Pages

Saturday, September 12, 2009

Hukum Solat Jumaat Bagi Wanita..

Salam...
sebelum ape2 lagi baca la dulu artikel ni....
************************************************************************************
HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSLIMAT

Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]”

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]”

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini[dimaksudkan no 5] disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.


************************************************************************************

mengapa kali ni aku post entry ni??
sebab hari jumaat ari tu time nk wat discussion group,aku dapat soalan killer dari kwn2 aku non-muslim.....ni bukan kali pertama aku kena...sebelum ni aku dapat jgk mcm2 soklan drpd diorg...tp kali ini lain sikit....sbb kali ini susah aku nk explain kat kwn aku ni kasi dia faham...

dialog kami :
kwn aku : "aizuddin,hari ini kamu sembahyang jumaat kan?"
aku : "yup"
kwn aku: "sampai pukul berapa?"
aku : "dari pukul 1 sampai pukul 2"
kwn aku : " owhhh, semua kena ke?"
aku : "laki sahaja"
kwn aku : "perempuan?"
aku : "tak"
kwn aku : "kenapa pulak?"
aku : ......
kwn aku : "mcm tak adil je"

waktu tu aku hanya senyum je....wktu dia tyer aku "kenapa pulak?" aku nk jawab benda ni dah dinyatakan dalam hadis nabi...tp aku pikir2 balik kalu aku terangkan dekat dia...benda ni akan jadi lebih rumit sebab dia tak tau ape itu hadis,ape itu sabda nabi,hukum hakam dalam islam......
so aku xnk merumitkan lagi keadaan,aku decide utk senyapkan diri dan aku senyum dekat dia...aku x salahkan dia sbb dia tak faham agama Islam tu mcm mane....kita yg bertanggungjawab tuk bagi mereka sume faham...tp aku gagal kat situ...puas aku memikirkan utk bagi kwn aku ni faham dengan penjelasan yg simple....tp susah....takut2 dia salah faham atau aku salah utk menyampaikan ape yg aku tahu...

tp syukur dengan soklan dia tu...aku menjadi lebih ingin tahu akan hukumnya.....dan aku cari hadisnya...dan jumpa...aku bertambah yakin dngan hukumnya...

so maybe post ni jgk utk input para pembaca blog aku...mane tau tetbe dpt soklan mcm tu jgk kan....kita cuba kasi dia faham ttg agama kita....Islam itu syumul(sempurna)...
maybe ada para2 pengkomen ingin berkongsi pengalaman atau ilmu dipersilakanlah utk komen yek....moga2 boleh jadi input berguna kepada aku jugak....Wassalam....

16 celoteh:

Anonymous said...

uddin,
yg bertanye ni geng ko yang kat clc tu ke?

erm...

Princesa3290 said...
This comment has been removed by the author.
Deen said...

to nurafaz :
yup geng aku kat clc tu...knp?

to afifah :
cuba ko baca artikel aku betul2...

"muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat"

bkn bererti haram..tp tak diwajibkan...dan kalu ko baca lagi sume hukumnya harus bknnya tak boleh langsung....tp aku xtau kat m'sia ni mcm mane....drpd bahan dlm entry ni tu je yg aku tau....wallahualam(kalu salah betulkan aku)

Exo Des said...

Yare2.

Ko patot explain sampai mane ko boleh explain. Bukan senyap. >_<

Deen said...

aku takut nnt salah explain
atau
jadi lagi rumit utk describe...

Exo Des said...

Xde. Atleast, explain sampai mana ko taw. Mane taw terbuka pintu ati die ke.

PS: Ko xyah fire ak balik lah ak ckp psl ni ek. XD

Deen said...

aik takut kena fire balik ye bang??

kalu ko tau sifat kawan aku tu ko akan wat cam aku jgk rasanya...

bdk cina kwn aku ni suka mempertikai benda2 yg di tak paham....pastu ckp2 kasar...takut2 leboh teruk je...

lagipun wkt tu aku was2 pasal wanita ni haram or harus solat jumaat...

Anonymous said...

dh agak dah..

aku terserempak ngn depa pas aku gi lab...
al-maklumlah..eksperimen tak menjadi..

mungkin die nmpak kitaorg time tu..
tu yg die curious nk tanye..

tak silap aku de kent & jason kan?

^_^

Deen said...

xde la...
diaorg tu tyer aku sebelum nmpk korg lg...
dia tyer aku wkt kumpul kat acr lg....

hjh qil said...

Salam. aizuddin, apa nama judul buku mengenai hukum2 solat jumaat bagi perempuan?

Deen said...

hmmm
saya tak tau la pulak...
bahan dalam post ni saya search kat internet...tp drpd website yg boleh dipercayai la...mcm e-fatwa.gov...
hadith2 dia sy kenal pasti dulu kesahihannyer...

maaf la x dpt tolg...

Unknown said...

As salam Aizudin,

Google ttg solat Jumaat-hukum bg wanita... Jumpa blog kamu... Thanks a lot for the info :)

Jemput blog saya, maybe we can share something someday :)

Salam ukhuwah fillah~

Unknown said...

assalammualaikum,. :)
anyway..sy pun sedang menghadapi perkara yang same,lagi masalah bile kawan lelaki non-muslim yg bertanye pd sy, as perempuan..sy tekebil-kebil jugak nak jawab,so..sy mencari,and jumpa.sebenanye sy x tau cara yang terbaik nak sampaikan pada dia,yelah..salah ckap susah pula kan.cuma sy jawab dengan persoalan setakat mana fahaman dia terlebih dahulu tentang solat jumaat,alhamdulilah,..dia tau sdikit sebanyak, so x susah sangat nak terangkn lagi,.cuma basic je la, coz kalau masuk kan hadis semua nie takut time tu salah sebut pulak,but now sy lebih yakin untuk jelaskan pada dia if disoal lagi.. :)

Deen said...

Waalaikumsalam,

kita just boleh sampaikan setara yg kita mampu je..setakat ilmu yg kita ada,utk kemukakan dalil mmg ssh,kena pakai logik akal dgn diorg.Tp kalu rasa tak boleh,kita serahkan pada kwn2 kita yg lebih alim utk menyampaikan atau selesaikan persoalan dlm benak fikiran diorg.Moga terbuka hati mereka ke arah Islam.Alhamdulilah la kalau kwn tu ok.

Unknown said...

Bg sy ada kemuskilan pada hadis Solat Jumaat bg Perempuan tu...
Kemuskilannya - solat taraweh sunat berduyun2 lelaki dan perempuan menunaikannya
Solat Jumaat Wajib kenapa perempuan tak solat Jumaat? Bg hambo klw hadis Rasullulah Saw itu benar tidak wajib bg perempuan takpalah..jngn hadis yg Palsu sudah...sapa nk tangungjawabkan...

Sbb Dalil Alquran menyatakan Wajib solat Jumaat bg Kaum beriman..
Kaum beriman itu lelaki shj ka?
Perempuan tak beriman ka?
Lainlah klu Alquran menyatakan Wajib solat Jumaat bgi kaum lelaki...tidak ada satu Dalil pun yg menyatakan Solat Jumaat untuk Lelaki...

Harap benarlah hadis tu,takut bukan dari RASUL shj...
Klw benar wajiblh beriman ngn Rasul dan kata2nya adalah wahyu...
Semoga kita diberi pertunjuk Yg Benar

pandangan said...

Mak cik di tegur oleh kawan dari Algeria nape tak gi jumaat. So i googled ,thank you for your writings. Even di Mekah kami tak digalakkan , sebabnya adalah untuk beri ruang bagi kaum lelaki. Kerana masa tu semua lelaki sembahyang serentak. Tapi terfikir juga Kalau semua perempuan ikut macam sembahyang terawih bulan puasa-terlampau sempit.
Juga dia tegur orang Malaysia tak sedar khutbah tu sebahagian dari solat jumaat. Orang kita siap sembang tanya khabar dan bersalaman pada mereka yang baru sampai.mereka anggap itu membatalkan ibadah jumaat. Sembahyang jumaat itu bagi mereka adalah panjang jika dibandingkan zohor dengan itu tinggi pahalanya. Sebab tu petempuan mereka pun nak ikut sama. Allahualam. Tadi excited nak gi. Now muskil....thank you anak muda, we keep on learning

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...