Pages

Sunday, September 30, 2012

Seminggu je lagi

Salam....

berkesempatan & RAJIN tuk update blog ni....
sedar x sedar dah 2 bulan rupanya aku berkerja...
mcm ada rasa excited nk abis duration keje je (ko igt ni praktikal ke 3 bulan je bkerja..heh!)
haaaaiihhh...=.=" rasa malas sungguh nk keje...
bila dipikir-pikir balik...perangai tak ubah macam Shikamaru dlm Naruto...
jenis malas nk pikir...nk rileks sambil tgk awan je...hoho..
tapi ape kan daya....hidup kena teruskan...
sampai bila nk rileks je kan...

tapi kan....(ada lagi tapi tu)
aku tak puas nk berjalan lagi....byk tempat yg xdpt gi lagi ni...
hahaha....nk melancong woooo....
(padahal keje ko mmg travel sana sini pun aizuddin sabah,sarawak,belah utara ,belah selatan)*monolog dalaman*
tp sume tu bergantung pada projek ok.....tu kerja sambil melancong...
aku nak enjoy sambil melancong....<----ada alasan="alasan" lagi="lagi" p="p" tuh...="tuh...">byk pulak mengomel....

dah2..aku xtau nk merepek ape sbnrnya dalam blog ni...
nk citer ape pun xtau....
ape2pun...tinggal lagi 1 minggu...
1 minggu ape??? haaa...ada 2 event besar ni...
1st ehem2...dirahsiakan dahulu...
2nd GRADUATION....
yeah...mcm xsangka...dh nk grad kowt...

tp rasa mcm xnk grad lagi la pulak...
hahaha..best jadi student lg sbnrnya...
byk masa terluang...ada je aktiviti utk aku join or aku buat aktiviti sendiri...huhu
ni aku dpt rasa boss tunggu aku official grad je ni...
bila dh official...kerja akan menunggu anda...(rasa nyer la)

haaaa...dh malas nk mengomel...tunggu je la saat tu...hurm...
ok la...TILL THEN,SEE YAA



p/s: some how aku suka 1 benda kat KL tu,,,

Thursday, September 20, 2012

Lelaki Penyayang ???

Salam...

tetbe terbaca 1 entry kat blog Penpatah...
hurm...teringat kat aku kepada seorg lelaki ni...
sume ni ada pada dia kot...

ni entrynyer...xtau r sejauh mana kebenarannya...sbb benda ni sume depend pada individu kan...
hurm...layan je la...

8 Sifat Seorg Lelaki yg Penyayang...

1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja. Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya. Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT, ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting mcmni korang ati-ati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa), senyum taknak, ditegur buat bodoh je)

Apakah Kod CINTA Anda?

Ketahui Sikap Sebenar Pasangan Anda!

Sunday, September 16, 2012

Begitu cepat masa berlalu

 Salam...

hurm...lama dh aku x update blog ni rasanya...
xde ape dh utk diupdate...
xde bahan dh pun...
ni pun sesaje je nk update..
nak lakarkan gambar bersejarah ni
dalam blog yg x seberapa ni...

terjmpe semula gmbr2 lama...
tak sangka...
aku dh besar,adik2 aku pun dah besar...
aku rindukan saat2 adik2 aku kecik...
ye r,beza aku n adik2 aku jauh gak...
so sempat la melayan karenah2 mereka ni time kecik2 dulu...
anda2 semua pun bila tgk gmbr2 comel korg...sure2 akan terigt zmn nakal dulu2...

haha...zaman suka naik atas papan seterika,buat2 mcm papan luncur...
ni aku xtau perjanjian ape tok2 aji ni buat...nmpk mcm baru lepas pres conference....my little twin...

 
Mereka bertiga...aku la tukang tgkp gmbr...^_^






Bersyukur kita kerana masih diberi peluang tuk menghirup oksigen lg smpi skrg....Alhamdulilah...


p/s: oh...btw,All The Best to MMU-ian for Final....aku dh xde final dh !!! heeeee!!! suka aku part ni !!
 pp/s: xsabar nk tunggu esok !!! yeah..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...