Pages

Sunday, January 30, 2011

KONVENSYEN 500 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA

Salam


Resolusi Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka (KEMM) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Januari 2011 di UTEM. Tiga kertas kerja telah dibentang dan dibincangkan.

Dengan ini KEMM merumuskan bahawa:

1. Bangsa Melayu telah menjadi bangsa Islam yang sebaris dengan bangsa-bangsa lain di kalangan umat Islam di serata dunia, memainkan peranan mengembang dan mendaulatkan Islam di rantau ini.
2. Kedudukan yang hebat itu telah dicapai kerana Islam telah sebati dengan pemikiran serta adab budaya Melayu sehingga melahirkan tamadun bangsa yang agung.
3. Sejarah mencatatkan kecekalan bangsa Melayu mempertahankan keperibadian dan jatidiri keIslaman mereka dalam siri perjuangan yang panjang menentang penjajah yang bertujuan menjadikan Melayu bangsa yang lemah.
4. Kesatuan agenda Islam dan semangat kebangsaannya telah berjaya menyatukan orang Melayu sepanjang sejarah.
5. Kelunturan pegangan umat Melayu kepada Islam telah melemahkan sendi-sendi kekuatan yang menjadi pemangkin untuk agenda penjajah yang berteraskan humanism dan materialism bertapak lalu melemahkan jatidiri bangsa Melayu.

Berdasarkan rumusan tersebut Konvensyen Memperingati 500 Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka menegaskan bahawa bangsa Melayu mesti:

1. Menyedari keperluan yang mendesak supaya kembali kepada keperibadian Islam mereka yang asal.
2. Mengharmonikan kefahaman antara Nasionalis dengan Islamis dalam perjuangan bangsa Melayu di Malaysia.
3. Menjadikan usaha mengumpul bukti-bukti sejarah yang boleh mengembalikan Melayu kepada jatidiri mereka sebagai agenda nasional.
4. Mendedahkan fakta-fakta sejarah bagi memberi nafas baru dalam memahami sejarah perjuangan bangsa Melayu.
5. Mentajdid peradaban Melayu dalam rangka mewariskan kisah kegemilangan, peradaban dan kepahlawanan umat Islam.
6. Mencari persepakatan atas satu agenda yang boleh mambangunkan sebuah bangsa yang mempunyai agenda yang didukung bersama, “Melayu sepakat Islam berdaulat”.
7. Memperkasakan institusi yang memperjuangkan dan memartabatkan identiti keperibadian bangsa Melayu.

sumber : www.ismaweb.net


so,itu la resolusinya...maknanyer,selesai sudah program ni...tahniah la kpd pihak penganjur...rasanya,ramai yg tertarik ngn isu ni...dimaklumkan seramai 3600 peserta...mmg ramai...aku sbg ajk blkg tabir ni tgk drpd atas pentas...wau...ramainya...tp malangnyer,aku xdpt nk dgr full ape yg dibentangkan...sbb duduk diblkg tak dgr mcm yg org didpn...blkg ni just dgr sikit je n tambah ngn gema2 nyer...syg sgt...part pembentangan kertas kerja la part yg best...topik2nya n pengulas nya mmg dpt menyampaikan msg dgn baik...

tp tak lupa gak pada yg bertanya soalan...mcm2 ada...tp ada yg menyoalkan pasal isu2 sensitif...pada aku,tolg berhati-hati la dlm bertanyakan soalan...tp alhamdulilah...takde ape2...
part aku pun selesai jgk bila abis je perasmian tu...ape yg ak kena buat??
huhu...kena buat gimik...ketar beb bila 3600 peserta yg ada...tp bila majlis penutup ni ramai dh balik...so lega r sikit...tp ape2 pun mmg aku tak pandang kiri kanan...pasal kalu kita tgk keliling,kita jadi nervous....sgt2 nervous...so mmg aku just buat donno je...pandang bwh r byk...ape2 pun...settle la sume...huhu..^_^

view drpd sudut muslimin

view drpd sudut muslimat

time berpidato...sgt menaikkan semangat...

ni ahli2 panel forum...sume hebat2...

wakil Menteri Besar Melaka datang...igtkan Dato Ali Rustam sendiri yg datang...hurmm

haha...ni time aku n partner(Fendi) buat gimmik...

Lagi scene berlawan...gimik tu juz ada org block pembawa pemukul gendang ke pentas...so ada 1 pahlawan lain lwn ngn org yg block tu...

ni time pemukul gendang selamat di bawa ke pentas...terus dirasmikan..

abis suda program....bergambar ngn AJK2 backstage...huhu..aku ni asalnya jd bidan terjun je...tetbe lak termasuk jd AJK lak...asalnya just buat gimik je...

last,tertarik ngn budak ni...duk main menda tu je...kita dulu kecik2 main guli,gasing,keta dash...ni zaman skang main game touch skrin je...comel je dia main...org kelate kate juruhnyo bdk ni...duk setempat,main menda ni je...sambil sentuh huruf,sambil sebut huruf tu...main game...aku pun join sama main ngn dia...ni time kat dlm bilik sidang media...time yg kat booth jualan tu r yg comel...duk atas kerusi main menda alah tu..tak bergerak pun..pandai lak tu main tekan tu tekan ni...huhu

p/s: lepas ni tiba tuk fokus kat final lak...huhu...nak kena generate balik r booster...selalu je jd cam ni...kalu br je abis program,jadi malas,rasa nk rehat je seharian...mmg lepas balik program ni..esoknya tak buat keje ape r...rehat je sepjg masa...huhu..rugi tul kat situ...TILL THEN,SEE YAA
Link

Friday, January 28, 2011

kem1511

Salam...

hurmm...
alhamdulilah...ari khamis tu dah selesai la sume assignment aku secara rasminya...
waktu tu ada presentation Data Struct....
ape yg kami kena buat??
ROOM BOOKING SYSTEM...
basically aku wat biasa2 je...tgk org lain...siap mcm2 bleh wat...leh r tgk aku ada wat screen shot sikit...
ROOM BOOKING SYSTEM...



skang ni tumpu tuk final lak...hurm...ntah r...no komen pasal persediaan ni...almaklum la diri ni susah sikit nk faham something kalu tak kena caranya....still smpi skang mencari cara study yg berkesan & melekat kat kepala aku...skang ni masih kira mcm terpinga-pinga lg...kekdg tu sedih pun ada ngn diri sendiri...tp it's ok..cuba bayangkn kalu sume menda senang je kita tangkap...xde cabaran r...xde la keseronokan dia...menda2 susah ni r yg membuatkan something tu interesting...



ni apa lak??? haaa...ni program esok....

KONVENSYEN MEMPERINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA...

pagi tadi,aku ada rehearsal kat tpt program anjuran ISMA & PEMBINA ni...kat dewan UTeM...
angaran peserta yg join adalah 3000 lebey...OMG...mmg ramai beb...lagi besar drpd konvensyen yg lepas....aku xtau cam ne nak hadapi esok...aku diberi tugas tuk jayakan gimik majlis penutup sikit...kena wat persembahan silat sikit...ni first time wat persembahan depan org2 ramai ni...serius...aku xtau r nk ckp cam ne tuk esok...fuh...tadi buat ok la pasal sikit org lagi...esok ramai kot...huhu...macam tu jgk partner aku...dia budak UTeM...cuma aliran silat tu kami berlainan...tp tu tak bermakna kami tak leh berentap sekali...asalkan namanya silat melayu...mmg boleh je berganding...harap2 esok ok la ek...doa2kan la ek...

ok la ...nak rehat...esok kena bangun pagi tuk program esok...TILL THEN,SEE YAA !!

Wednesday, January 26, 2011

Pertukaran Armor !!

Salam...

yeah...terdetik lak kat hati ni tuk tukar template blog...
lama dah asyik tgk template lama...
bosan lak kan...
tetbe lak teringat kat template yg dulu ACID RAIN...
yg tu la paling simple n smart penah aku tgk...
huhu..
tapi kali ni...aku dah tukar cita rasa lak...LIFE LINE lak tema yg aku pilih..
kat sini,ada jquery...part gambar kat atas tu...
haha...gigih gak aku mencari cara cam ne nk tukar gambar kat atas tu kpd gmbr yg aku nk...asalnya gambar lain tu...
takpe2 ni sekadar testing je...lepas ni kalu ada gmbar lain,aku letak kat situ...leh tambah lagi gambar...coding dia pun simple je...

ok la...TILL THEN SEE YAA ..^_^

Sunday, January 23, 2011

Solat Sunat Awwabin

Salam...

hurm...nak kongsi sikit bab kat tajuk atas tu...
tadi time kat surau,Ust Najib ada bagi ceramah pasal taubat...
salah satu cara adalah buat solat sunat awwabin...aku tak reti nk terang sgt..so baca la ape yg aku cuba cari tuk perkongsian bersama...niat dlm hati nk cuba buat ni...doakan yer...

Waktu di antara dua sembahyang fardhu Maghrib dan ‘Isya’ adalah antara semulia-mulia dan seafdhal-afdhal waktu untuk dimakmurkan dengan amal ibadat serta menjauhi segala kelalaian dan kebathilan. Oleh kerana itu, elok benar jika ia diisi dengan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala seperti membaca Al-Qur’an, bezikir dan lain-lain seumpamanya.. Lupakan hiruk-pikuk dunia dengan segala macam perkara yang melalaikan!

Menurut ulama, antara amalan yang paling afdhal dikerjakan pada waktu tersebut ialah mendirikan sembahyang sunat. Sembahyang yang sunat dikerjakan pada waktu tersebut ialah sembahyang sunat Awwabin. Antara para sahabat yang dikhabarkan mengerjakan sembahyang sunat Awwabin ini antaranya ialah Abdullah bin Mas‘ud, Abdullah bin ‘Amru, Salman Al-Farisi, Abdullah bin ‘Umar dan Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhum.

Apakah dia sembahyang sunat Awwabin itu dan bagaimana kaifiat mengerjakannya? Siapakah Mereka Golongan Awwabin Itu?

Awwabin bermaksud orang-orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, penuh keikhlasan dalam ketaatan mereka terhadap-Nya dan meninggalkan kecenderungan serta dorongan hawa nafsu insani semata-mata kerana-Nya. Sembahyang ini dinamakan juga dengan nama sembahyang sunat Ghaflah kerana orang-orang yang mengerjakannya bertaubat, mengingati serta kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala tatkala orang lain lalai dari mengingati-Nya pada waktu tersebut kerana makan malam ataupun kerana kesibukan menyediakannya, tidur dan sebagainya.

Sembahyang sunat Awwabin ialah sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah. Ianya sunat dikerjakan selepas sembahyang fardhu Maghrib dan berakhir dengan masuknya waktu ‘Isya’ dan afdhal sembahyang ini dikerjakan segera setelah selesai sahaja dari mengerjakan zikir-zikir sembahyang fardhu Maghrib berserta Ba‘diyyahnya. Selepas sembahyang Ba’diyyah, tambahkan lagi sembahyang dengan 4 sunat awwabin dengan 2 salam. Fadilat sembahyang sunat 6 rakaat atau sunat awwabin ini pada waktu Maghrib tanpa berbicara, pahalanya sama dengan kita beribadah selama 12 tahun.

cara nak mengerjakannya...

SOLAT SUNAT AWWABIN

Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.

Fadhilat Solat Awwabin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Sebelum mendirikan solat, sunat membaca doa berikut ;

Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar, neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku, beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin

a) Pada dua rakaat yang pertama

أصَلِّي سُنَّةَ حِفْظِ الِإيْمَانِ مَعَ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)

Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat

1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali

selepas itu beri salam, baca doa ini..

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ إِيْمَانِي فِي حَيَاتِي وَعِنْدَ مَمَاتِي وَبَعْدَ مَمَاتِي، فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِير


Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

b) Pada dua rakaat yang kedua

أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.

c) Pada dua rakaat yang ketiga

أصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ مَعَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.


p/s: harap2 perkongsian bersama ni memberi manfaat pada semua...^_^...


Tuesday, January 18, 2011

Hari Happy aku~~~huhu



Salam

haaa....tanggal 18/01/2011..
selesai sudah task presentation Web Based computing...
bermakna,website aku sudah pun selamat di'present'kan kepada lec..
terima kasih la kepada groupmate aku...mira,nadiah & kak atirah...
xde diorg ni,tak siap la...

macam aku ckp dulu...ni antara assignment yang aku bersungguh sikit...aku enjoy sgt buat menda ni...sbb maybe dia ada grafik kot...mean ada gambar...macam C++ setakat tgk tulisan je...xde kreativiti kat situ..yg ni ikut kreativiti kita nk design website mcm mane...drpd kecik kot aku minat menda2 grafik ni...dulu pun kalu dipilih tuk bljr kursus komputer...aku pilih Print Artist dulu...pasal leh masuk2 gambar...baru r masuk ke MS office...tingkatan 3...aku belajar wat game guna Flash and 3D Max...tingkatan 5 aku belajar buat system guna MS Access and ada kuar r interface nyer...so basically mcm tu la..minat pada gambar2 ni...lagi2 kalu boleh wat animation...dulu pn suka wat komik sndiri..hahaha...tp pelik,knp aku xde interst kat java...padahal tu lg best dari segi interfacenya...hurmm..ntah la..

tuk selesaikan task ni,aku try ikut nasihat ex-senior aku,sentuh assgnmnt pada week 3...so aku start la sikit2...wat research dulu...tu la tujuan aku b
uat twitter...huhu..sentiasa update pasal post2 terbaru website & tutorialnya...seriously,sgt membantu...terlalu...kalu x,aku xtau nk wat sume menda ni...satu lagi...Youtube...ni sume tau r kan...kalu pandai manfaatkan betul2...mmg membantu... credit to phpacademy,hv-designs & The New Boston...website ni byk membantu aku...

ape2pun still banyak improvement perlu dibuat...macam admin login...menda ni aku baru sedar bila dah settle part2 core nyer...so kalu nk wat,kena rombak sikit r...menda nyer simple je...tp kena re-arrange yg aku malas...so biarkan lah...tp maybe aku try r buat..sesaje je...n kalu nk hack website simple mcm ni...SQL injection boleh la kot...inject sikit,leh r log in...tp tu aku xtry lg r...haha...


ni video serba sedikit pasal RenCaSt ni..short form tuk Rental Car System..(sori colour dia lari sikit..yg hijau tu patutnya warna biru...lepas compress video ni,tet
be lak jd gini..maleh aku nk ubah...)

overall,enjoy r buat menda ni...tp still tak leh wat code sendiri...kena rujuk2 gak...hish...bila la aku leh wat code sendiri on the spot(boleh ke??)..btw,aku tak sangka aku dpt penuhi requirement yg ditetapkan...aku expect menda ni fail n x jadi time mula2 dulu...tu yg skang excited semcm tu...hahaha...

+++++++++++++++++++

lepas abis presentation...aku ada progran Scholars Engagement with Vice President (PLD)

ni macam program perjumpaan ngn VP r senang citer...turun padang bermesra ngn student...aku respect program macam ni...sentiasa tanya perkembangan student...teruskan la program macam ni...tp bagi kami ni...kalu program TM ni..xde ape la yg kami pikir selain makan...mmg no 1 r makanan dia....kerabu mangga dia sedap !!!!!!...kalu bleh nak amek 1 tray bawak balik ratah je...haha...kami mmg target duk blkg...sbb senang nak grab makanan...duk blkg la katakan...yg penting jgn duk meja VIP...sbb tak leh tambah...tu kebiasaanyer r...haha..aku cukup sekali je duk meja vip...mmg tak kenyang...xnk dh aku duk situ....
tp kali ni best...staff2 dia sporting...siap leh tolg ajar kami tapau lagi...mane taknyer,aku tgk kot diorg buat pembayaran tu kat blkg...duk dgr caterer tu bagi invoice..haha..for sure mahal...
selepas sesi photografi,sesi makan...ada satu sesi tambahan tuk aku...sesi TAPAU makanan..haha...semangat suruh housemate amek bekas drpd umah...abis sume kami tapau...haha...mantap2...

sementara tunggu member bwk bekas tuk second trip,aku sempat duk semeja ngn VP..kami bercerita sikit2 pasal aktiviti berkelab, aktiviti kemasyarakatan...n dia tyer aku,pernah masuk tak aktiviti kemasyarakatan...aku ckp penah...salah satunya,aku ckp gi ke umah org miskin,gotong royong n cat umah org tu...tetbe directer YTM ckp kat aku,"u kalu buat program macam tu,bagitau kami...kami boleh bagi budget,mmg kami cari program macam tu"...(mcm tu r)..hahaha...terpikir aku 1 program aku,fain & apis yg tergendala dulu...sbb xde budget...hurm...bleh wat balik ni...haha...tp kena tyer tuan direkter r. Mr Fain...amacam?? haha...kita wat tuk student YTM....
tengok la macam mane...kalu mampu,buat la...kalu x biarkan saja ia berlalu...cheewwaah...
tp ape salahnya kita gabung tenaga ngn Abg Firdaus & Abg Khairul wat program kan tuk YTM student...haha..tak salah rasanya....program bebas...mcm Aceh tu..huhu



dah2 r membebel tu aizuddin...apepun,terima kasih YTM...buatkan aku bertambah happy lepas lega present assignment....



p/s: plus,dpt 2 berita gembira jgk hari ni...1 call drpd En.Johari....terima kasih kerana dpt penuhi permintaan saya...moga ape2 yg aku inginkan tu dpt...Insya Allah..
1 lagi..berpeluang bertemu ngn dia...senyum2 manis gitu...huhuhu...senang hati tgk dia happy..

MENJAMAK SOLAT BUKAN TERHAD KETIKA DALAM PERJALANAN (SAFAR) SAHAJA


Salam...

hari ni nak berkongsi pengalaman sikit..

maghrib tadi aku & kawan2 solat berjemaah dimasjid...

kebetulan tengah2 solat maghrib,hujan lebat...

sampai la abis solat, so disebabkan hujan,ramai yang tak boleh balik rumah...

dengan tak semena2 aku dengar pak arab iqamah...so aku n kwn2 tertanya2 la...kenapa nak solat jemaah 2 kali...pastu ada la pak arab cakap,kalu tgh maghrib berjemaah,dan tetbe hujan,boleh solat isyak terus...untuk mengelakkan kesulitan...aku tertanya-tanya ada nama specific ke solat ni??

setelah buat sedikit pembacaan,baru clear....rupa2nya ianya adalah solat jamak...solat jamak tak terhad kpd utk musafir je..ada lagi manfaat/kemudahan yg boleh diaplikasi...utk tahu lebih lanjut..boleh baca buku nukilan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

***************************************

Tidak ada yang mempertikaikan tentang bolehnya menjamak sembahyang ketika berada dalam perjalanan. Terdapat hadis-hadis yang banyak menunjukkan bahawaRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memang pernah menjamak sembahyang ketika bermusafir.

Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sewaktu perang Tabuk, selalu menjamak sembahyang Zuhur dengan Asar (jamak taqdim-pen) bila berangkat sesudah tergelincir matahari (setelah masuk waktu Zuhur), tetapi apabila berangkatnya sebelum matahari tergelincir (sebelum waktu Zuhur) maka sembahyang Zuhur diundurkan baginda, dan dihimpunnya sekali dengan Asar (jamak ta’khir-pen). Begitu pula dalam sembahyang Maghrib, iaitu sekiranya baginda berangkat sesudah matahari terbenam (telah masuk waktu Maghrib), dijamaknya Maghrib dengan Isyak (jamak taqdim-pen), tetapi kalau berangkatnya itu sebelum matahari terbenam, diundurkannyalah Maghrib itu sampai waktu Isyak dan dijamaknya dengan sembahyang Isyak (jamak ta’khir).[1]

Kebanyakan umat Islam di Malaysia berpendapat bahawa menjamak sembahyang hanya dibenarkan kepada mereka yang bermusafir sahaja. Sebenarnya berada dalan keadaan musafir hanyalah salah satu dari faktor yang membenarkan sembahyang dijamakkan. Faktor sebenar yang menentukan samada sembahyang boleh dijamakkan atau tidak adalah kesulitan yang dialami oleh seseorang untuk menjalankan ibadah sembahyangnya walaupun dia bukan seorang musafir. Tentang hubungan antara menjamakkan sembahyang dan musafir, Syaikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah menulis:


Jamak itu tidak berkait dengan qasar tetapi terkait dengan keperluan. Apabila sahaja seseorang itu perlu untuk menjamak sembahyangnya baik ketika dia bermukim mahupun ketika dalam perjalanan maka dia boleh menjamak sembahyangnya. Oleh kerana itu manusia melakukan jamak ketika hujan yang menyulitkan mereka untuk kembali ke masjid. Juga dibolehkan menjamak sembahyang bila terjadi angin kencang di musim dingin yang menyukarkan mereka keluar menuju masjid. Juga dibenarkan menjamak sembahyang jika dia takut keselamatan hartanya atau yang semisalnya.[2]

Inilah rukhshah (kelonggaran) sebenarnya yang Allah 'Azza wa Jalla kurniakan kepada hamba-Nya sesuai dengan sifatnya yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Maka sewajarnya kita bersyukur atas kurniaan-Nya itu dengan menggunakanrukhshahtersebut dan tidak mencipta batasan-batasan tertentu yang tidak disyari’atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam. Apatah lagiRasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjamakkan sembahyang bukan kerana musafir atau hujan hanya bertujuan untuk memudahkan umatnya. Ini sebagaimana hadis dari Ibnu ‘Abbasradhiallahu 'anhu, dia berkata:

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang di Madinah (bukan dalam musafir) sebanyak tujuh dan lapan rakaat iaitu dengan menjamak Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak.[3]

Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu menerangkan:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjamak sembahyang Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak di Madinah (bukan dalam musafir), bukan kerana dalam ketakutan atau hujan.” Lalu orang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas: “Kenapa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berbuat sedemikian?” Jawabnya: “Baginda bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya.”[4] [5]

Kedua-dua hadis di atas sudah memadai untuk membatalkan pendapat mereka yang hanya menghadkan sembahyang hanya boleh dijamakkan ketika dalam perjalanan kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamak sembahyangnya ketika baginda berada di Madinah iaitu dalam keadaan bermukim. Malah hadis dari Ibnu ‘Abbasradhiallahu 'anhu ini dijadikan hujjah oleh ulama’ untuk membolehkan sembahyang itu dijamak asalkan terdapat keperluan yang mendesak dan valid demi untuk menghindari kesulitan yang dihadapi itu. Malah kata-kata Ibnu ‘Abbas bukan kerana dalam ketakutan atau hujan” secara tidak langsung menunjukkan bolehnya menjamak sembahyang jika kita berada dalam kedua-dua situasi tersebut.

Berkata Syaikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah setelah membawa hadis Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhu tersebut:


Inilah rambu-rambunya, setiap kali seseorang merasa kesulitan sekiranya tidak melakukan jamak maka dia boleh melakukannya. Namun jika dia tidak mengahadapi kesulitan maka tidak perlu menjamak. Namun safar adalah tempat kesulitan jika tidak melakukan jamak. Untuk itu dibolehkan musafir untuk menjamak sembahyang baik ketika dalam perjalanan atau ketika singgah di suatu tempat, hanya sahaja jika dia sedang dalam perjalanan maka menjamaknya lebih utama sedangkan ketika singgah meninggalkan jamak lebih utama.[6]


Syaikh Abu Ubaidah Masyhur pula berkata selain dari dalam ketakutan ataupun hujan yang lebat:


Diperbolehkan menjamak sembahyang ketika tanah dalam keadaan berlumpur, udara yang dingin, turun salju, sakit, angin kencang bahkan kerana adanya uzur atau kepentingan lain…Ibnu Taymiyyah berkata: “Mazhab Fiqh yang paling longgar dalam masalah menjamak sembahyang adalah mazhab al-Imam Ahmad. Sebab beliau telah membolehkan menjamak antara dua sembahyang hanya disebabkan adanya keperluan ataupun ketika sedang sibuk.”[7]


Selanjutnya Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:


Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi rahimahullah berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila ia ada suatu kepentingan, asal sahaja hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, dan menurut al-Khaththabi juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta inilah pula yang dipilih oleh Ibnul Mundzir.[8]


Telah jelas bagi kita bahawa sembahyang jamak bukan hanya disyari’atkan ketika dalam musafir. Sekiranya memang ada keperluan yang begitu mendesak maka dibenarkan untuk menjamakkan sembahyang. Hanya apa yang ingin penulis tekankan jangan kita terlalu bermudah-mudah dalam isu sembahyang jamak ini sehingga menjadi kebiasaan untuk manjamakkan sembahyang tanpa sebab atau kesulitan yang dihadapi seperti diamalkan golongan syi’ah. Ini adalah kerana hukum asal sembahyang itu adalah mengikut waktu yang ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya:


Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.[9]


Menurut Syaikh Abu Ubaidah kaedah umum yang disepakati oleh Ahlus Sunnah WalJama’ah adalah:


Hendaklah setiap sembahyang itu dikerjakan pada waktunya yang telah ditetapkan dan telah dinaskan dalam hadis-hadis Nabi, tanpa mengawalkan atau mengakhirkannya, kecuali jika ada beberapa sebab yang telah disebutkan dalam beberapa kitab fiqh dan sebab itu diperkuatkan oleh dalil syari’at yang diakui (keshahihannya).[10]


[1] Hadis riwayat Imam Abu Dawud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis no. 1208.

[2] Syaikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa : Bab Ibadah, ms. 413.

[3] Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Mawaqif al-Shalah, hadis no. 543.

[4] Hadis riwayat Imam Abu Dawud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud, Kitab al-Shalah, hadis no. 1211.

[5] Ada pihak yang menggunakan hadis ini untuk membolehkan menjamak sembahyang secara sesuka hati tanpa ada kesulitan. Syaikh al-Albanirahimahullahmenjelaskan:

Hadis ini tidaklah seperti apa yang disangka oleh banyak para penuntut ilmu bahawa sembahyang (jamak) itu boleh dilakukan bila-bila sahaja tanpa pertimbangan dan tanpa alasanpun… Tetapi jika ada sesuatu yang memberatkan untuk dilaksanakan sembahyang pada waktunya maka ketika itu boleh baginya menjamak sembahyang demi menghilangkan kesulitan tersebut ; baik berupa jamak taqdim ataupun ta’khir. Sesungguhnya alasansyar’i dari sembahyang jamak ini adalah untuk menghilangkan kesulitan dari kaum Muslimin. Maka jika tidak ada kesulitan tidak boleh jamak, dan wajib bagi kita memahami hadis di atas secara sempurna. Dan kesempurnaan hadis tersebut adalah sebagai berikut: Lalu orang bertanya kepada Ibnu ‘Abbas: “Kenapa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berbuat sedemikian?” Jawabnya: “Baginda bertujuan agar tidak menyukarkanumatnya.” Dengan adanya sembahyang jamak yang dilakukan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan mukim dan tanpa uzur turunnya hujan bukan bererti semua orang boleh menjamak sembahyang tanpa adanya kesulitan. [Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Fatwa-Fatwa Albani, (Edisi terjemahan oleh Adni Kurniawan, Pustaka At Tauhid, Jakarta 2002), ms. 88-89.]

[6] Syaikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa : Bab Ibadah, ms. 413-414.

[7] Syaikh Abu Ubaidah Masyhur, Total Koreksi Ritual Shalat, ms. 411.

[8] Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld. 2, ms. 227.

[9] al-Nisaa’ (4) : 103

[10] Syaikh Abu Ubaidah Masyhur, Total Koreksi Ritual Shalat, ms. 399.

Sunday, January 16, 2011

Telur Rebus !!!

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk ke rumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklum ler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.' Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!! '

p/s :hahahaha!! bila dh kawin xtau dh nk cover2 ni...sume benda akan terdedah...tp malang tul 'aku' dlm citer ni...silap dedah...haha

Saturday, January 15, 2011

'Tetamu' sementara Melawis


Salam...
sekadar update sikit je selepas berhempas pulas membaiki error assignment data struct..
nnt kena buat quiz TIT lak..kena anta isnin ni....kena submit assignment lak isnin ni gak...report xwat lagi...assignment web lak selasa ni kena present...byk lg compang camping...huhu...xtau cukup masa ke x...
minta2 la dipermudahkan...kpd teman2 lain jugak...

ari ni ada tetamu duk 'menginap' kejap di Melawis ni...
sbnrnya aku perasan lama dah tetamu ni berbunyi meminta tolong...
meminta makanan....
meminta diri dipanaskan...
maklumla tpt tinggal nyer dalam longkang...
tambah2 lagi hujan pagi / ptg...so suasana bertambah la sejuk...
sejak aku balik training silat lg,aku dh perasan bu
nyi pekikan tetamu ni...
tp aku just fikir maybe ada yg menjaga dia...tp tak balik lagi...
so biarkan la....
nak dijadikan citer,ptg td,lepas kelas Computer Network,lalu je situ...
masih lagi bunyi pekikan tetamu ni...
so aku bercadang tuk amek dia...jempu
t dia ke rumah aku...

tetamu yang dimaksudkan adalah anak kucing !! aku rasa maybe dh xde mak nyer...pasal 2 3 hari sebelum tu ada seekor kucing mati kat tpt tu...besar kucingnya..warna coklat gelap2 sikit...aku syak tu la mak nyer...

sebenarnya,agak blank gak aku nk buat ape...pasal aku
tau nk jaga anak kucing yg masih mata tertutup,pendengaran pun kurang,hanya bergantung pd hidung ni bukannyer senang...kena ada method2 yg kha
s...dh la umah aku ni xde ape2 yg sesuai utk dia...kesian lak tgk,bising2 dia ni...lapar kot..dh 1 hari or 2 hari suntuk xminum susu...ptg tu jgk aku usahakan mane bleh...mane yg aku mampu...masa gi beli susu tuk kucing ni,aku perasan rupanya ada lg seekor kt dlm longkang tu...bunyi2 minta tolg gak...tp lg slow...aku mula nk biarkan dulu...last2 jemput jgk tetamu yg kedua ni....agak kecik sikit yg ni..

haaa...ni la kucingnyer...tetamu pertama...tak bg nama pun...tp kitaorg gi tibai panggil ahmad albab pasal duk memekik je xhenti2...tutup je kotak tpt duduk dia,dia senyap...buka je penutupnye,dia bising balik....ish3...

ssh nk jaga mereka ni...byk karenah jgk la kan...mcm kita jg bdk2 kecik gak...bagi susu,xnak...tolak...duk tepis2...toleh2..rasa nak tenyeh pun ad
a...haha...xpe2...duk borak2 ngn bdk2 umah...ada r yg tyer member2 sape yg nk bela kucing ni...kebetulan mmg ada yg tertarik sbb minat nk jg kucing...sbb anak kucing dia dh mati...so malam sikit kitaorg kasi la kpd org tu...harap2 ok la tu...pengalaman dpt ckit...almaklum la,kecik2 dulu nak bela mak ayah x kasi...so skang baru merasa sekejap....cita2nya nak bela arnab...tu tetap dlm hati lg...huhu...satu hari nnt...insya allah...nak bela arnab...ni hajat drpd kecik lg...btw,terima kasih la pada yg bg tips2 nak jaga tu...ramai jgk yg kasi...atleast tahu r sikit2....

arnab di CLC,wkt prog CLS....geram shial..aku nk je culik bwk balik...aarrghhh!!!
kalu jaga kucing dah susah,nak jaga rabbit...lagi r susah...tu rasanya sume well inform...huhu..xpe2...satu hari nnt...

Friday, January 14, 2011

Happy Birthday Cikgu Zamir

Salam~~

huuu..
midterm Data struct semalam,menjadi penanda...
yang midterm aku sem ni suda abis!!!
tp.......

assignment still ada lagi...kena anta isnin n selasa ni...
fuuhh..
kena kerja keras start ari ni n esok dan juga lusa....
kasi siap sume menda...

byk lagi tak siap ni...pening bila nk detect error ni...huh~~

tp semlm nk dijadikan citer..lepas midterm...aku turun la training...
ikutkan hati taknak turun pasal nk siapkan assgnmnt ni...
tp memikirkan ari smlm ari special buat seseorg...
aku luangkan masa tuk itu...
semalam...alhamdulilah....dpt lagi sukatan pelajaran baru...
terima kasih cikgu...
berbual panjang jugak dengan beliau...byk yg diciterkan...
masa dia muda2 kat UKM...mcm mane beliau belajar Silat ngn Cikgu Idris kat UKM...
siapa partnernya...pengalaman buat persembahan....fuh...menarik..ada yg diciterkan...walaupun tgh buat persembahan tu,terluka sbb kena senjata...sanggup abiskan dulu persembahan tu...baru r gi hospital...punyer semangat...salute r...igt senang ke nk tahan kalu dh kena parang kat muka...nasib baik kena sikit...tu pun dh berdarah byk...

dikongsikan sedikit teknik2 setiap asas gerakan...terima kasih la cikgu...
abis je training...kami adakan surprise tuk cikgu...sebab ari semalam 13/1/2011 merupakan HARI LAHIR beliau...huhu...so kami jemput dia turun kat PS (sbb tpt training kali ni kat aeroart)...makan2 la kami disitu...terima kasih la kepada mane2 yg terlibat krna mengadakan majlis macam ni...bukan selalu kita buat...lagi2 utk cikgu silat kita ni...tahniah pada yang terlibat...maybe ni la salah 1 cara tuk kami hargai jasa cikgu...huhu...

sekali lagi...

SELAMAT HARI LAHIR
kpd
CIKGU MOHD ZAMIR BIN MOHA SHARIFF


semoga murah rezeki dan sentiasa berada dalam lindungan-NYA.

*****Sedikit gambar tuk tatapan******




***ni lak video sesi memotong kek***



btw,cikgu dah dpt surprise drpd isteri dia waktu dia mengajar kat sekolah(SBPI) pagi tu...wahh..sweet...sanggup isteri dtg bawak kek ke sekolah dia mengajar..masih romantik gitu~~

ape2pun...aku jugak yang untung...pasal dapat bawak balik makanan lebey...sume reject,pastu kasi kat aku....hurm...buat2 tolak tp ambek jugak...haha..smpi2 umah,amek ko...abis dh separuh...aku ngn afiq r tibai...hahaha...thx...

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Salam....
satu lagi tarikh cantik tuk tahun ni...
tp minggu teruk tuk aku n kwn2 lain...
pasal minggu ni minggu antar assigment bagai...
1 midterm lak hujung minggu ni...
tadi dah settle 1 test...
aku pakai buat je...tak tau la betul ke tidak..
tu pun nasib baik sedar ada careless mistake...
tp tu baru sedar 1...yg lain xtau r...
huhu....

1 assignment = tak siap lagi....data struct...ak
u takut tragedi dulu berulang lg...risao sbnrnya...tp berlagak cool je...huhuhuhu....tak start lg ni...xtau nk mula cam ne...walaupun dh bljr sebelum ni...hurmmm

1 lg assigment = on progress....huuu...ni la 1-1 nyer assignment yg aku wat bersungguh....xtau knp...aku tertarik la ngn cara membuat website ni...start week 3 lagi dah searching2 dah...mane taknyer assignment ni ko kena master or pandai 4 or 5 language computer [ html,css,javascript,php,sql + flash ] tu belum masuk yg jquery lg...waaaahh..mmg interesting r...sebenarnya dlm hati ni terpasang cita2 nak buat website sendiri n hack website sendiri tu...ni normally cara org praktis or nk tau website kita tu gagah ke x....aku masuk CEH tu pun sbb kat iklan ada mention pasal ni...tp bljr SQL injection je...x detail mane...tp apekan daya...aku xterer or paham sgt konsep basic co
ding2 ni...teori tu leh r ckit2...tp bila suruh wat..hancur...nama je budak IT...tp tak produktif...xpe la...aku harap searching2 ni tak abis sampai sini je r (sbb aku selalu x istiqamah...huhu)...
mcm seorg senior ni,dh ada company sndiri wat design2 website ni...saudara ijud..huhu...mantap r dia...


serabut bila coding ada error....

hurmm...dah r...tu je r setakat ni...btw,bersyukur gak ari ni...dapat belajar something yg baru...ni lebih kepada silat r...Rajawali 47 & Golongan 51...so ari ni kena hafal 98 gerakan...wahahaha...dah r baru abis midterm...masuk la menda alah ni...takpe2 masyuk tu...jarang2 dapat ni...kena hargai...ok r..setakat tu je r...sesaje menaip sbb tarikh ari ni canteeekkk....

yeaahh...maulana Mubarak...haha...td sesaje gi singgah kat clc tu..dpt chance pakai pakaian org2 besar kat arab...huhu...

Saturday, January 08, 2011

Gambaran Alam Mahsyar

Salam...seteleah seminggu kita ditahun 2011...

harap sume ok2 jer...aku skang tgh mood pening kepala melayan coding tuk 1 assignment...ada lg 1 assigmnt tuk coding gak..tak mula lagi yg tu !! exam lak isnin ni...tak study lg...!! takpe2 la...biarkan dulu tu,

ni tu menyempurnakan task usrah aku...kami ada belajar pasal rukun iman[percaya pada hari kiamat] tajuk feveret aku...so task kami kena la post something tuk ingat mengingati...terdetik tuk aku kongsi artikel ni...sebenarnya dah lama hati nk berkongsi ngn semua sebelum bulan puasa tahun lepas lagi...tapi tak yakin dgn diri...ada sebabnya...bagi aku, benda ni berat sikit tuk dipost..ada sebabnya...tp,aku post la tuk kongsi bersama...harap menginsafkan..

************************

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain..Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
  4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
  6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

  • Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
  • Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
  • Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
  • Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


Read more: Aby RAd's blog: Gambaran Alam Mahsyar http://abyrad.blogspot.com/2010/05/gambaran-alam-mahsyar.html#ixzz1ANQW3imC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...