Pages

Saturday, June 26, 2010

Officially Free...!!

Salam...
huhuhu...
kali ni baru sempat update blog...
agak busy sikit ngn beberapa perkara...
bermula dengan first training silat pada hari Isnin....
aku terpaksa datang lambat sikit pasal ada kelas....hajat dihati tuk hadiri Gaza Talk tu...
bukan senang nak dengar pengalaman Wira Malaysia tu...mesti macam2 yg dikongsi ape yg berlaku ketika mereka menjadi tahanan Israel....konfem best..!!
tapi apekan daya mampu dengar dari jauh je la...demi nak meraikan bebdk baru ni...
kali pertama aku melangkah kaki ke tempat takraw(kali ni tu la tpt training kami sejak padang ingin di'renovate')...aku ngn shy...weh betul ke ni tptnyer? apasal ramai semacam?? kah3...tgk betul2...ada org mengajar...ha sah la tu....mmg terkezut kot...ramai giler...happy bila tgk sambutan macam ni...harap konsisten la sampai akhir sesi kali ni....
kami berlatih la benda2 yg simple2...benda2 yg selalu kita akan hadapi..teknik lepasan..(pepandai aku kasi nama)...ape yg kita nak buat kalu kita di pegang,di gertak,di peluk oleh org yg tak dikenali...ajar benda simple dulu...kasi nmpk suasana....

Seterusnya kami tumpu lak tuk AGM rabu malamnyer lak...sebelum tu tetiba aku menjadi 'bidan terjun' tuk tempah transport...huhuhu...disebabkan tu la jugak muka aku dah di'mark' oleh salah seorg akak One Stop Center....wah....segan kot....katanya kelakar tgk gelagat aku dalam SOSC tu...ape la yg kelakarnya...aku tunggu org je kat situ....mmg kehulu-kehilir r...tp bila dpikir-pikirkan balik...agak la....terserlah kepura-puraan aku disitu...hahaha...malu punyer pasal...
takpe la...biarkan benda tu berlalu...aku xnak igt dah...huhu...

Rabu malam,AGM Silat Gayong telah berlangsung....malangnyer aku ada kelas malam waktu tu...tp aku antara org penting malam tu...hadoyai...last2 cari la org wakilkan aku....nak wat camne...kelas tu lagi penting...aku datang separuh jalan je....ape yg aku dgr kelam kabut...ape yg aku tgk byk kena perbaiki...pasal kali ni kami beri kepercayaan utk budak2 baru yg uruskan time event tu berjalan...kasi diorg pengalaman awal2...tp ok mereka sume sporting...mmg sempoi je malam tu...kami pun tak mementingkan protokol sgt...so ok je la...VIP pun sempoi2 je...diorg pun ok je ngn ape yg kami try buat ni...tapi ape2 pun aku ucapkan TAHNIAH buat junior2 ni...baru je masuk dah merasa mcm mane handle program....tp nmpk ke'blur'an kamu sume...tyer mcm2..USHER tu ape? ape tugas nyer...?EVENT MANAGER tu ape tugasnyer? kalu kasi signal guna suara bleh tak? suit2 boleh tak? EMCEE kena cakap ape?? TEKNIKAL kena buat ape??...sedikit sebyk mereka tau sume tu...buat rehearsal selasa malam tu..so wkt event tak menjadi masalah sgt walaupun timbul masalah last minute...dpt counter sume tu...tahniah lagi sekali buat korg....

gelagat2 bebdk ni

Tak terlupa juga pada AJK baru sesi ni...Harap kamu semua dapat bekerja ngn lebih komited lagi...dengan habisnya AGM tu, I'm FREE !!!! hahahahaha....suka kot....tapi lepas drpd tu aku sedar rupanya lagi besar tanggungjwbnyer...nak kena guide lak Pres baru...bukan senang rupanya...mmg kena selalu luangkan bersama AJK2 baru wat masa ni...dia lak tak nak lepas aku...waaa....kasi aku low profile balik la....huahuahua....

tahniah buat Presiden Sesi 10/11

selepas abis AGM...sesi komiti lak..

tahniah wat sume komiti....lepas ni ada lagi aktiviti2 yg sempoi..just tunggu je...

Khamis lak kami ada training ke-2...kali ni bersama Cikgu Zamir...yeah...bila ada cikgu jwbnya ada la senaman2 yg lama tak wat...datang2 dah kena 40...haha...baru rasa sengal2 badan balik...kali ni training benda2 lama balik...nak naik bengkung pulak ek...tak leh ke aku stay jeee....tak nak naik...Hijau best....sedang2 je...tak tinggi tak rendah...waaaa...haha...
tgk la cam ne kan...ape2 hari tu aku tak leh lupakan...aku dipijak oleh budak yg 2 kali lebih berat aku...dalam 70-80 kg....!! budus.....gi pijak dada time aku tak ready...dah macam kena smack drpd Big Show dowh...kepis paru2 aku....masih terasa effect dia smpi sekarang....haih =.="...
tak leh lupa...siot je...kalu ready xpe..

Ape2 pun aku officially free sedikit...yeah...

_______________________________________________________________________


bila cakap bab Free2 ni...aku byk luangkan masa sikit baca pasal freemason ni...dah lama aku simpan e-book2 or artikel2 kat blog...tak sempat nak baca...kali ni alhamdulilah dpt baca....
lagipun dah lama berdiskusi pasal benda ni....selalu jd topik perbualan aku ngn Sham...dia byk baca pasal2 benda ni...mcm2 aku tau...Freemason generally sekarang sume tau dia sbg secret society..tp rasanya tak lagi...ramai dah tau tentang kehadiran Freemasons n Illuminati ni...membawa satu matlamat(New World Order)....senang kata mereka juga menunggu kedatangan Al Masih Al Dajjal....aku ada baca satu artikel ni...wahhh mmg perancangan mereka sangat teliti...dan bukannya mengambil masa yg sekejap..perancangan mereka ni telah mengambil masa lebih kurang 1000 tahun...rasa mcm sume benda ni diorg dah control...

salah satu yg aku rasa ada logiknya banguna2 pencakar langit...rupanya ada tujuan kenapa dibina bangunan2 tinggi ni...mula2 igtkan sesaje nk dpt nama dlm World book record..tp tu sekadar mcm ingin meracuni pemikiran kita...ni artikel dia...


Jika dilihat pada ranking dunia sekarang, bangunan tertinggi di dunia ialah Burj Dubai!

Walaupun belum siap lagi dibina dan semakin hari semakin mencakar langit. Berikut

adalah maklumat tentang Burj Dubai atau Menara Dubai ini yang dapat dilihat dari

segenap penjuru Dubai ini.

Ketinggian sebenar Menara Dubai ini mencapai 818M (2,684 kaki) jauh meninggalkan

Menara berkembar Petronas di belakang yang hanya berketinggian 452M. Ia mula

dibina pada 21 September 2004 dan masih dalam proses pembinaan. Kos pembinaan

Menara ini dipercayai menelan USD 4.1 billion dan arkiteknya ialah seorang

warganegara Amerika iaitu Adrian Smith.


Berikutan pembinaan menara ini, satu kejadian aneh iaitu kabus sering menyelubungi

seluruh Dubai. Pakar kaji cuaca tidak dapat menjawab tentang masalah ini dan Dubai

belum pernah mengalami kabus seperti ini sebelum ini. Kemungkinan besar kabus itu

adalah disebabkan oleh pengumpulan tenaga negatif yang telah mengionkan udara

disekeliling menara itu untuk disalurkan terus ke langit.

Bukan di Dubai sahaja yang mengalami keadaan ini. Di negara kita juga hal yang sama

berlaku. Jika kita perasan, di KLCC selepas konsert, perayaan tahun baru atau merdeka

yang penuh dengan aktiviti maksiat kita akan mendapati ada kabus yang menyeliputi

KLCC ini. Secara tidak sedar kita telah menyumbangkan tenaga untuk kemunculan

Dajal ini.

Dajal tidak akan muncul selagi tahap negatif tenaga tidak sampai kepada tahap tertentu.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah bila tenaga negatif melebihi tenaga positif (yang

dihasilkan melalui ibadat dan aktiviti positif yang lain) the false messiah ini akan keluar

dari tempat persembunyiannya. Inilah yang sedang diusahakan oleh konco-konco dajal

si seluruh dunia. Bila manusia kurang beribadat kepada Allah dan ramai manusia

melakukan maksiat, secara automatik tenaga negatif yang dihasilkan itu lebih banyak

dari tenaga posifit dan melalui binaan-binaan seperti Obelisk, Piramid dan Menara

inilah mereka menyalurkan tenaga negatif itu.


bila dikenang balik,mmg binaan pencakar langit merupakan salah satu tanda2 kiamat....
selain tu pasal Artis MJ,alang2 hari ni cukup 1 tahun dia pergi meninggalkan dunia....
ni artikelnyer...


Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna,

Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk

menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2

3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya

mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'.

Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka

malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.

Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan

mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan

berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah

digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada

tanding.


Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak

dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi.

Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan

kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan

terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup

berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!

Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh

beliau kepada kita semua.

All I wanna say is that

They don't really care about us

All I wanna say is that

They don't really care about us


" 'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan

mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban

dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan."


Beat me, hate me

You can never break me

Will me, thrill me

You can never kill me

Jew me, Sue me

Everybody do me

Kick me, Kike me

Don't you black or white me


"Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan

semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka"

Tell me what has become of my life

I have a wife and two children who love me

I am the victim of police brutality, now

I'm tired of bein' the victim of hate

You're rapin' me of my pride

Oh, for God's sake

I look to heaven to fulfill its prophecy...

Set me free


"Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan

menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau

telah mendapat kebenaran yang dicari-cari"


Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara

tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar.

Bila tgk video clip yg dimention lirik dia di atas( Michael Jackson - They Don't Care About Us) mmg ada simbol 'All Seeing Eye'(mata satu) kat situ...maybe tu ada mesej tersirat....wallahualam....

aku ada tgk jugak dokumentari Secret History of The Freemason yg ditayangkan di discovery channel...tgk mmg bez...mcm2 teori yg diorg timbulkan...pasal banker mati tergantung kat jambatan,peristiwa Jack The Ripper,Ritual yg dibuat oleh freemasons....tp last2 diorg conclude yg sume tu just teori semata-mata...tak tau kebenaran teori2 tu,just benda biasa...pandai diorg mengunakan media tuk tutup aktiviti diorg...patut r pihak rakaman diberi kebenaran tuk merakam proses ritual diorgnn masuk bilik2 penting diorg....ish3....ada jugak kongsi2 citer ngn Sham dan yg lain pasal benda ni...antaranya dia terbaca artikel yg serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan yg ke Gaza tu merupakan salah satu agenda mereka tuk memperalihkan perhatian dunia sebentar kpd isu tu...pada masa tu diorg ada wat meeting rahsia tuk perancangan serangan negara lain...tak igt lak nama bloodline yg terlibat...Sham ada sebut...Bloodline ni kira mcm darah keturunan yg terlibat ngn benda2 alah ni la...yg aku igt ada 13 bloodline...salah satunya Kennedy bloodline(Keturunan Presiden Amerika),Li Bloodline(keturunan cina) dll... pandai betul mereka merancang...hurmmm...

salah satu yg aku pernah baca,pasal mesin masa...mmg pernah tercipta benda tu,tp hasilnya gagal...tak dpt ape yg mereka nak...mmg dpt masuk ke ruang masa tapi tak sesiapa pun yg survive...kalu survive pun hilang ingatan atau bercantum dgn benda2 bukan hidup kerana masuk ke dimensi lain...tu yg aku baca dlm satu blog ni..byk lagi..pasal sejarah sebenar melayu pun ada...tp tak abis baca lagi...pjg sgt....

dan yg terbaru aku ada dpt link drpd senior Silat aku....bagi aku benda ni sgt berguna utk pengetahuan kita...

aku dah baca...mmg panjang giler tp nak tau punyer pasal...sanggup abiskan...mmg rasa mcm tak leh lari dah dgn perancangan mereka...sgt teliti..

tak sangka alert gak bebdk ni ttg sume ni...hurmmm...kagum aku...ni aku sediakan linknyer...

sila2 la baca,depend pada masing2 nak percaya atau tidak...



p/s: ni je yg mampu aku kongsi...huhuhu..TILL THEN, SEE YAA..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...