu tak,buat ape belajar sampai nk pecah kepala 3 atau 4 tahun kan...
tapi kena terima kenyataan,sekarang ni persaingan sgt hebat....jangan terlampau memilih...
sikit2 tu boleh la,cuma jangan terlampau memilih...




Tak tau la boleh gather lagi kan...tapi Insya Allah time convo nanti gather lagi...kalu diizinNya...
Lepas ni korang akan rasa la pulak dunia lonely sekejap sebab dah takde member rapat utk masa yang lama...tapi sekejap je tu...haha....TILL THEN,SEE YAA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...