Pages

Thursday, December 31, 2009

Sayonara 2009....

hmmmm.......
Salam.....

hari ni merupakan ari terakhir utk 2009....
Esok....secara rasminya aKU sudahpun berumur 20 tahun...
pergh....cepatnyer....dah umur 20 dah...rasa nk sebut belas-belas lagi...hurmm....

bila diimbas balik...dah macam2 aku tempuhi....
ada perkara yg sukar tuk membuat keputusan...
perkara yg sukar tuk diceritakan...
perkara yg takut tuk ditempuhi....
perkara yg membuatkan aku tersenyum sendiri atau termenung sendiri...
hurm...sedar x sedar sume aku hadapi satu per satu.....
dan benda ni sikit2 mematangkan pemikiran kita sebagai pemuda/pemudi.....
dan bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku pelbagai nilai murni dalam pelbagai cara....
betapa cantiknya apa yang Allah rancang......alhamdulilah....
betul kata orang2 tua..jatuh naik kita merupakan asam garam dalam kehidupan....
terimalah dia seadanya....

Dalam menyambut Tahun Baru ni...jgn lupa lak...dah 14 hari sudah berlalu kita masuk tahun baru utk Kalender Islam...jgn kita igt versi orang putih punyer tahun baru jer...yg Islam sendiri lupa...huhuhuhu...

huh~Sekarang sudah pun berada dirumah...punyer r nk tahan tuk tunggu malam tahun baru baru nak update...hahaha.....duduk umah..mcm biasa r....merehatkan diri sepuas hati r...
sekarang duk layan Detective Conan jer memanjang....dari dulu lagi suka tgk anime ni...dengan penyiasatan dia yg mempunyai bukti2 yg kukuh...ada jgk aku comparekan ngn Death Note....L nama character tu...nak banding ngn Character Conan....Conan lagi best dari segi detail penyiasatan....setiap detail tu mempunyai bukti2nyer yg tersendiri....mcm L lak...ada andaian dia yg aku rasa timbul pertikaian sikit...dari mana dia tahu...tapi tak kisah r...dah pembuat cerita tu nk wat dia cam tu.....cam tu r jadinyer...hehehe....

apepun.....SELAMAT TAHUN BARU kepada sume kawan2 ku yg bersama2 kita telah harungi bersama.....dan tak terlupa juga kepada semua pembaca blog ni......(ada ke?..hahaha)....ok2....

Lagi 1 jam lagi akan ku cakap Sayonara 2009.....

Saturday, December 26, 2009

5 tahun berlalu...

Salam....

alhamdulilah....sekarang aku sudah pun abiz final..!!!
utk Sem 2 ni....so cuti Sem la pulak skang ni...tp malangnyer tak kena time...kita nak cuti...
Ipt lain dah nak masuk balik dah....adui....

Hmmm...baru beberapa hari yg lepas result PMR keluar...ada saudara aku yg amek PMR tahun ni.....berapa la dia dapat yek....? Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A ...tahniah...satu peningkatan banding tahun lepas....

baru pagi td kita digemparkan ngn insiden kemalangan Bas Sani akibat pemandu terlelap beberapa saat jer....
kemalangan ngeri itu yg menyebabkan 10 terkorban utk tanggal 26 Disember ni....dan sedar tak sedar jugak dah 5 tahun berlalu sejak peristiwa Tsunami yg meragut byk nyawa...terutama warga Acheh....hurm...

mcm2 berlaku bila menjelang penutup tiap2 tahun....Ya Allah,ku harap jauhilah aku,keluargaku dan kawan-kawanku drpd malapetaka yg berlaku disekeliling Ya Allah~~









p/s: maut boleh datang menemui kita dimana-mana.......

Wednesday, December 23, 2009

Update sikit..

Salam...

huuu..lama tak update rasanya....
alhamdulilah dah 2 paper final aku dh lepas jwb....
tinggal lagi 1 paper je lagi....
cabaran bermula bila start abis paper ke 2....sbb paper ke 3 aku ni kira cam last2 jgk la...24 nnt...walaupun ada lagi yg akan periksa time holiday nnt mcm 28,29,30...dek kerana policy exam yg baru ni....so,bila ramai kwn2 dah abis...kita pun mcm terikut2 diorg jgk r...haha...jd cam malas jer...tp paksa diri la wei....satu je lagi paper...kira bersyukur jgk la ada jgk masa tuk revise sume topic....revise2 jgk...tp nk kena memorize yg malas ni...

huhuhu...td baru je abis download HOME ALONE 1,2,3,4...huhuhu..tetbe lak nk download citer tu sbb teringatkan krismas tak lama lagi.....aku tak tgk lagi citer ni kecuali no 3 nyer...so tu yg bersemangat mendownload ke 4-4 movie ni...huhuhu....

dan td baru mereleasekan keserabutan sikit dengan menonton spontan...huhuhu...sakit perut ketawa tgk citer ni...dalam byk2 game...game yg paling aku suka tgk pembaca berita berkepala 3 & demostrasi...mmg kelakar abis ...ni aku selitkan sikit videonya...

*suka tgk gelagat din beramboi yg gila2....



ni satu lagi.....




ni lak tuk game demostrasi...utk episode ni..aku terkejut gak tak sangka Que Haidar bleh wat lawak....dari segi tukar2 emosi..mmg dia expert,,,nama pun pelakon kan....




sikit je nk update....ok...TILL THEN ,SEE YAA...

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Salam...

tepat selepas maghrib tadi...bermula la tahun baru dalam kalender Islam...

saya nak mengucapkan Salam MAal Hijrah kepada sume...

moga2 tahun baru ni...pasang niat yg baru tuk perbaiki diri....

alhamdulilah aku sekarang baru pulih sikit daripada demam panas....

pergh...menyeksakan tul...lagi2 dekat nak Final beb...tetbe lak bleh demam...

elok2 dah cuba spend 2 minggu terakhir ni tuk belajar diganggu lak ngn demam ni...

lari time management aku...nak catch up balik lusa dah exam...hurm....

byk lagi perlu difahamkan....

dan selepas sembuh ni...bila study balik...x mcm sebelum ni..senang hilang fokus....

sebab ape? sebab masih x sembuh sepnuhnya lagi huhu....ada batuk2 lagi...yg paling aku riso skang ni...

PENING...yg ni mmg tak hilang2 lagi dari ari rabu lg...bila mengadap buku pun pening2...duk bergoyang je dunia ni ditambah ngn berdenyut sikit...adui...hilang konsentrasi...aku riso...aku bimbang...final LUSA ni...!!

Programming lak tu....adoi~~~ ok2 la...xnk tulis pjg2...skang nie mmg tgh pening...woowooowooww....

aku akhiri entry ni ngn msg yg diberikan oleh Cikgu Silat aku sempena Maal Hijrah ni..tertarik ngn ayat2 dlm msg tu...

Sebening air Wudhu',
Sesuci Al Quran,
Semerdu alunan zikir,
Seindah solat 5 waktu,
Setenang hati yg tiada benci & dendam,
andai tanganku tak sempat berjabat,
jika mukatak sempat bertatap,
bukalah pintu maaf untuk kami,
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH.

Wednesday, December 16, 2009

Pontianak teman pulang??

Pasangan suami isteri tergamam lihat makhluk mengilai depan kereta di Padang Serai

AZIMAH dan Zaki adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Mereka menetap di sebuah taman perumahan di Padang Serai di utara tanah air. Memandangkan suaminya bekerja mengikut syif, Azimah dan anak perempuan mereka menumpang di rumah ibu mentuanya yang terletak agak jauh daripada kediaman mereka setiap kali Zaki terpaksa bekerja syif malam.

Untuk pulang ke rumah, mereka terpaksa menempuhi perjalanan melalui kebun kelapa sawit yang agak luas. Sudah pasti, keadaan sememangnya menyeramkan terutama pada waktu malam ketika kenderaan amat kurang dan lampu jalan yang cuma samar-samar. Kebiasaan melalui kawasan sebegitu pada waktu malam membuatkan Azimah dan Zaki tidak berasa takut dan belum pernah berdepan sebarang masalah, termasuk gangguan makhluk halus biarpun diingatkan rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa gangguan berkenaan.

Namun, kekebalan pasangan ini terlerai juga apabila pada satu malam, ketenangan meredah kepekatan malam itu mengundang episod mencemaskan buat mereka sehingga terpaksa mengambil cuti sakit akibat demam.

Malam itu, seperti biasa, Zaki menjemput anak dan isterinya selepas tamat syif. Perjalanan biasa menjadi sebaliknya apabila anak mereka yang tidur di tempat duduk belakang, kelihatan agak gelisah.

“Kenapa dengan Adila ni? Selalunya tak ada masalah. Hairan juga...,” kata Azimah dalam hati yang agak hairan dengan Adila yang merengek.

Belum pun sempat memusing ke belakang, tiba-tiba Zaki berkata:

“Awak jangan pandang belakang. Biarkan saja Adila,” kata Zaki.

Anehnya, semakin dia ingin menoleh ke belakang, semakin tegas Zaki melarangnya. Lumrah manusia, lagi dilarang lagi ketara rasa ingin tahu, Azimah lantas berpaling ke belakang kerana enggan meneruskan pertengkaran selain memujuk Adila tanpa mempedulikan apakah sebenarnya di sebalik larangan Zaki itu.

Hakikatnya, tanpa disedari Azimah, Zaki sebenarnya sudah ternampak kelibat makhluk lain di bonet belakang, menerusi cermin pandang belakang. Disebabkan tidak mahu Azimah ketakutan, Zaki melarang isterinya menoleh. Ibarat skrip filem, sebaik Azimah menoleh, makhluk berkenaan hilang dan menjelma betul-betul di depan Zaki yang berusaha memandu kereta dalam keadaan terketar-ketar.

Apalagi, terkumat-kamit mulut Zaki membawa ayat Kursi sambil tangannya terus mengemudi stereng dan kaki memijak pedal minyak sambil cuba bertahan sedaya mampu. Zaki sedar, jika dia panik, ia hanya mengundang nahas buat mereka. Anehnya, kenderaan itu semakin perlahan.

Seolah-olah ingin mempermainkan mereka suami isteri, makhluk berkenaan sekali lagi menghilang dan muncul di bonet belakang sebaik Azimah berpaling semula ke depan.

Azimah yang tidak tahu hujung pangkal, pula merungut kerana kereta mereka seolah-olah terlalu berat untuk bergerak walaupun jelas Zaki menekan minyak. Pada masa sama, dia berasakan kelainan yang ketara pada malam itu. Kesunyiannya berbeza daripada malam sebelumnya dan sesekali Azimah berasa seram sejuk.

Namun perasaan itu dipendamkan kerana tidak ingin mengganggu tumpuan Zaki yang sedang memandu walaupun menyedari tingkah laku suaminya agak berlainan pada malam itu.

Sementara itu, bagi menghilangkan rasa takut dan memulihkan semangat, Zaki meminta Azimah mencapai cakera padat bacaan Yaasin yang sememangnya berada di ruang simpanan barangan. Azimah yang semakin hairan dengan sikap Zaki cuba bertanya tetapi akhirnya kembali diam selepas dilihat Zaki langsung tidak mengendahkannya dan sebaliknya semakin kerap melihat cermin pandang belakang.

Zaki memberanikan diri membuka sedikit cermin kereta dengan tujuan alunan ayat suci itu dapat berkumandang sehingga ke luar kereta dan menghindari makhluk halus itu daripada terus mengganggu perjalanan mereka sekeluarga. Harapannya tersasar kerana makhluk berkenaan masih melayang-layang terbang mengekori kenderaan mereka.

Azimah yang masih tidak menyedari apa yang berlaku, mula cuak apabila merasai sesuatu seperti rambut mengenai mukanya daripada cermin tingkap yang dibuka sedikit. Cuma dia sedikit hairan kerana tahu rambut anak perempuannya tidak sepanjang itu sehingga boleh mengenai mukanya.

Dalam Azimah melayan rasa peliknya tiba-tiba Zaki menekan brek mengejut dan jelas pada pengetahuan mereka berdua, Zaki terlanggar sesuatu. Azimah yang panik menggesa Zaki keluar melihat apa yang dilanggarnya tetapi Zaki berkeras enggan berbuat demikian dan mengatakan dia sebenarnya tidak melanggar apa-apa.

Pertengkaran mereka terhenti sendiri apabila tiba-tiba satu lembaga mengerikan dengan rambut panjang mengerbang, muncul dari depan kereta dan terus melayang sambil mengilai.

Azimah yang terkejut bercampur takut terus menjerit sebaik makhluk berkenaan menunjukkan dirinya yang sebenar sedangkan Zaki berusaha menenangkan diri. Ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi hafalan sejak kecil terus dibaca walaupun ada ketika agak lintang pukang bacaannya.

Agak lama makhluk itu mengganggu mereka sebelum terbang menghilangkan diri ke dalam kebun kelapa sawit di tengah kepekatan malam.

Menceritakan kisah seram itu, Azimah berkata dia nampak makhluk itu cukup menakutkan sebaliknya Zaki pula memberitahu makhluk itu kelihatan cantik.

“Saya pun hairan sebab anehnya, saya nampak pontianak itu dengan wajah yang menakutkan, berambut panjang mengerbang. Tetapi suami sebaliknya nampak wanita cantik,” kata Azimah.

Apa yang pasti, sejak kejadian itu, andai Zaki bekerja syif malam, mereka sekeluarga akan tidur di rumah ibunya kerana tidak berani lagi melalui kawasan sama pada waktu malam dan ‘ditemani’ makhluk halus.

**Petikan diambilkan oleh berita harian.....


Sunday, December 13, 2009

World Youth Foundation Event

Salam

hari ni aku ada Perarakan Demokrasi Sempena Sambutan 60 tahun Perhimpunan Belia Sedunia. so aku,Kak Ain n Najiah tak ketinggalan join program ni mewakili kelab Silat Gayong....kami kena berkumpul di sana dalam kul 7.30 pagi...huhuhu...aku bangun2 n prepare2 n then berjalan dari Melawis ke MMU roundbout dgn keadaan biasa n selamba...walaupun aku tau Bas dah nak bertolak..hoho...Kak Ain report kat aku..."kitaorg nak pergi dah ni"...aku reply"takpe2,hero dtg lambat"...hahaha...dan2 je aku smpi..nmpk diorg melambai2 dalam bas tu yg dah bertolak menuju ke MITC...hahaha..lambai je r....jgn riso...ada je second trip...hahaha..aku naik bas second trip...sbb ape suka second trip? sbb dpt duduk satu mcm VIP..tak ramai org...ko nak amek 4 seat pun boleh...haha...aku & geng2 bdk cekak & jg MMU rover duduk dgn senang hatinyer....SRC pun dh pastikan sume dah xde..baru la kami jalan...tepat kul 8.00 pagi....smpi2 aku cari mane bdk MMU ni? owh rupanya sume dah salin baju yg diorg kasi....nmpk sama je r sume..hoho...di situ aku jumpa la Kak Ain n Jiah....Dok borak2 smpi mkn breakfast yg diber....tunggu bila la nak mula berarak ni....snap la dulu beberapa picture...
Disini-disini kami berkumpul,salam,salam,salam hoi..~~*petikan lagu pengakap time kecik2 dulu...
Ramaikan belia2 yg datang....

Itu dia...posing gedik masing-masing....dari kiri,Kak Ain,Najiah,Tasha & Wanie...srikandi gayong..

Lama jgk menunggu tuk berarak...biasa r nak menunggu VIP yg paling lama sekali..smbil2 tu,kami cari tempat teduh ...panas sihhh....nasib baik berangin sekarang ni...sejuk la sikit...sambil2 tunggu tu aku duk merepek je ngn Kak Ain & Jiah...layang-layang r spec mata r...kereta VIP r...haha..sakit perut melayannyer....dalam kul 9.30 rasanya takpun kul 10...baru la nak mula...kami mula dari perkarangan MITC tu berjalan melintasi jalan tuk pergi ke Youth Complex tu...aku igtkan tawaf MITC..rupanya gi ke situ....

ramai kan??
haa...clear lagi..ni bahagian depan...dekat ngn kumpulan pancaragam..kami mengekori mereka...kita tgk view belakang lak...

itu dia....ramai lagi kat belakang tu....

semasa berarak tu, mcm2 gelagat bdk bleh jumpa...duk jalan macam bujang lapok pun ada...duk jalan berpegangan tangan tanda sepakat pun ada...duk melalak tak tentu hala pun ada....duk menyanyi ikut rentak melodi yg dimainkan oleh pancaragam pun ada....waktu tu panas terik oooo....tapi aku jalan belakang banner yg budak angkat...so dpt la berteduh aku..hahaha..duk ikut rapat je sepanjang masa....taktik beb...takde la berpeluh sgt walaupun org kiri kanan dah bau tengit dah nasib baik tak hanyir jer...hahaha...tahan hidung jer la...

haaaa....sini dah smpi satu selekoh...lagi 500 meter lagi tinggal...MARA LAGI ke depan wahai BELIA...

sampai2 ada khemah disediakan...ni konpem ada ucapan yg panjang lebar....kena rebut tempat dulu ni..kalu tak berhujankan matahari la jwbnyer...so amek la tempat depan2 sikit...duk dgr la ucapan2 yg panjang lebar tu...bila dengar2 tu..fuh..berbangga juga duduk kat bumi Melaka ni...sbb jadi pusat kompleks yg boleh ckp bertaraf dunia....Dato' Ali Rustam pulak presiden tuk NGO ni...ramai jugak tetamu2 dari negara asing...deputy minister dari luar & juga wakil2 dari pelbagai negara lain...yg aku igt wakil dari nigeria,libria,belah2 timur tengah...ada jgk yg dimentionkan oleh dato' Ali Rustam kwn pada Saddam Hussein pun ada dtg jgk.....bukan calang2 jgk la event ni...patut la aku tgk banyak jgk wartawan2 yg datang...yg aku nmpk dari RTM,Astro AWANI,akhbar,stesen dari luar pun ada jgk satu or dua org...kamera duk tertumpu pada VIP n juga kami semua!! ^_^..bila kamera tumpu kat kami je...ceii berlakon mcm dengar je..khusyuk je dgr siap angguk2 lagi tanda faham..nak tunjuk belia yg cemerlang la katakan...hipokrit sungguh!!..hahahah...layan je..just for fun...tapi bila start panjang lebar ucapannya..mula la seorg2 gugur time dgr ucapan tu...mcam gambar dibwah...

haaa kan.....nasib baik aku x terlelap jgk...padahal x cukup tido jgk semlm ..huhu...duk main2 ngn org tido kat sebelah...dia tersenguk ,aku pun ikut sama...dia tersenguk kebelakang..aku pun follow macam dia...tersenguk dua kali aku pun follow...hahaha..just nak hilangkan rasa boring time tu....

ni la suasananya ..kerusi biru tu sume VIP..yg depan sekali tu konpem la VVIP...

Dah selesai cakap2 tu...diorg pergi la rasmikan kompleks tu.....
ini la tempatnya....sebagai buktinya lagi...

tu dia...!! boleh kata memorandum yg akan kekal di kompleks tu...di selingkan ngn model2 yg diimport khas dari MMU iaitu Kak Ain n Najiah..hahaha..berapa diorg bayar kat korg ek?ada kosong lagi x?..hahaha..just kidding^_^

selepas tu ada sesi tanam menanam pokok....di bawah aku sertakan gambar2 YB2 yg sempat aku snap...

alamak...tak nampak pulak papan tanda tu....

haaa...yg ni baru nmpk sikit...tuk lebih clear...tekan pic ni tuk tgk nama beliau.....

lepas abis mangambuskan tanah tu...siram la pulak ngn air...smart r tgk air tu jatuh ke bumi...

ni la turn wakil dari nigeria lak.....
siram time!! smart gambar ni...huhu..tgk titisan2 air dia yg smart...nak tgkp gmbar VIP ni wat keje2 ni bukan senang gak..nak kena rebut2 ngn reporter haha..tp pepandai r aku menyelit....

ha....ni papan tanda je sempat aku snap..time tuan empunya badan kambus tanah tu tak sempat...ye la...mula2 tak perasan lak ada slot cam ni..tak la turun gi tgk ape diorg wat(kat tepi kompleks tu)....igtkan ape la yg ramai2 kerumun kelililng dia...nak wat cheers ke ape...mula2 aku pikir r...rupanya benda alah ni yg diorg wat...

Tapi....
dapat je snap VVIP dari dekat...tengah wat press lagi tu...aku memberanikan diri tuk gi join wartawan2 tu...tetiba ada org pegang aku & cakap "masuk je kat depan"..mula2 aku igtkan pak cik ni nak halau..maybe ganggu sesi press ni..rupanya lagi dia bagi...owhh..chance2!!

yaaaa...!! seclear clean & clear produk kosmetik jerawat tu..hahaha...segan pun ada...wkt ni aku seorg je org biasa...hahaha yg lain sume reporter...ada rasa mcm dlm clark kent dlm citer smallville lak...dlm citer tu clark jadi reporter gak...hahaha..."Hai,Im Clark Kent from Daily Planet" hahahaha

ni model mane lak sesat ni...wat perosak gambar je la..huhuhu~~ just snap pada autograph dia je...model wat tak tau pun xper....

haiiii...lepas habis sume ni...kami pun makan2..free lagi!!..untung2....sambil2 makan diselitkan ngn nyanyian2 kat pentas....ok r suara...pincing tak lari....

After sume ni...aku mintak tolong Kak Ain n Najiah tuk hantar ke JJ tuk bawak printer aku ke kedai tuk pasang CISS(external Ink)....hohoho..thankz yer...so kami ke JJ dgn menaiki kereta Kak Ain..^_^...dah sampai JJ aku teman diorg lak shopping barang dapur after antar printer aku...sambil2 tu jugak kami ke MITC lg sekali...ada event besar jgk kat situ...SATU DAERAH SATU INDUSTRI...dirasmikan TPM kita semalam...jalan2 jgk kat situ...pergh terliur aku bila ada satu expo ni dalam nyer sume gerai makanan dari sume negeri dari seluruh Malaysia..!! arghh rambang mata @_@...nak makan sume!! tapi duit takde la pulak...huhu...masuk dalam MITC tu lak...banyak la pulak booth2 pasal kementerian,pelancongan,pertanian,media massa..dan lain2...
pastu kami balik semula ke JJ tuk amek printer aku..huhuhu..thankz kalian...
time jalan2 kat situ jumpa lak benda alah ni..besar gak..nak lawan ngn ultraman ke cik abang??

dalam2 byk2 booth..yg ni agak menarik...tgk dia wat...wahhh...aku terpikir bila nak abis wat benda ni?? teliti giler...dia pun hasil pun...fuhhhh..!! marvelus...lawa jadi nyer...

Saturday, December 12, 2009

Dimanakah dia sekarang....?

Salam...

dah lama tak update blog nie...
biasa r kan minggu2 akhir sebelum final ni...
assignment byk nak kena hantar....quiz dalam 1 minggu tu smpi 2 3 quiz jgk r...
pening jgk kepala nak dibuatnya...nak siapkan 2 system dan kena hantar pada hari yg sama...iaitu hari jumaat,,,,huh~~ nasib baik database system punyer project dah siap dah..tinggal pembaikan pulih jer...yg parahnya C++ nyer project....last minute lak baru dapat tau konsep soklan tu nak....tp kami satu group dah wat dah dekat nk abis dh...haihh...ni la akibatnya kalu english tak power(ckp kat diri sendiri ) tak paham ape soklan nak...tp alhamdulilah..ptg jumaat tu demo utk kami punyer system....lecturer layan jer....kira boleh la...alhamdulilah...tak kena cam demo sem lepas...dia tyer mcm2 soklan...ni maybe ramai org kot..tu yg dia x tyer byk sgt....sebelum demo tu iaitu hari khamis....ada Lab test programming...tak tau ckp ape..mmg "terbaik" r setakat ni...soklan mmg susah tahap dewa...soklan lab test dewa mane lecturer amik pun aku x tau...aku check dlm note tutorial pun susah mau jmpe...kalu ada pun separuh drpd solution tu je..yg lain kena aplikasi sendiri...adui...tension aku duk dlm lab tu..tgk org ada yg angkat tangan 3 4 kali...hebat giler...

ape2 pun sume dah lepas....yg tak lepas lagi demo tuk project database lak..harap2 tak de error jgk la...lepas abis sume ni FINAL la pulak....hmmm


sekarang dah kul 1 lebey...aku baru je lepas balik dari kampus...duduk lepak di PS sambil mentelaah subjek discrete aku...huh~ subjek yg pening kepala tuk difahami...tapi oleh kerana suasana aman tenang...angin tiup sejuk2 gitu...tenang hati...yg dari takde mood nak belajar terus bertukar selesa nk belajar oleh kerana keadaan yg tenang tu.....tp sedang2 aku study tu,tiba-tiba aku terigtkan seseorg...seseorg yg menyedarkan aku sejenak erti bersyukur...dia ni bekas jiran aku suatu masa dulu....x silap aku nama dia hafiz....dia ni kira golongan kurang upaya....bknnya cacat dari segi anggota badan...cuma ada masalah dari segi mentalnya...dia dilahirkan berfikiran seperti kanak2..walaupun dia dah besar tp still berfikiran bdk2 yg enjoy je memanjang....aku igt lagi raut wajah nya kulitnya putih....matanya sedikit juling...tangannya ada masalah tuk pegang benda tak macam tgn kita ni..IQ nyer tak seperti bebdk sebaya dgn dia berfikirkan bdk2..pertuturannya tak jelas senyum je selalu....n dia seorg bdk yg aktif...tak terlalu pasif....tiap2 petang aku selalu duk kat halaman rumah tgk dia bermain kat luar rumah..suka dia dgn basikal roda 4 nyer tu...kekdg aku pun join dia jgk...aku igt lagi time dia pandang aku yg sedang perhatikan gerak geri dia bermain...tersenyum lebar dia...tak tau kenapa...maybe happy ke ape ke,tak tau r ,tak pun sekadar senyum jer ke,ntah la..huhu~~.....aku igt lagi...tiap2 petang maknyer amek dia balik dari sekolah...waktu tu darjah 2 or 3 gitu...gembira dia balik dari sekolah...bila dia dpt buku...duk tunjuk2 huruf kat buku tu...sambil dia sebut tp tak jelas n tak clear pun yg dia ckp....walaupun keadaan dia cam tu..interest dia nak belajar tu still ada lagi & dia seronok belajar benda baru....n aku igt lagi kalu dia mengamuk or hendakkan sesuatu sampai menangis..dia akan hantukkan kepalanya ke dinding...kuat lak tu...duk hantuk hantuk hantuk...n mak dia punjuk la dia....bila dikenang-kenang balik, br aku nmpk tabahnya seorg ibu(jiran aku) menjaga anak yg kurang upaya mcm tu....selalu jgk dia wat camtu...time kecik2 dulu bila tgk dia wat cam tu....aku pun try gak wat gitu...nak tau...knp dia wat cam tu...wat senyap2 r..hahaha....kalu mak aku nmpk pun...konpem nyer dia wat donno jer...."nnt sakit tu berenti la tu"mesti ungkapan ni yg mak aku ckp..hahaha....biasa r kan.. kecik2 kalu kita buat benda buang tabiat mcm mane pun bila kita sakit konpem la berenti wat kan....tp tak mcm jiran special aku ni...dia akan buat smpi la mak dia pujuk balik....maybe tu cara dia kot....

tp yang nak diketengahkan skrg nie..semangat dia nak belajar tu walaupun kurang upaya,tp bila dapat buku or kadang2 mak dia sendiri sebut perkataan2 dlm buku tu...dia tekun mendengar dan cuba sebut satu per satu perkataan tu....tak mcm kita ni...kekdg belajar susah sikit komplen tu komplen ni merengek tu merengek ni ....tp bila dipikir2 balik...bersyukur la kita..at least kita skrg sudah pun ada kat universiti..dah macam2 kita belajar dari tadika sampai sekarang...berbanding org yg mcm jiran aku ni atau senasib dengan dia....tak dpt nak belajar tinggi2 dek kerana IQ nyer yg kureng.....ikutkan...dia sama umur ngn aku sekarang ni...time aku darjah 4 tak silap...mereka sekeluarga pindah ke Langkawi pindah ke kampung asal mereka..ntah mcm mane keadaan dia sekarang.....Dimanakah dia sekarang ni??


pap!!..tersentak aku balik dari termenung yg bergitu lama...smbg study balik...hahaha...

ape2 pun gud luck to everyone yg amek Final Sem ni...bersyukur la ape yg kita dapat sekarang...

TiLL then,SEE YAA..!!(^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...