Pages

Tuesday, July 24, 2012

Contengan Jalanan

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th" ayat pemangkin segala-galanya..

Salam...

haaaa....kali ni nk review or update r sikit pasal novel karya si penulis misteri ni,Hlovate ni...
percaya atau tidak ni novel ke-4 aku baca....
hahaha...aku sendiri tak percaya...dulu aku yg jenis bapak benci ngn novel n buku2 ayat2 yg panjang lebar ni,skrg dh ke-4 dh...
ape kisah pasal buku ni?? best ke?? tgk cover mcm biasa2 je...huhuhu...
ni personal opinion aku,mmg best !!! 

menceritakan perihal individu mencari ape erti hidup di dunia ini...perjalanan mencari Tuhan...
2 individu berbeza iaitu Fend & K² (K-square), bawah ni sipnopsis watak2 tu:

I - Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

II -  
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.


So, sape2 yg berminat,aku amat galakkan anda melayan buku ni,tambah2 lagi sekarang ni bulan ramadhan,sebab plot masa dlm novel ni berlaku sekitar bulan puasa. Banyak msg yang disampaikan terutamanya perihal tipikal malaysian...atau budaya2 yg org malaysia selalu buat....kekdg tu bila baca tu,terasa mcm kayu balak jatuh atas kepala,keleeepaakk!!...dia punya sinis...mmg terasa r sbb kita dlm situasi mcm tu...

Aku amat tertarik dgn watak Chad(sepupu kpd Fend),usaha dia untuk berubah,mencari ape yg dia nak dgn bermusafir ke tempat org...berguru dgn org2 alim...tp ada something happen kat dia dlm perjalanan hidup dia...menyebabkan aku rasa,Ya Allah bertuahnya kau....


Untuk sape2 yg nak baca or baru baca,kalau mula2 tu anda tak paham ape ke benda yg dia tulis,jangan berhenti !!! sebab aku pun mula2 tak paham gak,rasa mcm malas nk baca pun ada,dh la aku ni beginner dpt lak gaya bahasa yg mcm ni...heh !...siap kali ke berapa kali ntah aku tidur lepas baca....sbb citer ni berkisar tentang budak yg minat dgn dunia seni/music...so sape2 yg minat lagu2 metal,rock.,bdk2 gig or underground band..mmg boleh masuk ngn dialog2 dia...tak semua faham,tetbe 1 tajuk lagu bleh jadi perbualan diorg,1 pemain band leh jadi topik pjg lebar...sama je mcm kita yg biasa2 ni kalu berbual berkenaan topik yg kita minat cth mcm bola,leh citer berjam2 pasal 1 pemain bola je...mcm tu gak diorg...dunia masing2 berbeza...Jadi,walaupun anda tak paham mula2,teruskan baca..lama ke lamaan corak perbualan diorg dh jd normal bila watak2 kembali ke kampung..jgn risau...btw,sape2 nak baca,sila baca part Fend dulu...baru faham flow yg K² nyer,


Novel ni mmg menyedarkan kita r...dengan kata2 hikmah lg yg dia selitkan diakhir tiap chapter,mmg best...seriusly best !!  


Ape2 pun,aku nk ucapkan sangat100x terima kasih kepada hamba Allah yg suggest kat aku buku ni....kalu dia tak suggest,aku x dpt baca buku yg best mcm ni...Ko pun buat mcm ape yg Fend & K² buat lepas temui ape yg dicari...haha..sebarkan 'Sketchbook' diorg....cuma ko punya just suggest kat aku...bkn bg sketchbook...really appreciate that suggestion...mula2 rasa mcm buang duit beli buku ni,tp lps abis baca,rasa berbaloi..mujur aku tak tuntut drpd bdk ni...haha




"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

6 celoteh:

Anonymous said...

bdk tu suruh hang beli ke?

Deen said...

siapakah gerangan anon ni??
gi tyer pasal bdk tu lak...
cer tyer pasal jalan citer....hahahaha

yer,dia suggest beli..

Anonymous said...

saje aku nk kenal bdk tu..laki ke pompuan?muahaa

Deen said...

mak aku ajar,jgn ckp ngn stranger..
haaa....

hahaha

ruby said...

TAHNIAH! sebab menang Hadiah KATEGORI PILIHAN PEMBACA dalam Anugerah Buku Malaysia anjuran PNM dan RTM 2013.

Deen said...

Kejadahnya ni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...