Pages

Monday, September 26, 2011

Anime yg ku Nanti..

Salam..

aku tak sabar sebenarnya nak tunggu anime2 ni...
dah lama aku tunggu...
trailer pun dah kuar...
nak tgk ape yg cool nyer lagi dalam anime ni nnt...

anime2 tu adalah
1) Avatar The last Airbender : The legend of Korra.
2) Satria : Warrior of 7 Element...huhu



kali ni sambungan drpd The legand of Aang lak...tp kali ni citer pasal Avatar seterusnya yang dari puak air lak,Korra...perjalanan dia tuk belajar airbender...element lain dh kuasai tp yg udara je belum lg..ye la, kan Aang sorg je bender angin...tp Aang dh xde,yg ada anak dia..Kuzon..huhu..xsabar nk tgk...



ni lak, mcm yg dijelaskan pada post ni...so xyah nk citer 2 kali r..huhuhu


cepat2 la kuar..huhu...

Penghujung Syawal

Salam...

update sekejap..
Hari ni dah 28 syawal...
nak abis pun kan...
hurm...
xde la open house dh lepas ni...huhu...
ckp pasal open house ni, 3 lagi open house telah aku gi hujung minggu baru ni..
open house supervisor time praktikal dulu..
thx abg Aidid...
tu sabtu...ikutkan ada lg jemputan tuk ke open house ke-2,tp dek kerana nk study...
tolak la 1...huhu...
tuk ahad, 2 lg open house...
haha..actually mmg totally lupa ada open house ahad ni...tetbe dpt msg member yg baru teringat...
kul 3 lebey bertolak ke MITC tuk Open House ISMA...
terima kasih kerana menjemput...huhu, balik je umah,dpt jemputan drpd jiran sebelah lak..huhu..
rezeki2...kumpul sume bdk2 umah yg nk gi,baru la singgah...jarang dpt nk mkn ngn bdk2 umah sekali gitu...kami jarang2 kumpul sekali...ok la...sedap sume makanan...^_^..burpp...

Hari ni jgk selesai suda 3 paper tuk final exam aku...
huhu,nk komen lebih2 malas la pulak...
1 paper xcukup masa,1 paper ok,1 paper xleh nk concentrate...
mcm2...
ok la...tu je,xtau sbnrnya nak update ape...TILL THEN,SEE YAA

p/s:setelah bertahun-tahun lamanya tak kena ruam2 gatal2 ni,time exam pagi tadi kena pulak...hurm....jawab exam dlm keadaan gatal...bukan gatal miang buaya darat...tp mmg gatal betul la..haha...

Monday, September 19, 2011

Melihat Allah di Syurga pada Hari Kiamat

Salam...

ingin berkongsi dengan kalian artikel yang dapat drpd syahirul.com
baca la...

*****

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.

Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”

Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.

Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.

Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.

Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.


Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isa memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.

Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.

Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.

Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.

Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.

Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]

Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Rujukan: Himpunan Kisah Teladan

******

Semasa aku baca artikel ni,mcm2 perasaan timbul kat benak hati ni...takut,sedih,pilu,nak menangis dll....

sbb timbul 1 persoalan ni...

Layakkah aku untuk ke Syurga Allah kelak....??

dalam keadaan aku sekarang ni??

Ya Allah,ku mohon kepada mu,Peliharalah aku & kawan2ku..

Tempatkanlah kami di Tempat-tempat org yang beriman...Amin..


Sunday, September 18, 2011

Ganbatte kudasai minna-san !!

Salam...

Hujung minggu yg hurm....
yang biasa je...
masih dlm bulan syawal kan...
so open house ke-sana ke-mari la...
terima kasih la kpd Abg Yazeed (staff IP Core) & Syam (Member Silat)
kerana menjemput saya..^_^
utk Abg Yazeed, tercapai jugak hasrat saya nk tgk muka anak abg...
dulu lg nk tgk...tp xtau umah...
ni bila ada org nk tolg bwkkan...join r...
dah 2 bulan dia...huhu...cute !! macam pak ngn mak dia gak...haha...
alhamdulilah,setelah 3 tahun menunggu...dikurniakan cahaya mata jugak akhirnya...
rezeki tu ada, cuma sama ada cepat atau lambat je...

Tuk Syam,huhu..open house pertama tuk umah baru dia...
rumah dia tau...banglo tu...bkn umah org lain...huhuhu...
meriah ngn kambing seekor,ayam,udang,sotong,ikan....
sume BBQ...so sape tukang BBQ nyer?? kami2 bdk2 silat ni la...kecuali kambing r...
dtg awal, nyalakan tpt BBQ, yg pak2 sedara dianyer xjd...
so kami wat baru....serah pd kami je...haha...dah biasa benda2 cam ni...bak kata mereka2 ni,peringkat negeri dh kami ni...yg tak jadi tu baru peringkat sekolah je...haha...jgn marah...
nyalakan dlm keta sorong pun jadi...haha!
ramai gak ahli keluarga dia yg dtg...rasa cam duk kat kelate lak,sbb kebykannya mmg asal sana...huhu..yg paling best part fire meng-fire org baru declare...pergh, kena kaw2...dia xleh nk melwn...dpn mertua la katakan..kena sopan...
mmg sporting abis parents dia ni...leh kasi panggil ayoh ngn ma dah...fuu...kalu la aku dpt parent belah pompuan cam tu kan best...haha..ape2pun aku doakan korg berdua smpi ke jinjang pelamin la...

Open house ke-3, ptg td..open house tuk Pembina MMU la sng citer...makan sampai kenyang ler...skrg still kenyang lagi ni...btw,sory la kpd Gayong Melaka,xdpt nk gi Open House kat masjid tanah nuh..jauh sgt lak..gpun ramai yg nk exam esok...

so dipendekkan citer, aku nk mengucapkan GANBATTE KUDASAI MINNA ! tuk mengharungi minggu exam esok dan seterusnya...aku punyer pun xlama lg...lagi 4 hari...
study pun kejap on kejap off..ape nk jadi...dah akhir2 sem ni pun malas lagi ke?? aduhh...

Ape2 pun...GOOD LUCK MMU-ians !!

Friday, September 16, 2011

Satria - The Warriors of 7 Elements

Salam...

sikit update pasal tajuk diatas...
tajuk ape tu??
haa...ni la anime jepun berdasarkan Hikayat Hang Tuah.Dengan kata lain,kartun Pendekar 5 sahabat ni dh ditukar jadi animasi 2d...menarik kan?? huhu

Ia adalah hasil kerjasama syarikat animasi yang terkenal jepun iaitu Gonzo Studio bersama dengan syarikat animasi malaysia iaitu Funcel Studio.Anime ini bakal berada di pasaran pada Tahun 2012 akan datang.

Bawah ni aku sertakan gambar sketch watak2 tuk anime Satria ni :

Sedikit detail disertakan dibwh:

The Japanese anime studio Gonzo has signed a deal with the Malaysian animation studio Funcel and Malaysia's National Film Development Corporation to produce an adventure animation series called Satria - The Warriors of the 7 Elements for Fall 2012. The 26 24-minute episodes will combine Southeast Asian history with fiction. The animated series is aimed at children nine to 14 years old. Hiroyuki Kitakubo (Blood: The Last Vampire) is directing.

Kitakubo posted a rough sketch of the main character from his current project on his Twitter account on Saturday. According to Kitakubo's deprecating description, this character is "Han Towa," a hero in Malaysian legends.


p/s : tak sabar lak aku nk tunggu citer ni....macam mana la aksi2 pendekar2 ni...ada gaya naruto kah?? xmungkin tu ninja...aku nk tgk mcm mana anime ni bersilat...haha

Tuesday, September 13, 2011

Medium

Salam...

sekadar update sikit...
terkesan dgn ape yang berlaku tgh hari td...
Pagi2 lagi dah semangat nk gi tgk presentation FYP member2 lain...
Hari ini ari sume student2 hebat present...
ramai la...tak semua...
antaranya Mohd Khamis...
mmg tabik spring !!
project dia mantap giler...
Photo Social Networking...mcm fb/google+...
dan prototype yg dia dh siapkan pun mmg mantap...
senang cakap,dia bukan cakap kosong lar...
dia ckp n dia dah buat...siap dh ada apps tuk tablet jgk...mmg nice...
bg aku,benda tu dah pun siap...cuma dia ckp nk tambah mcm2 lg tuk phase ke-2...
sekali tgk mcm Window 7 dia nyer interface...ada campur ngn FB + konsep google+...pergh..mmg mantap...

tapi ape yg lebih mengagumkan aku adalah cara dia present...sgt menarik..
seolah-olah dia present kat dpn org2 company tuk beli produk dia...
sgt best dia nyer presentation...setiap persoalan yg dia timbulkan dia sertakan ngn jwpn yg jelas...sampai ada 3 tutor yg dtg tgk presentation dia..huhu...jarang la kalu lec/tutor nk dtg tgk presentation student...

abis tu,aku tunggu dan tgk student2 lain...biasa2 je la..nerves mcm aku gak...kemudian gi la mkn tuk siap sedia ada kelas revision...selesai mkn duduk lepak kat tangga masjid...

haaa...disini citer bermula...Ada seorg hamba Allah tegur aku kat situ...alang2 dia tgh mkn tgh hari kat situ...ajak berborak la sng citer...rasanya pekerja tender cat bangunan MMU...sambil2 dia mkn,aku lak minum air kat situ,dia tyer mana asal usul aku,tpt tinggal...dan baru dia masuk kpd topik dia yg sbnrnya...

1st,perihal memberi salam...Memberi salam kepada semua org yg kita jumpa...walaupun kita tak kenal...itu seolah-olah kita mendoakan kesejahteraan dia..(bkn seolah-olah,mmg pun...haha, kasi sedap ayat je tu) setiap kali kita bg salam...Malaikat akan doakan utk kita...doa kita ni belum tentu lg diterima Allah, tp doa malaikat?? dia bg persoalan kt situ...mesti la diterima Allah...kita ni byk dosa...xmacam malaikat...camtu la yg dicerita...aku setuju ngn beri gak 1 peristiwa yg Nabi kita,Muhammad s.a.w selalu mendahului salam bila jumpa ngn para2 sahabat...sahabat sendiri berebut2 nk beri salam kat nabi,tp selalu nabi dpt dulu...dia pun setuju..
apa yg menarik masa dia kongsi tu, dengan memberi salam ni buatkan kita tawwaduk/rendah diri,dengan xberi salam pd saudara2 islam kita ni buatkn kita ni sombong...tu antara kelebihan memberi salam...aku mula2 mcm aik?? yeke??? bila difikir balik...betul la...sgt2 betul...

mcm aku sendiri,ssh nk bg salam kat org sekeliling...segan alasannya...huhu...yup..mmg segan...even nk bertegur bila selisih pun ssh sbnrnya...maaf la kengkwn...even kwn yg dh lama kenal pun masih ada lg segan tu...aku pun xtau knp...so kalu jmpe xbertegur tu...huhu...fhm2 r...
tp lepas dgr ape yg abg ni ckp,aku akan cuba ubah benda tu...cuba la kan...bagi salam je pun...huhu

Isi ke-2 yg dia berkongsi ngn aku...pasal ilmu agama di mata umat skrg...relate ngn salam sbnrnya...xpe la,maleh la aku nk explain cam ne relate nyer tu yg bleh dia masuk ke citer isi ke-2 ni...umat sekrg pandang ilmu agama ni sbg satu cabang dlm ilmu duniawi...sbg cth, aku nk masuk engineering r..so ilmu agama dipinggirkan...sedangkan ilmu agama tu wajib dituntut oleh setiap makhluk Allah di muka bumi ni...bknnya itu ilmu pilihan.Ilmu agama adalah wajib utk kita...boleh kata itu ilmu kemahiran hidup....utk kita amalkan ketika kita hidup skang ni & utk akhirat...tp kita terlalu kejarkan ilmu duniawi melebihi ilmu agama tu sendiri...mcm mana kita nk berjaya?? kalu berjaya pun, tak sama ngn berjaya dgn adanya 2-2 ilmu ni (agama n dunia)...

Itu la ape yg sempat kami bualkan...aku ada kelas lak lepas tu...terpaksa beredar lak...
Terima kasih la abg,sbb berikan nasihat pada saya..walaupun abg just menjalankan tugas abg iaitu berdakwah (memperingati satu sama lain)...tp secara tak langsung, ia beri impak gak kat aku...Terima Kasih Allah sbb memberi teguran/nasihat melalui mediun abg tu....terima kasih....
dan aku wonder gak,dia ni mesti dr tabligh ..drpd term2 yg dia sebut...aku tau mmg term tu digunakan dlm tabligh...sbb aku pun penah dlm tu jgk dulu..^_^...bgus, dlm dia berkerja seharian sempat dia memperingati insan2 sekeliling...
"Sampaikan walaupun 1 ayat"


ok la...tu je nk citer,maaf la kalu ada salah sini sana dlm penulisan ni,aku xreti mana la nk bercerita ngn penulisan mcm novel tu...haha,dah3...study la pulak...mamat ni xstudy2 lg nih...adoi...nak kena rotan dulu ke ape...TILL THEN,SEE YAA !!


p/s: terima kasih pada MMU ROVERS & SILAT CEKAK MMU...sbb undang kami ke Majlis Raya anda...meriah bg aku...dpt jumpa balik setelah lama xjmpe...

Monday, September 12, 2011

Objektif iz important...

Salam....


huaaaaa !!!
saje je jerit...
sbb ape??
sebab presentation fyp dah settle !!
Alhamdulilah...dapat present dengan selamat...

2 3 hari dah aku duk riso ape yg akan jadi time presentation...
Pagi tadi di Database Lab, aku n Shy gi ke lab...
jumpa ngn Abdullah (geng sama sv)...
sume dah byk ada....
so kami just menunggu panel kami...Mr.Hanifa...
lambat sikit dia...sesampai je dia...agak terkejut aku...
ehh, ini org yang selalu ada kat surau Bunga Raya time buka pose ni...
la...mati2 aku igt dia pekerja kat KS kat bunga raya tu...
sebab dia selalu bagi makanan kat situ n makan sekali ngn kami,
kekadang Roti Canai,Mee Goreng..or makanan2 kat KS la(kami leh detect)
rupanya dia Lecturer FIST...pergh !!
mmg tak sangka...jd panel aku lak tu...huhu...
nmpk mcm dia cam aku...mane tak nyer...mmg 1 bulan puasa kat situ je tempat feveret berbuka pose..haha!! free la katakan...huahuahua...

so,seorg demi seorg present...org pertama,Abdullah,Pak Arab ni rapat gak ngn kami..
sbb sama sv,dia selalu tyer aku or Shy pasal fyp...pasal dia punyer tajuk lebih kurg sama ngn Shy : Multi-Touch screen...
Kedua lak Shy...dia agak konfiden...berbanding ngn aku yg xde lgsg kofiden...
pastu seorg seorg present...dan seorg seorg kena tyer...
soalan..kaw2 gak r...Mr.Hanifa tyer boleh tahan gak susahnya...
ape2 pun diorg based on our report..kalu report kita ada slek/lubang sini sana...jaga la..mmg kena fire la ngn diaorg...ada sorg tu kena kaw2 giler r..mmg lunyai r pompuan kulit hitam tu kena...
huishh...nasib baik aku x pilih tajuk yg ada tertulis "Intelligent"...terus Dr.Lau tyer ape yg intelligent dlm system kamu ni?? huuu..nak jwb cam ne?? bhsa senangnyer apa yg buatkan system ko ni canggih sgt...huuuu..ssh tu...

dan skrg baru aku tau belang Dr.Lau...no wonder la Mr.Sia(Lec FIST) ckp, "Abis la korg dpt Dr.Lau"..huhu...dia punyer soklan,mmg nmpk dia bkn calang2 org beb...taraf Manager2 company or CEO r...antaranya yg aku igt : Apa kelebihan system awak dengan sistem2 yg dah ada...? mcm biasa kan?? tp soklan ni r ssh...if mmg korg xwat ape2 improvement...
ada lg soklan2 lain yg aku rasa killer gak r...tp aku bersyukur sbb Dr.Lau sv aku...so dia xtyer...tugas Panel yg tyer kita...bkn dia...kalu x,lunyai gak aku...

Ok,balik pd citer presentation td...Aku present time last sekali...huhuhu...xkonfiden nyer psal...sbb sape nk present leh dtg ke dpn je...tp aku takut...huhu...member2 lain sume tunggu aku nk present...terutamanya Pak Arab tu...nk tgk aku present...huhu,lagi la aku nerves..hadoi...sbb tu kalu bleh aku xnk kwn2 aku dtg tgk...biar aku present dpn org xkenal...situ aku ada keyakinan sikit...Sepanjang aku terang tu mcm biasa r,gagap berspeaking...huhu,aku perlukan mentor !!! tp aku nk sgt bercerita ngn panel2...nak diorg paham ape yg aku wat..alhamdulilah,Dr.Lau nmpk ape yg aku nk tu...dia angguk2 kepala tanda fhm n tunjuk yg dia mendgr ape yg aku try nk gtau..Panel lak mcm biasa r,sume sama...duk belek2 report kita...xpandang pun kita... dekat2 last baru nk pandang...

dan dia tyer aku part propose interface...mcm mane sistem aku beroperasi...so senang r sikit aku nk citer...huhu..banding yg lain sume kat part Methodology n Literature Review + Interface gak...syukur aku dpt 1 soklan je drpd Mr.Hanifa tu..."Ape yg awak buat sendiri dlm sistem ni sbb berdasarkan ape yg awak cerita td,awak guna Tool tu utk buat system..(setelah ditranslate)"...
tak sempat aku nk jwb soklan tu, Dr.Lau mencelah...dgn bagi jwpn tu kpd Panel tu sendiri...dan aku pun mengiyer kan je...betul la point dia tu,aku pn x terfikir jwpn tuk tu, kalu tak, stuck gak aku ngn soklan tu pasal mmg betul aku just guna tu utk wat sistem n ape improvement aku wat?? xde pun interm of features of Tool tu sendiri,but interm of application, yer aku buat menda baru...huhu..tp alhamdulilah Dr.Lau tolong aku..^_^...Thx Dr.Lau...xsangka Animation pun leh jd jwpn...hurm..

Selesai suda~~

Petang tu aku pergi ke Lab Networking lak...
tuk tgk org lain...kali ni Panel dia best sikit..
Mr.Wee Kwok Wee & Mr.Nazrul Muhaimin...
2-2 Lecturer ni imba(hebat) dowh...so mmg no wonder la slot diorg ni ramai org dtg tgk...
Mereka antara lecturer2 yg hebat...yg sentiasa masuk dlm Top List perbualan student...haha..
dan ternyata kehebatan mereka terserlah ngn soklan2 yg diajukan...
sama macam ngn Dr.Lau...tp lebih hardcore lg...
sedetail boleh dia tgk kita nyer projek...
sampaikan 1 objektif dlm report xletak dlm slide pun di kritik..(aku ada wat,nasib baik xkena)
sgt2 particular panel2 ni....sume yg presenter kena tibai paling kurang 20 minit ngn soklan2...mmg dasyat...

so ape yg aku leh highlightkan tuk presentation FYP 1 ni :

1) Ko kena TAU ape yg ko buat. Sedetail-detail nyer..
2) Ape yg ko present,mesti SAMA ngn apa yg ko tulis dalam report (ni aku siap discuss ngn Mub sabtu ahad lepas)
3) Setiap Objektif yg korg ajukan,MESTIlah korg penuhi. Ibarat Janji perlu diperkotakan. kalu kasarnya, Lu ckp lebat lu kasi tunjuk la ape yg lu ckp tu. [nasihat aku,biar sikit tp dpt capai semuanya-Dr.Lau pesan kat aku dulu]
4) Problem Statement korg terhadap projek tu mesti la come out ngn solutionnya.Kalau ada 3 problem, 3-3 problem tu KENA settle.
5) MESTI ada PENAMBAHAN yg dibuat oleh kita drpd sistem yang asal.Kalu sama je,atau amek org punyer tu bukan FYP namanya(ramai bdk kena ni).
6)Cara ko olah FYP report kena betul,tiada cacat cela n segala menda2 remeh jgn dipandang enteng...mcm reference,grammar,paragraph dll.


dan mcm2 lagi la yg aku dpt...tp yg utama sekali adalah Objektif la..penting !!...mesti kena jelas !! clean n clear omputih kata...haha...DAN YG PALING PENTING SEKALI FAHAM ape yg ko BUAT.


huhu..apepun,Allah dah mempermudahkan jalan yg aku harungi...Alhamdulilah...Thank You Allah...Ok la..siap2 tuk Maghrib....TILL THEN,SEE YAA

Saturday, September 10, 2011

Terluang

Salam...

hurm...jumaat dah ari ni...
seminggu lagi nk final...

so,kebykan student pun dah start study...
huhu...aku ? rileks dulu...
xleh nk study sbnrnya...

riso duk fikir presentation fyp aku nnt..
ramai kawan2 aku dah lepas...
minggu ni start presentation fyp...
so mcm2 citer dh sampai kat telinga ni...
ada yg ok,ada yg kena tibai kaw2...
huhu...menyebabkan riso...
sekarang ni aku cuba mengumpul keyakinan diri tuk present kat dpn nnt...

takut...nak atasi kelemahan diri...
woo...payah tu...berckp dgn kofiden di dpn org...
ssh tu...speaking lagi tu jaahhh oii...lagi la ssh...
so,Minggu terluang ni la aku cuba la sikit2...
wat dulu pembacaan sikit2..(will do)
wat experiment pada software2 yg berkaitan dengan tajuk...
alhamdulilah,minggu ni berjaya menyempurnakan experiment software tu...
setelah berminggu2 aku cuba figure out macam mane nk install FLARToolKit..
akhirnya...jadi jgk aku install dlm komputer aku....
ARToolkit ok la..dh lama ok yg tu...
so dari segi software,maybe ok ckit...Insya Allah...

xtau nk update ape dh sbnrnya...
nanti akan update sikit cam ne FLARToolKit tu...huhu..
Insya Allah...TILL THEN,SEE YAA...

Tuesday, September 06, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

SELAMAT HARI RAYA !!!

erkk??
haha...sempat lagi kan wish kat semua...
sedar tak sedar dah 7 hari syawal berlalu...
masih terasa mcm berpuasa la...seriusly...
huhu...semalam drive kat dpn RSU tu tiba2 lak terpikir,"Aik?? xde bazar dah ke??"..haha...padahal dh lupa yg ramadhan dah berlalu~~ huhu

ok2...citer ape yg berlaku time season balik2 kampung...
huhu...kali ni boleh kata 1st time gak r drive balik ke Kota Bharu,Kelantan...
1st time ke?? haha...xde r...sbg fulltime driver yer 1st time...
tp betul driving time raya ni menguji kesabaran tul..
kena turunkan ego anda sebagai seorg pemandu...
jgn rasa tercabar bila ada keta pecut n memotong sambil lewa...mcm jalan highway je nk motong2...walaupun hakikatnyer ada je terasa nk pecut,tp memikirkan kita bwk family n jalan pun tak igt sgt...so jgn la cari nahas...silap2 fly dari gaung ke gaung lain kang...haaa..baik jgn...

dalam berjaga-jaga pun kekdg bila something nk dtg tu,mmg dia jadi jugak...
huhu....kalu tahun lepas kami eksiden time balik kg....tahun ni,lain lak citernyer...
keta mati tiba2 kat jalan...nasib keta blkg alert,kalu x,dah kena sondol la buntut keta oii...huhu...
boleh la alternater keta terbakar....fungsi dia basically charge bateri keta...so kalu menda tu xberfungsi,bateri keta jd kurg r...so tu penyebab keta mati n xleh start semula tu...huuuu...
mmg kat situ dah delay smpi 2 jam lebih kot....nasib r mati betul2 dekat ngn workshop kat kg berdekatan...sbb kat situ area hutan sbnrnya...kalu termati seblum sikit drpd kawasan tu...hah ! mmg mati kutu r jwbnya ler...beraya kat situ r smpi ada org amek...dah la malam wkt tu....
alhamdulilah,ada org baik nk tolong...nasib org tu ada member pomen(mekanik)..kalu x...abis la...

huhu...antara suasana2 disitu...kat sini gak kami dpt tgk eksiden dpn mata...follow dekat sgt..mmg tu r makan dia...jam jalan situ...org balik kg + org baru balik tarawih...time : 9.30 mlm.


Suasana di kampung?? huhu...meriah...boleh kata sume sepupu sepapat balik la katakan....ada lebih kurg 25 cucu yg balik kampung...mana tak rasa cam nk runtuh rumah papan tu...dah la umah tu dh cukup uzur dh...duk main ngn cucu2 yg kecik2 ni...huish...so,cucu2 yg dh besar la duk jaga cucu2 kecik ni...yg besar berapa kerat je...6 or 7 je...yg lain....lari sana, lari sini, jap2 menangis sana,tup2 dgr lak suara nangis kat sini....mula r kuar suara "anak sapa lak yg nangis tu"..part paling best tiap2 tahun...part tgk cucu2 (kami2 la) main bunga api...huhu, beli byk2 main kat kg...tp bunga api shj la,mercun2 tu xde supply lak tahun ni...haha...bising nyer jgn ckp r,aku rasa umah tu je yg bising bunyi budak2 main bunga api...umah2 lain xde....nak kena smpi 5 org jadi jaga tuk budak2 ni...kalu jaga dpt duit raya xpe gak...uisshh....yg besar2 ni tukang bagi bunga api sorg satu....bila bagi byk sekali seorg...haaa budak ni gi cucuh sume sekali yang ada kat tgn dia...adoi =.="..rugi abis bunga api tu...main ngn bdk2....macam2 ragam...yg pergi cucuh atas org pun ada....yg duk hayun suka hati smpi tak tgk sepupu sebelah pun ada...huhu...mcm2...

itu dia,gambar2 time main bunga api...compile sume senang...byk sgt kalu nk upload sini...

Raya lak cam ne?? huhu,bersederhana je la...tak de la beraya sakan...aku yg jd driver...haha..malas sbnrnya nk drive ke sana ke mari...ngn xtau jalan2 kb ni...payah r sikit...cuti pun sekejap,nk ke hulur ke hilir pun susah la sikit...apepun raya tahun ni lain sikit...ramai dh sedara2 sepermainan time kecik2 dulu dah kawin...dah ada anak dah...aku je yg xsempat gi kesemua majlis2 kahwin diorg...:(...salahkan cuti MMU !! haha..dah bertambah besar keluarga diorg...

Suasana 1 Syawal..

Abis citer raya di Kelantan....Raya di pahang?? haha..x miss...kali ni berpeluang ikut konvoi bdk2 SMA Al-Khairiah...2 tahun dh asyik miss je sbb lama bercuti di Kelantan...huhu...alhamdulilah sempat kali ni....9 rumah kami beraya...tak silap r...start drpd Mentakab -> Seberang Temerloh...Terima kasih la kepada Halimah n Syarafi yg organize konvoi ni...rasa janggal sbnrnya sbb aku sorg je yg boleh kata tak brp dikenali kat situ...almaklum la aku smpi Tingkatan 3 je...Tingkatan 4 pun skjp je...keliling aku tu sume bakal2 ustaz & ustazah...huhu...aku? mmg jauh sekali r nk capai tahap tu...menyimpang sikit kos aku...huhu...dari jurusan agama ke science stream...huhu...tapi ape2 pun BEST r konvoi ni...kenyang tu jgn ckp r,kejap2 sumbat makanan,kejap2 minum air...nasib baik tak buncit perut ni...haha..(aku mkn byk mane pun gini je la bdn aku...x naik2...).btw,sayang xleh nk beraya lg kat umah member2 yg aku rapat...Syafiq Joe,Syafiq Norazmi,Muhaimin,(Hafiz dh dia skang ni...wahh),Syed & lain2...
xpe2...next year ada lagi...Insya Allah,berkelapangan,aku join lg...walaupun mybe akan berasa janggal lg..huhu


p/s: gambar konvoi ada x?? nak sikit...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...