Pages

Wednesday, February 18, 2009

Bunyi tapak kaki...

aku bila baca citer ni terigt lak kat cerita kawan aku..
cuma maybe situasi je lain dr cerita ni
dlm citer ni dlm kelas
yg kwn aku citer kat asrama....

Seorang gadis yang duduk dibelakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk. "Sudahlah Linda, aku pun sudah penat. Tinggal kita berdua sahaja. Aku rasa aku nak balik keasnara, nak baring baring diatas katil. Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri. "

Linda tertawa kecil,"Engkau ni Ana, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan. Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard. Tentu dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!"Ahhh. . . . . Tunggulah aku sekejap lagi. Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi. "

"Hai! Jaga sikit mulut kau itu. Jangan cabul sangat. Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Ana. "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,"sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.

Ana melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Ana menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dimatanya. Linda dan Ana berbalas pandangan, masing masing tertanya tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.

Masing masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Anan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Linda dan memegang tangan Linda dengan erat.

"Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Linda dapat merasakan darah nya berderau, dia menyesal kerana terlalu selupar sebentar tadi, sementara Ana pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.

Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat. Tiba tiba. . .

"Wah! Kuat belajar nampaknya Linda, Ana. "

Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Linda dan Ana berpaling kearah belakang mereka. abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.

Linda menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Ana ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak. . . "kata Linda sambil berpaling kearah Ana.

"Kalau Ana hendak boleh abang Hassan temankan,"ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Ana semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.

Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran. Ana masih terpaku membisu disitu ketika Linda berkemas kemas barangnya.

"Engkau ni kenapa takut sangat. Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Linda, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.

Nina hanya diam membisu dan menggelng geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Linda.

Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Anan masih terus menggengan erat tangan Linda menyebabkan Linda tertanya tanya kenapakah Ana begitu takut, tetapi Ana hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Linda. Bosan dengan perangai Ana dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Linda berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama ubtuk tidur.

Keesokan harinya Linda tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain. "Engkau tahu, Ana ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Linda sambil disa,but dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain. Ana hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.

"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.

"Tak sangka Ana ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.

Muka Ana berubah menjadi meraj menyala dengan perasaan marah. "Engkau orang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Linda, Macam mana dia berjalan disebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukankah kelas kita ini ditingkat tiga. Yang si Linda nie pun bingung sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan. Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru. Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah kekels malam ini.

Seluruh kelas terdia mendengar kata Ana, wajah Linda bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing masing berebut rebut neluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Ana itu.

fuhhhhh
kalu aku dlm situasi tu...
agak2 ape yg aku wat...
wat donno ke wat muka pucat ???
or wat muka tahan berak??
ntah r....depend la kot..

0 celoteh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...