Pages

Tuesday, December 28, 2010

Jangan kerap korek telinga !!


Salam...
sekadar update sikit...
aku skang demam...sbb ape??...disebabkan ada bisul kat telinga...
dh byk kali dah jadi...sakit dia smpi bleh wat demam...
so lepas baca artikel ni...baru ku tahu kenapa selalu aku kena bisul kat telinga...
sbb selalu bersih !! haha...
sbb aku selalu korek...(jgn pikir kotor,pikir dari segi sains...huhu)
rupanya ada fungsi gak la tahi telinga tu...huhu..
cantikkan ciptaan tuhan??setiap benda dicipta ada fungsinya...


Telinga terdiri dari 3 bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar pula terdiri dari 2 bahagian iaitu cuping telinga dan saluran telinga luar. Cuping telinga mudah dipegang dan dapat dilihat melalui cermin muka. Itulah salah satu anggota yang sunat kita sapu

sebahagiannya ketika mengambil wuduk dan wajib pula terkena air ketika mandi wajib. Apabila mandi wajib, hendaklah kita menggoyangkan anting-anting kita ke depan dan ke belakang supaya air juga terkena pada celah-celah tindik telinga. Berhati-hatilah jika kita mengikuti fesyen semasa yang banyak tindik di telinga. Saluran telinga luar bermula dari lubang telinga yang kita boleh rasa dengan tangan sehingga gegendang telinga yang berupa dinding di hujung bahagian dalam saluran telinga luar.


Panjang saluran telinga itu adalah kira-kira 3
ke 4 sentimeter dan garisan tengahnya kira kira 0.8 ke0.9 sentimeter. Pada 1/3 bahagian luar saluran telinga luar itu terdapat bulu-bulu roma, kelenjar sebum dan kelenjar tahi telinga. Tahi telinga bukanlah najis. Ia juga dikenali sebagai lilin telinga atau “ear wax”. Ia hanya terbentuk di 1/3 bahagian tepi luartelinga luar. Pada 2/3 bahagian dalam saluran telinga luar seharusnya bersih, tanpa sebarang kotoran atau tahi telinga.

Saluran telinga luar juga terdiri dari kulit sama seperti di permukaan tubuh yang lain. Kulit di saluran telinga luar tumbuh dan bergerak dari permukaan gegendang telinga ke arah luar saluran telinga. Apabila kita membuat pemeriksaan telinga dan meneropong ke dalam saluran telinga, kita akan mendapati permukaan kulit di dalam saluran telinga itu bergelombang halus seperti gelombang air laut di tepi pantai. Pergerakan permukaan kulit di saluran telinga luar itu membawa serta tahi telinga yang terhasil di tepi 1/3 saluran telinga luar ke arah cuping telinga sedikit setiap hari.



Ketika kita menyapu telinga kita dengan tuala mandi selepas mandi, kita sebenarnya telah membersihkan telinga kita. Jadi kita tidak perlu mengorek telinga dengan putik kapas atau apa saja benda yang biasa digunakan untuk mengorek telinga. Berbagai masalah telinga boleh timbul dengan sebab mengorek telinga. Telinga terlampau bersih sehingga tidak ada tahi telinga langsung. Telinga yang terlampau bersih ini akan menyebabkan kulit telinga menjadi kering dan telinga menjadi perit, sakit atau gatal. Makin kita garu dengan putik kapas atau makin kita korek telinga itu dengan berbagai benda pengorek telinga maka makin sakit dan gatal telinga itu jadinya. Ini akan menyebabkan jangkitan kuman di saluran telinga luar dan telinga boleh menjadi bengkak dan bertambah sakit.

Kadang –kadang kulat juga boleh menjangkiti telinga dan menyebabkan telinga menjadi sakit. Ada kalanya cecair yang dikenali sebagai air bisa boleh juga keluar dari sel-sel di telinga luar yang radang. Ia ada kalanya gatal dan berbau hanyir. Jika telinga dikorek terlalu dalam, ia boleh menyebabkan gegendang telinga menjadi pecah. Jadi ada pelbagai masalah yang timbul akibat mengorek telinga. Pendek kata, mencegah itu lebih baik dari mengubat. Jadi janganlah korek telinga anda walaupun dengan putik kapas. Telinga dapat membersihkan dirinya sendiri tanpa pertolongan kita.


Dr.Srinovianti Noerdin, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pakar Kuantan

source: ummiabqari/Buletin Badan Nadwah Islamiah Pahang Edisi 02/2010

0 celoteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...