Pages

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidur Rasul - Keajaiban Selawat Nabi




1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

sumber: klik sini

Saturday, February 04, 2012

Extra penat !

Salam...

sekadar update sikit...
hari super duper extra penat !!!
mane taknya...
2x pergi swimming...
1st gi sesi pagi di Pusat Akuatik kat Stadium Hang Jebat...
duk main air selama 2 jam kat situ...
bantai makan lak kenyang2 kat Kedai Hajah Rahmah kat Bukit Katil
kedai ni popular r kat Melaka ni...
makanan pun byk...

selesai makan...otw balik tu..
tetbe la kuar statement "so,ptg ni takde projek dah ke?"
"xde la,sekdr cadang, sesi ptg ada lagi.."
*dialog yg diubah tp still point dia tu ada...
statement member aku ni membuatkan yg dlm keta sume excited semula...
hahaha!
sbb Pusat Akuatik ni buka tuk public pukul 9.00pg - 12.00 tgh hari,2.00ptg - 4.00ptg & 6.00ptg - 8.00mlm..
so pagi kami dh gi...tetbe lak kuar cdgn tuk gi petg la...haha
mcm2...
so kami balik tido..tuk recover tenaga la kononnya...

ptg tu shot balik ke Pusat Akuatik~~ hahaha
siap abg kaunter tu tyer lg.."td bukan dah dtg ke pg??"
haha..abg tu dh kenal kami ni..tiap2 minggu pegi...
tp ape2 pun puas hati la main air kali ni...
minggu ni saje dh 2x pegi ...1st ari selasa and ari ni~~

haha...xtau la addict dgn main air ni...
dulu sbb xreti berenang sgt..takut tempat dalam..
so,suam2 kuku je minat nyer..tp sejak dah boleh hasil usaha gigih tiap2 minggu gi sepjg sem ni..
dah boleh !! ^_^...so seronok r main air...duk terjun sana,diving sini,breast stroke sana, back stroke sini...
terjun sampai tsunami gelombang melanda pun ada...mane taknye kalu perut dulu terjah air...
mmg sakit r...

nmpk gayanya ni la last tuk kami...
sebelum ni selalu ber-4...
tp lepas ni x dah la...2 org drpd ahli dh praktikal...
so...akan rasa kehilangan disitu...
hurm~~

I love swimming~~~

Thursday, February 02, 2012

Hardcover

Yeah !! hardcover FYP aku dh siap !! so settle la semua menda berkaitan dgn FYP..just nak submit je ..hehehe..^_^..kepada yg tak tau projek ape yg aku buat ni..boleh la rujuk entry2 sebelum ni~~

Tu je nak post...hahaha..xde menda yg menarik pun...just sebuah gambar yg mengambarkan kepuasan selama 2 sem membanting tulang khas tuk nyer~~

Wednesday, February 01, 2012

Family Outing (FO)


Salam...

terbuka pulak hati nk update ringan2 ni..
kali ni sesaje nk kongsi something lebih kpd hiburan...
tp aku tau,sume dh tau pasal menda ni...
Family Outing..
sape xtau kan...aku je antara yg lambat tau...
asalnya aku ni xlayan langsung citer2 korea...
tp dihasut oleh member aku sorg ni...
dia mmg layan korea jepun sume bagai tu...
even citer2 klasik...lg la dia suka...
so dia ada copy tuk semua citer ni...
dia citer la sedikit sebyk pasal menda ni...ajak aku tgk lak tu...
so aku x tertarik mana pun(bkn mudah aku ni nk tertarik kat something)
tp dia suruh try tgk 14ep dulu..dia kasi la kat aku..
mula2 xnk..tp layan la dulu kehendak dia...
last2 aku terjebak jugak !!!
how it can be???!! how ?? how ??
3 hari abis sume 14 ep tu tak silap...terus gi umah dia mintak selebihnya sambil menyalahkan dia..
"ni sume salah ko r ni,dgn2 aku sekali ketagih tgk citer ni" -> dialog ni x abis2 aku ulang sambil tgn tekan right click-copy n past citer F.O

Begitu la asal usul aku bergaul ngn Variety Show Korea ni...haih...
citer ni basically best...sgt best...mesti tonton...
sekumpulan artis2 terkenal korea berkumpul 2 minggu sekali tuk kuar drpd bandar Seoul tu
tuk bercuti di luar,duduk rumah atuk/nenek pd satu2 kampung tu...trip 2 Hari 1 Malam r...so dlm wkt tu diorg diberi tugas oleh atuk2 nenek2 ni..diorg selesaikannya & diselang seli dgn games...
pada aku citer ni best sbb bonding antara mereka yg diorg create...mcm family betul..
menyebabkan aku rasa,mcm aku nk join jgk boleh?? hadoi...
kelakar tu jgn citer r...mmg kelakar...

byk gak episode kegemaran aku...
ada episode yg paling sedih -> wkt Park Ye Jin & Lee Chun Hee kuar FO
ada episode2 yg kelakar giler -> wkt Junki dtg(SA dance) , Won Hee dtg(kebangkitan lelaki sbb diorg ni takut ngn pompuan - Hyori), wkt Lee Kyung Shil (kebangkitan JaeSuk sbb dia asyik kena buli ngn golongan2 penyanyi,dia pelawak)
ada episode cute2 gitu -> wkt Tiffany (SNSD) & Nicole(Kara) dtg...adoi comel nyer diorg nyer gelagat...bkn dr muka,tp gelagat..
byk lagi r keletah2 diorg yg buatkan aku geli hati..huhu..

ni aku nk tunjuk gambar2 artis tetap yg terlibat dlm FO:

Yoo Jae Suk...selaku MC tuk program ni...tanpa dia...aku rasa tak berseri FO ni...mmg pandai buat lawak n pandai lead org tuk berckp...kalu dh pandai buat tu,konpem2 la dia suka berckp...mmg tak berenti dia ni berckp...even smpi nk tidur pun mulut tak berenti lg...haihh...happening r dia ni...paling best time hari kebangkitan dia r...penyanyi sume xleh wat ape pasal senior dia dtg..haha..sbb sblm ep tu, senior penyanyi dtg...buli pelawak(Jae suk r)..dia xleh wat ape..bila senior dia pulak dtg,abis sume penyanyi kena kutuk...serius best ep tu...dia sgt peramah...ngn semua org...ngn family jgn kata r...mmg baik...sanggup berkorban tuk Family dia ni..
Lee Hyori...Penyanyi terkenal di korea...sape tak kenal dia xtau r(kat korea r)...kira penah jd no.1 r di hati peminat...skrg ni kurg sikit la pasal umur pun dah lanjut...tp still kuat lg pengaruh dia sbg senior dlm kalangan2 penyanyi2 muda korea...aku suka karakter yg dibawa oleh dia dlm FO ni...lincah,nakal,periang....tak mcm personaliti penyanyi la..lain terus...mmg penuhi karateria aku la..haha..part nakal n x gedik tu..pandai memasak lak tu...cuma kuat mengarah org gak dia ni..haha...best ep bila guest senior perempuan dtg...hilang terus kuasa dia nk kuasai laki2...dia la turut je ape yg disuruh..selalunya dia yg suruh,org lawan je,dia lwn balik...dia ni rapat giler ngn Jae suk..dpt gelaran Nation Sibling...seriusly rapat...
Yoon Jong Shin...Penyanyi & Komposer lagu kat korea...popular ngn mudah sakitnya...pasal dia paling tua dlm FO ni...senang sakit r sng citer...paling kesian r sikit dlm kalangan mereka...selalu kuar suara "ehhh" dia tu versi org mcm lemah je...tu membuatkan dia mcm lemah je(selalu je time dia kuar background music kesian)...tp dia ada anak yg comel sgt...huhu..penah kuar kat FO time terima call drpd pihak FO..dia tgh main ngn anak dia..comel kowt!! lg satu dia kelakar bab buat scene seram2...bkn dia buat...tp ntah r..bila dia wat 1 style tu sume takut sbb huduhnya muka dia wkt tu...terus kuar background music seram...
Kang Daesung...sape tak kenal dia ni kat Korea kan...popular ngn band dia..BIG BANG..akhir tahun lepas kumpalan Big Bang adalah band no.1 kat korea...tak silap aku...ada baca kat newspaper...merupakan ahli yg paling muda kat dlm FO...wkt tu dia umur 20 tahun...sgt serasi ngn Jaesuk & mereka popular ngn gelaran Dumb & Dumber..disebbkan kebodohan diorg dr segi nk wat decision...terus dpt gelaran tu...ada scene time bilang berapa kali tuang air dlm periuk nk msk ramen tuk 8/9 org...normally org letak je air brp sesedap hati..ni diorg siap sukat air pakai botol 550ml lg..kalu 9 org, means 9 kali...dah tu boleh lupa pulak diaorg kira brp kali..pastu buat lg sekali...adoi...terserlah kesengalan disitu..byk lg scene yg lebih kurg mcm tu..byk nyer part nk menentukan something r...ssh nk wat keputusan..pastu 2-2 ni pun penakut...terutamanya Daesung r..sume menda takut...n dia agak rapat ngn Hyori r..mcm kakak adik je aku tgk...
Kim Sooro...antara yg bwk penyeri dlm games tuk FO ni...dia merupakan pelakon kat Korea...lebih specific lg part2 martial art stunt ni dia r master nyer...dapat gelaran "Game Devil" pasal setiap games yg diadakan..mesti dia yg menang...jarang dia kalah...walaupun umur dia kedua tertua dlm Family...tp dia still kuat...popular ngn scene Stepmother Kim gak..pasal dia suka marah2/ mengarah Lee Chun Hee....pasal Chun Hee ni junior dia wkt kat sekolah dulu..mmg normal r senior buli junior kan....haha...tp mmg kelakar r gak...tp paling aku xtahan ngn dia ni bila dia wat "Matrik gags"...dia akan ckp something yg ssh org nk fhm n mcm berpuitis sikit r.(ni dr segi kefhman aku r)...so family ni mcm lmbt sikit nk tangkap or kekdg tu xfhm pun ape yg dia ckp...so ape yg family2 ni buat...dia mengelak ...mcm elak peluru...serius tu aku gelak sakan...smpikan guest sekali pun join...walaupun asalnya dia tak tau pun menda tu...faham sediri kot...kekdg dia ni jd ngade2 mcm bdk2...tp tu lepas Chun Hee kuar dr FO...dh xde sape dia nk buli la kot...tp ape2 pun yg dia buat...kalu bercakap tu..expression muka tu...pergh..paling xleh bla r...mimik muka dia tu...ntah la nk ckp cam ne...tp kelakar...
Kim Jong Kook...seorg penyanyi kat korea...kuar sezaman ngn Hyori...tp berehat lama lepas tu...tumpu pada pembinaan badan dia kot...tp mmg dia punyer badan muscle nyer jgn ckp r...tp boleh kata hrap muscle je besar...tp takut ngn Hyori & Yejin...tunduk je bila kena arah mcm2..tp ngn laki...sekali tenung,sume family laki takut...dia ni masuk time ep 19 xsilap...baru masuk jd ahli tetap...best gak dia ni...tp byk malu2 sikit r...dlm games pun dia x memberangsangkan sgt...bila guest pilih dia je sume family akan kata guest tu dh silap besar dh...walaupun gaya mcm tough tp dlm game kantoi...haha..tu r family lebih faham mcm mana...selalu berkelahi ngn Hyori...tp kekadang romantik...tp ape yg aku nmpk bergaduh je selalu...selau jgk di skandalkan oleh family ngn Yejin & Hyori...so jd cam cinta 3 segi la...fake skandal gitu...
Lee Chun Hee...one of my faverite...huhu...kelakar kowt dia ni...terkenal dengan sifat clumsy dia...asyik kena suruh wat tu wat ni...n dia x membantah sikit pun follow je...lg satu selalu kena buli ngn Kim Sooro...so dpt la gelaran Chunderella...walaupun tgk cam tu, dia byk gak kelebihan..dari segi skill yg berlesen..mcm diving...tp malangnyer lepas setahun,dia terpaksa kuar drpd FO sbb jadual dia yg ketat menyebabkan xleh nk teruskan rakaman FO...mmg sedih r part ep dia nk bla tu...sume family ckp..haih ni la last time tgk Chun Hee mcm tu...sbb mmg selalu buat hal la...aku start ep dia kuar...tak layan mane dh..layan ep yg dia je yg ada...
Park Ye Jin...seorg pelakon drama...ni sorg lg yg aku minat...dia ni tak serupa ngn rupa n perangai la...mcm seorg yg manja/gedik r..tp bila kenal betul...dia totally lain...tak takut pun ngn binatang...bila dia pegang je pisau,dia cekap dari segi semua aspek potong memotong...walaupun baru 1st time...dapat gelaran Sweet Savage Lady Yejin...sbb dia ganas sikit perangainyer...bunyi je mcm gedik tp ganaz...i like !! dia lawa bila perkenakan baju sejuk pastu pakai tutup telinga...tp tu la...mmg diakui oleh family,kalu dia xde,mmg xleh r nk makan ayam or ikan ...pasal dia la sorg yg berani pegang sume tu hidup2...ep yg awal ada scene yg dia tangkap ayam...sume terkejut kowt wkt tu...mmg selamber je..siap boleh mintak maaf dulu time tangkap tu...part ketuk kepala ikan pun lawak gak..sbb tak tahan tgk geng2 laki ni nk ketuk pun takut...dia ngn spontan nyer dtg mencelah n ketuk ngn pisau..haha sume family menjerit2 tgk kekejaman yg berlaku...hahaha...tu la 1 menda pasal dia ni dlm FO,sume menda dia wat walaupun 1st time,sume menjadi...dia pun pesaing sengit Hyori..sbb Hyori ni kasar dia lak ganaz...mmg molek r bila bertembung dlm game...dasyat r..lagi2 part game yg gantung tgn kat palang pastu jatuhkan org guna kaki tu...dia mmg ganaz r...like...hilang seri bila dia tinggalkan FO setahun lepas tu sbb jadual yg ketat...nama dia naik lepas join FO ni...sbb ramai xsangka perangai sebenarnya mcm tu...
Park Hae Jin & Park Si Yeon....2 ni penganti kpd Chun He ngn Park Hae Jin...walaupun tak kelakar mana diorg ni senyap je,xpandai borak mane...tp still bawa keceriaan dlm FO ni...Si Yeon ni setengah jalan jgk sbb dia tak sihat...sakit belakang mcm tu...so dpt join sekejap je..pastu xde dah dia...
Antara guest2 sepanjang Family Outing Season 1

 Walaupun aku dh khatam citer ni..still lagi ulang2 tgk..n still gelak gelagat diorg ni...pasni target citer lain lak...RUNNING MAN pulak...ramai org ckp best...n aku pun dh layan sikit2..tp tak layan betul2 lg..pasal Final Exam dh xlama dh ni...so tahan dulu...episode2 RM sume dh ada,kwn aku download smpi yg latest skang ni...tp aku maleh amek lg..kang tak pasal2 aku ketagih mcm FO lak...so abis final exam..cuti sem bakal dipenuhi ngn RUNNING MAN pulak...hahaha...ok la..tu je nk bercerita sikit,TILL THEN SEE YA..

Friday, January 27, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia...apa aku buat?


Salam..

huuuu..baru rajin nak update blog...
bila dah kurang update blog ni..
dah start malas dh...
gpun dh xbyk aktiviti mcm dulu dh...
dulu ada je aktiviti dlm kepala otak ni...
huhuhu..
ari ni ari ke-2 aku berjalan2..
mmg xstudy...
walaupun exam lagi seminggu je tinggal...
haih...apekan daya...(ceh padahal salah sendiri)..
smlm dari lepas zohor smpi ke mlm...
berjalan 1 melaka...gi kedai2 buku..
dengan hasrat nk guna baucer buku 1 malaysia la..
drpd Jusco AEON Melaka -> Mahkota Parade -> Dataran Pahlawan -> Jusco AEON Melaka balik...
haihhh...lenguh kaki...kecewa pun ada...
buku byk dh abis...
budak2 dah borong awal2 lagi...
yg tinggal buku2 biasa je la...aku pun bila tgk xde yg menarik perhatian aku pun..
member2 aku sume beli alat2 tulis...
aku xberminat menda2 tu pasal aku dh ada sume tu...kertas A4 yg aku nk pulak xde...
testpad pun xde...sume abis stok...hahaha...
ni la kali pertama tgk rak kedai buku byk space....

walaupun jauh dh merantau,
1 buku pun aku xbeli...mmg rugi masa je rasa...
tp member2 aku borong alat2 tulis smpi RM100...
tibai kalkulater sume...tgk mcm byk...
hakikatnya sikit je barang2 tu...tp dh RM100..
nmpk nilai wang kertas tu mcm mana skrg...
tp ape2 pun aku dh membelanjakan RM 3 tuk cool blog !!!
haha..tu aku suka...1st time n aku rasa berbaloi...mmg betul la org ckp sedap..
mmg sedap..pasni aku boleh beli lg r..
dah start ketagih dh kot...haha
kami balik ngn kecewa (masing2 xjmpe buku yg dicari)..

shopping buku rupanya tak stop pada hari khamis..
rupanya continue pula episodenya ari ni...iaitu jumaat...
igtkan nk shopping lepas exam...
tp lepas gi mph kat Mydin MITC....
bukunya berlambak walaupun kedai kecil..
ramai org tak tau lg situ ada kedai buku...
nak2 lak buku yg dikehendaki ada kat situ...
borong la kat situ td...haha...
berapa kali keliling cari buku pun aku xtau...
tp tu la...1 benda yg aku perasan berdasarkan 2 hari gi kedai buku ni...
mmg ramai aweks2 gi kedai buku....
laki ssh nk nmpk...jelas lagi terang yg golongan yg suka baca buku(xkisah buku ape)
ramai pompuan....kpd laki2 tu,agak2 nk cari jodoh express..
selalu la gi kedai buku start skrg hingga ke bulan 3...
ada la tu jmpe yg berkenan nnt...haha...buat2 r selisih ke...nk amek buku yg sama ke..
haaa kan...baru r romantik sikit,xpun selisih part kategori buku yg sama pastu sipu2 malu nk amek buku....mcm aku td...hahaha!

ape pun...selesai sudah memborong buku...tp masih ada baki baucer lg..
wah...aku dh blank nk beli ape..nk belikan tuk adik,sume menda diorg dh ada...
ntah la...tgk la nnt mcm mana...

Ni la buku2 yg aku beli...huhuhu...kategori politik & kekeluargaan je yg aku x sempat beli...kalu bleh nk try beli dr semua bidang...kecewa aku xde buku komputer yg aku nk !! mana buku hacking weh??? adoi..tp 1 buku komputer RM150 mmg xleh r aku nk beli buku2 ni..ada hikmah tu...tp yg terkejutnya aku beli novel !!! aku sendiri x caya...tu la novel pertama aku...kwn aku ckp citer dia best..xtau r...dia follow sume citer Ramlee Awang..dia rekemen tuk starting buku tu,so aku pun try la beli..huhu

p/s: byk2 buku ni,aku xtau baca ke tidak...2 buku nipis yg aku beli 2 tahun lepas pun x baca2...so ntah la..beli je dulu...

Sunday, January 22, 2012

FYP Project Review


  Salam...

hurm...post sebelum ni ada janji nk tunjuk mcm mana FYP aku kan..
so skrg entry ni reviewkan ape yg aku telah buat selama 2 sem ni..
bawah ni adalah video tuk aku nyer projek..
Flash Cards guna Augmented Reality Technology...
ape dia Augmented Reality tu??
hurm...cam ne ek nk explain...
senang citer AR ni menda yg maya yg boleh tgk dlm real life...
dia lain drpd Virtual Reality...nak senang anda google la..

Sistem aku basically utk bdk2 tadika belajar kenal abjad & huruf..
so flash card yg selalu cikgu2 guna tu, kali ni ada kelainan sikit..
bdk2 boleh tunjuk kad2 huruf tu depan webcam,
nanti diorg akan nmpk objek 3D keluar dekat kad tu...
berserta dengan sound effect (tp dlm video ni kurg dgr atas sbb2 tertentu)
quality video pun xberapa bagus...sory... :-|


Layan je la video ni..huhu...Flash Cards using AR technology


ni video projek member aku...Multitouch for pre-school children for reading...


ni pun sama...

ni la review serba sikit...nk review byk tak la pulak record semua projek...huhu...ok la Till Then,SEE YAA!!

Saturday, January 21, 2012

The Week That Killed SOPA: A Timeline

Salam,
minggu ni kecoh pasal SOPA & PIPA kan..
so kat sini ada disediakan timeline tragedi ni berlaku..
leh klik link kat bwh...
1 explaination yg jelas...

The Week That Killed SOPA: A Timeline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...