Pages

Wednesday, September 30, 2009

Soal Jawab Manusia & al quran

Salam...
sedang aku tgh syok2 mendownload movie...
terbaca artikel ni dalam satu forum....
n aku rasa sgt berkait ngn aku lar...terutama soklan2 yg diajukan kpd manusia tu...

nk tau ape yg dityer n ape yg dijwb...baca la artikel ni..

Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
________________________________________

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45
________________________________________

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111
________________________________________

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129
________________________________________

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB:
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

moga2 dpt bagi manfaat kat sume....ni sbnrnya khas tuk aku n sape2 la yg pernah kuar dlm pala otak dia soklan2 cam kat atas tu.....lagi2 time exam ni kan....mesti ada yg give up ke frust ke...so boleh la igt ape yg ayat quran ni jwb...kekdg aku pun tergolong dlm org2 yg bertyer soklan tu...

p/s: ape2 pun...doakn utk aku jwb 2 paper lagi...hari ni dan esok....paper ni yg bleh kata gerun jgk la nk jwb.....2 paper dah pun lepas....agak2 tak brp nk sikit nk ok la[bhsa ape ini? hahaha]....

Monday, September 28, 2009

Kelebihan Solat [sedikit pengisian sebelum exam] huhu..

Salam....

walaupun exam tapi keinginan utk aku update blog kian membara...
waaahhh....kalu semangat ni tuk jwb exam kan bagus...huhu...

ada r sikit benda nk kongsi mongsi....kekdg kita solat just pikir tu adalah kewajiban setiap muslim...n kekdg terpikir gak aku selain tu ape istimewanya solat ni?...so diberi hidayah tuk cari sikit artikel pasal kelebihan solat ni...selain menunaikan kewajiban ada jugak benefit lain yg kita dapat....kalu nk tau baca la artikel dibwh...kalu dah tau ikut la nk baca ke xnk....

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

haaaaa....agak panjangkan ....tapi ada la manfaatnya, kalu dapat sikit pun xpe....at least tau la sikit2 kan...

p/s: hari ni first day exam tuk aku dan jgk kwn2 yg ber'course'kan degree IT....gud luck sume...

Saturday, September 26, 2009

Ku fikir..ku renung...ku jd resah

Assalamualaikum

hmmm...x byk nk tulis sgt...
sekadar ingin meluahkan sedikit resahan hati di blog aku....
kat mane lagi nk luah kan...
hehehe....

exam aku x lama lagi...
hari isnin,selasa,rabu,khamis dan selang sikit ada lagi 2 exam yg dtg...
utk 4 hari direct ni aku x bersedia walau sikit pun...

masih byk lagi aku x paham
masih byk lagi aku blur
masih byk lagi persoalan timbul bila tgk soklan
masih byk lagi topik yg belum cover
masih byk lagi subjek yg tak revise...
menyebabkan aku byk riso maaaa...waaaa

makin aku fikir makin kecut sihhh...exam dah dekat..tak lama dah...kengkwn lain kebykn exam lmbt sikit dari aku....dah la exam aku direct...hadoiyai...silap aku jgk....x tumpu dari awal2[tp sebenarnya dah wat pun tp still x paham2 jgk]...xleh nk tunding jari kpd sape2...salahkan pd diri sendiri je la...tak reti nk bahagikan masa antara study & aktiviti2 lain....aku riso ape nk jadi pd sem ni...sume subjek core...ke enam-enam sbjk ni...tp 2 drpdnya x brp sgt la...dapat ke nk cecah 3.30???? mcm mustahil bila tgk atas pencapaian diri ni.....

hari ni pun duk tgk 1 soklan je...x berganjak walau sikit pun...x paham tu satu,tak leh concentrate satu...maybe sbb ada gangguan media ni...hahaha...sedih jgk mengenangkan ape yg terjadi....mcm mane la senior2 aku kat MMU ni hadapi sume ni...mesti payah kan???

nnt bila graduate nnt mesti graduate dgn perasaan puas sgt sbb dpt hadapi sume cabaran ketika bergelar student...boleh bayangkan....moga2 dapatlah aku tempuhi sume ni....amin...

SELAMAT MENJAWAB EXAM SUME..(^_^)

p/s: ...database...uihh....digital system...xpham2.....mandrin...byk nk kena igt.....tech com...ok r....math tech 1...tak senang duduk mengira....computer programming...arggghhh yg ni ssh giler ni....hehehe...

pp/s: jgn kisah sgt post ni....hmmm

Friday, September 25, 2009

Insiden => Maut ??


Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


huh~~~
tetbe igt lagu ni....bila terkenangkan 'insiden dNangka' tadi...andai ditarik nyawa waktu tu...bagaimana la aku dihisab dialam satu lagi nnt...adakah amalan aku dah cukup??x lagi masih byk kekurangan yg perlu diperbaiki...bersyukur kehadrat-Nya kerana masih diberi peluang tuk bernafas lagi...alhamdulilah....hanya tu yg mampu ku ucapkan~~

Wednesday, September 23, 2009

Raya raya raya...hmmm

Salam..
huuuuhhhhhuuuuuuuu...
kali ni raya yg agak bersahaja...
tak raya sgt..dek kerana ramai adik beradik parents tak balik kg...
tapi walaupun x semua balik, 4 anak-beranak balik ke kg pun dah kecoh...
mane tak nyer,masing2 bwk angkatan 'tentera' masing2...sumenya kecik2...
aduihhh puas nk melayan sume bebdk ni...yg besar la yg kena jaga kecik2 ni...
tp tu mmg rutin aku tiap kali balik raya....kena awasi bebdk ni main..takut2 kuar umah ke ape ke...ada la snap gambar2 diorg nie..

ni dok main tepi tangga jatuh kang baru tau...! mai sini main tpt lain...hahaha
duk bergurau tak abis2...(ala mcm la aku x mcm ni jgk dulu..)

yg part best nyer malam raya pertama.....diadakan pesta main bunga api besar-besaran...
kelantan mmg senang r dpt benda2 cam ni...tmbh lak ada lagi mak teh kirim bunga api baik punyer dari KL...merioh mlm tu...bising...

ada la beberapa video disediakan...




ni la mercun yg dikirimkan tu...dengar kata harganya mencecah smpi RM300...dpt free...yuhhhhuuu...satu kotak tu 25 das...satu lagi 49 das...

ni yg sempat aku rakam wkt bakar mercun tu....gmbr x clear pasal aku duduk betul2 bwh bunga api tu ...dengan nk mengelak dari arang bunga api tu jatuh lagi....mcm hujan batu je...kena jgk 1 2 kat kepala...nasib baik x benjol...sume ahli2 umah join tgk n diketuai oleh pak su aku..hahaha..



25 das nyer....



49 das nyer...

just nk kongsi mongsi je....till then SEE YAA..

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam...

haaa...hari ni dah malam raya dah pun....
esok sudah raye sihhhh....
sekejap je bulan ramadhan dah abis...
org selalu ucap selamat graduate dalam bulan ramadhan....
tapi aku pikir2 balik...aku graduate ke???
rasanya x lagi...kena repeat ni...byk lagi kelemahan diri yg perlu aku perbaiki...
bila diimbas kembali...mmg byk benda aku tempuhi sepjg ramadhan ni...
paling aku tak boleh lupa perasaan "tu"....ape dia? shhhhhh~~ aku dah lupakan benda tu sume...
bulan baik ni buka cerita baru....

so yg nak diketengahkan adalah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
DARI SEORANG HAMBA YG KERDIL NI


maaf atas semua kesilapan aku selama ni..(-_-)

p/s: wish kat dlm blog penganti drpd wish dlm kad raya n sms(kedit dah abis tuk balas msg kwn2)...suriiiii....

Friday, September 18, 2009

Balik Rumah...ooo balik kampung...

Salam...

haaa.....
dah lama tak update blog....
almaklum la minggu lepas n minggu ni straight ada test je....
naik serabut kepala otak ni....
mcm final exam lak....
teringin jugak nak senaraikan ape yg telah aku lalui sepjg minggu2 tu...
hmmmm...rewind..!! cheeeiiiiitt....

5 /9/09 - Iftar Gayong D UKM
6/9/ 09 - Belia Masuk Kampung (baru balik dr UKM straight ke prog ni...x sempat tdor huhu)
7/9/ 09 - Iftar Perdana & Midterm Mathematic Technique I
8/9/09 - Written Test utk Computer Programming I(susah giler !!!)
9/9/09 - Listening Test Bahasa Cina(laju bebenor org dlm recording tu ckp),Iftar BE & Main Badminton Bersama BAK
10/9/09 - Computer Replacement Class(ni pun nk tulis ke?! haha)
11/9/09 - Assignment Bahasa Cina kena antar..!!
12/9/09 - Berbuka Puasa bersama ngn YDP Gayong Negeri Melaka(cikgu Ismail)
13/9/09 - Berlatih Persembahan utk Bahasa Cina & Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim anjuran SRM

Minggu seterusnya..

14/9/09 - Quiz Computer Programming,berlatih tuk presentation Bhsa Cina & berhempas pulas memikirkan coding tuk assigmnt 2 Programming
15/9/09 - Presentation Technical Communication & berlatih tuk presentation Bhsa Cina
16/9/09 - Presentation Bhsa Cina(kena nyanyi dlm bahasa Cina..tahniah sume..9/10 yek siap ada sketsa lg tu haha),submit report tuk programming(Student Recording Detail System) &Replacement class tuk Mathematic Technique I
17/9/09 - Present system depan lec(rasa cm teruk sgt) & Lab Test utk Digital System(rasa cam nk meraung pun ada)
18/9/09 - Balik Kampung !!

haaaa tu la dia jadual aku utk 2 minggu lepas...mmg stress sikit...SEM ni 6 subjek n sume pun susah2...so mmg agak payah tuk aku bahagikan masa....

tp yg nk citer ni time presentation Mandrin,haha...lagu yg dipersembahkan adalah LAU SHU AI DA MI....start drpd ahad lagi kami [aku.mira.nadia.hajar.mohana] berlatih...ye r...nak kasi lancar la katakan...hafal pun x la byk sgt....dulu aku ulang smpi berpuluh-puluh kali lagu ni just nk kasi boleh sebut perkataan dia...belum hafal lagi tu...smpi lenguh mulut aku...haihhh...
tapi alhamdulilah berkat latihan yg konsisten..dpt jgk perform dengan bagus..dlm byk2 kump,kump kami je ada drama sikit...sape hero??? haaa mmg xde org lain dah...aku!!! menangis aku dibuatnya kena jadi jiwang kejap...adoiii...geli aku skjp...karakter yg aku pgg jadi mamat yg suka kat seorg girl ni tapi malu nk ckp...benda ni aku percaya sume org pernah rasa...so senang nk menjiwai watak..cewwwahhhh...hahaha mcm la pelakon layar perak sgt...tp tu la kenangan aku bersama group2 aku yg lain(walaupun kena pgg benda2 love tu..waaa)..utk pengetahuaan group aku..alhamdulilah dpt pujian drpd group2 yg lain sbb perfomence yg different & lakonan yg funny...tahniah atas usaha2 anda sume...CONGRATZ..

abis je tu kena memikirkan pasal tugas assignment programming lak..kena siapkan system...aku mmg x pro dlm benda2 ni....byk aku tertinggal dlm programming...tp nasib baik la ada kawan yg sanggup ajar aku..tu pun aku x paham sepenuhnya lagi...mcm mane la nk jwb final nnt..alhamdulilah siap sumenya....lepas tu lak kena pikir pasal Lab Test...

Pada hari Lab test tu aku hampir2 give up dah...sbb kalu selalunya wkt lab, partner aku yg bhgian design circuit...aku wat jgk tp bila aku wat je mesti result dia fail...tp kalu partner aku wat je ok...so aku takut la time lab test ni sbb kena wat seorg2 dah...bkn ngn partner....first stage kena wat circuit timer dulu...perghh part ni...smpi 4 kali buat cabut, buat cabut...tgk partner aku dah siap dah..yg lain pun kebykan dah buat stage ke-2 dah...mmg dah nk pikir negative dah wkt tu..tp motivasi balik diri dgn berfikiran positive dan yg penting bersabar..berkat drpd tu dengan tak semena-mena nya..stage pertama jadi....terus ngn stage ke-2 yg wayarnya berbelit-belit...yg ni lagi susah...tapi aku wat slow2..mmg slow giler...n lastly...try kat power supply...tup2 menjadi....xde salah pun...pergh...bersyukur sgt2...kat situ aku nmpk hikmah bersabar & berfikiran positive...kalu ikutkan hati dah lama dah aku kuar lab tu...tp sikap yg aku mention td la yg menyebabkan aku stay kat dlm tu....just nk share ngn kwn2,bkn nk kata diri ni bagus sgt.... tapi maybe bleh bagi manfaat pd yg membaca walaupun sedikit...byk2 la bersabar yek dlm menempuhi pelbagai masalah yek..(^_^)..


tgk...berserabutkan circuit aku..tak mcm org lain...lawa je susun...almaklum la...x selalu aku wat....selalunya aku part report n part tgk2 je...hahaha...

After Lab test ni...aku bebas wat sementara...ape lagi ke bandar r....sebelum ni asyik tahan je tgk bebdk umah beli baju or shopping sakan....ye r..diorg dah abis awal2 lagi...tinggal aku je yg berderet task2 yg nk disiapkan....eden sobar je la....aku n bebdk group aku ke bandar tuk jejln selepas menghempas pulas tuk siapkan sume benda ni....aku mmg ada tujuan r..nk beli baju raya kot....org lain sume dah beli wkt cuti midsem dulu...aku x balik wkt tu,so x beli la lg..dah lama x beli bajunyer....so kali ni terlintas lak nk beli....so kami pergi ke MP dulu dengan niat nk berjumpa la ngn aleep, fain n sifi...diorg dah kuar awal2 lagi tuk shopping raya jgk...tgk2 bila kami smpi diorg dah bla sbb sifi nk prepare present drama esoknya...baru plan nk berbuka ramai2...last jejln memenatkan kaki jer penat pun keliling MP jgk kan..kami berbuka kat NEWTOWN bkn part yg makanan Haram yek(Mira ngn selamba lalu situ.... hahaha) tpt Halal nyer n then selepas berbuka n solat..kami pun ke destinasi seterusnya, setelah penat bertawaf utk cari jalan kuar dari Bandar Hilir ni....ke bazar kat MC jgk destinasi kami seterusnya..byk jgk pilihan kat situ...
tp aku dah target awal2 dah nk beli ape n xde la serabut sgt nk pilih yg mane satu...

kat situ ada jgk aku beli utk family2 aku...utk bebdk kembar 2 org ni lak aku x beli...ajak nk beli la mainan tuk diorg ni kat MP...tp tahan la jap takut2 kat bazar MC tu ada mainan yg diorg ni minat...tup2 xde ada kat MP jgk...adui..menyesal aku x beli mainan kat MP tu...tak pe la nnt aku belikan jgk...tp aku nk berterima kasih kat si Nadiah,Mira n Hajar ni....aku x reti beli barang2 pompuan ni...korg la yg tolong aku...aku pilih ni korg kata buruk,..pilih tu korg kata x sesuai..pilih yg ni kata pelik,pilih yg tu kata lagi pelik...mane satu pilihan aku yg lawa aku pun xtau....tp diorg la bagi suggestion yg tu la yg ni la...buat pinau mata aku jer...hahahaha..maklum la selera pompuan ni lain ngn laki ni...payoh tul kalu dah ada bini nnt...haiiihhh....

ni la gmbr yg ditangkap[kumpulan yakult yek] oleh satelite tertutup..tanpa diorg sedar...hahaha....tak jemu ke kak oi....

Sekarang sudah pun balik ke Kampung Kelate ni...smpi je Temerloh,aku singgah jap ke kedai situ...wahhh Temerloh dah banyak berubah la... dalam kul 5.00 ptg aku n family bertolak ke Kelate pulok....lenguh badan ni x abis lagi...btw,terima kasih to Fain yg antar aku ke MC....kali ni aku balik dengan perasaan berdebar....dah lama aku x balik....feeling dia lain mcm....ye r mcm2 dah aku lalui yg menyebabkan aku asyik terpikir nk balik tuk tenangkan pikiran n akhirnya dpt jgk balik selepas bebrp bulan x balik,tu pun skjp je....sebelum ni x pernah pun pikir nk balik...hahaha...selain tu takut jgk berlaku mcm insiden tahun lepas time nk balik raya....hahaha...insiden kejar-mengejar antara keta sewa n bas ke Temerloh...alhamdulilah sempat smpi awal x mcm tahun lepas....yg dulu si Fain terus tertinggal bas,mujur dpt tumpang ngn akak2 kan???? hahaha....masing2 punyer pengalaman balik raya...benda manis tuk dikenang......

p/s : wahhh mcm panjang lak post ni aku rasa... ni la org panggil "qada' post blog"...ok2...aku tutup smpi sini dulu....till then SEE YAA..!!

Saturday, September 12, 2009

Hukum Solat Jumaat Bagi Wanita..

Salam...
sebelum ape2 lagi baca la dulu artikel ni....
************************************************************************************
HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSLIMAT

Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]”

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]”

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini[dimaksudkan no 5] disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.


************************************************************************************

mengapa kali ni aku post entry ni??
sebab hari jumaat ari tu time nk wat discussion group,aku dapat soalan killer dari kwn2 aku non-muslim.....ni bukan kali pertama aku kena...sebelum ni aku dapat jgk mcm2 soklan drpd diorg...tp kali ini lain sikit....sbb kali ini susah aku nk explain kat kwn aku ni kasi dia faham...

dialog kami :
kwn aku : "aizuddin,hari ini kamu sembahyang jumaat kan?"
aku : "yup"
kwn aku: "sampai pukul berapa?"
aku : "dari pukul 1 sampai pukul 2"
kwn aku : " owhhh, semua kena ke?"
aku : "laki sahaja"
kwn aku : "perempuan?"
aku : "tak"
kwn aku : "kenapa pulak?"
aku : ......
kwn aku : "mcm tak adil je"

waktu tu aku hanya senyum je....wktu dia tyer aku "kenapa pulak?" aku nk jawab benda ni dah dinyatakan dalam hadis nabi...tp aku pikir2 balik kalu aku terangkan dekat dia...benda ni akan jadi lebih rumit sebab dia tak tau ape itu hadis,ape itu sabda nabi,hukum hakam dalam islam......
so aku xnk merumitkan lagi keadaan,aku decide utk senyapkan diri dan aku senyum dekat dia...aku x salahkan dia sbb dia tak faham agama Islam tu mcm mane....kita yg bertanggungjawab tuk bagi mereka sume faham...tp aku gagal kat situ...puas aku memikirkan utk bagi kwn aku ni faham dengan penjelasan yg simple....tp susah....takut2 dia salah faham atau aku salah utk menyampaikan ape yg aku tahu...

tp syukur dengan soklan dia tu...aku menjadi lebih ingin tahu akan hukumnya.....dan aku cari hadisnya...dan jumpa...aku bertambah yakin dngan hukumnya...

so maybe post ni jgk utk input para pembaca blog aku...mane tau tetbe dpt soklan mcm tu jgk kan....kita cuba kasi dia faham ttg agama kita....Islam itu syumul(sempurna)...
maybe ada para2 pengkomen ingin berkongsi pengalaman atau ilmu dipersilakanlah utk komen yek....moga2 boleh jadi input berguna kepada aku jugak....Wassalam....

Thursday, September 10, 2009

Iftar Bersama BE & Badminton

assalamualaikum....

haaa...
hari ini ada iftar bersama biro Ekonomi....
kami berbuka puasa di tempat yg diberi nama D nangka....
tp sebenarnya berbuka puasa dalam kereta dulu sebelum smpi situ...
nak amek 'barang' punyer pasal......sampai2 situ solat dulu...
n baru gi kat meja makan.....tgk sume dah sedia...tinggal nk pelahap je....
sabar je....si ijat order choclate shake....sape yg terliur?
aku ngn abg Zulfazlizan jgk yg terliur dulu mklum la benda alah tu kat sebelah kami je....
tunggu kebenaran je nk kebas...bila dapat ape lagi...Abg zul dulu rasmikan pastu baru aku...hahahah

overall ok r majlis ni....
n di situ tetbe ada surprise....
kebetulan hari ni 10/9 ada birthday salah seorg tanzim BE....
iaitulah KAK SUHAILAH....so plan NAZREEN nk sambut wkt iftar ni....
bertuah dapat junior yg care pasal senior....tak gitu....aku just bagi cadangan part tembak2 tu jer...hahaha...ikutkan nk baling something mcm tepung ke manggi ke batu ke kan....hahahah...tp tempat makan kowt..tak leh la baling nnt tak pasal2 masuk ke dalam pinggan org lain yg nk berbuka...tak ke kena kejar aku satu D Nangka tu....huhuhu...

ni ada gambar yg sempat aku snap...agak kabur kerana kamera murah jer....
tak kisah la asalkan ada.....

Hai Abg Zul Senyum dia lebar semcm...hensem gitu...(dah puji ni kena belanja saya makan ni)

ni bahagian muslimat...ingatkan sikit je yg dtg tp ramai lak...ni sume muka2 lapar ni...hahaha jgn mare....:-p
Jeng jeng jeng....hai tawan tawan....saya ada kek ais krim ni....ni la 'barang' yg kami amek tadi....
haaa ini diA birthday girl kita....moga2 murah rezeki d rahmati Allah....dah tua dah cuma tak de janggut je(mmg la)....hahaha

haaa yg ni selingan...depan tu pakar ekonomi Malaysia...dari dalam keta tak abis2 supply demand supply demand...benda tu je yg kuar...teori yg di belajar la tu dlm lec..amek akaun la kata kan...

Lepas kami tarawih...Kompleks Sukan Batu Berendam lak destinasi kami....main badminton..!!! wooohhh dah lama aku tak main badminton....kejap je dah keras tangan....tak pe lepas raya ni boleh bawak racket n main kat depan umah....main tadi tak berapa puas lagi....tak letih sangat...tak pe lepas ni bleh wat lagi....tadi dpt peluang smash kena hidung abg Fadhil..hahahah....sory....hilang mancung hidung tu.....Muslimat pun turut bermain sama....sama2 kita kuarkan peluh tuk jadikan minda ini cerdas....agak2 berapa la korg turun berat tadi yek?? dgr kata naik balik time sahur nnt....itu kita tunggu dan lihat....hahaha...
kak Wani pun turut tak ketinggalan bermain badminton...syabas.....aku tgk sekali imbas sume main mcm timbang2 jer....cam ne nak masuk MMU Olimpik ni....terkinja sana terkinja sini...pastikan lepas ni ada wakil muslimat dapat emas dalam MMU Olimpik dalam Badminton...tak mustahil.....

sekian wat masa ni...TILL THEN, SEE YAA!!

Tuesday, September 08, 2009

Gambar-Gambar Iftar Gayong



Tengah tunggu peserta lain..calling sana calling sini tuk tau kat mana diorg skang...sempat lak si kak ain n jiah peace kat situ...




Ni video potong memotong antara van aku,van 1 dan kereta cikgu Zamir(nissan Sentra)




satu lagi video potong memotong di lebuhraya....ni yg sempat dirakam...ikutkan lebih 7 kali insiden yg sama berlaku...
sedikit briefing kat bebdk arab ni..
bergambar sekejap..
on the way ke bilik operasi Gayong UKM
smpi dah...diorg siap ada bilik operasi lagi..mantap...
adakah anda percaya gmbr dalam album ni?? aku sendiri mula2 tgk terpegun..smpi tahap mcm ni sekali lompatan diorg....nnt aku nk try lompat atas lori buah la..kalu jatuh atas lori tu pun dpt mkn buah kan...mcm gmbr ni jatuh dpt sakit...

ni budak baru jumpe keris....bergmbr dulu kat dalam bilik ni...

najmi,nik,izzuddin(Presiden Gayong UKM)
tgk muka org pakai baju melayu pink...mcm tak pernah jumpe org arabkan?(mmg pun)
perhubungan 2 ipt terjalin...kak ain sapa sape tu? nak kenal jgk...
aku xtau ape motif gmbr ni??? hmmmm

mendengar si rijal cerita pasal tempat tinggal dia Kalimantan,Indon
para2 peserta yg tgh tak sabar nk berbuka..
yg ni pun serupa jgk...muka lapar jgk...jgn caya sume tgh khusyuk dgr tu....
ucapan drpd cikgu Idris...disamping dia cikgu Azly n cikgu Zamir
rajinnya menolong....anak sape 2 org laki tu...ke ada makna tu??hmmm
dah tiba berbuka...
sempat lg peace...
makan jgn tak makan

lepas tarawih...training time....!!
training yg diperhatikan oleh cikgu-cikgu disitu...

ni time Chu kena jadi demo kpd cikgu Idris....muka kecut..!!
buuuub...jatuh...mcm nangka busuk...hahahah
ni salah satu demo yg ditunjukkan kepda sume..armlock....seksa aku tgk bdk tu...

ni cara-cara nk elak dari org pukul dgn barang cth topi keledar,besi or kayu...ni salah satu cara...ada byk yg Cikgu tunjuk...cikgu wat dengan laju...gerun seyh...
ni bila kita di acu ngn pisau dan kita di tolak ke dinding dan pisau tu betul2 dah diperut kita...bila kita gerak sikit kemungkinan nk tercucuk tu tinggi sgt...sume tu ada cara nk elaknya...psikologi + martial art...
ni bila kita dipeluk dari belakang....khas tuk srikandi2 ni...ada cara nk elak dia...
ni bila kita serang org lak...xyah gerak byk sgt pun...pap terus org dah nk melutut...
cikgu Azly n Cikgu Zamir tgk demo yg ditunjukkan kepada pelajar sume..yg 2 kat tgh tu kacau je tu..

sedikit cenderajantung kepada YDP Gayong UKM,Izzudin(aku ni x pandang kamera lak...mane eye contact ni...eye contact tu penting!!)
sume ahli bergambar..!!!
dlm gmbr ni ada yg boleh diisytiharkan 2 jantina ni...si Najmi ni gi nyibuk kat situ ape hal la.....sume pompuan tetbe lak terselit dia kat situ...
Iftar Gayong sukses....!! dalam kenangan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...